Anda di halaman 1dari 1

FENOMENOLOGI

Terdapat beberapa tradisi penyelidikan kualitatif dalam sains sosial.


Tradisi ini berkaitan dengan kaedah yang digunakan untuk pengumpulan data,
analisis data, penulisan laporan atau keseluruhan reka bentuk yang merangkumi
semua fasa dalam proses penyeldikan. Reka bentuk tersebut adalah etnografi,
grounded-theory, fenomenologi, historiografi, biografi dan kajian kes.

DEFINISI
Menurut Othman Lebar ( 2021), fenomenologi bermaksud kajian
tentang sesuatu fenomena mungkin merupakan
peristiwa,situasi,pengalaman ataupun konsep.
Merupakan satu kerangka teori yang menekankan kajian tentang
bagaimana pengalaman harian mempengaruhi dan membentuk
perlakuan manusia.
Mengikut Taylor & Bodgan (1997), fenomenologis melihat perlakuan
manusia, apa yang mereka perkatakan
dan lakukan sebagai produk bagaimana manusia memberi makna
tentang dunia mereka.

JENIS-JENIS
Edmund Husserl ialah tokoh fenomenologi yang mengemukakan teori transcendental
phenomonology menegaskan pengkaji perlu melihat bagaimana sesuatu fenomena itu timbul
dengan sendirinya tanpa melalui media budaya atau sautu strtuktur yang simbolik.
Sesuatu fenemena itu perlu diteliti dengan mendalam supaya dilihat makna yang terkandung di
sebaliknya.
Kita perlu terlebih dahulu melepaskan cara biasa kita membuat persepsi, supaya dapat kita
mengelakkan bias dan nilai daripada mempengaruhi maklumat yag diperoleh daripada subjek
kajian.
Schutz ialah tokoh fenomenolgi yang mengemukakan teori existential phenomenology pula
menekankan kepada proses membuat renungan ke atas apa yang telah dilakukan.
Beliau mengemukakan konsep reflixitivity yang menenkankan kepada mencari makna melalui aliran
kesedaran (stream of consciousness).
Melalui renungan, seseorang itu biasanya akan menyusun atau membuat klasifikasi pengalaman
mereka supaya dapat diberi makna kepada pengalaman tersebut.
Proses ini juga dipanggil sebagai proses typification.

CIRI-CIRI
Metodologi yang dibentuk adalah kurang berstruktur dan lebih
terbuka.
Fenomenologi menekankan subjektiviti maka untuk memaksimumkan
maklumat yang dikumpul, temu bual tidak berstruktur adalah
sangat efektif.
Bilangan sampel yang sangat sedikit.
Temu bual yang dijalankan adalah sangat mendalam dan terperinci.

TUJUAN
Untuk memahami subjek kajian melalui pandangan atau perspektif
mereka.
Menghurai pengalaman manusia, perasaan dan tindak balas bagi situasi
yang khusus dalam sesuatu fenomena.
Membuat generalisasi bagaimana pengalaman tentang sesuatu
fenomena dialami oleh orang-orang yang berada dalam fenomena
tersebut.

LANGKAH
PELAKSANAAN
1. Mengklasifikasikan atau mengkategorikan data- pengkaji mengenal pasti dan memperhalusi semua
maklumat berkaitan fenomena yang dikaji.
2. Intuisi -(memahami sesuatu situasi melalui perasaan bukannya berdasarkan fakta)- memahami
fenomena dengan mendalam kerana terlibat sepenuhnya dalam kajian sama seperti peserta kajian.
3. Analisis- analisis data melibatkan beberapa proses seperti mengekod (coding) dan
mengkategorikan data. Selepas itu pengkaji akan membina tema bagi menghurai pengalaman dalam
perspektif yang dikaji.
4. Deskripsi- pengkaji akan menghurai dan menginterpretasi fenomena berdasarkan data yang
diperoleh dalam kajian.

KUMPULAN 10
(3) KANAMAH A/P MURALEE - M20211001024

(22) ANNIE SHANTHI A/P NORIS M20211001521


(26) KANAGA A/P BATHUMALAI-M20211001526

Anda mungkin juga menyukai