Anda di halaman 1dari 44

KURIKULUM DAN PERKEMBANGAN BAHASA

KANAK-KANAK BERMASALAH
PENDENGARAN

KULIAH 3:
3 MAC 2022
Perkataan Pertama
• Pengucapan perbendaharaan kata bermula apabila bayi itu
mula menyebut perkataan pertamanya. Perkara ini
biasanya berlaku pada umur 10 – 15 bulan.

• Perbendaharaan kata bayi mula meningkat dengan pesat


setelah penyebutan perkataan pertama berlaku (Camaioni,
2002).

• Peningkatan jumlah perbendaharaan kata bayi berlaku


dengan pesat ketika berumur lebih kurang 18 bulan.

• Pada umur ini, mereka sudah boleh menyebut lebih kurang


50 patah perkataan tetapi pada umur 2 tahun, mereka
boleh menyebut lebih kurang 200 patah perkataan.
Sebutan Gabungan Dua Perkataan

• Ketika kanak-kanak berumur antara 18 – 24 bulan,


mereka selalunya menyebut ayat gabungan 2
perkataan.

• Pada peringkat ini, mereka sudah boleh


menggunakan ayat gabungan dua perkataan
untuk berkomunikasi.

• Untuk menyampaikan maksud ayat gabungan dua


perkataan tersebut, mereka banyak bergantung
kepada pergerakan, nada dan konteks.
PERINGKAT AWAL KANAK-
KANAK
• Kefahaman kanak-kanak menjangkau lebih
daripada percakapan mereka. Kadang-kadang,
apabila mereka bercakap bahasa mereka tidak
begitu tepat.
• Walaubagaimanapun, dari perspektif mereka
sendiri, ianya bukanlah satu kesalahan.
• Cara kanak-kanak itu bercakap sebenarnya
mengambarkan persepsi mereka dalam
memahami persekitaran mereka.
• Apa yang mereka faham tentang dunia, itulah
yang dipertuturkan.
• Pada peringkat awal kanak-kanak,
kemampuan mempelajari sistem peraturan
bahasa meningkat (Hoff, 2003).

• Peraturan bahasa ini termasuklah


fonologi, morfologi, sintaks, semantik dan
pragmatik.

• Setelah kanak-kanak pandai menyebut


ayat gabungan 2 perkataan, mereka mula
pandai menggunakan peraturan morfologi.
• Kanak-kanak juga boleh memanipulasi sintaks.
Mereka boleh membina soalan, ayat pasif dan
klausa.

• Selepas melalui peringkat menyebut ayat


gabungan 2 perkataan, pengetahuan tentang
semantik juga berkembang dengan pesat.

• Jumlah perkataan yang diketahui oleh kanak-


kanak berumur 6 tahun adalah antara 8,000
hingga 14,000 patah perkataan.
• Pada umur 3 tahun, kebolehan kanak-
kanak untuk bercakap tentang perkara
yang tidak wujud secara fizikal(abstrak)
mula meningkat.

• Mereka kemudiannya tidak hanya


bercakap tentang apa yang sedang
berlaku tetapi juga sudah boleh bercakap
tentang perkara lepas dan yang akan
datang.
PERINGKAT PERTENGAHAN
DAN AKHIR KANAK-KANAK
• Apabila disuruh menyebut perkataan pertama yang ada dalam
fikiran mereka apabila mereka mendengar sesuatu perkataan,
mereka selalunya akan menyebut perkataan yang selalu berada
selepas perkataan itu dalam sesuatu ayat.

• Contohnya apabila kita menyebut “dog”, kanak-kanak itu akan


menyebut “barks”.

• Pada umur 7 tahun, kanak-kanak memberi respon dengan


menyebut sesuatu perkataan yang berasal dari kelas yang sama.

