Anda di halaman 1dari 7

Permainan Squash

Sejarah
Permainan Skuasy adalah permainan yang mudah dipelajari. Peraturan permainannya mudah difahami oleh pemain. Skuasy dimainkan di dalam gelanggang tertutup yang merupakan sebuah bilik kosong bersiling tinggi dan mempunyai empat dinding termasuk dinding belakang. Matlamat permainannya ialah untuk mendapatkan mata dengan melakukan servis, dan memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil bola yang dipukul itu. Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini dengan mendirikan gelanggang sendiri. Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan di Sekolah Harrow. Perkataan skuasy adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket. Pada mulanya, skuasy dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perang dunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Persatuan Skuasy di England ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun-tahun awal pertandingan skuasy, ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh Negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan supupunya Roshan Khan. Permainan skuasy akhirnya telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orangorang Inggeris yang bertugas di negara ini. Tarikh tepat permainan skuasy diperkenalkan di Malaysia tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920-an. Pada masa itu, ia dimainkan oleh kelabkelab, khusus untuk orang-orang kulit putih. Permainan skuasy mula diminati oleh rakyat negara ini selepas perang dunia kedua. Selepas tahun-tahun 1960an, skuasy mula menjadi satu permainan yang semakin diminati hingga ada

sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Pertandingan dan kejohanan skuasy mula dianjurkan samada di peringkat sekolah, kelab atau jabatan. Pada tahun 1972, sekumpulan peminat dan pemain skuasy di sekitar Kuala Lumpur telah bertemu di Kelab Tasik Perdana Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk sukan ini. Akhirnya, Persatuan Skuasy Malaysia (PSM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan untuk permainan skuasy di seluruh Malaysia. Datuk Hisyam Albakri adalah presidennya yang pertama. Dengan adanya Persatuan Sepak Takraw Malaysia, banyak persatuan-persatuan skuasy negeri ditubuhkan termasuk Kelab Skuasy Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Skuasy Polis Diraja Malaysia. Beberapa pertandingan mula diadakan seperti di Kolej Melayu Kuala Kangsar tahun1939 dan Pertandingan Piala Tiger tahun 1966. Skuasy terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia khususnya melalui kejayaan Nicol Ann David yang muncul selaku pemain terbaik wanita dunia tahun 2005 dan Olahragawati Asia 2007. Melalui usaha yang tidak mengenal jemu di dalam menampilkan cabaran negara pada setiap kejohanan diperingkat antarabangsa, segala usaha itu kini membuahkan hasil. Di sana sini kelibat pemain skuasy negara berjuang melakar kejayaan diri demi negara. Nama-nama seperti Nicol Ann David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar kini meniti dibibir lawan sebagai pencabar yang digeruni untuk ditemui. Kejayaan Nicol Ann David menjuarai kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong sekaligus ternobat selaku pemain nombor satu dunia, sewajarnya dijadikan impian seimbang buat lain-lain atlit. Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain skuasy negara memberi petanda bahawa Malaysia boleh mencipta nama menerusi sukan ini.

Peraturan
1. Pertandingan akan dimainkan dengan sistem kompetisi, dengan menggunakan bola squash titik 2. 2. Peringkat 1 dan 2 dari tabel kompetisi ditetapkan sebagai juara I dan II 3. Permainan dilakukan dengan sistem skoring rally point. 4. Juara ditentukan dengan sistem three winning set atau telah mencapai waktu 50 menit 5. Untuk sistem three winning set, pemain yang pertama kali mendapatkan skor 11 akan memenangkan set.Jika terjadi posisi skor 10-10 maka permainan dilanjutkan hingga diperoleh selisih 2 point. 6. Jika permainan dengan sistem three winning set belum selesai namun telah melebihi 50 menit, maka pemain dalam posisi unggul akan memenangkan permainan. 7. Pemain diwajibkan hadir 5 menit sebelum pertandingan dimulai. Panitia memberikan toleransi 5 menit dari jadwal pertandingan. Jika melebihi batas waktu toleransi, maka pemain tersebut dianggap kalah WO (walk out) dengan nilai 11-0 sebanyak 3 set untuk pemenang. 8. Tiap pertandingan diawali dengan pemanasan selama 5 menit. Jika diperlukan, disediakan waktu istirahat antar set selama 90 detik. Jika diberlakukan sistem batasan waktu (50 menit), maka total waktu yang tersedia untuk pertandingan adalah 45 menit (tanpa istirahat diantara set) atau 42 menit (dengan istirahat diantara set). 9. Peserta wajib menggunakan sepatu indoor yang tidak meninggalkan noda hitam pada lantai lapangan. 10. Skema pertandingan adalah sebagai berikut: Lapangan/ court 1 Andrie Ochtam vs Zhenwei Ye Lapangan/ court 2 Affan Nurachman vs Jimmy Perdana

Andrie Ochtam vs Affan Nurachman Jimmy Perdana vs Raymond ferdiansyah Zhenwei Ye vs Affan Nurachman Andrie Ochtam vs Jimmy Perdana Zhenwei Ye vs Jimmy Perdana Zhenwei Ye vs Raymond Ferdiansyah Andrie Ochtam vs Raymond Ferdiansyah Affan Nurachman vs Raymond Ferdiansyah

Set dan angka permainan


Setiap permainan terdiri dari lima set, namun jika salah seorang pemain telah memenangkan tiga set, maka ia adalah pemenangnya. Ada dua macam penilaian angka: sistem tradisional menyatakan bahwa hanya pemain yang melakukan serve (orang pertama yang mulai memukul bola) yang berhak memperoleh angka jika pemain lawan gagal mengembalikan bola hasil pukulan sang pemain atau melakukan kesalahan, sementara sistem lainnya yang disebut sistem Amerika, menyatakan bahwa pemenang setiap rally berhak mendapatkan angka tanpa memedulikan apakah sang pemenang adalah orang yang melakukan serve atau bukan. Dalam pertandingan internasional, sistem penilaian angka yang digunakan adalah sistem tradisional.

Sebuah lapangan squash. Menggunakan sistem tradisional, setiap set akan dimenangi jika seorang pemain mencapai 9 poin, sementara dalam sistem Amerika, poin yang harus dicapai adalah 11 poin.

Contoh Squash Ball:

Contoh Racket:

Contoh Gelanggang:

Rujukan:

http://sejarahdankemahiransukan.blogspot.com/2009/08/sejarahpermainan-skuasy-adalah.html
http://ambassadorcup2009.wordpress.com/bahasa-indonesia/peraturanpertandingan/peraturan-squash/ http://id.wikipedia.org/wiki/Squash

Anda mungkin juga menyukai