Anda di halaman 1dari 93

RISIKO DAN CABARAN YANG PERLU DIHADAPI OLEH KONTRAKTOR

DIPERINGKAT PENUTUPAN PROJEK

MASAR BIN ABDUL RAKMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA


PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND
COPYRIGHT

Author’s full name : MASAR BIN ABDUL RAKMAN

Date of birth : 16rd NOVEMBER 1993

Title : RISIKO DAN CABARAN YANG PERLU DIHADAPI OLEH


KONTRAKTOR DIPERINGKAT PENUTUPAN PROJEK

Academic Session : 2015/2016

I declare that this thesis is classified as :

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret


Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the


organization

∕ OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access


(full text)

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:

1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.


2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the
purpose of research only.
3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by :

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR

921116-12-6833 SR. DR. NORAZAM BIN OTHMAN


(NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR

Date : th JUNE 2016 Date : th JUNE 2016

NOTES : *If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter
from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.
i

PENGAKUAN

“Saya/kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan”

Tandatangan : ......................................

Nama Penyelia : :SR. DR. NORAZAM BIN OTHMAN

Tarikh : ......................................

Tandatangan : ......................................

Nama Pembaca : DR. ZUHAILI BIN MOHAMAD RAMLY

Tarikh : ......................................
ii

RISIKO DAN CABARAN YANG PERLU DIHADAPI OLEH KONTRAKTOR


DIPERINGKAT PENUTUPAN PROJEK

MASAR ABDUL RAKMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan

FAKULTI ALAM BINA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA

JUN 2016
iii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………………….

Nama Penulis : MASAR BIN ABDUL RAKMAN

Tarikh : ……………………………………………….
iv

DEDIKASI

Alhamdulillah……
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani masih
memberikan kekuatan kepada diri ini untuk bernafas

Buat kedua Ibu Bapa saya terima kasih di atas segala pengorbanan yang dicurahkan
selama ini...
Kepada adik-beradik saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan

Buat seorang semua tenaga pengajar yang tidak pernah lelah untuk mendidik diri
ini,
Serta rakan-rakan seperjuangan, yang banyak memberi pertolongan dan
Berkongsi ilmu pengetahuan...

semoga hidup kita semuanya sentiasa dirahmati


dan diberkati oleh Yang Esa...InsyaAllah.
v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT Yang Maha Besar, kerana


dilimpahkan rahmat dari-Nya untuk saya menulis dan menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini dengan sempurna. Tanpa bimbingan, bantuan dan dorongan daripada
pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mustahil bagi saya
untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Dengan rendah diri, saya mengucapkan setinggi penghargaan dan ribuan


terima kasih kepada penyelia saya iaitu Sr. Dr.. Norazam Bin Othman di atas segala
tunjuk ajar dan motivasi sepanjang tempoh pelaksanaan penyelidikan ini. Kesudian
beliau meluangkan masa dengan saya banyak membantu dalam menyediakan Projek
Sarjana Muda ini.

Akhir kalam, ucapan terima kasih juga buat ayahanda, bonda serta ahli
keluarga tercinta yang sentiasa mendoakan kejayaan saya serta ucapan terima kasih
buat rakan-rakan yang banyak memberi idea yang bernas melalui pengetahuan yang
dimiliki oleh mereka adalah sangat saya hargai. Doa dari saya juga, semoga Allah
SWT membalas jasa kalian.

Sekian, terima kasih.


vi

ABSTRAK

Industri pembinaan merupakan industri yang berisiko tinggi disebabkan oleh


projek pembinaan yang kompleks dan unik berbanding dengan industri lain. Sepanjang
tempoh pelaksanaan projek kontraktor tidak terlepas daripada mengambil tindakan dan
keputusan yang berisiko, termasuklah diperingkat penutupan projek. Objektif kajian
ini adalah mengenalpasti risiko diperingkat penutupan projek dan mengenalpasti
perbandingan antara pengurusan risiko yang dipraktikan oleh kontraktor dengan teori
sedia ada. Kajian ini telah dijalankan di kawasan Johor Bahru dan terhadap kontraktor
yang pernah melalui fasa penutupan projek. Kajian ini dilaksanakan dengan
menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif, dimana proses temubual dengan
menggunakan instrumen temubual semi-struktur telah dijalankan terhadap responden.
Hasil kajian yang diperolehi, terdapat empat (4) jenis risiko pembinaan yang
dikenalpasti wujud diperigkat penutupan projek iaitu risiko rekabentuk, pentadbiran,
sosio-politik dan kewangan. Berasaskan tinjauan literatur, pengurusan risiko dapat
dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu mengenalpasti risiko, menganalisis
risiko, mengawal risiko dan sorotan atau laporan risiko. Namun kontraktor
kebiasannya menguruskan risiko tersebut berdasarkan pengalaman mereka. Langkah
kawalan risiko yang diambil oleh kontraktor adalah berasaskan konsep elak
‘avoidance’, mentoleransi ‘tolerate’, mengubati ‘treat’ dan hapus ‘terminate’. Risiko
diperigkat penutupan projek adalah berbeza dari segi kaedah pengurusan yang diambil
oleh setiap kontraktor, ini adalah disebabkan sifat projek pembinaan yang unik dan
kompleks.
vii

ABSTRACT

. The construction industry is a high-risk industry due to the complex and


unique caharacteristic of the industry itself. Troughout the construction period,
contractors could not avoid from taking risky actions and decisions, this is including
in the closing phase of contruction project. The objective of this study are to identify
the risk in project closeout and the comparison between the risk management practised
by the contractor with the existing theory. This study was carried out in the area of
Johor Bahru and against contractors that have been through the closing phase of the
project. The study was conducted using qualitative research methodology, where
interviewing process using instrument of semi-structured interviews conducted on
respondents. As the result, there are four (4) types of risk identified exists in project
closeout, which is design risk, administrative risk, socio-political risk and financial
risk. Based on the literature review, risk management can be divided into several
phase, namely risk indentify, risk analysis, risk control and risk reporting. However
contractors usually manage these risks based on their experiences. Risk control
measures taken by the contractors are based on the concept of avoidance, tolerate, treat
and terminate. Risks exist in project closeout are different in terms of the management
methods employed by each contractor, this is due to the nature of construction projects
that are unique and complex.
viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN


1.0 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 2
1.3 Persoalan Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Skop Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Metodologi Kajian 6
1.8 Susunan Bab 8
2.0 Pengurusan Penutupan Projek dan Risiko Pembinaan
2.1 Pengenalan 10
2.2 Fasa Penutupan Projek 11
2.3 Keperluan Penutupan Projek 12
2.4 Penyediaan dan Pelaksanna Fasa Penutupan Projek 14
2.5 Proses Penutupan Projek 14
2.6 Pembinaan Kepada Pengoperasian 19
2.7 Kajian Penutupan Projek 20
2.8 Definisi Risiko 20
2.9 Pengelasan Risiko 21
2.10 Pengurusan Risiko 25
2.11 Proses Pengurusan Risiko 26
2.12 Megenalpasti Risiko 27
ix

2.13 Penilaian dan Analisis Risiko 28


2.14 Tindak balas Terhadap Risiko 32
2.15 Pemantauan Dan Kawalan Terhadap Risiko 35
2.16 Risiko di Fasa Penutupan Projek 38
2.17 Hubungkait Risiko dan Fasa Penutupan Projek 40
2.18 Kesimpulan 41

3.0 Metodologi Kajian


3.1 Pengenalan 42
3.2 Reka bentuk Kajian 43
3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 45
3.4 Instrument Kajian 47
3.5 Analisis Data 47
3.6 Kesimpulan 48
4.0 Analisis Data
4.1 Pengenalan 49
4.2 Analisis Reponden 50
4.2.1 Analisis Responden 50
4.2.2 Analisis Risiko 52
4.2.3 Analisis Pengurusan Risiko 62
4.3 Kesimpulan 70
5.0 Kesimpulan dan Cadangan
5.1 Pengenalan 71
5.2 Rumusan Kajian 72
5.3 Kekangan Pelaksanaan Kajian 75
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 76

RUJUKAN 77
LAMPIRAN 79
x

SENARAI JADUAL

Bil Tajuk Halaman


2.1 Jenis-Jenis Risiko Dalaman Dan Luaran 22

2.2 Kaedah Pengenalpastian Risiko 26

3.1 Senarai Risiko Berserta Kod 46

3.2 Kawalan Risiko Berserta Kekerapan 46

4.1 Jawatan Responden 49

4.2 Tempoh Pengalaman Bekerja 50

4.3 Jadual Risiko Reka Bentuk 51

4.4 Risiko Pentadbiran 54

4.5 Risiko Sosio-Polotik 56

4.6 Risiko Kewangan 58

4.7 Kaedah Kawalan Risiko Teknikal 60

4.8 Kaedah Kawalan Risiko Pentadbiran 62

4.9 Kaedah Kawalan Risiko Sosio-Politik 63

4.10 Kaedah Kawalan Risiko Kewangan 65

4.11 Peratusan Kawalan Yang Dilaksanakan 67

4.12 Fasa Pengurusan Risiko 69


xi

SENARAI RAJAH

Bil Tajuk Halaman


1.1 Carta Alir Metodologi Kajian 8
2.1 Turutan Proses Penutupan Projek 15
2.2 Proses Pentauliahan dan Penyiapan 20
2.3 Proses Pengurusan Risiko 24
2.4 Proses Analisis Risiko Kualitatif 28
2.5 Proses Analisis Risiko Kuantitatif 30
3.1 Turutan Metodologi Kajian 41
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan negara menjadi agenda utama, setiap kali Belanjawan Negara


dibentangkan. Ini jelas terbukti dengan peruntukan yang banyak telah disediakan
untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya dalam membangunkan
infrastruktur awam. Industri binaan menjadi lebih rancak dengan pelbagai projek
pembinaan yang baru. Sektor ini diberi peruntukan yang besar dalam Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Industri pembinaan merupakan antara penyumbang kepada ekonomi negara.


Berdasarkan statistik pembinaan suku tahunan 2015 yang dikeluarkan oleh CIDB, nilai
kerja pembinaan pada suku ketiga 2015 merekodkan peningkatan lebih separuh
berbanding suku kedua tahun tersebut, iaitu peningkatan kepada 3,910 dari 2,183
projek baru yang dilaksanakan. Peningkatan ini menunjukkan projek pembinaan
semakin pesat membangun dalam tahun 2015.
2

Objektif utama bagi sebuah organisasi kontraktor adalah untuk menyiapkan


projek dengan berkesan dan menepati masa yang diperuntukan. Fasa penutupan projek
merupakan fasa yang penting untuk menyempurnakan sesebuah projek pembinaan.
Menurut Mcgraw-Hill (2003), penutupan projek merupakan akitiviti pembinaan yang
melibatkan kerja-kerja pemeriksaan akhir, penyerahan dokumen, penerimaan dan
menyimpulkan pembayaran keatas projek pembinaan seperti yang dikehendaki dalam
dokumen-dokumen kontrak.

Walaubagaimanapun menurut Unit Perancangan Ekonomi 2015 masalah


semasa penyiapan dan penyerahan projek merupakan salah satu faktor berlakunya
kelewatan bagi menyempurnakan projek pembinaan di Malaysia. Risiko yang hadir
dalam projek pembinaan sememangnya tidak dapat dinafikan merupakan penyebab
permasalahan projek pembinaan. Hal ini demikian kerana hasil daripada risiko yang
diambil sukar untuk ditentukan (Paul, Tony & Nigel, 2006).

1.2 Penyataan Masalah

Penekanan terhadap fasa penutupan projek adalah wajar diberikan perhatian


oleh setiap organisasi pembinaan. Sebuah organisasi kontraktor perlu merancang kerja
dengan teliti bagi megelakkan masalah semasa penutupan projek dimana biasanya
kontraktor tergesa-gesa dalam peringkat ini bagi mendapatkan tuntutan bayaran (Roco
2009).

Kelemahan dalam melaksanakan penutupan projek boleh memberi kesan


kepada hubungan kontraktor tersebut dengan klien. Seperti yang dinyatakan oleh Jared
(2012), hubungan antara klien dengan kontraktor akan terjejas apabila kontraktor gagal
melaksanakan penutupan projek dengan baik. Keadaan ini juga mempengharui imej
kontraktor dalam industri pembinaan.
3

Pengurusan maklumat semasa peringkat penutupan projek perlu diambil


perhatian, dimana terdapat banyak dan pelbagai jenis dokumen yang dihasilkan
sepanjang pembinaan dilaksanakan. Menurut Westland (2006), dokumen projek yang
tidak dapat diselaraskan dengan baik akan menyebabkan kelewatan dalam menyiapkan
projek.

Terdapat juga kes dimana kontraktor gagal melakukan latihan


penyelenggaraan sistem penghawa dingin dan mengakibatkan sistem tersebut rosak.
Seperti kes yang dinyatakan oleh Douglas (2003), staf pemilik bangunan tidak
memiliki pengetahuan yang mencukupi mengenai sistem penyaman udara berpunca
daripada kontraktor bersikap sambil lewa semasa proses penyerahan projek. Pemilik
bangunan tersebut terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi menngatasi
masalah tersebut.

Semasa peringkat penutupan projek kerja-kerja fizikal boleh dianggap telah


siap. Sumber pembinaan telahpun di keluarkan daripada tapak bina misalnya jentera
dan tenaga buruh. Apabila terdapat kerosakan dan perubahan pada sturktur binaan
misalnya. Kontraktor terpaksa mengeluarkan kos tambahan akibat daripada situasi
tersebut, walaupun sebahagian besar projek itu dilaksanakan berjalan dengan lancar,
keadaan boleh menjadi buntu diperingkat penutupan projek seperti yang dinyatakan
oleh Ronald (2012).

Selain itu menurut Unit Perancangan Ekonomi Malaysia, antara isu yang
muncul semasa peringkat penyerahan dan penutupan projek adalah kerja-kerja
pembinaan tidak sempurna, dimana terdapat kecacatan dan kerosakan pada struktur
bangunan. Terdapat juga situasi pembinaan diperakukan siap walaupun ada kerja yang
belum selesai. Sehubungan itu pihak kontraktor perlu melihat semula proses kerja
mereka bagi megelakkan masalah sedemikian berulang kali berlaku.
4

Kesimpulannya, fasa penutupan projek perlulah dirancang dengan lebih teliti


bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini. Risiko yang hadir semasa proses
penutupan projek perlu diuruskan dengan baik. Bagi mencapai objektif sesebuah
projek risko yang boleh hadir perlu diuruskan dengan berkesan bagi mengelakkan
kerugian sama ada dari segi kos, masa dan kualiti pembinaan.

1.3 Persoalan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini , telah timbul beberapa persoalan mengenai isu
diperingkat penutupan projek antaranya adalah;

i) Apakah risiko dan cabaran yang boleh muncul diperingkat penutupan


projek

ii) Apakah perbezaan pendekatan yang diambil oleh kontraktor di tapak bina
berbanding dengan teori sedia ada, semasa berada diperingkat penutupan
projek.
5

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada isu dan juga persoalan kajian yang telah diutarakan, beberapa
objektif kajian telah dikenalpasti. Objektif-objektif tersebut adalah:

i. Mengenalpasti risiko dan cabaran yang boleh muncul diperingkat penutupan


projek

ii. Mengenalpasti perbezaan pendekatan pengurusan risiko yang diambil oleh


kontraktor di tapak bina berbanding dengan teori sedia ada.

1.5 Skop Kajian

Skop penyelidikan ini tertumpu pada kontraktor kelas G6 dan G7 yang


mengendalikan projek pembinaan bangunan dimana kajian di buat di tapak pembinaan
bagi memenuhi objektif yang telah dinyatakan. Terdapat beberapa perkara yang
diambil kira dalam melaksanakan kajian, antaranya:

i. Kajian dibuat di sekitar kawasan Johor Bahru

ii. Risiko yang hadir semasa peringkat penutupan projek

iii. Pengurusan kontraktor semasa peringkat penutupan projek


6

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini bertujuan untuk menyelidik risiko dan cabaran yang
boleh muncul diperingkat penutupan projek. Hal ini dapat membantu untuk membuat
perancangan awal bagi mengelakkan masalah semasa penyiapan dan penyerahan
projek.

Selain itu, ia bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan pendekatan yang


diambil oleh kontraktor di tapak bina berbanding dengan teori sedia ada . Perkara ini
merupakan peringkat bagaimana kontraktor menguruskan dan menghadapi risiko yang
hadir dalam peringkat penutupan projek.

1.7 Metodologi Kajian

Metodologi kajian adalah proses yang digunakan untuk memperolehi


maklumat dan data bagi menyiapkan kajian. Pemilihan kaedah yang betul membantu
untuk mencapai objektif kajian. Semua maklumat yang diperoleh perlu jelas dan
disahkan supaya tiada masalah berlaku diakhir kajian.

i. Kajian literatur

Diperoleh melalui pembacaan dan rujukan yang digunakan sepagai panduan


dalam penyelidikan kajian ini. Bahan-bahan rujukan yang digunakan berkaitan dengan
projek pembinaan, fasa penutupan projek, risiko dan pengurusan risiko dalam
pembinaan. Data yang dikumpul daripada kajian literatur ini akan menjadi rujukan
ketika membuat soalan temubual.
7

i. Temu bual

Kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan fakta berdasarkan pengalaman


responden. Proses temubual penting untuk mendapatkan maklumat terperinci
berkaitan risiko dan pengurusan risiko dalam fasa penutupan projek. Maklumat
diperolehi dalam pertemuan bersemuka dengan responden dan data diperoleh secara
langsung.

ii. Analisis data

Data-data yang dikumpul akan dianalisis untuk memberikan gambaran mengenai


jenis-jenis risiko yang wujud serta kaedah pengurusannya oleh kontraktor semasa
peringkat penutupan projek. Data-data mentah akan dianalisis yang dipersembahkan
dalam bentuk jadual dan graf bagi memudahkan pemahaman pembaca.
8

Rajah 1.1 Carta Alir Metodologi Kajian

1.8 Susunan Bab

Kajian ini merupakan kajian mengenai risiko dan cabaran yang hadir semasa
peringkat penutupan projek dihadapi kontraktor dalam menyiapkan projek . Terdapat
lima bab didalam kajian ini.
9

Bab satu menerangkan mengenai pengenalan kajian, penyataan masalah,


persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian serta kepentingan kajian.

Bab dua pula memfokuskan kepada tinjauan literatur yang berkaitan dengan
risiko-risiko yang wujud dalam fasa penutupan projek serta kaedah pengurusan risiko
yang dilaksanakan oleh kontraktor.

Bab tiga merupakan penerangan mengenai metodologi kajian, rekabentuk


kajian, instrumen kajian, justifikasi kajian, pengumpulan data, reka bentuk borang
temubual dan struktur soalan bagi temubual serta analisis data.

Bab empat pula mengumpulkan kesemua hasil analisis dan perbincangan. data
dan keputusan yang diperoleh akan dianalisis dan dibincangkan dalam mencapai
objektif kajian yang dinyatakan pada bab satu.

Bab lima merupakan bab terakhir dimana menerangkan mengenai kesimpulan


serta cadangan untuk kajian masa depan mengenai topik yang sama.
10

BAB 2

PENGURUSAN PENUTUPAN PROJEK DAN RISIKO PEMBINAAN

2.1 PENGENALAN

Bab ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci meliputi pelbagai aspek
dalam pengurusan penutupan projek pembinaan dan risiko yang hadir dalam peringkat
tersebut. Penerangan dari segi definisi, konsep dan prosedur - prosedur yang akan
dilakasanakan semasa peringkat penutupan projek turut dijelaskan dalam bab ini.

Secara umumnya, fasa penutupan projek merupakan peringkat yang penting


dalam menyerahkan projek kepada klien. Penerimaan terhadap kerja yang
dilaksanakan juga memungkinkan kontraktor mendapat pembayaran akhir. Fasa
penutupan projek bertujuan untuk memastikan projek yang dilaksanakan mengikut
spesifikasi dan keperluan dalam kontrak.
11

Menurut Peter (2013), pula mendefinisikan peringkat akhir atau penutupan


projek pembinaan sebagai aktiviti yang melibatkan pentauliahan, penyerahan dan
mengkaji semula projek. Pihak kontraktor juga perlu memastikan fungsi bangunan
adalah mengikut spesifikasi dan memenuhi keperluan dokumen tender. Walaupun
kontraktor berada diperingkat akhir projek, tetapi masih banyak prosedur kerja yang
perlu dilalui oleh kontraktor sebelum menyerahkan projek tersebut kepada klien.

Namun begitu penutupan projek mempunyai makna yang berbeza berdasarkan


pihak yang terlibat. Seperti yang dinyatakan oleh Douglas (2003), bagi pihak arkitek
ia adalah kepuasan melihat reka bentuk direalisasikan siap mengikut dokumen kontrak
dan memenuhi fungsi yang diperlukan oleh klien. Bagaimanapun bagi klien proses
penutupan projek boleh mendatangkan kebimbangan dan kegelisahan apabila hak
milik dan pengurusan kemudahan beralih ke tangan mereka.

2.2 Fasa Penutupan Projek

Fasa penutupan projek pembinaan merupakan peringkat projek yang sukar


dikordinasi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Mincks dan Johnston (2011) dalam
buku mereka, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa
penutupan projek, antaranya ;

i. Kerja-kerja yang kecil diabaikan oleh kontraktor apabila subkontraktor


meningalkan projek

ii. Pemesanan peralatan dan bahan binaan yang lambat dihantar ditapak bina.
Kebanyakan benda tersebut tidak penting terhadap operasi bagunan
tersebut.
12

iii. Membaik pulih kerosakan pada bahan binaan, peralatan atau struktur
bangunan boleh memanjangkan lagi masa penyiapan projek. Barang yang
diganti biasanya dipesan sebelum penutupan projek, memungkinkan
kerosakan tidak dapat dibaiki semasa penutupan dan penyerahan projek.

iv. Membaikpulih kecacatan pada mutu kerja. Biasanya kecacatan mutu kerja
berlaku melibatkan kerja-kerja kemasan, penyiapan kerja-kerja bangunan
yang hampir dengan tarikh akhir projek.

v. Melakukan ujian dan meluluskan sistem dalam operasi bangunan


termasuklah, kod-kod pemeriksaan, penggera kebakaran dan keselamatan,
menguji sistem penyaman udara, sistem kawalan suhu dan sistem khusus
yang lain.

2.3 Keperluan Penutupan Projek

Menurut Mincks dan Johnston (2011), menyatakan bagi memenuhi keperluan


penutupan projek penyiapan dari segi fizikal termasuklah membaikpulih bahagian
bagunan yang rosak perlulah dilaksanakan. Penutupan projek juga melibatkan
penyiapan kertas kerja dan keperluan dokumen kontrak yang lain, seperti manual
operasi dan manual penyelenggaraan bangunan serta menyediakan maklumat
kewangan pada akhir projek.

Edward (2006), pula menyatakan bagi meyempurnakan proses penutupan


projek perkara seperti arahan pengendalian peralatan, Tempoh jaminan bagi projek
pembinaan, rekod penjadualan, rekod plan lukisan dan akiviti yang berkaitan mestilah
diambil kira.Oleh yang demikian Penutupan projek dilihat lengkap apabila projek
tersebut memenuhi keperluan dari segi kontraktual dan pentadbiran (Project
Management Institute 2001).
13

Penutupan projek dari segi kontraktual menurut Wayne (2013), memenuhi


kewajiban dibawah perjanjian yang dipersetujui berkaitan kontrak tersebut. Perjanjian
tersebut termasuklah kontrak utama dan juga perjanjian kontraktor utama dengan
subkontraktor. Penutupan kontrak adalah sebahagian mudah tetapi penting dalam
penutupan projek. Penutupan kontrak melibatkan kajian yang meneliti keperluan
kontrak bagi mengawal dan menyelesaikan perkara seperti elaun dan harga unit yang
merupakan sebahagian daripada perjanjian itu. Pendokumentasian sepatutnya
mengandungi maklumat yang teliti mengenai kelulusan pesanan perubahan untuk
memastikan harga kontrak adalah betul.

Penutupan dari segi kontrak menurut Joseph (2014), adalah memenuhi


kewajipan kontrak dan memenuhi pra-sayarat akhir untuk mendapatakan wang
tahanan ‘retainage’. Wang tahanan ‘Retainage’ adalah sebahagian pembayaran
kontrak yang ditahan sehinggalah syarat-syarat kontrak dilaksanakan sepenuhnya.

Tanggungjawab pengurus projek semasa fasa penutupan projek barkaitan


pentadbiran adalah membubarkan pasukan projek dan aktiviti dengan pihak
berkepentingan yang lain, menutup perjanjian pembayaran dan pembiayaan, serta
melaksanakan penilaian akhir megenai kejayaan dan pengajaran daripada projek
tersebut (Project Management Institute 2001).
14

2.4 Penyediaan dan Pelaksanaan Fasa Penutupan Projek

Permulaan fasa penutupan projek dirancang bermula dari fasa pra-pembinaan


projek. Mesyuarat penutupan projek yang dilaksanakan akan membentangkan
keperluan kontrak dengan sub-kontraktor, pembekal dan semua pihak yang terlibat
dalam proses pembinaan (The Federal Transit Administration, 2006). Perbincangan
awal ini adalah pengenalan bagi proses penutupan projek. Tujuannya adalah untuk
membangunkan sistem mengumpul dokumen yang diperlukan dan maklumat yang
berkaitan semasa penutupan projek.

Namun aktiviti sebenar bagi proses penutupan projek bermula selepas


kontraktor menyiapkan kerja ditapak bina dan semasa proses mendapatkan Sijil
Perakuan Siap berlangsung (Edward, 2006). Semasa proses penutupan projek
kakitangan ditapak bina akan dikurangan ketahap minimum dan hanya ahli yang
diperlukan sahaja melaksanakan proses penutupan projek.
15

2.5 Proses Penutupan Projek

Apabila projek pembinaan hampir siap, kontraktor perlu mengkompilasi


senarai baki kerja yang perlu disiapkan termasuklah kerja-kerja membaikpulih.
Terdapat pelbagai aktiviti dalam proses penutupan projek, proses tersebut adalah
bergantung berdasarkan pendekatan yang digunakan oleh kontraktor dan juga
keperluan kontrak Mincks dan Johnston (2011). Proses penutupan peojek yang terlibat
adalah;

i. Pembangunan dan penyiapan ‘punch list’

ii. Memuktamadkan rekod dokumen

iii. Latihan kakitangan pemilik projek

iv. Perolehan operasi dan penyelenggaraan manual

v. Arkid fail projek

vi. Perakaunan dan penutupan kontrak

vii. Menjalankan suatu mesyuarat pelajaran-belajar


16

Gambar rajah 2.1 merupakan turutan proses penutupan projek yang dijelaskan
oleh Mincks dan Johnston (2011).

Kontraktor dan
Kontraktor
Project work sub-kontraktor
membuat Punch
complete meyiapkan
List
'Punch List'

Arkitek Memaklumkan
Punch list siap membuat 'Punch Arkitek
List'

Arkitek Kontraktor
Mengeluarkan menyiapkan Pembayaran
Sijil Substantial keperluan akhir dan
Completion kontrak

Rajah 2.1 Turutan Proses Penutupan Projek

Punch List

Menurut Edward (2006), Punch List merupakan senarai terperinci yang dibuat
pada akhir projek, senarai tersebut mengandungi perkara yang memerlukan kontraktor
melaksanakan kerja-kerja membaikpulih atau memperbetulkan kerja binaan. Senarai
tersebut perlu disiapkan sebelum projek tersebut diterima dan Perakuan Siap projek
dikeluarkan.
17

Pihak penyelenggaraan yang mewakili pemilik projek tersebut perlu membuat


punch list, tetapi senarai tersebut juga perlu diselaraskan dengan senarai Punch list
yang dikeluarkan oleh arkitek. Kontraktor bagi projek tersebut mesti menyediakan
senarai Punch list khusus untuk sub-kontraktor dan pembekal. Kemudiannya semua
senarai tersebut akan diperiksa bagi memastikan semua aktiviti pembinaan telah siap.

Penyiapan Substantial

Mincks dan Johnston (2011), menyatakan penyaiapan Substantial ‘substantial


completion’ mempunyai beberapa makna yang berbeza kepada peserta dalam proses
pembinaan, Pada dasarnya ia ditakrifkan sebagai situasi dalam projek itu apabila
Arkitek telah menentukan bahawa kemudahan atau sebahagian daripada kemudahan
itu boleh diterima untuk digunakan pemilik dan penginapan. Istilah yang biasa
digunakan untuk peringkat ini adalah penghunian bermanfaat ‘beneficial occupancy’,
yang menunjukkan apabila kemudahan itu boleh digunakan untuk tujuan yang
dikehendaki oleh klien.

Edward (2006), dalam penulisannya pula menyatakan penyiapan substantial


pula adalah berdasarkan kebolehupayaan projek tersebut untuk digunakan untuk
tujuan tertentu oleh pemilik projek. Baki aktiviti kerja kontraktor tidak akan terhalang
oleh penggunaan tersebut.
18

Pemeriksaan Akhir

Pemeriksaan kerja-kerja pembinaan dilakukan sepanjang tempoh projek.


Sebelum tamat keseluruhan projek, pelbagai peralatan, sistem elektrik. dan sistem
mekanikal boleh disiapkan dan sedia untuk diuji, penerimaan terhadap kerja-kerja
tersebut adalah mengikut dokumen kontrak. Pengurus projek mesti bekerja sama
dengan wakil pemilik projek dan reka bentuk profesional yang bertanggungjawab
untuk pemeriksaan, ujian, dan penerimaan akhir.

Permulaan penutupan projek adalah apabila kontraktor meminta pemeriksaan


akhir bagi kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan. Namun begitu kontraktor perlu
menyediakan Punch list dan menyenaraikan semua perkara masih memerlukan kerja
penyiapan atau pembetulan. Pihak yang menyediakan punch list mesti mengkaji
dengan teliti log pemerhatian harian mereka untuk mengkaji semua item kerja yang
telah dibuat dan mengarahkan baikpulih jika kerja tersebut memerlukan tindakan
pembetulan (Mohamed, 2011). Selain itu, punch list perlu disemak semula beberapa
kali bagi memastikan kerja-kerja pembinaan adalah memuaskan untuk diterima
(Edward 2006).

Jaminan Terhadap Projek

Secara umumnya, kontrak memerlukan kontraktor untuk menjamin semua


bahan, peralatan, dan berusaha menghasilkan kualiti kerja yang baik dan bebas
daripada kecacatan seperti yang dipersetujui dalam dokumen kontrak untuk tempoh
satu tahun selepas pembinaan siap (Martin, 2006). Jaminan daripada keseluruhan
projek boleh dilanjutkan melebihi tempoh satu tahun biasa walau bagaimanapun, ini
bukan perkara biasa (Edward 2006).
19

Pemasangan peralatan yang khusus sering mempunyai jaminan yang


dilanjutkan dari satu hingga lima tahun selepas pemasangan. Arahan operasi, manual,
alat ganti, dan sijil jaminan mesti dibekalkan kepada pemilik. Pengurus projek perlu
memastikan bahawa semua jaminan disusun dan dibekalkan kepada pemilik sebelum
bayaran akhir buat kepada kontraktor (Albert, 2014).

2.6 Pembinaan Kepada Pengoperasian

Projek yang siap tidak dapat memberikan nilai sepenuhnya tanpa proses
peralihan yang wajar daripada status pembinaan kepada operasi. Joseph (2014),
menerangkan proses ini sebagai proses pentauliahan ‘commissioning’, iaitu proses
yang memfokuskan kualiti bagi memastikan kesemua system dan komponen yang
direka, dipasang, diuji, beroperasi dan diseleggara mengikut keperluan operasi pemilik
projek tersebut.

Aktiviti pentauliahan ‘commissioning’ adalah operasi kritikal yang berlaku


pada akhir fasa projek, tetapi aktiviti tersebut perlu dirancang pada awal projek bagi
memastikan peruntukan masa yang cukup dan pemerikasaan terhadap projek dapat
dilaksanakan dengan berkesan (Peter, 2013). Proses ini juga merupakan pelaksanaan
aktviti untuk menguji samada bagunan dan pengendalian bangunan tersebut mematuhi
kontrak. Gambar rajah merupakan rantaian pentauliahan dan penyiapan oleh Peter
(2013).
20

Rajah 2.2 Proses Pentauliahan dan Penyiapan

2.7 Kajian Penutupan Projek

Albert (2014), meyatakan pelaksanaan kajian selepas projek (atau kajian


selepas pelaksanaan), hendaklah meliputi maklumat sejarah yang pendek mengenai
projek dan analisis kejayaan dan kegagalan bersama-sama dengan penerangan
bagaimana kegagalan dikendalikan. Proses ini juga akan membincangkan prestasi
pasukan projek dan sumbangan (positif dan negatif) daripada pihak berkepentingan
yang lain (Mincks dan Johnston, 2011).

Semua maklumat ini kemudiannya boleh diperiksa oleh pengurus projek pada
masa akan datang jika ciri-ciri projek tersebut adalah sama, atau bekerja dengan klien
yang menpunyai objektif yang sama (Peter, 2005). Keadaan membolehkan mereka
dapat menyedari kesukaran dan isu-isu yang dihadapi bagi memastikan (setakat yang
praktik) bahawa masalah yang sama tidak timbul.
21

2.8 Definisi Risiko

Mengikut kamus dewan edisi ketiga (halaman 1143, 1998) risiko didefinisikan
sebagai kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau
kerugian. Manakala menurut (Kleim dan Ludin, 1997) risiko adalah kejadian sesuatu
peristiwa yang memberi impak terhadap projek.

Terdapat penerangan lain yang mendefinisikan risiko sebagai kejadian yang


tidak tentu, jika berlaku akan mendatangkan sama ada impak positif atau impak
negative, yang berlaku terhadap salah satu objektif projek seperti dalam penulisan
(Anthony, 2002). Selain itu risiko juga adalah kemungkinan peristiwa akan berlaku
sepanjang hayat projek yang akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian
matlamat projek (Amado et. al, 2012)

Edward (2006), pula menyatakan risiko adalah perubahan terhadap


kemungkinan kesudahan yang wujud berdasarkan situasi yang berlaku. Menurut Baker
dan Federick (2003), risiko wujud hasil daripada ketidakpastian, dimana sesuatu
keadaan tidak dapat diramalkan sama ada berlaku ataupun tidak.

2.9 Pengelasan Risiko

Terdapat pelbagai pendapat mengenai pengelasan risiko yang boleh hadir


dalam projek pembinaan. Kliem dan Ludin (1997), dalam penulisan mereka
mengelaskan risiko kepada beberapa kategori:
22

Risiko jangka panjang dan risiko jangka pendek

Risiko jangka pendek dan risiko jangka panjang, risiko jangka pendek iaitu
kejadian yang memberikan impak serta merta dan jelas kesannya kepada sesebuah
projek. Sebagai contoh sesetengah buruh meniggalkan projek sebelum menyiapkan
kerja yang tidak kritikal. Risiko jangka panjang pula adalah kejadian yang berlaku di
masa depan dan impaknya juga adalah jelas kepada projek.

Risiko positif dan risiko negatif. Risiko yang boleh membantu atau
menghalang projek untuk mencapai matlamatnya. Antara risiko positif dalam sesebuah
projek adalah, Pengurus projek membuat keputusan untuk memberhentikan sementara
kerja-kerja yang tidak kritikal bagi menyiapkan kerja yang lebih mustahak.

Risiko yang boleh diurus dan tidak terurus

Risiko dilihat sebagai sama ada terurus atau tidak terurus. Risiko boleh diurus
adalah salah satu yang boleh diterima hadir dalam projek, seperti perubahan . Risiko
yang tidak terurus adalah mustahil untuk ditampung, seperti perolehan besar ahli
kumpulan teras.

Risiko dalaman dan risiko luaran

Seterusnya risiko dalaman atau luarann, risiko ini secara langsung memberi
kesan kepada kontraktor. Risiko dalaman adalah risiko yang berpunya daripada dalam
organisasi kontraktor ittu sendiri. Risiko luaran berasal dari luar skop projek dan
berada diluar kawalan atau pengaruh pasukan projek.
23

Jadual 2.1 Jenis-jenis Risiko dalaman dan Luaran

Risiko dalaman Risiko luaran


 Risiko Kewangan iaitu kaedah  Risiko sosial iaitu Perubahan
perolehan perancangan yang pada pandangan awam, jangkaan
salah dalam pemasaran dan dasar tenaga kerja, kesedaran tentang
kredit. isu-isu moral seperti keadaan
sekeliling
 Risiko reka bentuk seperti
kesukaran reka bentuk bangunan,  Risiko ekonomi seperti
kemahiran kontraktor binaan. kewujudan inflasi dan kenaikan
harga bahan binaan.

Risiko yang terlibat dalam industri pembinaan boleh dikategorikan secara


meluas dalam beberapa kategori iaitu;

Risiko Reka Bentuk

Risiko reka bentuk biasanya berkaitan dengan arkitek dan jurutera. Risiko reka
bentuk secara langsung akan membawa masalah kepada projek pembinaan. Walaupun
risiko tersebut berpunca daripada arkitek dan jurutera, namun kebiasaannya pemilik projek
dan kontraktor binaa yang akan berhadapan dengan natijah risiko tersebut (Fisk and
Reynolds, 2006). Antara contoh risiko reka bentuk yang dinyatakan oleh Paul, Tony dan
Nigel (2006) adalah reka bentuk yang tidak lengkap, kesesuaian rekaan dengan standard
spesifikasi dan ketidakpastian terhadap sumber bahaan binaa yang ada.
24

Risiko Sosio Politik

Risiko politik terdiri daripada gangguan awam , perubahan dalam kerajaan, dan
perubahan dalam cukai ( Kwakye , 1997). Kerenah birokrasi dalam mendapatkan
sesuatu projek juga perlu dihadapi oleh pihak kontraktor. Ini akan terus menyulitkan
pihak kontraktor dalam menjalankan kerja-kerja pembinaan kerana terlalu banyak
prosedur yang perlu dihadapi serta mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.
Kekangan kepada projek pembinaan seperti desakan ke atas penggunaan firma dan
ejen tempatan juga merupakan risiko yang perlu dihdapi dalam industri pembinaan
(Martin, 2006)

Risiko Alam sekitar

Risiko yang berpunca daripada alam sekitar, menurut Paul, Tony dan Nigel
(2006) kesan perubahan cuaca memberikan impak yang besar terhadap projek
pembinaan. Keadaan ini juga merupakan risiko kerana ketidakpastian kesan risiko
tersebut terhadap projek pembinaan. Bencana alam misalnya merupakan masalah
utama kepada kontraktor dan mampu mendatagkan kerugaian terhadap projek
pembinaan jika berlaku.

Risiko Pentadbirann atau Pengurusan

Risiko yang berkenaan dengan penguruasn atau pentadbiran yang dilaksanakan


oleh kontraktor. Menurut Martin (2006), ketidakpastian terhadap produktiviti sumber
misalnya buruh binaan dan staff pembinaan juga merupakan risiko. Selain itu
perubahan dalam organisasi kontraktor juga merupakan risiko yang tidak sepatutnya
diabaikan kerana secara langsung akan mempengharui projek pembinaan.
25

2.10 Pengurusan Risiko

Pengurusan projek di definisikan sebagai proses perancangan, kordinasi dan


kawal selia sesuatu projek dari peringkat idea hingga siap mewakili klien berdsarkan
kehendak klien tersebut. Obejktif pengurusan projek seharusnya memenuhi syarat dari
segi quality, fungsi dan kos yang telah dirancang (Martin, 2006).

Menurut Laster (2006), pula mendefinisikan pengurusan projek meliputi set


aktiviti yang dikawal selia dan dan dikordinasi mengikut pelaksanan tarikh permulaan
dan akhir projek, bertujuan untuk mencapai objektif berdasarkan keperluan khusus.

Pegurusan risiko pula adalah proses sistematik bagi merancang,


mengenalpasti, bertindak balas dan memantau risiko projek (Smith, Merna dan
Jobbling, 2006). Selain itu, pengurusan risiko juga adalah proses yang positif dan
proaktif bertujuan mengurangkan akibat yang tidak memeuaskan kepada projek
diperingkat yang berbeza (Rohaninejad & Beghapour, 2013).

Terdapat pelbagai definisi dan konsep mengenai pengurusan risiko yang


diperkenalkan, semua pendekatan pengurusan risiko adalah sama iaitu untuk
memaksimumkan kecekapan dan keberkesanan bagi mengurus sesuatu projek. Namun
terdapat (3) bahagian penting dalam pengurusan projek iaitu pengenalpastian risiko,
analisis dan tindak balas terhadap risiko (Anthony, 2002).

Daripada definisi-definisi yang diberikan oleh penulis, dapat disimpulkan


bahawa pengurusan risiko merupakan proses bermula dari mengenalpasti risiko dan
seterusnya menentukan tindakan yang sesuai untuk mengawasi risiko. Risiko boleh
hadir di pelbagai peringkat kitar hayat projek, peringkat terakhir dalam sebuah projek
juga tidak telepas daripada risiko.
26

2.11 Proses Pengurusan Risiko

Proses pengurusan risiko dipecahkan ke dalam sistem pengurusan risiko yang


menunjukkan urutan untuk menangani risiko. Kebiasaannya sistem pengurusan risiko
perlu digunakan untuk setiap pilihan yang sedang dipertimbangkan. Menurut Dallas
(2006), proses pengurusan risiko terbahagi kepada enam peringkat proses iaitu
penyediaan, pengenalpastian, analisa, penilaian, rawatan dan tinjauan.

Namun menurut Ovidiu, Stewart dan Barends (2013) proses pengurusan risiko
telah dikecilkan menjadi empat peringkat iaitu mengenal pasti risiko, analisis risiko,
tindak balas risiko dan kawalan risiko.

Rajah 2.3 Proses Pengurusan Risiko


27

2.12 Mengenalpasti Risiko

Menurut Winch (2002) peringkat pertama dalam pengurusan risiko biasanya


tidak rasmi dan boleh dilakukan dalam pelbagai cara, bergantung kepada organisasi
dan pasukan projek. Bermakna proses pengenalpastian risiko bergantung kepada
pengalaman yang lalu untuk mengenalpasti risiko bagi kepentingan projek-projek
yang akan datang.

Menurut Celements et al (2012), proses mengenalpasti risiko melibatkan


penggunaan senarai semak daripada potensi risiko dan menilai kemungkinan bahawa
peristiwa-peristiwa yang mungkin berlaku dalam projek ini. Sesetengah syarikat dan
industri membangunkan senarai semak berdasarkan pengalaman daripada projek-
projek yang lalu. Senarai semak dapat membantu pengurus projek dan pasukan projek
dalam mengenalpasti risiko pada projek akan datang.