• Contohnya apabila disebut perkataan “dog”, kanak-kanak akan


respon dengan menyebut perkataan dari kelas yang sama iaitu “cat”
dan apabila disebut perkataan “eat”, respon mereka adalah “drink”.
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN BAHASA
KANAK-KANAK NORMAL
Faktor Biologi
• Noam Chomsky (1957) percaya bahawa manusia memperoleh
bahasa secara biologi atau semulajadi pada masa tertentu dan
dengan cara yang tertentu

• kanak-kanak dilahirkan dengan language acquisition device (LAD)


iaitu faktor biologi yang membolehkan kanak-kanak mengenali
komponen-komponen dalam bahasa seperti fonologi, sintaks dan
semantik

Persekitaran
• Sokongan dan penglibatan ibu bapa dan guru amat mempengaruhi
proses pembelajaran bahasa kanak-kanak (Berko Gleason, 2000,
2001; Hoff, 2003; Hoff-Ginsberg & Lerner, 1999)

• Kanak-kanak yang berinteraksi dengan persekitaran terutamanya


ahli keluarga dan guru akan meniru segala bentuk bahasa yang
dikeluarkan oleh mereka. Segala bunyi yang dikeluarkan akan
menjadi ikutan kanak-kanak.
PERKEMBANGAN BAHASA
KANAK-KANAK PEKAK
Peringkat awal kelahiran
• Tidak dapat fokus pada suara manusia
atau bunyi-bunyi di sekelilingnya dan
hanya melihat kepada apa yang berlaku.

• Mereka juga tidak menangis walaupun


ditepuk.
Umur 1 hingga 4 bulan

• Tidak mendekut atau mengeluarkan bunyi


tetapi hanya bertindakbalas dengan
tersenyum apabila melihat orang
tersenyum kepadanya
Umur 4 hingga 6 bulan
• tidak mericau dan tiada bebelan

Umur 9 hingga 12 bulan


• tidak banyak mericau tetapi hanya mampu
melihat. Kanak-kanak pekak tidak dapat meniru
bunyi-bunyi pertuturan di sekelilingnya.

• Bagi kanak-kanak pekak yang mempunyai


ibubapa pekak, perkembangan bahasa mereka
berlaku dengan lebih baik pada waktu ini
berbanding ibubapa normal kerana proses
komunikasi berlaku secara neutral.
Umur 12 hingga 18 bulan
• mereka tidak dapat menyebut perkataan dan tidak dapat mengikut
arahan yang diberikan dengan baik.

Umur 2 ½ tahun ke atas


• boleh memahami bahasa isyarat dan menangkap maksud sesuatu
melalui bacaan gerak bibir.

• Perkembangan bahasa mereka mampu berkembang sekiranya


diberikan satu bahasa mengikut kemampuan mereka.

• Kajian menunjukkan bahawa sekiranya bahasa isyarat digunakan


sebagai bahasa komunikasi utama dalam keluarga, kemahiran
bahasa isyarat juga turut berkembang seperti kanak-kanak normal
tetapi melalui pengantar yang berbeza.

• Tetapi, jika tidak diberikan rangsangan komunikasi daripada


keluarga, perkembangan bahasanya akan terbantut walaupun
dalam medium bahasa isyarat.
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN
BAHASA KANAK-KANAK PEKAK
Tahap kehilangan pendengaran
• Tahap kepekakan boleh dikelaskan kepada ringan, sederhana,
teruk dan sangat teruk

• Jika kanak-kanak tersebut mengalami kepekakan pada tahap yang


sedikit, mereka masih berupaya mendengar bunyi-bunyi bahasa
sungguhpun dalam keadaan yang agak sukar

Umur ketika kehilangan pendengaran berlaku


• Lebih awal berlakunya masalah pendengaran maka lebih teruklah
tahap pencapaian bahasa individu tersebut.

• Kemahiran berbahasa menurun sekiranya tahap pendengaran


kurang daripada 80dB (Reed, 1994)
Masa kehilangan pendengaran
• Pra-lingual merujuk kepada keadaan dimana seseorang kehilangan
pendengarannya sejak lahir atau pada umur sebelum
perkembangan pertuturan dan bahasa

• Pos-lingual pula merujuk kepada kehilangan pendengaran yang


berlaku setelah seseorang memperolehi kemahiran pertuturan dan
bahasa (Lysons, 1996)

Jenis kepekakan
• Sensori neural – biasanya pada tahap profound dan gagal
menerima maklumat auditori.

