Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti 5 Tajuk: Membuat jam matahari Hipotesis: Panjang bayang-banyang adalah paling pendek pada jam 12 tengah hari

Inferens : panjang bayang-bayang pada jam 12 tengah hari adalah paling pendek kerana kedudukan matahari adalah betul-betul tegak di atas kepala. Pemboleh ubah: Dimanipulasi: masa Bergerak balas: panjang bayang-banyang Dimalarkan: jenis pensel Radas/bahan: Pensel Kertas A4 Plastisin Pembaris Prosedur: 1. Panjang pensel diukur dan pensel diletakkan ditengah-tengah kertas dengan menggunakan plastisin. 2. Bayang-bayang pensel ditanda setiap satu jam dan diulang sehingga mendapat 8 bacaan. 3. Panjang bayang-bayang diukur menggunakan pembaris. 4. Graf panjang bayang-banyang melawan masa dibina daripada keputusan yang diperoleh.

Keputusan : Panjang pensel ialah ...................cm

Masa 8 pagi 9 pagi 10 pagi 11 pagi 12 tengah hari 1 petang 2 petang 3 petang

Panjang bayang-bayang (cm)

Graf panjang bayang-bayang melawan masa dibina berdasarkan data yang diperoleh. Perbincangan : 1. Pada waktu bilakah bayang-bayang tidak kelihatan? Pada jam 12 tengah hari sewaktu matahari berada tegak diatas kepala. 2. Pada waktu bilakah bayang-bayang menjadi lebih panjang daripada pensel? Pada jam 8 pagi dan 3 petang. Kesimpulan: panjang bayang-bayang dipengaruhi oleh masa ( kedudukan matahari)

Pengetahuan masteri 1. Apakah yang anda pelajari daripada aktiviti diatas? Berdasarkan aktiviti 5 diatas, saya mempelajari tentang pengaruh masa terhadap panjang bayang-bayang. 2. Di bahagian manakah di dalam kurikulum sekolah rendah diajar tajuk ini? Untuk tahap 1, tajuk ini diajar dibawah tema ( world around us) bagi tahun 1 dan untuk tahun 2 ,tajuk ini diajar di bawah tema ( investigating the earth and the universe) bagi tahun 5. 3. Bincangkan bagaimana aktiviti ini boleh digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran? Bagi murid tahun 1, aktiviti boleh dirancang berdasarkan unit 3.0: mengetahui tentang terang dan gelap ( finding out about light and dark). Mereka boleh dibawa ke padang sekolah ataupun ke kawasan yang lapang di mana terdapatnya cahaya matahari. Pembelajaran seperti ini dikenali sebagai pembelajaran luar bilik darjah. Murid diminta membuat pelbagai bentuk bayang-bayang dan melalui aktiviti itu guru boleh menerangkan kepada mereka bahawa murid boleh melihat bayang-bayang kerana wujudnya cahaya. Justeru itu, cahaya dapat membantu seseorang untuk melihat. Bagi murid tahun 5 pula, guru boleh menjalankan aktiviti di bawah unit 3.1: memahami bahawa cahaya bergerak di dalam garisan lurus ( understanding that light travels in a straight line). Murid diajar bagaimana bayang-bayang boleh dihasilkan iaitu disebabkan oleh penembusan cahaya dihalang oleh objek yang legap. Konsep lutsinar dan tegap diterangkan kepada pelajar. Selepas itu, murid diminta untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi bentuk dan saiz bayang-bayang. Murid harus mengenal pasti pemboleh ubah dengan baik agar aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Akhir sekali, murid akan dapat memahami bahawa apabila jarak objek dengan sumber cahaya semakin terang, maka saiz bayang-bayang akan bertambah. 4. Kreativiti ialah elemen yang penting di dalam Bekerja dan Berfikir secara saintifik. Apakah ciri-ciri kreatif di dalam proses membuat inferens? Melalui proses membuat inferens,kemahiran berfikir pelajar dapat dikembangkan. Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar,bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Murid

yang berfikir secara kreatif dan kritis akan dapat membuat keputusan dan menghubungkait pengetahuan,pengalaman,dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah. Di samping itu juga,idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif dapat dihasilkan. Di samping dapat meningkatkan aspek kognitif dan afektif,dan seterusnya perkembangan intelek mereka. Murid yang berfikiran kreatif juga bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat,dapat membina keyakinan diri untuk memberi hujah,membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti yang kukuh. 5. Di dalam mengembangkan kemahiran berfikir dan bekerja secara saintifik kepada murid,terdapat beberapa teknik yang harus dilakukan oleh guru untuk menggalakkan perkembangan kreativiti. Bincangkan . Sebagai guru,strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar boleh dibuat untuk menggalakkan perkembangan kreativiti murid. Strategi pemusatan pelajar ini bermaksud pelajar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di mana pelajar bertanggung jawab terhadap apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Strategi ini dapat menggalakkan pelajar bertanggung jawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Sebagai contoh, melalui eksperimen. Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim yang dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir,kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang bentuk eksperimen,iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan ,data yang boleh diukur,bagaimana menganalisis data dan bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berdendirian atau secara kumpulan kecil. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar supaya supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Dalam strategi ini,guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggung jawab terhadap pelajar dengan memantau aktiviti yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai