Anda di halaman 1dari 5

SJK(T) SENTUL, K.L.

KERTAS KERJA
BRAIN GYM & BRAIN BREAKS
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI
TAHUN 2021

TEMPAT : BILIK PENDIDIKAN KHAS


TARIKH : SEPANJANG TAHUN
MASA : 7.45am – 8.00am
1. PENGENALAN

Murid-murid Program Pendidikan Khas Masalah Integrasi terdiri daripada murid-murid


bermasalah pembelajaran yang mana setiap murid mempunyai ciri-ciri yang unik. Senaman
Otak “Brain Gym” adalah satu senaman yang mudah untuk meningkat kesihatan mental dan
fungsi kognitif otak. Senaman ini sangat berkesan untuk dijalankan didalam kelas ini,

2. MATLAMAT

Program ini diadakan dengan matlamat menyuburkan potensi murid-murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran dalam semua aspek perkembangan kognitif serta memupuk sikap
positif agar mereka menjadi seorang murid yang mampu berfikir, menguasai kemahiran 3M
(membaca menulis dan mengira) dan berdikari serta menarik minat murid untuk besenam pada
awal pagi.

3. OBJEKTIF
1) Memberikan keseronokan kepada murid sebelum bermulanya pembelajaraan.
2) Murid-murid akan dapat bertindak aktif dan mencuba gerakan baharu.
3) Murid-murid juga dapat fokus terhadap gerakan yang dilakukan oleh mereka.
4) Meningkatkan minat dan semangat murid untuk belajar dalam pelbagai situasi.

4. SASARAN

Murid-murid Pendidikan Khas (PPKI) : 7 orang

Guru & PPM : 5 orang

5. PELAKSANAAN

Butir-butir Program

Tarikh : Bulan Mac Hingga Disember (Bersemuka)


: Setiap hari Selasa (online)

Hari : Selasa hingga Jumaat

Masa : 7.45 pagi - 8.00 pagi

Tempat : Bilik PPKI

6. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penasihat : Pn. Letchumy A/P Sathu (Guru Besar)

Pengerusi / setiausaha : Pn. Seetha Devi A/P Andiappan

Displin & keselamatan : Pn. Annie Shanthi A/P Noris

Pn. Kartina Binti Khalid

Pn. Roslizarina Binti Rasli

Pn. Norfadhilah Binti Jamaluddin

7. PENUTUP

Kami amat berharap melalui program ini murid dapat menimba pengalaman baru dan murid
berasa seronok hadir ke sekolah. Selain daripada itu kami mengharapkan perubahan kemahiran
berfikir murid “Brain Gym” ini meransang otak dan murid-murid menjadi aktif sepanjang hari..
Semoga murid-murid dapat menguasai kemahiran 3M (membaca menulis dan mengira).

Disediakan Oleh,

_______________________

(ANNIE SHANTHI NORIS)


SETIAUSAHA PROGRAM
SJK(T) Sentul, KL

Disemak Oleh,

_________________________
(SEETHA DEVI A/P ANDIAPPAN)
PENYELARAS PPKI
SJK (T) SENTUL

Disahkan Oleh,

_________________________
(LETCHUMY A/P SATHU)
GURU BESAR
SJK (T) SENTUL
Terdapat 15 langkah dalam
video ini.

Anda mungkin juga menyukai