• Konduktif – mempunyai sisa pendengaran dan berpeluang untuk


didedahkan pelbagai kaedah untuk mengembangkan penguasaan
bahasa.
Pengaruh keluarga / ibubapa

• Helen B, 1995 menjelaskan ibubapa yang menjadikan bahasa


isyarat dan pertuturan dalam keluarga dapat membantu
perkembangan bahasa anak mereka

kaedah komunikasi yang diamalkan

• pendekatan komunikasi yang menyeluruh dapat membantu


perkembangan bahasa seperti gabungan pertuturan dan isyarat

Intervensi awal
• Kanak-kanak yang diberikan intervensi awal bahasa berpeluang
untuk mengembangkan pemerolehan bahasa di peringkat awal

• Zaman awal kanak-kanak merupakan masa yang penting untuk


perkembangan bahasa dan perkembangan tersebut penting untuk
pencapaian bahasa. (Hallahan dan Kaufman, 1997)

• Banyak pihak bersetuju bahawa intervensi awal perlu menggunakan


pendekatan menyeluruh yang menggabungkan pertuturan dan
isyarat. (Hallahan dan Kaufman, 1997)
• Perkembangan bahasa kanak-kanak normal dan
kanak-kanak pekak adalah berbeza. Salah satu
faktor yang paling besar impaknya ke atas
perkembangan bahasa kanak-kanak pekak ialah
masalah pendengaran.
• Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya
haruslah dilakukan oleh ibu bapa dan guru bagi
memastikan perkembangan bahasa kanak-
kanak normal mahupun pekak tidak terjejas.
FAKTOR PERSEKITARAN
DAN PENCAPAIAN
BAHASA
PERKEMBANGAN BAHASA
ISYARAT – (ASL)
3 - 12 bulan
• Mula memberi perhatian kepada isyarat
• Isyarat pertama mungkin akan muncul
pada 10 hingga 12 bulan
• Membebel dengan pergerakan tangan
• Meniru ekspresi muka
• Menunjuk ke arah orang, objek dan
tempat tetapi tidak kepada diri sendiri
12 – 18 bulan
• Menggunakan sekurang-kurangnya 10
isyarat
• Mula menunding jari sebagai kata ganti
nama
• Memperoleh isyarat baru tetapi tidak
tahu perubahan sesuatu isyarat
18 – 24 bulan
• Isyarat menunjukkan bentuk tangan
yang asas dengan pengerakan yang
mudah (terus ke depan, ke atas, atau ke
bawah)
• Isyarat awak tidak dihasilkan mengikut
bentuk kebiasaan orang dewasa
• Menggabungkan 2 atau tiga isyarat
termasuk menunding jari
2 – 3 tahun
• Turutan isyarat digunakan untuk
menunjukkan hubungan semantik
• Mula menggunakan pengelasan untuk
mewakili sesuatu objek (dengan sedikit
atau tanpa pergerakan); penghasilan
terbatas dengan bentuk tangan kanak-
kanak
• Mula membentuk isyarat berbeza bagi
bentuk kata kerja
• Cuba menggunakan isyarat yang lebih
kompleks tetapi menggantikan bentuk
tangan yang asas kepada bentuk
tangan yang lebih kompleks
• Mula menggunakan penanda tidak
manual (mengangkat / mengerutkan
kening) untuk YA / TIDAK dan soalan-
soalan lain
• Menunjukkan penafian dengan
gelengan kepala atau isyarat ”TIDAK”
• Mula menunjukkan kepunyaan (awak
punya, saya punya) dan kata majmuk
(KITA-DUA, KAMU-TIGA) kata ganti
nama
• Mula merujuk kepada benda di
persekitaran mereka semasa perbualan
dan cerita; mungkin meniru aksi dan
