Anda di halaman 1dari 15

Perkembangan Bahasa

Teori-teori perkembangan bahasa


Cuba fikirkan;
Bagaimanakah teori yang berbeza dapat
menerangkan tentang perkembangan
bahasa?
Perspektif Kematangan
• Kebolehan berbahasa adalah kebolehan semulajadi.
• Noam Chomsky adalah pelopor bagi perpektif ini.
• Beliau percaya bahawa kanak-kanak dilahirkan
dengan struktur linguistik yang membolehkan
mereka memperolehi bahasa.
• Oleh kerana pemerolehan bahasa adalah semulajadi,
ianya sepatutnya berlaku pada tempoh masa tertentu.
• Kanak-kanak yang lewat memperolehi kebolehan
berbahasa akan menghadapi masalah untuk
memperolehinya di luar jangka waktu yang sepatutnya.
Perspektif Behaviorist
• Melhat perkembangan bahasa adalah daripada
faktor luaran seperti peniruan dan rangsangan.
• B.F Skinner (1957), menyatakan pemerolehan
bahasa adalah perlakuan yang dipelajari.
• Menurut perspektif ini ibu bapa merangsang
perkembangan bahasa bayi dengan cara
bertindak balas terhadap senyuman dan bunyi-
bunyi bayi.
• Bahasa berkembang kepada yang lebih
kompleks seperti bunyi > perkataan > ayat
(tatabahasa/ fungsi)
Perspektif Interactionist
• Mempertemukan 2 teori.
• Melihat faktor-faktor seperti persekitaran sosial,
kematangan, biologi, dan kognitif memainkan
peranan penting dalam perkembangan bahasa.
• Mengambil kira pendapat perspektif kognitif
yang menyatakan kebolehan kanak-kanak
memahami bahasa adalah berpunca daripada
perkembangan kognitif.
• (bahasa mewakili pemikiran )
• Mengambil kira pendapat perspektif sosial
yang menyatakan bahasa adalah usaha
untuk menjalinkan hubungan sosialisasi.
• Alat utama bagi sosialisasi di kalangan
kanak-kanak adalah bahasa. (Vygotsky,
1962)
Perkembangan bahasa
• Perkembangan bahasa berikut adalah
bentuk perkembangan secara am.
Peringkat membabel (mengagah)
0-6 bulan
• Semasa lahir sehingga 6 bulan bayi akan
membunyikan semua bunyi yang terdapat
dalam semua bahasa dunia.
• Bunyi-bunyi yang dikeluarkan adalah
bunyi-bunyi linguistik nurani. Ini kerana
bayi sedang bermain-main dengan alat-
alat ucapannya.
6 bulan ke setahun
• Peringkat 6 bulan dan setahun pula bayi
mula mengatur pertuturannya menurut
pola sukukata yang lebih teraturpada
umumnya berbentuk kv. Ucapan sukukata
ini telah mula mempunyai intonasi
menurun mahupun menaik.
Peringkat Holofrasa
(1 tahun)
• Semasa beusia lebih kurang setahun bayi mula memasuki
peringkat holofrasa atau peringkat satu kata yang dianggap
peringkat linguistik pertama.
• Bayi akan berkomunikasi menggunakan hanya satu sukukata
sahaja dan ucapan holofrasa ini dapat ditafsirkan sebagai satu
ayat atau frasa lengkap menurut ertinya atau fungsinya dalam
komunikasi.
• Misalnya perkataan ‘kan’mungkin bermaksud itu ikan. Erti
sebenarnya dapat di tafsirkan dengan merujuk kepada
persekitarannya atau situasi pada waktu ujaran itu dituturkan.
• Biasanya ibu atau pengasuhlah yang lebih berjaya
mentafsirkan apa yang dimaksudkan oleh bayi tadi.
Peringkat Ucapan Dua Kata
(2 tahun)
• Apabila bayi berumur lebih kurang dua
tahun munculah ucapan dua kata.
• Mula-mula kanak-kanak mengucapkan dua
holofrasa dengan urutan yang sangat cepat
sperti ‘kan’ ‘dik’ yang bermaksud ikan adik.
• Selepas ini muncullah ucapan dua kata
sebenarnya iaitu seperti ‘ikan adik’ dan
lain-lain.
Peringkat Permulaan Tatabahasa
( 2 tahun/ 2 tahun 6 bulan)
• Peringkat ini bermula lebih kurang dua
tahun atau dua tahun setengah.
• Kanak-kanak telah mula memakai elemen
tatabahasa yang lebih rumit seperti
awalan dan akhiran dalam pemerolehan
bahasa Melayu tetapi ayat masih dalam
bentuk telegram seperti “Letak atas meja”.
Peringkat Tatabahasa
(3 dan 4 tahun)
• Ketika berumur tiga dan empat tahun ayat
yang diterbitkan lebih rumit dan kanak-
kanak dianggap ‘bijak bercakap’.
Peringkat Kecekapan Penuh
(4 dan 5 tahun)
• Ketika berumur 4 atau lima tahun kanak-
kanak yang normal telah boleh menguasai
elemen-elemen sintaksis bahasa
ibundanya dan telah memiliki perlakuan
(pemahaman dan penerbitan) yang
memadai.
• Walaupun penbendaharaan kata masih
kurang tetapi tumbuh dengan kecepatan
yang menakjubkan.
Kesimpulan
• Perkembangan bahasa secara amnya
berlaku secara berperingkat-peringkat,
semakin berkembang menjadi bahasa
yang difahami dan digunakan untuk tujuan
komunikasi

Anda mungkin juga menyukai