Ewelina dan Mikaela (2011), mengelaskan kaedah identifikasi risiko


berdasarkan kajian lepas dalam penyelidikan mereka. Jadual menunjukkan kaedah
identifikasi risiko;
28

Jadual 1.2 Kaedah Pengenalpastian Risiko

Kaedah Pengumpulan Bengkel


maklumat Sumbang Saran
Temubual
Soal Selidik
Penandaan Aras
Nasihat Pakar
Pengalaman
Lawatan Tapak
Dokumentasi Pangkalan data, Kajian lepas
Kajian dokumentasi (pelan, fail dan lain-lain)
Kajian Literatur
Penyelidikan Analisis Stakeholders
Andaian Penyelidikan

Ronald (2007), Dalam kajiannya menyarankan dalam proses mengenal pasti


risiko, terdapat beberapa pekara yang perlu dipertimbangkan semasa menyenaraikan
potensi risiko dalam sebuah projek. Antara pertimbangan tersebut adalah ancaman
daripada risiko yang akan mempunyai kesan negatif ke atas objektif projek jika
berlaku (apa yang akan berlaku menjejaskan keupayaan projek untuk mencapai
objektifnya). Peluang yang hadir bersama risiko, yakni risiko tersebut akan memberi
kesan yang positif ke atas objektif projek jika ia berlaku (apa yang mungkin berlaku
untuk meningkatkan keupayaan projek untuk mencapai objektifnya).
29

Seterusnya adalah keadaan yang mencetuskan risiko, gejala dan tanda-tanda


amaran yang menunjukkan sama ada risiko akan berlaku pada masa hadapan. Oleh
yang demikian pelan untuk mengawal risiko tersebut dapat di laksanakan.
Pertimbangan seterusnya adalah mengenalpasti risiko yang kekal walaupun selepas
mengawal selia risiko asal projek itu. Sebagai contoh risiko kelewatan dapat ditangani
walaubagaimanapun terdapat risiko dari pertambahan kos atau sumber bagi
mengelakkan kelewatan.

Pertimbangan terhadap risiko sekunder. Sebagai contoh, kontraktor utama


melantik sub-kontraktor bagi menjalankan sebahagian aktiviti projek dan
mengurangkan risiko. Namun kini kontraktor tersebut mempunyai kebimbangan
tambahan yang timbul misalnya ketepatan masa dan kualiti kerja sub-kontraktor
tersebut. Seterusnya adalah interaksi antara risiko, kesan gabungan dua atau lebih
banyak risiko yang berlaku pada masa yang sama adalah lebih besar daripada jumlah
kesan individu setiap risiko berdiri bebas.

2.13 Penilaian & Analisis Risiko

Amado et. al (2012), Selepas potensi risiko telah dikenal pasti, pasukan projek
kemudian menilai risiko berdasarkan kebarangkalian bahawa risiko tersebut akan
berlaku dan potensi kerugian yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Kaedah
menganalisis risiko terbahagi kepada dua iaitu kaedah qulitatif dan kuantitatif (PMI
2001).
30

Analisis Kualitatif

Analisis risiko kualitatif adalah proses menilai kesan dan kemungkinan risiko
yang dikenal pasti. Proses ini mengutamakan risiko mengikut kesan potensi mereka
kepada objektif projek. Analisis risiko kualitatif adalah salah satu cara untuk
menentukan kepentingan menangani risiko khusus dan bertindak balas terhadap risiko
(PMI 2001).

• Ranking risiko
keseluruhan bagi
TEKNIk projek itu
• Pelan pengurusan DAN ALAT • Senarai risiko
risiko utama
• risiko yang • Senarai risiko untuk
dikenal pasti • Kebarangkalian analisis dan
risiko dan kesan pengurusan
• status projek tambahan
• Kebarangkalian /
• jenis projek • Trend dalam hasil
matriks penarafan
• ketepatan data risiko kesan analisis risiko
• Skala • Ujian andaian kualitatif
kebarangkalian projek
dan kesan
• Ranking ketepatan OUTPUT
• andaian data

INPUT

Rajah 2.4 Proses Analisis Risiko Kualitatif


31

Output daripada Analisis Risiko Kualitatif

Ranking risiko keseluruhan bagi projek tersebut. Kedudukan risiko mungkin


menunjukkan kedudukan risiko keseluruhan projek dan juga projek-projek lain dengan
membandingkan skor risiko. Risiko tersebut digunakan untuk menetapkan kakitangan
atau sumber-sumber lain bagi projek-projek yang hampir sama dengan kedudukan
risiko yang berbeza.

Senarai risiko utama merupakan risiko yang diberikan keutamaan berdasarkan


kriteria-kriteria yang telah ditetapkan semasa melaksanakan analisis kualitatif.
Kriteria-kriteria ini adalah tahap kekerapan risiko tersebut berlaku. Risiko yang
menjejaskan, fungsi, dan kualiti sebuah projek boleh dinilai secara berasingan dengan
penilaian yang berbeza. Risiko utama dinilai berdasarkan keberamgkalian dan kesan
terhadap projek

Senarai risiko dihasilkan untuk dianalisis. Risiko yang diklasifikasikan sebagai


tinggi atau sederhana akan dicalon sebagai risiko utama untuk dianalisis dengan lebih
lanjut. Misalnya dalam analisis kuantitatif ataupun digunakan dalam pelan pengawalan
risiko.

Trend dalam keputusan analysis kualitatif. Apabila analisis bilakukan secara


berulang. Trend dalam keputusan analisis akan lebih jelas dan tindak balas terhadap
risiko tersebut boleh buat dengan pantas.
32

Analisis Kuantitatif

Analisis risiko kuantitatif merupakan kaedah berangka menganggarkan


kebarangkalian bahawa projek yang dilaksanakan akan memenuhi matlamat kos dan
masa. Analisis kuantitatif adalah berdasarkan kepada penilaian serentak kesan semua
risiko yang dikenalpasti dan dinilai. Hasilnya ialah satu taburan kebarangkalian kos
dan tarikh siap projek berdasarkan risiko yang telah dikenal pasti.

Proses analisis risiko kuantitatif bertujuan untuk menganalisis akibat buruk


risiko kepada objektif projek, dan juga sejauh mana risiko secara keseluruhan
mempengharui projek tersebut. Proses ini menggunakan teknik seperti simulasi dan
analisis keputusan bertujuan untuk.:

i. Menentukan kebarangkalian objektif projek yang ditetapkan tercapai.

ii. Mengukur tahap projek tersebut terdedah terhadap risiko. Bagi menentukan
kos dan jadual simpanan luar jangka yang mungkin diperlukan.

iii. Mengenal pasti risiko yang memerlukan perhatian yang paling tinggi dengan
mengukur sumbangan relatif mereka kepada risiko projek.

iv. Mengenal pasti sasaran kos, jadual, atau skop yang realistik dan boleh dicapai.
33

• Senarai kuantiti
risiko utama
• Pelan pengurusan • Analisis
risiko kebarangkalian
• risiko yang dikenal TEKNIk projek
pasti DAN ALAT • Kebarangkalian
• Senarai risiko untuk mencapai
diutamakan objektif kos dan
• menemuramah masa
• Senarai risiko untuk
analisis dan • analisis • Trend dalam hasil
kepekaan analisis risiko
pengurusan tambahan
• maklumat sejarah • Analisis kuantitatif
keputusan
• pertimbangan pakar
• simulasi
• Output perancangan OUTPUT
lain

INPUT

Rajah 2.5 Proses Analisis Risiko Kuantitatif

2.14 Tindak Balas Terhadap Risiko

Langkah ketiga adalah tindakan yang perlu diambil terhadap risiko melalui
ancaman yang dikenal pasti. Strategi tindak balas dan pendekatan yang dipilih
bergantung kepada jenis risiko berkenaan (Winch, 2002). Tindak balas risiko juga
adalah proses membangunkan pilihan, dan menentukan tindakan untuk meningkatkan
peluang-peluang dan mengurangkan ancaman terhadap objektif projek. Ia memberi
tumpuan kepada perkara-perkara yang berisiko tinggi yang dinilai dalam analisis risiko
kualitatif atau kuantitatif (Smith, Merna dan Jobbling 2006).
34

Selepas risiko telah dikenal pasti dan dinilai, pasukan projek membangunkan
pelan pengurangan risiko, yang merupakan pelan untuk mengurangkan kesan daripada
peristiwa yang tidak dijangka. Menurut Amado et. al (2012), pasukan projek dapat
mengurangkan risiko dalam cara yang berikut:

i. Risk Avoidance

Kaedah ini biasanya melibatkan pembangunkan satu strategi alternatif yang


mempunyai kebarangkalian kejayaan yang tinggi tetapi biasanya pada kos lebih tinggi.
Risiko dapat dielakkan dengan menukar pelan projek, bagi menghapuskan risiko atau
keadaan dan melindungi objektif projek daripada kesan risiko tersebut (Project
Management Institute). Penukaran pelan projek jelas menunjukkan kaedah ini
memerlukan kos yang tinggi. Namun begitu pasukan projek tidak boleh
menghapuskan semua kemungkinan risiko tetapi beberapa risiko tertentu akan dapat
dielakkan.

Beberapa peristiwa risiko yang timbul awal dalam projek boleh diuruskan
dengan memperjelaskan keperluan projek, mendapatkan maklumat, meningkatkan
komunikasi, atau memperoleh kepakaran. Mengurangkan skop untuk mengelakkan
aktiviti yang berisiko tinggi, menambah sumber atau masa, menggunakan pendekatan
yang biasa dan bukan sesuatu yang inovatif, juga merupakan kaedah ‘Risk Avoidance’
(Project Management Institute, 2001).
35

ii. Risk Sharing

Kaedah ini melibatkan perkongsian risiko dengan pihak lain, tanggungjawab


bagi menguruskan aktiviti-aktiviti yang berisiko akan diagihkan dengan pihak yang
terlibat. Bekerjasama dengan syarikat lain untuk berkongsi risiko yang dikaitkan
dengan sebahagian daripada projek adalah berfaedah apabila pihak yang mempunyai
kepakaran dan pengalaman untuk menguruskan risiko tersebut terlibat sama. Jika
kejadian berisiko dan tidak diingini berlaku, maka syarikat yang menjalankan usaha
sama akan menyerap sebahagian atau semua kesan negatif daripada peristiwa tersebut.
Syarikat itu juga akan mendapat sebahagian daripada keuntungan atau faedah yang
diperolehi daripada projek (Project Management Institute 2001).

iii. Risk Mitigation

Mitigasi atau pegurangan risiko bertujuan untuk mengurangkan


kebarangkalian atau akibat daripada risiko buruk ke aras risiko yang boleh diterima.
Mengambil tindakan awal bagi mengurangkan kebarangkalian risiko berlaku adalah
lebih berkesan daripada cuba untuk membaiki kesan selepas ia berlaku. Pengurangan
risiko juga merupakan pelaburan dana untuk mengurangkan risiko projek. Seorang
pengurus projek boleh mengupah pakar untuk mengkaji semula pelan teknikal atau
anggaran kos pada satu projek untuk meningkatkan keyakinan dalam pelan tersebut,
seterusnya mengurangkan risiko projek. Menetapkan kakitangan projek yang
berkemahiran untuk menguruskan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi adalah salah satu
kaedah pengurangan risiko (Project Management Institute, 2001).
36

iv. Risk Transfer

Pemindahan risiko adalah kaedah mengalihkan risiko dari projek ke pihak yang
lain. Sebagai contoh sebagai contoh pembelian insurans atas barang-barang tertentu
bagi mengurangkan kos kerugian. Risiko ini dipindahkan daripada projek kepada
syarikat insurans. Pemindahan risiko membolehkan pemohon untuk mengalihkan
akibat risiko kepada pihak ketiga (PMI4ed, 2008).

Pemindahan risiko selalunya melibatkan pembayaran premium risiko kepada


pihak yang mengambil risiko. Ia merangkumi penggunaan insurans, bon pelaksanaan,
jaminan, dan jaminan. Kontrak boleh digunakan untuk memindahkan liabiliti bagi
risiko-risiko tertentu kepada pihak lain. Penggunaan kontrak harga tetap boleh
memindahkan risiko kepada penjual jika terdapat perubahan pada pertengahan projek
yang melibatkan faktor dari klien.

v. Contigency plan

Pasukan projek membangunkan satu kaedah alternatif untuk mencapai


matlamat projek apabila peristiwa risiko yang dikenal pasti berlaku dan mampu
menggagalkan pencapaian matlamat projek tersebut. Rancangan-rancangan ini
dipanggil rancangan luar jangka. Sebagai contoh risiko pemandu trak gagal
menghantar bahan binaan boleh dikurangkan dengan pelan kontingensi yang
menggunakan kereta api untuk mengangkut peralatan yang diperlukan untuk projek
tersebut (Amado, 2012).
37

2.15 Pemantauan dan Kawalan Terhadap Risiko

Langkah terakhir dalam pengurusan risiko adalah penting kerana semua


maklumat mengenai risiko yang dikenal pasti dikumpul dan dipantau (Winch, 2002).
Pengawasan yang berterusan ke atas pengurusan risiko membantu untuk mencari
risiko baru, menjejaki risiko yang dikenal pasti dan menghapuskan risiko tersebut.
Pemantauan dan kawalan terhadap risiko juga adalah untuk mengawasi status risiko
dan mengambil tindakan pembetulan jika perlu.

Kawalan dan pemantauan risiko adalah proses mengesan risiko yang telah
dikenal pasti, memantau dan mengenal pasti risiko baru, memastikan pelaksanaan
rancangan risiko dan menilai keberkesanannya dalam mengurangkan risiko.
Pemantauan risiko dan rekod-rekod kawalan berkaitan dengan pelaksanakan pelan
kontingensi. Pemantauan dan kawalan risiko adalah satu proses yang berterusan dalam
kitar hayat sebuah projek.

Proses pemantauan dan kawalan risiko yang baik mampu menyediakan


maklumat, serta membantu untuk membuat keputusan yang berkesan lebih awal
daripada risiko yang berlaku. Komunikasi antara semua pihak berkepentingan dalam
projek sangat diperlukan untuk menilai secara berkala penerimaan tahap risiko dalam
projek. Seperti yang disarankan dalam PMBOK PMI4ed (2008), tujuan pemantauan
risiko adalah untuk menentukan sama ada:
38

i. Tindak balas risiko telah dilaksanakan seperti yang dirancang.

ii. Tindak balas risiko adalah berkesan seperti yang diharapkan, atau jika
tindak balas baru perlu dibangunkan.

iii. Andaian projek adalah masih sah.

iv. Satu pencetus risiko telah berlaku.

v. Dasar dan prosedur dilaksanakan dengan betul.

vi. Mengenalpasti risiko baru yang berlaku atau timbul.