ekspresi muka orang lain di dalam cerita
3 – 4 tahun
• Mula menanda perbezaan antara
pasangan kata nama-kata kerja
(TERBANG / KAPAL TERBANG)
• Menggunakan pengkelasan untuk
menunjukkan objek dan pergerakan
bagi objek berkenaan
• Menggunakan kata ganti nama ”di dunia
nyata” dengan tepat (menunding jari
kepada objek dan orang dengan
segera)
• Mula melakukan modifikasi kepada
isyarat kata kerja untuk menunjukkan
cara dan jumlah masa yang terlibat
dalam sesuatu aktivti (aspek masa)
dengan menukarkan pergerakan
kepada isyarat dan/atau menambahkan
ekspresi wajah
• Bercerita melalui penggunaan objek
atau lakonan; tidak menunjukkan secara
jelas siapa yang bercakap atau
melakukan sesuatu
4 – 5 tahun
• Bentuk tangan dan pergerakan
(menggoyangkan jari, memusingkan
pergelangan tangan) yang lebih
kompleks dilgunakan dengan tepat
• Mula modifikasi kata nama untuk
menunjukkan makna yang berbeza
(contoh mengulang kata nama untuk
menunjukkan kata majmuk)
• Masih menggunakan ayat mudah, tetapi
timbul ayat kompleks termasuk kaitan
hal semasa dan soalan retorik
• Mula menunjuk ke arah tertentu bagi
merujuk kepada orang atau objek yang
tiada bersamanya (dia, mereka)
• Lakonan digunakan dengan lebih kerap
dengan mengenali karakter dengan
jelas tetapi tidak konsisten menunjukkan
kemahiran untuk menukar peranan
seperti pergerakan badan renungan
mata dan ekspresi wajah
5 – 6 tahun
• Menggunakan bentuk tangan dan
pergerakan yang konsisten dan jelas
• Menggunakan lebih banyak ejaan jari
• Menggunakan ayat yang kompleks
termasuk klausa penghubung dan
syarat dan terus berkembang
• Menggunakan modifikasi kata kerja
untuk menunjukkan kesungguhan, cara,
nombor dan perbezaan dan semakin
berkembang
• Menggunakan rujukan abstrak untuk
menceritakan tentang orang atau benda
yang tidak berada di persekitaran
• Cerita menjadi lebih ’dewasa’;
melakukan lebih banyak pembetulan
sendiri
• Mengambil pelbagai watak semasa
bercakap dan bercerita; menukar watak
ditunjukkan melalui ekspresi wajah,
pergerakan badan dan renungan mata
ditunjukkan dengan jelas dan konsisten
PERKEMBANGAN BAHASA -
(BAHASA INGGERIS)
PERBENDAHARAAN KATA
• Kanak-kanak Pekak - tahap sederhana (56-70
dB)
* perkembangan bahasa setahun lebih lambat
berbanding dengan kanak-kanak bukan
Pekak.
• Kanak-kanak Pekak - tahap teruk (71-90 dB)
*perkembangan bahasa 3 tahun lebih lambat
• Kanak-kanak Pekak - tahap sangat teruk (> 91
dB)
*perkembangan bahasa mereka terlalu
kebelakang dari kanak-kanak bukan Pekak.
(Katheryn Meadow)
• Menurut kajian Lach, Ling dan Ling (1970)
yang dijalankan selama 15 bulan, kanak-kanak
Pekak yang berumur 30 bulan hanya mampu
memperoleh satu patah perkataan sahaja
dalam masa sebulan.
• Kanak-kanak bukan Pekak mendapati mereka
mampu memperolehi 60 hingga 120 patah
perkataan sebulan pada tahap umur 30 hingga
48 bulan.
TATABAHASA
• Moeller et al. (1986) pula telah menjalankan
kajian bagi 150 orang Pekak di antara umur 4