Kawalan risiko mungkin melibatkan memilih strategi alternatif, melaksanakan


pelan kontigensi, mengambil tindakan pembetulan, atau perancangan semula projek.
Pelaksana tindak balas risiko perlu melaporkan secara berkala kepada pengurus projek
dan ketua pasukan risiko ke atas keberkesanan rancangan itu, sebarang kesan yang
tidak dijangka, dan sebarang pembetulan dipertengahan projek yang diperlukan
dilaksanakan untuk mengurangkan risiko.
39

2.16 Risiko di Fasa Penutupan Projek

Penutupan projek dicapai setelah pemaju atau klien menerima projek tersebut
berdasarkan pelaksanaan perkhidmatan yang mematuhi proses penyerahan projek.
Situasi ini menjadi kritikal apabila pemaju atau klien enggan menerima hasil projek
tersebut kerana tidak selaras dengan objektif klien. Pengurusan risiko boleh
mengelakkan kegagalan tersebut dengan menyelesaikan risiko berdasarkan analisis
persoalan yang dikemukakan (Martin, 2006). Persoalan-persoalan teresebut adalah;

i. Adakah kandungan kontrak dan perjanjian dalam kontrak dipenuhi

ii. Adakah pendokumentasian projek telah lengkap (rekod mesyuarat, dokumen


surat-menyurat dan lain dokumen yang berkaitan)

iii. Adakah perkhidmatan kontrak secara berhutang diterima?

Bagi membagunkan lagi sistem pengurusan risiko pada masa depan, adalah
penting bagi mengimbau kembali pelaksanaan projek tersebut. Tujuannya adalah
untuk mengenalpasti risiko yang berlaku dan untuk mengetahui masalah berlaku dalam
projek sama ada dikategorikan sebagi risiko.
40

2.17 Hubungkait Risiko dan Fasa Penutupan Projek

Pada penutupan projek, di mana keseluruhan projek diringkaskan, objektif,


faedah dan serahan projek dinilai. Semua pihak yang kemudian mempunyai peluang
untuk menyenaraikan semua aktiviti atau risiko yang tidak berjaya sepenuhnya dalam
projek itu. Risiko-risiko yang tidak terurus boleh menjadi subjek perbincangan lanjut
dan digunakan sebagai pengajaran bagi projek-projek yang akan datang (Westland,
2006).

Semasa fasa penutupan projek, perjanjian perkongsian risiko dan pemindahan


risiko perlu simpulkan dan struktur pecahan risiko diperiksa untuk memastikan semua
peristiwa-peristiwa risiko telah dielakkan atau dikurangkan. Anggaran akhir kerugian
akibat risiko boleh dibuat dan direkodkan sebagai sebahagian daripada dokumentasi
projek(Amado et al, 2012).

Risiko tidak diperuntukkan sama rata sepanjang hayat projek. Projek-projek


yang melibatkan penggunaan teknologi baru dan kompleks, majoriti risiko mungkin
muncul dalam fasa awal projek. Projek yang menggunakan anggaran perbelanjaan
yang besar terhadap peralatan binaan, kemungkinan besar risiko hadir semasa
perolehan peralatan. Mengenai projek dengan sejumlah besar risiko politik, bahagian
yang paling berisiko mungkin ke arah pengakhir projek tersebu (Amado et al, 2012).
41

2.18 Kesimpulan

Secara umumnya risiko akan sentiasa hadir sepanjang hayat projek, walaupun
projek tersebut berada pada fasa penyiapan atau peringkat penutupan. Kaedah
pengurusan risiko akan sentiasa digunapakai dalam setiap fasa penutupan projek
kerana setiap risiko adalah berbeza. Dari segi pengurusan risiko terdapat pelbagai
kaedah yang boleh digunapakai dan kaedah tersebut adalah berbeza berdasar
latarbelakang sesebuah projek. Sehubungan itu, apakah bentuk risiko yang boleh
wujud semasa pentupan projek dan apakah pendekatan yang dilaksanakan oleh
kontraktor tempatan bagi menyelesaikan isu ini.
42

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian merupakan kaedah sistematik yang paling sesuai untuk


menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menyelesaikan
permasalahan kajian. Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang digunakan
oleh penyelidik bagi mencapai objektif kajian yang dinyatakan dalam bab satu iaitu
pegenalan kajian. Kajian dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti risiko dan
cabaran yang hadir dalam peringkat penutupan projek serta perbezaan pedekatan yang
ambil oleh kontraktor berbanding teori sedia ada.

Metodologi didefinisikan sebagai satu sistem yang merangkumi kaedah dan


prinsip yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya (Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1994). Bahagian awal dalam peringkat metodologi ini adalah
menghuraikan kaedah kajian yang akan dijalankan dan prosedur pengumpulan data.
Bab metodologi ini memberi penumpuan dan penekanan kepada kaedah analisis data
dan instrumentasi bagi mendapatkan pendekatan yang paling praktikal dalam
menganalisis data yang telah dikumpul dan diperolehi.
43

3.2 Rekabentuk Kajian

Secara amnya, kajian dilakukan untuk membuktikan sesuatu pernyataan,


menyelesaikan masalah, meramal kejadian akan datang dan mendapatkan kebenaran
sesuatu peristiwa atau situasi. Mencari kebenaran melalui kajian dipengaruhi oleh
penetapan makna sesuatu oleh manusia itu sendiri(Soon, 2010). Maka, bagi mencapai
objektif yang ditetapkan, beberapa kaedah telah dirangka di mana ianya akan
digunakan sepanjang kajian.

Pada peringkat pertama pemilihan tajuk kajian serta masalah kajian dikenal
pasti. Latar belakang kajian dihuraikan secara terperinci yang mana merangkumi
pernyataan masalah, objektif, kepentingan dan skop kajian. Rangka kerja untuk
kemajuan kerja bermula dari kelulusan tajuk sehingga kepada penyerahan laporan
telah dibuat.

Terdapat dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Kedua-dua jenis
data ini telah digunakan bagi proses mengumpul data. Data primer lebih tertumpu
kepada temu bual untuk mendapat pandangan daripada responden

Data sekunder merujuk kepada kajian literatur dan pembacaan ilmiah. Sumber
ini diperolehi daripada terbitan jurnal, tesis-tesis terdahulu, dan buku-buku berkaitan
dengan kajian. Sumber daripada laman web juga turut diambil sebagai pendekatan bagi
mendapatkan maklumat berkaitan kajian. Buku-buku dan tesis-tesis lepas dijadikan
rujukan untuk menentukan asas kajian terutamanya dalam mengenal pasti
permasalahan kajian. Tesis-tesis terdahulu diteliti agar kajian yang ingin dijalankan
tidak mempunyai persamaan dengan kajian sebelumnya.
44

Pada peringkat seterusnya ialah pengumpulan data melibatkan data primer dan
data sekunder yang telah digunakan sepanjang kajian dilakukan. Data primer
merupakan data yang diambil semasa sesi temu bual. Manakala, data sekunder pula
merupakan data yang telah dinyatakan.

Pada peringkat analisis data, segala maklumat dan data-data yang diperolehi
ditapis dan dianalisis mengikut skop kajian yang digariskan agar memudahkan proses
seterusnya supaya ianya lebih tersusun. Analisis dibuat dengan meneliti kesemua data-
data dan maklumat yang diperolehi. Data-data yang diperolehi akan membantu dalam
penyediaan cadangan dan penulisan kajian serta rumusan hasil kajian..

Peringkat akhir kajian ialah melibatkan hasil pengumpulan data yang telah
dianalisis akan membantu dalam menyediakan cadangan-cadangan berkaitan serta
rumusan yang rasional untuk kajian ini. Hasil maklumat ini juga akan membantu
dalam mengenal pasti dan memenuhi objektif kajian ini.

Rajah 3.1 Turutan Metodologi Kajian


45

3.3 Populasi Dan Persampelan Kajian

Peringkat ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang responden


seterusnya membolehkan sesi temubual dijalankan. Maklumat yang dikehendaki pada
bahagian ini adalah berkaitan nama syarikat, jenis projek, alamat dan nombor telefon.
Segala maklumat yang diperolehi untuk bahagian ini adalah daripada Consturction
Industry Development Board (CIDB). Maklumat yang diperolehi adalah daripada
laman sesawang CIDB. Penyelidikan ini memfokuskan kontraktor gred 7 dan gred 6
sahaja.

Maklumat mengenai kontraktor pembinaan khusus bagi kontraktor yang


berada diperingkat pelaksanaan dan penutupan projek atau telah melalui proses
penyerahan hak milik kepada klien. Hasil maklumat daripada sampel ini amat penting
kerana mereka memiliki pengalaman dan pengetahuan hasil daripada pelaksanaan
projek tersebut.

Melalui data ini, penyelidik telah mengenalpasti responden yang akan ditemu
bual. Responden tersebut terdiri daripada personel pembinaan yang memegang
jawatan projek manager dan jurutera projek. Seramai 15 orang responden yang dikenal
pasti namun hanya 10 responden sahaja yang Berjaya ditemu bual. Menurut Mok Soon
(2010) bagi kajian yang melibatkan populasi yang mempunyai data demografi yang
sama, saiz sampel sekecil lima subjek boleh diterima. Namun jumlah responden akan
meningkat sekiranya ramai responden memberikan kerjasama untuk ditemubual.
46

3.4 Instrument Kajian.

Teknik menemubual semi-struktur digunakan bagi memperolehi data-data


yang perlu bagi mencapai objektif kajian ini. Kaedah ini dijadikan sebagai platform
yang amat penting bagi menyokong setiap fakta serta hasil analisis bagi tajuk kajian
ini. Kaedah ini secara umumnya dikategorikan sebagai kajian kualitatif dimana ianya
dilakukan di luar/lapangan. Bagi memperoleh data-data yang diperlukan, kajian ini
dibuat di Syarikat kontraktor dengan menggunakan teknik temubual.

Penyediaan Instrument Temubual

Penggunaan temubual digunakan bagi mendapatkan maklumbalas daripada


kontraktor mengenai risiko yang muncul dalam fasa penutupan projek serta kaedah
pengurusan yang mereka praktikan pada peringkat tersebut. Kaedah ini membolehkan
respon-respon dapat diselidik dengan lebih terperinci. Ia melibatkan Interaksi antara
responden dengan penyelidik, faktor tutur kata, perasaan dan sikap perlu bagi
menghasilkan satu sesi temu bual yang berkesan. Pembentukan soalan temubual
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

Bahagian 1: Latar Belakang Responden

i. Dalam bahagian ini terdapat soalan-soalan yang berkaitan jawatan, kelayakan,


tempoh kerja, peranan dan perkara-perkara asas dalam projek yang terlibat dan sedang
berlangsung. Bahagian ini menggunakan temubual berstruktur bagi maklumat yang
khusus mengenai latar belakang responden tersebut.
47

Bahagian 2 :Risiko dan cabaran yang hadir semasa penutupan projek.

i. Dalam bahagian ini soalan yang diberikan ialah Risiko dan cabaran yang hadir
semasa penutupan projek. Risiko tersebut dikelaskan kepada beberapa faktor yang
mengundang kepada kejadian risiko, misalnya faktor dalaman dan luaran seperti yang
di bincangkan dalam bab kajian literatur.

Bahagian 3 :Pendekatan kontraktor dalam pengurusan risiko dan kaedah pegurusan


diperingkat penutupan projek.

i. Soalan yang berbentuk semi-sturktur, ini adalah untuk memastikan maklumat


yang diperolehi tidak berat sebelah atau cenderung kepada teori yang dikemukakan
oleh penyelidik.

3.5 Analisis Data

Data yang telah dikumpul akan dianalisis dan ditafsir. Tujuan utama
penganalisaan ini adalah untuk menyusun, menyelidik dan menganalisa data-data yang
diperoleh daripada kajian literatur dan hasil daripada sesi temubual untuk menjawab
objektif kajian.

Analisis kandungan dibuat dengan meneliti transkrip yang dihasilkan daripada


sesi temubual. Analisis kandungan boleh dilakukan dengan menggunakan
frekuensi/kekerapan sesuatu tema yang disebut dalam teks. Pengkhususan data akan
dilakukan mengikut tema dan jenis makna data tersebut. Analisa kajian akan
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf bagi memudahkan pembacaan.
48

Contoh jadual analisis data

Jadual 3.1 Senarai Risiko Berserta Kod

Risiko Pengurusan Kod Bil


Staf Pembinaan Gagal Melaksanakan Peranan Dengan Berkesan KS 4
Kehilangan Dokumen Penting KD 8
Klien Mengarahkan Mempercepatkan Projek Pembinaan SK 3

Jadual 3.2 Kawalan Risiko Berserta Kekerapan

Kawalan Risiko Kod Bil


Avoidance TM 3
Transfer TS 3
Treat TT 3
Tolerate TR 5

3.6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan bagaimana data-data yang


diperlukan untuk mencapai objektif kajian diperolehi. Selain itu, maklumat yang
diperolehi akan di analisis bagi menghasilkan keputusan kajian. Sumber data-data
tersebut adalah berdasarkan temubual besama responden dan melalui pembacaan
literatur. Kemudiannya, menghasilkan rumusan yang rasional bagi memudahkan
pembaca memahami maklumat yang disampaikan oleh penyelidik.
49

BAB 4

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

Setelah data-data di perolehi, maka analisis setiap data-data tersebut akan di


lakukan. Di dalam bab ini, analisis secara terperinci akan dijalankan bagi melihat risiko
yang perlu dihadapi oleh kontraktor. Hasil daripada analisis ini akan dipersembahkan
dalam bentuk jadual. Di dalam bab ini akan meliputi analisis berkaitan risiko yang
perlu dihadapi oleh kontraktor. Risiko tersebut adalah merangkumi risiko rekabentuk,
pengurusan, sosio-politik dan kewangan.
50

4.2 ANALISIS REPONDEN

4.2.1 Latar Belakang Responden

Latar belakang Responden merupakan maklumat umum yang perlu diperoleh


semasa proses temubual dijalankan. Penelitian dibuat berdasarkan dua perkara iaitu
jawatan dan peranan responden, pengalaman responden bekerja dalam pembinaan. Ini
akan dapat mengambilkira ketepatan terhadap perkara penyelidikan. Ianya bertujuan
untuk memastikan responden yang ditemubual merupakan individu atau syarikat yang
sesuai supaya maklumat yang diperoleh adalah sah dan berkaitan dengan kajian yang
dijalankan.