hingga 20 tahun. Beliau mendapati
pemahaman tatabahasa lebih lambat dari
pemahaman perkataan baru.
• Quigley serta rakannya telah mengkaji
kemahiran membentuk susunan kata bagi
Bahasa Inggeris bagi lebih 400 pelajar.
Bentuk-bentuk tersebut adalah dalam pelbagai
struktur seperti penyangkalan, kata
penghubung, kata penentu, soalan, kata ganti
nama, perbandingan, serta pelengkap.
Kumpulan pengkaji telah mengumpul pelbagai
sampel daripada penulisan kanak-kanak
Pekak untuk menentukan kesalahan jenis
tatabahasa yang kerap dilakukan oleh mereka
yang terlibat.
KAJIAN PERBANDINGAN PENCAPAIAN
BAHASA DI ANTARA KANAK-KANAK
YANG MENGGUNAKAN KOKLEA
IMPLAN DENGAN KANAK-KANAK YANG
MENGGUNAKAN ALAT BANTU
DENGAR- BAHASA INGGERIS
• Pengkaji mendapati pengguna implan
koklea memberikan keputusan yang
lebih baik dalam pencapaian
tatabahasa Bahasa Inggeris
berbanding 29 kanak-kanak Pekak
yang menggunakan alat bantu dengar
(HA) yang diukur dengan kaedah
IPSyn.
• Kanak-kanak Pekak yang mempunyai
pengalaman yang lebih lama
menggunakan CI didapati mempunyai
pencapaian tatabahasa Bahasa Inggeris
yang lebih bagus berbanding mereka
yang tidak mempunyai pengalaman CI
langsung.
RITLS: RHODE ISLAND TEST OF
LANGUAGE STRUCTURE
• Mengukur dan menilai perkembangan Bahasa
Inggeris
• Dibentuk khas untuk kegunaan kanak-kanak yang
mempunyai masalah pendengaran dan juga
berguna dalam bidang perkembangan bahasa
untuk golongan lain seperti terencat akal, masalah
pembelajaran dan masalah bilingual.
• Tumpu pada sintakis iaitu berbeza dengan kaedah
yang lain yang menumpu pada ujian morfologi
sahaja.
• Ujian dijalankan selama 30 minit.
• Sesuai untuk umur 3 hingga 20 tahun yang
bermasalah pendengaran
• Kanak-kanak tiada masalah pendengaran yang
berumur antara 3 hingga 6 tahun.
IPSyn: INDEX OF PRODUCTIVE
SYNTAX
• Pengukur tahap perkembangan bahasa kanak-
kanak yang akan memberikan keputusan
tatabahasa yang kompleks.
• Mengkaji pemerolehan bahasa yang berbeza di
kalangan kanak-kanak.
• Kaedah pengukuran ini sesuai untuk kanak-kanak
yang berumur 4 tahan ke bawah dan tidak sesuai
jika diuji terhadap kanak-kanak selepas umur 4
tahun.
• Menurut Scarbrough, H. (1990), kaedah ini adalah
untuk menguji perkembangan bahasa berkenaan
sintaktik untuk kanak-kanak di pra persekolahan.
• Menguji bentuk kata nama dan kata kerja serta
struktur ayat yang betul termasuk ayat berbentuk
soalan dan ayat nafi.
PENCAPAIAN BAHASA BAGI
KANAK-KANAK PEKAK - (ASL)
UJIAN YANG DIJALANKAN UNTUK MENILAI
TAHAP KECEKAPAN BERBAHASA KANAK-
KANAK PEKAK - (BAHASA INGGERIS)
Mary Peterson telah menjalankan kajian
terhadap 36 orang kanak-kanak Pekak yang
mempunyai tahap kepekakan yang sangat
teruk berumur antara 5 hingga 11 tahun.
• Ujian melalui soalan yang tidak formal
• Menggunakan Maryland Syntax Evaluation
Instrument (MSEI)
• Expressive One Word Picture Vocabulary Test
(EOWPVT).
Terima
kasih
ada soalan?

Anda mungkin juga menyukai