4.2.1.1 Jawatan Reponden

Jadual 4.1 menunjukkan jawatan responden yang telah ditemubual iaitu


profesional yang terlibat secara langsung dalam pengurusan projek dan memainkan
peranan besar dalam fasa penutupan projek. Berdasarkan jadual tersebut, majoriti
responden yang ditembual merupakan pengurus projek iaitu dengan peratusan
sebanyak 80%. Selain itu, 20% responden merupakan jurutera projek pembinaan,
kedua-dua jawatan ini merupakan antara profesional yang memainkan peranan besar
serta bertanggung jawab dalam membuat sebarang keputusan berkenaan risiko projek
pembinaan.
51

Jadual 4.1 Jawatan Responden

BIL Jawatan Peratus


01 Projek Manager 80%
02 Jurutera Projek 20%

4.2.1.2 Pengalaman Responden

Pengalaman reponden terlibat dalam sektor pembinaan merujuk kepada sejauh


mana responden tersebut menceburkan diri dalam bidang pembinaan. Berdasarkan
jadual 4.2 majoriti responden yang ditemubual merupakan individut terlibat dalam
industri pembinaan selama 5 hingga ke 10 tahun, iaitu sebanyak 50%. Kemudian
diikuti oleh individu berpengalaman lebih 10 tahun dengan 30% daripada jumlah
keseluruhan responden. Selebihnya, sebanyak 20% individu ditemubual mempunyai
5 tahun pengalaman.

Analisis terhadap pengalaman responden penting kerana dapat membantu


dalam mendapatkan pelbagai jenis risiko, melalui pengalaman bekerja yang dihadapi
oleh responden. Risiko yang dikenal pasti adalah risiko yang dihadapi oleh responden
semasa mengendalikan projek pembinaan dan responden juga terlibat secara terus
dalam menguruskan risiko tersebut.
52

Jadual 4.2 Tempoh pengalaman bekerja

Bil Tempoh Pengalaman Bekerja Peratus


01 Lebih 10 tahun pengalaman 30%
02 5 hingga 10 tahun pengalaman 50%
03 5 tahun pengalaman 20%

4.2.2 Analisi Bagi Mengenalpasti Risiko Dan Cabaran Diperingkat Penutupan


Projek

Analisis ini bagi mengenalpasti apakah risiko yang hadir diperingkat


penutupan projek dari segi persfektif kontraktor pembinaan. Risiko-risiko tersebut
dikategorikan kepada empat jenis iaitu risiko jenis teknikal, pengurusan, politik dan
kewangan. Setiap risiko akan diagihkan mengikut jenis dan diisi dalamjadual. Setiap
kod risiko akan dapat dikenalpasti daripada jawapan-jawapan yang diberikan oleh
responden. Peratusan jawapan dalam jadual merujuk kepada berapa ramai responden
yang menghadapi risiko tersebut.

4.2.2.1 Kategori Risiko Reka Bentuk

Hasil daripada temubual yang dijalankan terdapat, empat (4) risiko Reka
bentuk yang hadir semasa peringkat penutupan projek.
53

Jadual 4.3 Risiko Reka Bentuk

Risiko Reka Bentuk Kod Bil Peratus


Kegagalan Sistem Bangunan PB 3 20%
Kerosakan Disebabkan Oleh Pihak Ketiga TP 6 40%
Gagal Dalam Proses Pemeriksaan Pihak Berkuasa IP 4 27%
Subkontraktor Enggan Membaiki Kecacatan Kerja SD 2 13%

Risiko pertama adalah risiko disebabkan oleh kegagalan sistem bangunan.


Terdapat 3 responden yang menyatakan risiko ini dan merupakan 20% daripada
jumlah risiko kategori teknikal. Kegagalan sistem bangunan yang dinyatkan oleh
respoden 9 dan 1 misalnya sistem bekalan elektrik, sistem pencegahan kebakaran dan
sistem bekalan air boleh menyebabkan masalah negatif kepada kontraktor, khususnya
semasa proses pentauliahan projek untuk mendapatkan sijil Perakuan Siap dan
Pematuhan ‘Certificate of Completion and Compliance’ (CCC).Kegagalan sistem
bangunan merupakan risiko yang boleh mengakibatkan perubahan dari segi kos,
kualiti dan tempoh projek untuk disiapkan.

Seterusnya adalah disebabkan kerosakkan oleh pihak ketiga yang merangkumi


40% daripada risiko reka bentuk yang dinyatakan. Kerosakan yang dimaksudkan
adalah kerosakan yang berlaku semasa projek siap dan sebelum pihak berkuasa
melakukan pemeriksaan. Responden juga ada menyatakan kemungkinan kerosakkan
berlaku semasa tempoh tempoh liabiliti cacat ‘Defect Liability Period’ (DLP).
Responden 1, 5 dan 10, mengambil kira masalah yang disebabkan oleh risiko ini boleh
menyebabkan kerugian jika tanggungjawab meyelesaikannya tidak dapat dipindahkan
kepada pihak lain.
54

Semasa tempoh DLP responden 7 ada menyatakan pemilik bangunan


khususnya, bangunan perumahan melakukan kerja-kerja pengubahsuaian. Kesannya
terdapat sturktur bangunan yang rosak disebabkan aktiviti tersebut. Tindakan sub-
kontraktor yang melakukan kerja utiliti selepas kerja kemasan dilaksanankan
menyebabkan kecacatan pada bangunan misalnya, kecacatan pada plaster dinding
disebabkan kerja-kerja hacking oleh kontraktor elektrik.

Kegagalan dalam pemeriksaan bagunan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan


sijil layak menduduki juga merupakan risiko yang kerap dinyatakan oleh responden
iaitu sebanyak 27%. Responden 5 dan 3 menyatakan bahagian teknikal bangunan
misalnya sistem bekalan elektrik dan sistem saliran air kerap menghadapi masalah ini.
Risiko ini berpunca daripada kegagalan sub-kontraktor menjalankan kerja mereka
dengan berkesan. Kegagalan pemerikasaan tersebut boleh menyebabkan kelewatan
terhdap projek dan mungkin meningkatkan kos pembinaan.

Seterusnya, segelintir daripada responden menyatakan kemungkinan sub-


kontraktor enggan membaiki kecacatan kerja yang mereka laksanakan. Iaitu sebanyak
13% daripada responden yang menyatakan risiko ini. Risiko ini memberi kesan
khususnya kepada tempoh pelaksanaan projek dimana kontraktor terpaksa mencari
alternatif lain bagi membaiki kecacatan kerja tersebut, keadaan ini akan mengambil
masa yang lama seterusnya memanjangkan tempoh siap projek.
55

4.2.2.2 Kategori Risiko Pengurusan

Risiko pengurusan adalah risiko yang hadir daripada aktiviti pengurusan yang
dijalankan dalam projek pembinaan. Hasil daripada temubual yang dijalankan
terdapat, tiga (3) risiko pengurusan yang hadir semasa peringkat penutupan projek.
Antara risiko-risko tersebut adalah dalam jadual 4.4;

Jadual 4.4 Risiko Pengurusan

Risiko Pengurusan Kod Bil Peratus


Staf Pembinaan Gagal Melaksanakan Peranan KS 4 27%
Dengan Berkesan
Kehilangan Dokumen Penting KD 8 53%
Klien Ingin Mempercepatkan Projek Pembinaan SK 3 20%

Sebanyak 53% daripada responden menyatakan risiko kehilangan dokumen


penting semasa pembinaan, merupakan isu yang kerap kali timbul diperingkat
penutupan projek. Kehilangan dokumen penting seperti drawing perubahan reka
bentuk dan arahan perubahan kerja merupakan masalah besar akibat daripada
kelemahan pendokumentasian kontraktor.

Responden 9 menyatakan semasa peringkat penutupan projek kontraktor akan


menyelesaikan atau memuktamadkan dokumen. Borang-borang pemeriksaan
berkemungkinan akan hilang apabila tidak diuruskan dengan baik menurut responden
9, begitu juga dengan responden 2 yang menyatakan dokumen yang dihasilkan pada
awal projek berkemungkinan akan hilang pada akhir projek.
56

Seterusnya adalah risiko staf pembinaan gagal menjalankan peranan dengan


berkesan, hanya 4 responden atau 27% yang menyatakan risiko ini hadir semasa
peringkat penutupan projek. Menurut responden 3 dan 5 risiko mungkin berlaku
disebabkan staf yang dilantik kurang berpengalaman dalam menjalankan tugas mereka
misalnya, tugasan menyemak kerja yang telah siap berdasarkan lukisan binaan, ‘as-
built drawing’.

Selain itu, masalah seperti staff gagal menyampaikan maklumat dengan


berkesan kepada pihak ketiga misalnya pihak berkuasa tempatan, juga antara risiko
yang dinyatakan oleh responden. Kesannya mungkin berlaku semasa pemeriksaan
ditapak bina, jika staff yang bertanggungjawab gagal memberitahu perubahan pada
reka bentuk atau kemudahan bangunan, proses pemeriksaan tersebut akan bertambah
rumit.

Sebanyak 30% daripada risiko yang dinyatakan pula adalah berkaitan dengan
risiko mempercepatkan projek pembinaan. Dimana situasi ini berlaku apabila klien
memberikan arahan untuk mempercepatkan projek. Seperti yang dinyatakan oleh
responden 6, 8 dan 10, risiko ini membawa kesan yang berbeza kepada kontraktor
sama ada meberi impak positif atau negatif.

Responden 8 menyatakan semasa menelaksanakan projek yang dipercepatkan


tempoh siapnya, banyak pertimbangan yang diberikan misalnya dari segi sumber
buruh, proses pendokumentasian, ujian pemeriksaan oleh pihak berkuasa tempatan.
Pada akhir projek, jika kontraktor tersebut berjaya menyiapkan projek pada tempoh
siap yang baru kontraktor tersebut akan mendapat keuntungan. Namun jika mereka
gagal imej kontraktor tersebut akan terjejas dan berkemungkinan akan mengalami
kerugian untuk menampung kos projek lambat siap berdasarkan perjanjian yang telah
dipersetujui.
57

4.2.2.3 Kategori Risiko Sosio-Politik

Risiko jenis ini adalah melibatkan risiko disebabkan oleh pengaruh daripada
pihak berkuasa tempatan dalam sesebuah projek pembinaan atau pihak klien itu
sendiri. Terdapat tiga (3) risiko yang dikenalpasti hasil daripada temubual dengan
responden.

Jadual 4.5 Risiko Sosio-Polotik

Risiko Sosio-Politik Kod Bil Peratus


Kerjasama Pihak Berkuasa PB 7 50%
Tempoh Kelulusan Yang Lama TL 5 36%
Perubahan Dalam Proses Penyerahan Projek Kepada CP 2 14%
Klien

Hasil daripada proses temubual, 50% daripada risiko jenis sosiso politik yang
dinyatakan adalah berkenaan dengan kerjasama pihak berkuasa. Majoriti responden
menyatakan bahawa kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan memberikan risiko
yang besar terhadap penutupan. Semasa fasa penutupan projek, pihak kontraktor akan
berurusan dengan berlainan pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan
bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan di kawasan tersebut terjaga.

Namun berdasarkan hasil temubual, kebiasaannya pihak berkuasa tempatan


tidak banyak membantu mereka dalam menyiapkan projek tersebut khususnya darisegi
proses pemeriksaan. Walaupun projek tersebut perlu disiapkan segera, namun pihak
berkuasa tempatan inginkan kontraktor-kontraktor ini mengikut prosedur yang
panjang yang akan melambatkan pembinaan projek.
58

Sealain itu, 36 % daripada risiko sosio-politik yang dikenal pasti adalah


berkaitan dengan tempoh kelulusan projek. Menurut responden yang ditemubual,
disebabkan kurangnya persefahaman dari segi prosedur kerja antara kontraktor dengan
pihak berkuasa, tempoh bagi meluluskan projek pembinaan tersebut siap sepenuhnya
atau layak untuk diduduki semakin panjang.

Masalah yang dihadapi kontraktor misalnya kegagalan dalam menetapkan


penjadualan prosedur pemeriksaan dari pihak berkuasa menyebabkan tempoh
kelulusan tersebut semakin panjang. Pihak berkuasa juga kadang kala lambat
mengeluarkan sijil kelulusan atas alasan yang tidak boleh dielakkan menjadikan hal
ini bertambah rumit.

Segelintir responden turut menyatakan perubahan dalam proses penyerahan


projek merupakan risiko yang pernah dihadapi mereka iaitu sebanyak 14% daripada
risiko politik yang dinyatakan. Risiko ini berlaku apabila klien ingin melakukan
perubahan misalnya terdapat klien yang ingin menggunakan sebahagian daripada blok
yang telah disiapkan dengan segera. Keadaan ini biasa berlaku pada projek komersial
atau rumah kedai. Kontraktor terpaksa mengubah perancangprojek seperti jadual
pemeriksaan, menyiapkan dan menyediakan kemudahan utiliti bagi membolehkan
bangunan tersebut diduduki.
59

4.2.2.4 KATEGORI RISIKO KEWANGAN

Risiko jenis ini menyebabkan perubahan darisegi kos kepada projek, sama ada
nilai projek tersebut lebih atau kurang berbanding kos yang telah dipersetujui, atau
kesan kewangan kepda kontraktor misalnya keuntungan atau kerugian. Terdapat empat
(4) risiko pengurusan yang dikenalpasti dalam perbualan dengan responden.

Jadual 4.6 Risiko Kewangan

Risiko Kewangan Kod Bil Peratus


Kelewatan Dalam Pembayaran DL 3 19%
Perubahan Kos Semasa Mebaiki Kecacatan Kerja PC 4 25%
Perubahan Kos Projek Pada Akaun Akhir FA 7 44%
Gagal Mendapatkan Wang Tahanan RF 2 13%

Risiko kewangan yang kerap dinyatakan oleh responden adalah perubahan kos
projek pada akaun akhir iaitu sebanyak 44% dimana 7 responden yang menyatakan
risiko ini.

Menurut responden yang ditemubual risiko ini berpunca daripada wujudnya


kos tersembunyi dalam projek yang dilaksanakan. Sebagai contoh kos bagi melakukan
pemeriksaan atau ujian, jika pemeriksaan tersebut dilakukan berkali-kali maka
terdapat kos tambahan yang hadir. Selain itu kecacatan yang tersembunyi juga mampu
menambahkan kos projek, misalnya hujan lebat akan memdedahkan sistem kalis yang
tidak berkualiti pada atap bangunan.
60

Seterusnya perubahan kos semasa membaiki kecacatan kerja dengan sebanyak


25% kekerapan. Kesilapan kontraktor dalam melaksanakan projek membawa kepada
kecacatan kerja. Kecacatan kerja juga disebabakan oleh metu kerja buruh yang diupah.
Terdapat responden menyatakan kecacatan kerja binaan ini mesti ada pada setiap
projek, namun bezanya adalah kesan kecacatan tersebut kepada kos projek, sama ada
besar atau sebaliknya.

Kelewatan dalam pembayaran terhadap kontraktor juga merupakan risiko yang


dinyatakan oleh kontraktor. Risiko ini berpunca daripada pengurusan klien itu sendiri.
Risiko ini boleh mendatangkan kerugian kepada kontraktor terutamanya apabila
kontrak tersebut tidak mempunya projek pembinaan yang berterusan bagi
menghasilkan modal syarikat. Kontraktor terpaksa menanggung sendiri kos untuk
mengupah pekerja syarikatnya.

Kegagalan untuk mendapatkan wang tahanan ‘retention funds’. Risiko ini


dinyatakan oleh segelintir responden dengan kekerapan hanya sebanyak 13% daripada
risiko kewangan yang dinyatakan. Punca risiko ini adalah daripada kontraktor itu
sendiri, sebelum projek pembinaan dilaksanakan sebanyak 5% wang tahanan akan
dipegang oleh phik klien atau wakil klien. Wang tahanan tersebut akan dikembalikan
selepas tamat tempoh ‘Defect Liabiliti Periods’ (DLP). Jika terdapat kecacatan pada
projek dan tidak dibaiki oleh kontraktor wang tahanan tersebut tidak akan dilepaskan
pada tamat tempoh (DLP)
61

4.2.3 Analisis Pendekatan Yang Dilaksanakan Oleh Kontraktor Dalam


Menguruskan Risiko

Analisis ini bertujuan untuk melihat bagaimana kontraktor menguruskan risiko


pembinaan khususnya bagaimana kontraktor mengawal risiko tersebut. Berdasarkan
kajian literatur terdapat empat (4) kategori kaedah dalam mengawal risiko tersebut
iaitu ‘avoidance’, ‘transfer’, ‘mitigate’ dan ‘tolerate’. Langkah-langkah kawalan yang
dinyatakan oleh responden akan dikategorikan mengikut pengkhususan tersebut.

4.2.3.1 Kaedah Kawalan Risiko Reka bentuk

Jadual 4.7 Kaedah Kawalan Risiko Rekabentuk

Risiko Reka Bentuk Kod Bil Kawalan Risiko


Kegagalan Sistem Bangunan PB 2 AVOIDANCE
Kerosakan Disebabkan Oleh Pihak Ketiga TP 6 TRANSFER
Gagal Dalam Proses Pemeriksaan Pihak IP 3 TREAT
Berkuasa
Subkontraktor Enggan Membaiki Kecacatan SD 4 TRANSFER
Kerja
62

Bagi mengawal risiko kegagalan sistem bangunan responden yang ditemubual


menggunakan kaedah ‘avoidance’ mengelak risiko. Sebelum prosedur pemeriksaan
‘inspection’ dijalankan oleh pihak berkuasa sistem bangunan itu akan diuji sendiri oleh
pihak kontraktor ataupun wakil kontraktor yang bertanggungjawab

Hasil daripada ujian tersebut jika sistem bangunan gagal langkah ‘avoidance’
digunakan kerana risiko ini mengancam kepada risiko yang lebih besar. Kontraktor
akan mengelak risiko ini dengan membaiki atau mengganti sistem atau kemudahan
bangunan yang rosak.

Bagi risiko kerosakkan bangunan oleh pihak ketiga responden yang ditemubual
menyatakan kontraktor akan menggunakan kaedah pindah ‘transfer’ dimana
kontraktor berpendapat bahawa kes kerosakkan tersebut bukan dibawah
tanggungjawab mereka. Jadi kaedah ‘transfer’ wajar digunakan iaitu dengan
memindahkan risiko tersebut didalam kontrak jika berkaitan dengan kerja sub-
kontraktor ataupun menyelesaikan masalah tersebut melalui perundangan.

Langkah yang digunakan oleh pihak kontrak dalam menangani risiko gagal
semasa pemeriksaan pihak berkuasa adalah melalui kawalan risiko secara ‘treat’ atau
membaiki kesan risiko. Jika kegagalan pemeriksaan berlaku kontraktor perlu segera
membaiki kerosakan pada struktur bagunan dengan segera. Tujuannya adalah untuk
mengelakkan masalah tersebut menular misalnya kelewatan penyerahan projek. Kos
berkaitan kerja-kerja pembaikan tersebut akan ditanggung oleh kontraktor itu sendiri.

Kaedah memindahkan risiko ‘transfer’ turut dilaksanakan dalam mengawal


risiko sub-kontraktor enggan membaiki kecacatan kerja. Melalui perjanjian yang
dipersetujui antara kontraktor utama dan sub-kontraktor, wang tahanan boleh
digunakan oleh kontraktor utama bagi membaiki kerja tersebut. Antara kaedah
dinyatakan oleh responden adalah dengan mengupah kontraktor lain bagi membaiki
kerja tersebut
63

4.2.3.2 Kaedah Kawalan Risiko Pentadbiran

Jadual 4.8 Kaedah Kawalan Risiko Pentadbiran

Risiko Pentadbiran Kod Bil Kawalan Risiko


Staf Pembinaan Gagal Melaksanakan KS 4 TOLERATE
Peranan Dengan Berkesan
Kehilangan Dokumen Penting KD 8 AVOIDANCE
Klien Mengarahkan Mempercepatkan SK 3 TOLERATE
Projek Pembinaan

Responden berpendapat bagi mengawal risiko pentadbiran iaitu staf


pembinaan gagal melaksanakan peranan dengan berkesan langkah tolerate akan
dilaksanakan. Responden menyatakan kebolehan staf tidak dapat diukur sehinggalah
pekerja tersebut berada dilapangan, oleh yang demikian kontraktor tidak akan
sewenang-wenangnya akan melantik pekerja baru. Staf mereka akan dilatih ataupun
pekerja tersebut belajar melalui pengalaman bagi mengelakkan masalah yang sama
berulang kembali.

Risiko kehilangan dokumen diselesaikan dengan menghapuskan risiko tersebut


‘avoidance’. Pendapat responden mengenai kawalan risiko ini adalah mengelakkn
masalah daripada risiko ini berlaku. Antara kaedah yang diprakitkan adalah dengan
mengadakan satu sistem pendokumentasian bagi menarkib semua rekod-rekod projek
dalam bentuk bertulis. Respoden 7 misalnya, syarikat kontraktor tersebut melantik staf
untuk melaksanakan pengawalan dokumen. Pihak atasan juga seharus berhubung dan
memantau staf mereka bagi mengelakkan kejadian kehilangan dokumen.
64

Kawalan terhadap kemungkinan klien mengarahkan mempercepatkan projek


pembinaan adalah dengan ‘tolerate’ risiko tersebut. Pihak kontraktor akan menerima
risiko tersebut kerana ingin memenuhi kehendak klien. Namun menurut respoden 9
proses mempercepatkan projek pembinaan tersebut seharusnya diurus dengan baik
seperti melakukan kajian terhadap produktivi dan kawalan kualiti kerja. Penerimaan
terhadap risiko ini memberikan impak yang positif kepada kontraktor binaan, apabila
berjaya menjalankan kerja dengan cepat imej kontraktor tersebut akan bertambah baik
serta boleh mendatangkan keuntungan kewangan.

4.3.2.3 Kaedah Kawalan Risiko Sosio-Politik

Jadual 4.9 Kaedah Kawalan Risiko Sosio-Politik

Risiko Sosio-Politik Kod Bil Kawalan Risiko


Kerjasama Pihak Berkuasa PB 7 TOLERATE
Tempoh Kelulusan Yang Lama TL 5 TOLERATE
Perubahan Dalam Proses Penyerahan Projek CP 2 TRANSFER
Kepada Klien

Responden yang menghadapi risiko kerjasama pihak berkuasa memutuskan


untuk melakukan kaedah tolerate dimana kontraktor mengekalkan risiko tersebut dan
menghadapinya. Disebabkan tiada alternatif lain, maka kontraktor perlu menghadapi
risiko tersebut. Namun begitu risiko ini dapat dielakkan daripada berlaku dengan
melakukan perancangan awal bagi menangani risiko ini. Seperti yang disarankan oleh
responden 5 kontraktor perlu melantik personel yang bekebolehan dalam berurusan
dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengurankan risiko ini.
65

Kaedah pengurusan risiko bagi risiko tempoh kelulusan projek pula responden
melakukan kaedah ‘tolerate’. Kontraktor tidak dapat menjangka dengan tepat tempoh
masa yang diperlukan bagi proses kelulusan projek. Hal ini kerana melibatkan pihak
luar, bukan kontraktor itu sendiri. Responden menyatakan risiko ini boleh hadir
disebabkan oleh kesilapan kontraktor itu sendiri ataupun pihak lain,
walaubagaimanapun perbincangan akan dilakukan bagi mengurangkan kesan risiko
yang ditanggung oleh pihak kontraktor.

Perubahan dalam proses penyerahan projek diuruskan melalui kaedah


‘transfer’. Kontraktor akan memindahkan kesan risiko tersebut kepada klien melalui
perbincangan dan perjanjian kontrak. Responden 4 dan 10 menyatakan perubahan
dalam penyerahan projek seperti menukar tarikh bangunan boleh beroperasi adalah
melalui kehendak klien, kontraktor boleh memindahkan risko tersebut kerana klien
melanggar perjanjian awal kontrak tersebut dipersetujui.

4.3.2.4 Kaedah Kawalan Risiko Kewangan

Jadual 4.10 Kaedah Kawalan Risiko Kewangan

Risiko Kewangan Kod Bil Kawalan Risiko


Kelewatan Dalam Pembayaran DL 3 TOLERATE
Perubahan Kos Semasa Mebaiki Kecacatan PC 4 TREAT
Kerja
Perubahan Kos Projek Pada Akaun Akhir FA 7 TREAT
Gagal Mendapatkan Wang Tahanan RF 2 AVOIDANCE
66

Responden yang ditemubual menyatakan tindakan yang diambil bagi


mengawal risiko kelewatan dalam pembayaran adalah dengan mengguanakan kaedah
‘tolerate’. Kontraktor akan mengekalkan risiko ini kerana kemungkinan risisko ini
berlaku adalah kecil. Walaupun risiko tersebut terjadi kontraktor tidak mempunyai
alternatif lain untuk mempercepatkan pembayaran kerana pihak klien yang
bertanggungjawab dalam hall ini.

Perubahan kos semasa membaiki kecacatan kerja, menurut responden


kontraktor akan mengekalkan risiko ini, walaubagaimanapun mereka akan
mengurangkan kesan risiko tersebut keatas kos projek ‘treat’. Kontraktor
mengurankan kos membaiki kecacatan kerja dengan menggunakan kaedah yang
menjimatkan kos. Responden juga turut menyatakan kos-kos sebegini biasa akan
ditampung melalui kos kerja-kerja yang mendatangakan keuntungan.

Perubahan kos pada akaun akhir projek juga akan diuruskan melalui kaedah
‘treat’, Iaitu mengurankan kesan perubahan harga tersebut. Memandangkan perubahan
kos yang berlaku disebabkan oleh kos yang tersembunyi, kontraktor tidak dapat
mengelakkan risiko tersebut. Hasil daripada temubual, terdapat kontraktor yang
mengurangkan kesan risiko ini dengan menyerap kos tersebut dalam keuntungan
mereka.

Kegagalan mendapatkan wang tahana merupakan risiko yang jarang berlaku


bagi pihak kontraktor dan jikalau terjadi keadaan tersebut akan merugikan kontraktor.
Oleh yang demikian responden menyatakan mereka menggunakan kaedah ‘terminate’
iaitu mengapuskan risiko tersebut. Biasanya wang tahanan akan diberikan kepada
kontraktor selepas waktu ‘defect liability period’, dalam tempoh ini kontraktor akan
berusaha membaiki kecacatan kerja jika ada bagi mengelakkan wang tahanan tersebut
tidak dilepaskan.
67

4.3.3 Analisis Kekerapan Kaedah Yang Dilaksanakan Oleh Kontraktor Bagi


Mengawal Risiko

4.3.3.1 Risiko Berdasarkan Kategori Kawalan

Jadual 4.11 Peratusan Kawalan Yang Dilaksanakan

Kawalan Risiko Kod Bil Peratus


AVOIDANCE TM 3 21%
TRANSFER TS 3 21%
TREAT TT 3 21%
TOLERATE TR 5 36%
TOTAL 14 100%

Jadual 4.11 menunjuakkan kekerapan jenis kawalan yang dilaksanakan oleh


kontraktor bagi mengawal risiko yang telah dikenalpasti. Majoriti responden
menggunakan kaedah menghapuskan risiko (terminate), menghilangkan sekali-gus
kesan risiko tersebut kepada projek iaitu sebanyak 36%.

Seterusnya adalah dengan menggunakan langkah ‘tolerate’ dan ‘treat’ dengan


peratusan masing sebanyak 29% dan 21%, langkah ini dapat mengurangkan kesan
risiko dan memperbetulkan kesalahan terhadap projek. Selebihnya adalah dengan
memindahkan kesan risiko tersebut secara keseluruhannya atau sebahagian kepada
pihak lain, dengan peratusan sebanyak 14%.
68

4.3.3.2 Perbezaan Pengurusan Risiko Yang Dipraktikkan Oleh Kontraktor

Kaedah pengurusan yang dilaksanakan oleh kontraktor adalah berasaskan teori


pengurusan risiko dimana, terdapat empat peringkat untuk menguruskan risiko seperti
yang dinyatakan dalam kajian literatur. Peringkat-peringkat tersebut adalah,
pengenalpastian risiko, penganalisaan risiko, kawalan risiko dan akhir sekali laporan
risiko.

Semasa melaksanakan bagi mengelakkan risiko daripada tidak terkawal


majoriti daripada responden menyatakan mereka telah mengenalpasti risiko projek
tersebut dari awal dan melakukan analisis risiko. Tujuannya adalah megelakkan
masalah seperti kehilangan dokumen penting semasa fasa penutupan projek. Selain itu
melakukan perancangan penjadualan bagi mengelakkan masalah tempoh kelulusan
projek yang lama daripada pihak berkuasa. Melakukan penjadualan seperti
menentapkan tarikh pemeriksaan bangunan secepat mungkin bagi mengelakkan
masalah tersebut.

Namun begitu, responden juga ada menyatakan terdapat risiko yang tidak dapat
dikenalpasti kesannya dan hanya melakukan kawalan bagi megelakkan risiko tersebut
tidak mendatangkan kesan negatif terhadap projek. Setiap risiko yang hadir dalam
projek pembinaan adalah berbeza disebabkan kerumitan projek itu sendiri.
Sehubungan itu, perbezaan langkah kawalan risiko dapat dilihat dengan jelas serta
tidak ada langkah yang khusus bagi mengawal risiko. Pengurusan risiko adalah
bergantung kepada kontraktor itu sendiri bagaimana hendak menguruskan risiko
tersebut.
69

Membuat laporan risiko pada akhir projek. Majoriti responden menghasilkan


laporan risiko pada akhir projek tujuannya adalah untuk merujuk kembali risiko
tersebut dan akan dijadikan panduan pada masa akan datang. Namun terdapat
segelintir responden yang tidak membuat laporan risiko yang khusus, sebagai contoh
responden 5 menyatakan mereka akan merekod perubahan yang tidak dijangka
misalnya perubahan bahan binaan dalam tuntutan pembayaran, rekod-rekod tersebut
kemudiannya akan digunakan bagi menyelesaikan masalah pembayaran atau akan
dibentangkan semasa melakukan perbincangan dengan klien.

Jadual 4.12 Fasa Pengurusan Risiko

SAMPLE KENALPASTI ANALISIS KAWALAN LAPORAN


RESPONDEN 1 / / / /
RESPONDEN 2 / / /
RESPONDEN 3 / / /
RESPONDEN 4 / / / /
RESPONDEN 5 / /
RESPONDEN 6 / / /
RESPONDEN 7 / / / /
RESPONDEN 8 / / /
RESPONDEN 9 / / /
RESPONDEN 10 / / /
70

4.6. Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat diperolehi daripada analisis ini ialah fasa penutupan
projek juga tidak terlepas daripada sebarang risiko yang boleh mengugat kontraktor.
Pendekatan yang dilakukan oleh kontraktor dalam menguruskan risiko tersebut adalah
berbeza walaupun menggunakan konsep yang sama dengan teori cadangan.
Ketidakpastian isu-isu penutupan projek akan terjadi atau sebaliknya, menunjukkan
tiada kaedah khusus dan pendekatan yang harus dipatuhi oleh kontaktor dalam
menguruskan risiko tersebut.

Berdasarkan data-data yang diperolehi daripada maklumat responden maka


dapat dirumuskan bahawa objektif kajian ini telah tercapai. Hasil daripada kajian ini
telah berjaya mengenalpasti risiko yang dihadapi oleh kontraktor dan bagaimana
kontraktor menguruskannya berdasarkan situasi sebenar.
71

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Kandungan bab merupakan rumusan terhadap semua analisa dan hasil kajian
mengenai tujuan penyelidikan ini dijalankan seperti yang terdapat dalam bab 4. Segala
permasalahan yang berkaitan dengan kajian ini akan dinyatakan dalam bab ini untuk
rujukan masa hadapan. Selain itu, cadangan kajian lanjutan berkaitan dengan kajian
ini secara mendalam dan skop yang berbeza turut dinyatakan. Secara amnya, semua
dapatan kajian daripada temubual akan diringkaskan dalam rumusan secara
menyeluruh. Ringkasan tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

Bab ini mengandungi tiga (3) bahagian iaitu bahagian A mengenai ringkasan
analisis kajian berserta rumusan, bahagian B perbincangan batasan dan masalah yang
berlaku semasa kajian dibuat. Akhir sekali bahagian C cadangan dan saranan untuk
kajian masa hadapan.
72

5.2 Rumusan Kajian

Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengenapasti jenis-jenis risiko


yang dihadapi oleh kontraktor semasa peringkat penutupan projek. Selain itu, objektif
kedua ialah mengenalpasti perbezaan pendekatan yang dilaksanakan oleh kontraktor
dalam menguruskan risiko.

5.2.1 Objektif Pertama: Mengenalpasti Jenis-Jenis Risiko yang Dihadapi oleh


Kontraktor Diperingkat Penutupan Projek

Jenis-jenis risiko yang hadir semasa penutupan projek dapat dikategorikan


kepada empat (4) bahagian iaitu risiko rekabentuk yang terdiri daripada risiko
kegagalan sistem bangunan, kerosakkan disebabkan oleh pihak ketiga, gagal dalam
proses pemeriksaan pihak berkuasa dan sub-kontraktor enggan membaiki kecacatan
kerja mereka.

Jenis risiko seterusnya adalah berkaitan dengan risiko pentadbiran. Kontraktor


berkemungkinan akan menghadapi masalah seperti kehilangan dokumen penting pada
akhir projek. Selain itu, terdapt responden yang menyatakan mereka berdepan dengan
isu staf binaan gagal menjalankan peranan dengan berkesan, serta kemungkinan klien
mengarahkan untuk mempercepatkan projek pembinaan.
73

Kemungkinan kejadian melibatkan isu sosio-politik juga boleh berlaku semasa


peringkat penutupan projek. Antara risiko yang dikenalpasti melalui temu bual dengan
responden adalah, Pihak berkuasa kurang memberikan kerjasama dan tempoh
kelulusan projek yang lama. Selain itu isu perubahan dalam proses penyerahan projek
mungkin akan berlaku mengikut arahan daripada klien projek tersebut.

Risiko yang lain hadir semasa penutupan projek adalah risiko yang
melibatakan kewangan. Isu seperti kelewatan dalam pembayaran oleh klien
pertamabahan kos disebabkan oleh kecacatan kerja merupakan kemungkinan yang
akan terjadi semasa penutupan projek. Kedua-dua risiko mendatangkan kesan yang
negatif kepada kontraktor jika tidak diuruskan dengan baik. Selain itu, responden juga
ada menyatakan mengenai risiko kontraktor gagal mendapatkan wang tahanan selepas
tempoh tangunggan kecacatan tamat.

Risiko-risiko yang dinyatakan oleh responden mempunyai kekerapan yang


berbeza. Risiko tersebut mungkin wujud pada akhir projek ataupun sebaliknya.
Kontraktor seharusnya peka terhadap perubahan keadaan projek untuk mengenalpasti
pelbagai risiko yang wujud.

5.2.2 Objektif Kedua: Perbezaan Pendekatan Yang Dilaksanakan Oleh


Kontraktor Dalam Menguruskan Risiko

Kaedah pengurusan yang dilaksanakan oleh kontraktor bagi mengawal risiko


adalah berbeza. Perbezaan ini disebabkan oleh ciri-ciri yang terdapat dalam projek
pembinaan itu sendiri. Misalnya dari segi pegaruh reka bentuk bangunan, kaedah
pengurusan kontraktor dan pengaruh daripada pihak berkuasa tempatan.
74

Melalui analisis pada bab 4 kaedah pengurusan yang dilakukan oleh


kontraktor, bagi mengawal risiko tersebut dikategorikan kepada empat (4) jenis
pendekatan iaitu ‘avoidance’, ‘tolerate’, ‘treat’ dan ‘transfer’. Pendekatan yang
berlainan diperlukan bagi menguruskan risiko tersebut dengan lebih berkesan.

Walaupun konsep pengurusan yang dilaksanakan oleh kontraktor adalah


berasaskan teori pengurusan seperti dalam kajian literatur, namun kaedah dan
bagaiman kawalan risiko dipraktikan dipraktikan adalah berbeza. Perbezaan tersebut
dapat dilihat dengan jelas kerana tiada kaedah khusus untuk mengurus risiko. Hal ini
demikian kerana, risiko yang dihadapai oleh setiap projek pembinaan adalah berbeza
begitu juga dengan sifat sektor pembinaan yang unik.

5.3 Masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian

Ketika menjalankan kajian, terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi untuk


mencapai objektif kajian. Pelbagai masalah yang dihadapi khususnya semasa
mendapat data bagi kegunaan analisis kajian.

i. Sukar megenalpasti risiko penutupan projek, disebabkan kajian ini


memfokuskan fasa akhir projek pembinaan, tidak banyak risiko yang dapat
dibincangkan oleh responden.

ii. Selain itu, responden yang ditemubual merupakan personel binaan yang
sibuk. Kadang-kadang respoden terpaksa membatalkan temujanji
disebabkan kesibukan kerja.
75

iii. Seterusnya, masa temubual sering mengalami perubahan kerana masa yang
tidak sesuai dengan respoden. Tempoh temubual terpaksa dipendekkan
disebabkan hal-hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan

5.4 Cadangan untuk Kajian Masa Hadapan

Daripada hasil kajian dan rumusan yang telah dibuat, berikut adalah beberapa
cadangan untuk kajian masa hadapan:

i. Mengkaji impak risiko projek dari segi kos, kualiti dan masa terhadap pihak
kontraktor dan klien

ii. Kajian mengenai risiko disetiap fasa projek pembinaan bermula dari fasa
rekabentuk projek hingga ke penyerahan projek
76

Rujukan

Albert, L. (2014). Project Management, Planning, and Control 6th edition. Oxford:
Elsevier Ltd.

Alfredo, S. Ximena, F. Larissa, R. & Sergio, A. (2015). Evaluating risk management


practices in construction organizations. Social and Behavioral Sciences, 194 -
201.

Amado, M., Ashton, K., Ashton, S., Bostwick, J., Clements, G., Drysdale, J., Francis,
J., Harrison, B., Nan, V., Nisse, A., Randall, D., Rino, J., Robinson, J.,
Snyder, A., Wiley, D., & Anonymous. (2012, August 15). Project
Management For Instructional Designers. Retrieved from pm4id.org:
http://pm4id.org/ [2015 November 3]

Anthony, W. (2002). Project management in construction 4th edition. Maiden, Ma:


Blackwell Sci.

Burtonshaw, G. (2009). Risk And Financial Management in Construction. England:


Gower Publishing Limited.

C.R. Kothari . (2004). Research Methodoogy; Methods and Technique. New Delhi:
New Age International (P) Limited.

CIDB. (2012). Construction Statistics Quarterly Bulletin - (2015). Retrieved from


cidb.gov.my:
http://www.cidb.gov.my/cidbv4/index.php?option=com_content&view=articl
e&layout=edit&id=1124&lang=en[2015 October 12]

Edward, R. F. (2006). Construction project administration 8th edition. Upper Saddle


River, N.J: Pearson Prentice Hall.
77

EPU. (2013, November 10). Laman Web Rasmi Unit Perancangan Ekonomi.
Retrieved from www.epu.gov.my: http://www.epu.gov.my/helpdeskpp_e
[2015 October 12]

Ewelina, G. & Mikaela, R. (2001). Risk Management Practices in a Construction


Project. Master Thesis, Göteborg Sweden: Chalmers University of
Technology.

Federick, E. G. (2003). Construction project management. Upper Saddle River, N.J:


Prentice Hall.

Jared, R. (2012). Opportunity Lost: Mismanagment of the Closeout Phase of


Construction Projects. College of Technology Masters Theses, 76.

Kleim, R. L. & Ludin, I. (1997). Reducing project risk. England : Gower Publishing.

Kwakye, A. A. (1997). Construction Project Administration in Practice. England:


Longman, The Chartered Institute of Building.

Martin, S. (2006). Risk management in construction project management . Journal of


Business Economics and Management, 77-83.

Mohamed, A. E. (2011). Construction management for industrial projects : a


modular guide for project managers. Hoboken, N.J: Scrivener Publ.

Mok, S. S. (2010). Literatur dan kaedah penyelidikan. Puchong, Selangor: Penerbitan


Multimedia.

Ontario Association of Architects (OAA). (2007). A Guide to Project Closeout


Procedures . Ontario Association of Architects: Ontario.

Paul, J., Tony, M., & Nigel J, S. (2006). Managing Risk in Construction Projects.
Oxford, UK: Blackwell Publishing.

Peter, F. (2005). Construction project management : an integrated approach. London


: Taylor & Francis.

Project Management Institute (PMI). (2001). A Guide to Project Management . USA,


Pennsylvania: PMI.
78

Rohaninejad, M., & Bagherpour, M. (2013). Application of risk analysis within value
management: A case study in DAM engineering. Journal of Civil
Engineering and Management, 19: 364-374.

Ronald L. (2012, September 7). Project Closeout. Retrieved from


specsandcodes.typepad.com:
http://specsandcodes.typepad.com/keynotes/2012/07/project-closeout.html [5
November 2015]

Sinarharian. (2013, june 7). Sinarharian Online. Retrieved from Pengurusan risiko
penting elak jambatan runtuh: http://www.sinarharian.com.my/pengurusan-
risiko-penting-elak-jambatan-runtuh-1.168519 [8 November 2015]

Smith. N.J., Merna, T. and Jobbling P. (2006). Managing Risk in Construction


Projects. 2nd edition. Oxford: Blackwell Publishing.

The Federal Transit Administration. (2006). Construction Project Management


Handbook. Washington: FTA.

Ovidiu, C., Stewart, R., & Berends, T. (2013). Risk management for design and
construction. New York: Willey.

Uwe, F. (2007). Desiging Qualitative Research. London: Sage Publications.

Westland J. (2006). Project Management Life Cycle: A Complete Step-by-step


Methodology for Initiating Planning Executing and Closing the Project.
Kogan: Page Limited.

Johnston, H., & Mincks, W. R. (2011). Construction jobsite management. United


States: Delmar Cengage Learning.

Winch. G. (2002). Managing construction projects, an information processing


approach. Oxford: Blackwell Publishing.

Rocco, V. (2009, September 17).Retrieved from Lorman Education Services:


http://www.lorman.com/resources/closing-out-your-construction-project-
handling-claims-and-disputes-14992 [10 November 2015]
79

Douglas, C. H. (2003). The Architect’s Handbook of Professional Practice.


Washington, D.C: American Institute of Architects. Available from : The
AIA. [10 November 2015]
80

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai