Anda di halaman 1dari 141

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

ar Format Terb

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu SPM

EDISI 2011

SPM

RM15.90

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD (Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)

Nota Padat Format SPM Panduan Me njawab Analisis Sampel Jaw apan

w w w . a f t e r s c h o o l . m y
1

This project is funded by AFTERSCHOOL.MY for the benefit of SPM students in Malaysia. We wish you the best of luck...

hool tersc af
2

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

Penerbit

SPM

Afterschool.my adalah sebuah laman web yang membantu pelajar SPM merancang pengajian tinggi. Ia mengandungi maklumat mengenai biasiswa, kursus, institusi pendidikan tinggi dan lain-lain.

www.afterschool.my

www.facebook.com/afterschool.my

Pengarang
Dr. D. Kathiresan merupakan seorang guru bahasa dan kesusasteraan Melayu dengan pengalaman mengajar lebih dua puluh tahun. Beliau juga merupakan seorang Guru Cemerlang (GC) Bahasa Melayu. Setakat ini beliau telah menerbitkan lebih 60 buah buku yang merangkumi novel, cerpen, ulasan kesusasteraan dan ulangkaji bahasa Melayu bagi pelbagai peringkat. Segala hasil pengalaman beliau sebagai guru bahasa dan penulis telah dirangkumkan dalam Revisi Komprehensif ini bagi memberikan satu bahan bacaan dan ulangkaji yang mampu menyediakan para pelajar bagi menghadapi pelbagai kemungkinan dalam dewan peperiksan

Times Online Media Sdn. Bhd. No 45-2, 2nd floor, Jalan PJU 5/20E The Strand Kota Damansara, PJU 5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan

Published By:

Suriakanth Joseph : Graphic Designer Rajapal Rajagopal : Graphic Designer

Designed By :

Kandungan Kandungan
PENGENALAN PELAJARAN 2 Karangan berdasarkan bahan rangsangan PELAJARAN 3 Karangan berdasarkan bahan rangsangan
(Membezakan SKOP TERBUKA dan SKOP TERHAD)

3 - 10 11 - 21

PELAJARAN 16 Tatabahasa latihan pelbagai hukum tatabahasa PELAJARAN 17 Tatabahasa latihan istilah dan ejaan PELAJARAN 18 Peribahasa pengenalan PELAJARAN 19 Komsas puisi tradisional - tingkatan 4 PELAJARAN 20 Komsas sajak - tingkatan 4 PELAJARAN 21 Komsas prosa tradisional - tingkatan 4 PELAJARAN 22 Komsas cerpen - tingkatan 4 PELAJARAN 23 Komsas drama - tingkatan 4 PELAJARAN 24 Novel - tingkatan 4 PELAJARAN 25 Komsas puisi tradisional - tingkatan 5 PELAJARAN 26 Komsas sajak - tingkatan 5 PELAJARAN 27 Komsas Prosa tradisional - tingkatan 5 PELAJARAN 28 Komsas cerpen - tingkatan 5 PELAJARAN 29 Komsas drama - tingkatan 5 PELAJARAN 30 Novel - tingkatan 5

157 - 163 164 - 169 170 - 176 177 - 198 199 - 218 219 - 226 227 - 239 240 - 249 250 - 268 267 - 289 292 - 310 311 - 317 318 - 331 332 - 343 344 - 367

22 - 31

PELAJARAN 4 Karangan panduan am mengarang & teknik mentafsir kehendak soalan PELAJARAN 5 Karangan memilih tajuk & teknik mengenal pasti isi PELAJARAN 6 Pendahuluan Karangan PELAJARAN 7 Karangan teknik mengembangkan isi jenis langkah PELAJARAN 8 Karangan teknik mengembangkan isi jenis punca PELAJARAN 9 Karangan teknik mengembangkan isi jenis kesan PELAJARAN 10 Karangan teknik membina ayat/mengarang PELAJARAN 11 Penutup Karangan PELAJARAN 12 Jenis-jenis Karangan berbeza (FORMAT) PELAJARAN 13 Karangan Rumusan PELAJARAN 14 Tatabahasa membina ayat PELAJARAN 15 Tatabahasa latihan berkaitan ayat

32 - 41

42 - 50 51 - 59

60 - 71 72 - 79 80 - 87 88 - 96 97 - 104 105 - 127 128 - 141 142 - 146 147 - 156

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Bentuk Kertas Soalan 1103/1 Dan 1103/2

SPM

Kertas 1
1. Masa yang diperuntukkan ialah 2 Jam 15 minit. 2. Terbahagi kepada DUA bahagian: Bahagian A Bahagian B

Bahagian A
1. Ini merupakan soalan menulis karangan ringkas berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan. Antara contoh bahan rangsangan yang mungkin diberikan ialah: a. Gambar tunggal b. Gambar bersiri c. Dialog d. Petikan akhbar e. Carta aliran f. Petikan akhbar dll 2. Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan bahagian ini ialah 45 minit. 3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi soalan ini. 4. Jawapan harus ditulis dalam bentuk karangan. Panjang karangan hendaklah di antara 200 hingga 250 patah perkataan. 5. Karangan anda harus terdiri daripada 6 perenggan seperti berikut: a. Pendahuluan b. Isi Satu c. Isi Dua d. Isi Tiga e. Isi Empat f. Penutup

Bahagian B
1. Ini merupakan soalan mengarang berdasarkan tajuk yang diberikan. 2. Jenis-jenis tajuk yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut: A. JENIS BERFORMAT i. Ucapan - Ucapan Pertandingan - Ucapan Bukan Pertandingan ii. Surat Kiriman - Surat Kiriman Rasmi - Surat Kiriman Tak Rasmi iii. Laporan - Laporan Peristiwa - Laporan Tahunan iv. Perbahasan - Perbahasan Pertandingan - Bahaskan Tajuk v. Forum vi. Rencana vii. Wawancara B. JENIS TIDAK BERFORMAT i. ii. iii. iv. v. vi. Huraian Perbincangan Ulasan Peribahasa Gambaran Keperihalan

3. Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan bahagian ini ialah 1 Jam 30 minit. 4. Sebanyak 100 markah diperuntukkan bagi soalan ini. 5. Jawapan harus ditulis dalam bentuk karangan. Panjang karangan hendaklah melebihi 350 patah perkataan 6. Karangan anda dianggap lengkap sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya 3 isi. Namun begitu, sebuah karangan yang baik seharusnya terdiri daripada 7 perenggan seperti berikut: a. Pendahuluan b. Isi Satu c. Isi Dua d. Isi Tiga e. Isi Empat f. Isi Lima g. Penutup

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

Kertas 2
1. Masa yang diperuntukkan bagi kertas ini ialah 2 Jam 30 minit. 2. Terdapat EMPAT soalan yang wajib dijawab dalam kertas ini iaitu: Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 - Rumusan - Pemahaman - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa - Novel
1. Sebanyak 30 m arkah diperuntuk

SPM

kan bagi soalan in i. 2. Anda akan dibe kalkan sebuah pe tikan dalam lingk muskan petikan te ungan 400 patah rsebut menjadi 12 perkataan. Anda di 0 patah perkataan. kehendaki meru 3. Jawapan anda harus ditulis dala m pentuk karangan PAT komponen w ringkas. Karanga ajib iaitu: n tersebut harus m empunyai EM i. Pendahuluan ii. Isi Tersurat iii. Isi Tersirat iv. Penutup

Rumusan

Soalan 1

Soalan 2
iperuntukk 35 markah d an bagi soalan ini.

Pemahaman
erdasarkan p etikan

an b g dikemukak 1. Sebanyak k soalan yan bjektif untu : lis jawapan su dalam bahagian ini iaitu a perlu menu T soalan i sini and 2. D EMPA an. Terdapat yang diberik mum - Petikan U i. Soalan 2a an Cerpen - Petik Klasik ii. Soalan 2b Petikan Prosa Soalan 2c iii. - Puisi iv. Soalan 2d

Soalan 2a
1. Di sini anda akan diberikan 3 soalan pemahaman berdasarkan petikan yang dibekalkan untuk rumusan.

Pemahaman

2. Soalan pertama biasanya akan meminta anda memberikan maksud rangkai kata dalam petikan. 3. Soalan kedua pula merupakan soalan pemahaman secara langsung. Jawapan untuk soalan ini pasti terkandung di dalam petikan. 4. Soalan ketiga pula merupakan soalan KBKK. Di sini anda akan diminta mengemukakan pendapat tentang pelbagai isu yang berkaitan dengan petikan tersebut. Namun jawapan untuk soalan ini tidak akan terdapat di dalam petikan itu.

Soalan 2b , 2c dan 2d

Soalan Komsas

1. Soalan-soalan komponen kesusasteraan akan menduduki soalan 2b, 2c dan 2d dalam Kertas 2. Soalan akan dikemukakan berdasarkan Antologi Kesusasteraan Tingkatan 4 dan 5. Pembahagian soalan adalah seperti berikut:

Nombor Soalan 2b 2c 2d

Petikan Prosa Moden (Cerpen atau Drama) Prosa Klasik Piusi (Puisi Traditional atau Sajak)

Bilangan Soalan Tiga Tiga Tiga

Markah 9m 8m 9m

2. Soalan 2b merupakan soalan pemahaman berdasarkan prosa moden. Anda akan diberikan sebuah petikan drama atau cerpen. Tiga soalan akan dikemukakan berdasarkan petikan tersebut. Bentuk soalan adalah seperti berikut: i. Soalan kontekstual. Jawapan untuk bahagian ini boleh dikutip secara langsung daripada petikan yang diberikan. ii. Soalan KBKK. Anda akan diminta memberikan pandangan peribadi, pendirian atau rumusan tentang sesuatu isu yang terda pat dalam petikan yang diberikan. Jawapan untuk bahagian ini tidak akan terkandung dalam petikan atau cerita berkenaan. iii.Soalan KOMSAS. Soalan ini akan menguji pengetahuan pelajar tentang unsur-unsur sastera yang terkandung dalam bahan yang diberikan. Antara aspek yang boleh disoal ialah tema, persoalan, mesej, pengajaran, nilai, perwatakan dan sebagainya. Soalan yang dikemukakan juga tidak semestinya terbatas kepada petikan yang diberikan. Sebaliknya anda mungkin perlu mengetahui unsur-unsur yang terkandung dalamm keseluruhan cerita tersebut. 3. Soalan 2(c) merupakan soalan pemahaman berdasarkan petikan prosa tradisional. Anda akan diberikan sebuah petikan daripada mana-mana prosa tradisional yang terkandung dalam antologi tingkatan 4 dan 5. Tiga soalan akan dikemukakan untuk petikan ini. Bentuk soalannya adalah seperti berikut: i. Soalan pemahaman frasa atau rangkai kata. Anda akan diberikan satu rangkai kata, frasa atau ayat dan diminta memberikan maksudnya. Anda perlu memberikan maksud kontekstual (berdasarkan petikan) dan bukannya hanya maksud kamus. ii. Soalan kontekstual;. Jawapan untuk bahagian ini boleh dikutip secara langsung daripada petikan yang diberikan. iii.Soalan KBKK. Anda akan diminta memberikan pandangan, pendapat atau rumusan tentang sesuatu isu yang berkaitan dengan cerita tersebut. Jawapan anda haruslah berdasarkan pengetahuan dan logik dan bukannya bersandar kepada kandungan petikan. 4.Soalan 2d merupakan pemahaman berdasarkan puisi. Anda boleh diberikan sebuah puisi tradisional atau sajak. Sebanyak tiga soalan akan diperuntukkan bagi bahagian ini. Pola soalannya adalah seperti berikut: i. Soalan pemahaman kontekstual, frasa atau rangkai kata. Jawapan untuk bahagian ini boleh dikutip secara langsung daripada puisi. Walau bagaimanapun anda seharusnya mampu menafsirkan perlambangan yang digunakan agar jawapan anda menunjuk kan pemahaman terhadap maksud sebenar puisi tersebut. Selain itu anda juga mungkin diminta menerangkan sesuatu konsep yang disampaikan dalam bentuk frasa. Sekali lagi, anda perlu menafsirkan perlambangan, simbol dan maksud tersirat yang terkandung di dalamnya bagi membuktikan pemahaman anda ii. Soalan KBKK. Anda akan diminta memberikan idea peribadi tentang sesuatu hal yang berkaitan dengan puisi tersebut. Anda perlu menggunakan pandangan sendiri dan tidak boleh bergantung kepada kandungan puisi yang diberikan. iii.Soalan KOMSAS. Di sini anda akan disoal tentang unsur-unsur sastera yang terkandung dalam puisi tersebut. Antaranya anda mungkin perlu memberikan tema, persoalan, pengajaran, nilai dan sebagainya.

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Soalan 3

SPM

1. Pada bahagian ini anda aka n diberikan 5 soalan yang me nguji tatabahasa dan kemahiran bah asa anda. 2. Sebanyak 6 markah diperu ntu 3. Pembahagian soalan adalah kkan untuk setiap soalan (Jumla

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

h 30 markah)

seperti berikut: unakan kata atau frasa yang dib

erikan Soalan 3b - Tatabahasa Beb as. Pelbagai soalan boleh dik emukakan pada bahagian ini. Contohnya: i. ii. iii. iv. v. Soalan 3c Soalan 3d Soalan 3e Menukarkan cakap ajuk ke ben tuk pindah dan sebaliknya Menyambungkan ayat Mencerakinkan/memisahkan ayat Menukarkan ayat aktif menja di ayat pasif dan sebaliknya Menganalisis ayat dll dan imbuhan dalam ayat/petika dan tatabahasa dalam ayat/pe n

Soalan 3a - Membina ayat dengan mengg

Membetulkan kesalahan ejaan

tikan Peribahasa. Pelbagai bentuk soalan boleh dikemukakan pad a bahagian ini. Contohnya: i. Berikan maksud peribahas a ii. Memberikan peribahasa yan g bersesuaian dengan kontek s/cerita iii. Mengisi tempat kosong den gan peribahasa iv. Memberikan peribahasa lain yang seerti dll

Membetulkan kesalahan istilah

Soalan 4

Novel

1.Jawapan untuk soalan ini hendaklah berdasarkan novel-novel yang telah and baca di tingkatan 4 dan 5. Sebanyak 15 markah diperuntukkan untuk bahagian ini. 2.Anda akan diberikan dua ceraian yakni bahagian a dan bahagian b. Anda wajib menjawab kedua-dua soalan ini. 3.Kedua-dua soalan ini adalah berdasarkan lapan buah novel wajib yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun anda seharusnya menguasai hanya dua buah novel bagi men jawab soalan-soalan pada bahagian ini. 4.Bagi menjawap soalan bahagian ini, anda perlu membaca keseluruhan novel dan seterusnya membuat catatan untuk aspek-aspek berikut: a. Sinopsis b. Tema c. Persoalan d. Sudut pandangan e. Plot f. Teknik g. Watak/perwatakan h. Latar (masa, tempat dan masyarakat) i. Gaya bahasa j. Nilai (individu dan kemasyarakatan) k. Pengajaran l. Kritikan sosial 5.Seterusnya ingati/hafal sekurang-kurangnya 4 isi penting untuk setiap aspek di atas. Hal ini disebabkan markah maksimum untuk setiap soalan novel ialah lapan. Hal ini bermakna anda boleh memperoleh markah maksimum dengan memberikan empat isi yang dikembangkan dengan sempurna. 6.Anda juga seharusnya membuat analisis perbandingan persamaan dan perbezaan antara dua buah novel yang telah anda baca di tingkatan empat dan lima. Hal ini disebabkan anda mungkin dikehendaki membuat perbandingan dengan menggunakan dua buah novel . 7.Oleh yang demikian anda seharusnya membuat catatan seperti berikut:

Aspek Tema

Persoalan

Nilai

Novel X i. .................................. ii. ................................. iii. ................................ iv. ................................. i. .................................. ii. ................................. iii. ................................ iv. ................................. i. .................................. ii. ................................. iii. ................................ iv. .................................

Novel Y i. .................................. ii. ................................. iii. ................................ iv. ................................. i. .................................. ii. ................................. iii. ................................ iv. ................................. i. .................................. ii. ................................. iii. ................................ iv. .................................

Aspek - aspek seterusnya 10

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
PENGENALAN 1. Ini merupakan soalan Bahagian A dalam Kertas 1 Bahasa Melayu SPM. 2. Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan bahagian ini ialah 45 minit. 3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi soalan ini. FORMAT JAWAPAN 1. Jawapan harus ditulis dalam bentuk karangan. Panjang karangan hendaklah di antara 200 hingga 250 patah perkataan. 2. Karangan anda harus terdiri daripada 6 perenggan seperti berikut: PENDAHULUAN - 3 Atau 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan ) - Lebih kurang 40 patah perkataan ISI 1 - 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan ) - Lebih kurang 45 patah perkataan ISI 2 - 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan ) - Lebih kurang 45 patah perkataan ISI 3 - 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang10 patah perkataan ) - Lebih kurang 45 patah perkataan ISI 4 - 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang10 patah perkataan ) - Lebih kurang 45 patah perkataan PENUTUP - 2 Atau 3 ayat (Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan) - Lebih kurang 30 patah perkataan BENTUK SOALAN

SPM
ara n2

Pe

laj

1. Walaupun kebanyakan bahan rangsangan yang dikemukakan untuk bahagian ini setakat ini ialah gambar, namun anda harus bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan lain. Antara bahan rangsangan yang boleh dikemukakan ialah: a. Gambar tunggal b. Gambar bersiri c. Dialog d. Petikan akhbar e. Carta aliran f. Petikan akhbar dll

11

2. Anda akan diminta menulis sebuah karangan berdasarkan kata kunci yang terkandung di dalam soalan tersebut Contoh kata kunci tersebut ialah: a. Punca b. Langkah c. Kepentingan d. Faedah e. Usaha dll 3. Namun begitu, ada masanya soalan akan berbentuk umum iaitu anda akan diminta memberikan pandangan anda berdasarkan sesuatu isu. (Bahagian ini akan diperincikan dalam pelajaran akan datang)

CONTOH SOALAN dan RANGKA JAWAPAN Lihat gambar di sebelah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca permainan jenis ini kurang diminati masyarakat hari ini. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Rangka Jawapan Pendahuluan -Wau sejenis permainan tradisional di negara kita -Contoh-contoh permainan tradisional lain gasing, congkah, batu seremban, sepak raga dll -Sayang sekali kurang diminati masyarakat hari ini -Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan hal ini terjadi Isi 1 -Dianggap kolot oleh generasi muda hari ini -Dikaitkan dengan masyarakat lama/ masyarakat di kawasan pedalaman -Tidak mencerminkan perkembangan sains dan teknologi hari ini -Generasi muda berasa malu untuk mengidentifikasikan diri mereka dengan permainan-permainan ini Isi 2 -Banyak persaingan daripada permainan moden -Wujud banyak permainan moden, terutamanya yang berkaitan dengan komputer -Permainan-permainan tersebut lebih canggih dan menarik -Anggap permainan tradisional membosankan Isi 3 -Generasi kini kurang terdedah kepada permainan tradisional -Permainan-permainan ini tidak tersebar luas -Ada anak-anak muda yang tidak pernah melihat permainan tradisional -Oleh itu mereka tidak mencintainya. Isi 4 -Permainan tradisional tidak dikategorikan sebagai satu sukan -Lebih merupakan unsur kebudayaan -Tidak mencabar bagi anak-anak muda -Generasi hari ini lebih tertarik dengan sukan moden Penutup -Permainan tradisional - satu warisan budaya bangsa -Tidak harus dibiarkan pupus -Setiap pihak harus bekerjasama untuk menghidupkan semula permainan-permainan ini

12

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

tihan La 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

13

tihan La 2

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan negatif iklan sedemikian terhadap pengguna. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PASARAYA CASRY
Potongan harga sehingga 70% untuk barangan terpilih Barangan elektronik, pakaian, perabot dll

(Bayaran secara ansuran selama 12 bulan)


Dari 1 OKTOBER hingga 31 OKTOBER Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Datanglah beramai-ramai ke CASRY

14

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

tihan La 3

Lihat carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan seseorang individu yang ingin membeli kenderaan peribadi. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Harga

Khidmat Lepas Jualan

Keputusan Membeli Kenderaan

Ruang

Harga Jualan Semula

tihan La 4

Baca petikan akhbar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang tujuan kerajaan memperkenalkan konsep ini. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KUALA LUMPUR, Selasa - ... . Menteri Pelajaran juga berkata bahawa konsep seorang murid, satu permainan ini akan meninggalkan kesan yang amat besar bukan sahaja terhadap pelajar berkenaan tetapi juga terhadap negara. Menurut beliau lagi .

15

tihan La 5

Baca dialog di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang isu yang diperkatakan dalam dialog tersebut. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

En. Roslan :

Mana tak sedih Halim. Apa kurangnya budak tu. Semua yang dia minta saya bagi. Tengoklah sikap dia. Merokoklah, merempitlah, ponteng sekolahlah. Hai. Pening kepala saya. Saya faham perasaan awak tu Roslan. Tapi ada masanya kita sebagai ibu bapa kena faham bahawa kita sendiri yang menjadi punca anak-anak kita jadi seperti itu.

En. Halim :

16

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

SOALAN 1
Pendahuluan

Jawapan

- Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum - Kaum-kaum utama di negara ini ialah Melayu, Cina dan India di Semenanjung serta Kadazan, Bajau dan Iban di Malaysia Timur. - Mengamalkan pelbagai agama, budaya dan bahasa - Namun hidup bersatu padu.

Isi 1
- Perpaduan antara kaum membolehkan rakyat hidup bahagia - Sikap tolerensi membolehkan mereka hidup bersatu padu - Tiada sebarang perselisihan faham - Setiap kaum bebas mengamalkan budaya dan agama masing-masing

Isi 2
- Perpaduan menjamin pembangunan negara - Negara aman, tiada sebarang rusuhan kaum - Setiap kaum bekerjasama demi kemajuan negara - Pelabur asing yakin untuk melabur di negara kita

Isi 3
- Perpaduan menjamin pembangunan rakyat - Setiap kaum bebas menuntut ilmu , memilih kerjaya atau berniaga - Perniagaan setiap kaum mendapat sambutan daripada kaum lain - Setiap kaum saling bekerjasama untuk menangani krisis

Isi 4
- Perpaduan antara kaum meningkatkan imej negara - Malaysia menjadi model perpaduan kepada negara majmuk yang lain - Suara Malaysia mendapat perhatian di persada antarabangsa - Pelabur dan pelancong asing sering memilih Malaysia ekonomi kita meningkat

Penutup
- Perpaduan antara kaum merupakan rahsia utama kejayaan Malaysia setakat ini - Menjadi warisan hidup kita - Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengekalkan perpaduan ini

17

SOALAN 2
Pendahuluan
- Iklan satu strategi peniaga untuk melariskan jualan mereka - Bukan semua maklumat di dalamnya benar/sahih - Namun mampu mempengaruhi pengguna - Meninggalkan pelbagai kesan terhadap pengguna

Isi 1
- Memberikan gambaran kurang tepat kepada pengguna - Sebagai contoh iklan tersebut menyatakan jualan murah, tetapi tidak menyatakan kualiti barangan - Ada masanya barangan tersebut dijual murah kerana pelbagai kecacatan - Ada masanya jualan murah hanya merupakan satu kaedah peniaga untuk melupuskan stok lama

Isi 2
- Mendorong pengguna membeli barangan yang tidak diperlukan - Sesetengah pengguna akan membeli semata-mata kerana harganya murah - Padahal tidak wujud keperluan untuk barangan tersebut - Hal ini merupakan satu pembaziran

Isi 3
- Mendorong pengguna berbelanja lebih daripada kemampuan - Pembelian tersebut bukan sebahagian daripada belanjawan mereka - Menimbulkan masalah kewangan kepada diri dan keluarga - Terpaksa mengurangkan perbelanjaan lain yang lebih penting

Isi 4
- Kemudahan bayaran ansuran menggalakkan pengguna berhutang - Terpaksa menanggung beban kewangan untuk jangka masa yang panjang - Terpaksa membayar kadar faedah - Menanggung risiko barangan ditarik balik sekiranya gagal membayar

Penutup
- Iklan lebih merupakan helah peniaga - Pengguna harus bijak merancang perbelanjaan - Tidak harus terlalu terpengaruh dengan iklan

18

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

SOALAN 3
Pendahuluan
- Dalam perkembangan dunia moden hari ini, kenderaan peribadi sudah menjadi satu keperluan asas bagi sesetengah orang - Pasaran kini dipenuhi pelbagai jenis kereta - Namun, pembeli mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan untuk membeli

Isi 1
- Faktor utama yang diambil kira oleh pembeli ialah harga kenderaan tersebut - Pembeli mengambil kira kemampuan diri - Juga memikirkan jumlah pinjaman yang boleh diperoleh - Juga memikirkan jumlah bayaran ansuran bulanan

Isi 2
- Seterusnya pembeli juga memberikan pertimbangan berat terhadap khidmat lepas jualan yang disediakan oleh syarikat kenderaan tersebut - Pembeli sedar hakikat kenderaan bermotor boleh menimbulkan pelbagai masalah - Hal ini melibatkan kos dan masa - Oleh itu akan hanya membeli sekiranya pasti syarikat menyediakan khidmat selepas jualan yang cekap

Isi 3
- Selain itu pembeli juga sering mengambil kira faktor ruang sesebuah kenderaan sebelum membuat keputusan untuk membelinya - Kenderaan peribadi bukannya untuk kegunaan seorang individu tetapi untuk keluarga - Akan mengambil kira faktor ruang untuk semua anggota keluarga dan barangan - Tidak akan membeli kenderaan yang terlalu sempit

Isi 4
- Akhir sekali kebanyakan pembeli juga sering memikirkan harga yang boleh diperoleh semasa menjual semula kenderaan sebe lum memutuskan jenis kenderaan yang hendak dibeli - Pembeli sedar kenderaan tidak boleh digunakan selama-lamanya - Akan mengutamakan kenderaan yang memberikan pulangan terbaik apabila dijual - Hal ini akan mengurangkan beban untuk membeli kenderaan lain

Penutup
- Pembelian kenderaan merupakan satu komitmen kewangan yang besar - Bukan suatu barangan yang murah - Sewajarnya mengambil kira kesemua faktor di atas sebelum membuat keputusan

19

SOALAN 4
Pendahuluan
- Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan konsep seorang pelajar satu sukan - Berhasrat untuk menerapkannya di semua sekolah di seluruh negara - Terdapat pelbagai sebab yang mendorong kerajaan memperkenalkan konsep ini

Isi 1
- Memastikan setiap pelajar terlibat dalam aktiviti kokurikulum - Kini ramai pelajar yang menjauhi aktiviti kokurikulum - Sebab dipaksa menyertai aktiviti yang tidak digemari - Sekiranya pelajar diberi peluang untuk menyertai aktiviti sukan pilihannya sendiri pasti tidak keberatan

Isi 2
- Mencungkil bakat terpendam pelajar dalam sesuatu permainan - Pelajar yang berminat dalam sesuatu acara sukan mungkin mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang tersebut - Berpeluang untuk mengasah bakatnya dalam bidang tersebut - Boleh menjadi seorang ahli sukan yang baik

Isi 3
- Memberikan harga diri kepada pelajar/individu - Pelajar yang berkebolehan dalam sesuatu bidang sukan itu akan berasa bangga dengan kebolehan dirinya - Akan berasakan dirinya berguna untuk sekolah - Memberikan keyakinan diri kepadanya

Isi 4
- Meningkatkan mutu sukan negara - Sekolah boleh mengenal pasti kebolehan seseorang individu - Latihan berterusan dan sistematik boleh mengasah kebolehannya - Akan melahirkan barisan ahli sukan yang dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa

Penutup
- Konsep ini satu matlamat yang murni - Ibu bapa. pelajar dan pihak sekolah harus memberikan sokongan penuh terhadap konsep ini.

20

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

SOALAN 5
Pendahuluan
- Dialog tersebut berkaitan dengan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja - Terdapat pelbagai fator yang menyumbang ke arah masalah ini. - Salah satu faktornya ialah kepincangan keluarga atau kesilapan ibu bapa sendiri

Isi 1
- Ibu bapa sibuk - kurang memberikan perhatian - Anak-anak ketandusan kasih saying - Anak-anak menjadi rapat dengan rakan sebaya - Mudah terpengaruh dengan pelbagai aksi negatif rakan

Isi 2
- Ibu bapa abaikan didikan agama - Anggap tidak penting demi masa depan - Anak-anak membesar tanpa prinsip/pegangan mulia - Mudah terjebak dalam gejala negatif

Isi 3
- Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak - Terlalu mempercayai dan memberikan kebebasan keterlaluan - Tidak mempedulikan gerak geri mereka - Anak-anak mengambil kesempatan dan terlibat dalam pelbagai gejala sosial

Isi 4
- Ibu bapa gagal menunjukkan teladan yang baik - Sesetengah ibu bapa sendiri terlibat dalam pelbagai gejala negatif seperti minum arak, berjudi dan mengunjungi kelab malam - Anak-anak tiada pedoman - Jadi mereka mula berkelakuan negatif kerana tidak nampak keburukan dalam aktiviti tersebut

Penutup
- Anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada sesebuah keluarga - Ibu bapa harus mendidik mereka dengan sempurna agar menjadi manusia berguna kepada bangsa dan negara

21

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN


Membezakan SKOP TERBUKA dan SKOP TERHAD
PENGENALAN

Pe

laj

ara

1. Dalam pelajaran yang lalu anda telah melihat cara mendekati soalan karangan berdasarkan bahan rangsangan. 2. Sebenarnya terdapat DUA jenis soalan yang boleh dikemukakan untuk bahan rangsangan iaitu: a. SOALAN SKOP TERBUKA b.. SOALAN SKOP TERHAD 3. Kedua-dua jenis soalan ini memerlukan pendekatan yang amat berbeza. Perhatikan ciri kedua-dua soalan ini:

n3

SOALAN SKOP TERBUKA CONTOH SOALAN Lihat gambar di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan Skop soalan tidak dinyatakan Calon perlu memberikan EMPAT skop sendiri yang relevan dengan permainan tradisional. Empat skop (isi) yang sesuai untuk tajuk ini ialah 1. Asal-usul permainan tradisional 2. Kepentingan permainan tradisional 3. Sebab permainan tradisional semakin dilupakan 4. Cara-cara menghidupkan permainan tradisional

SOALAN SKOP TERHAD CONTOH SOALAN Lihat gambar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan permainan jenis ini. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan Skop dinyatakan (kepentingan) Calon perlu memberikan EMPAT kepentingan permainan tradisional Empat isi yang sesuai untuk tajuk ini ialah : (kesemuanya mesti KEPENTINGAN) 1. Menjadi warisan budaya negara 2. Mencerminkan ketinggian daya cipta masyarakat silam 3. Memberikan harga diri kepada generasi muda 4. Menjadi daya tarikan pelancong

22

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

4. Bagi soalan SKOP TERBUKA, anda perlu memberikan pandangan daripada pelbagai sudut untuk sesuatu isu yang diberikan dalam tajuk. Antara skop yang perlu difikirkan ialah :

Kesan Baik Punca

Kesan Buruk

Asal - usul

Kepentingan

SKOP TERBUKA

Contoh Skop

Langkah Mengatasi

Sebab Diabaikan

Kesan Jika Diabaikan

Sikap Masyarakat

(Kesemua skop di atas merupakan contoh sahaja. Anda perlu menentukan skop yang sesuai berdasarkan ISU yang dikemukakan dalam tajuk) 5. Bagi tajuk SKOP TERHAD pula, anda hanya perlu memberikan isi-isi yang menepati kehendak soalan yang dinyatakan dalam tajuk 6. Pendek kata, soalan SKOP TERBUKA memerlukan pemikiran yang mendalam dan matang tentang sesuatu isu. Anda perlu berfikir seolah-olah anda sedang mengendalikan suatu foram tentang isu yang dinyatakan dalam tajuk. 7. Semua ciri lain ( bilangan perenggan, bilangan perkataan dalam perenggan dll) adalah sama seperti yang telah dinyatakan dalam pelajaran sebelum ini.

23

tihan La 1

Berikut merupakan beberapa latihan yang akan membantu anda mendekati kedua-dua jenis soalan skop terbuka dan skop terhad dengan sempurna. Cuba kenal pasti isi-isi yang sesuai untuk kedua-dua skop dan tuliskannya pada jadual yang diberikan.

SKOP TERBUKA CONTOH SOALAN Lihat gambar di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. 2. 3. 4.

SKOP TERHAD CONTOH SOALAN Lihat gambar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan gotong-royong dalam masyarakat. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. 2. 3. 4.

Matriculation - The fastest route to IPTA. Find out more about Matriculation on Afterschool.my

24

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

ihan Lat 2

Berikut merupakan beberapa latihan yang akan membantu anda mendekati kedua-dua jenis soalan skop terbuka dan skop terhad dengan sempurna. Cuba kenal pasti isi-isi yang sesuai untuk kedua-dua skop dan tuliskannya pada jadual yang diberikan.

SKOP TERBUKA CONTOH SOALAN Lihat gambar di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. 2. 3. 4.

SKOP TERHAD CONTOH SOALAN Lihat gambar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan gotong-royong dalam masyarakat. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. 2. 3. 4.

ihan Lat 3

Jualan Hujung Tahun Pasaraya Besto


Potongan harga hebat

30%

50%

70%

(Untuk Barangan Terpilih Sahaja)

( Bayaran secara ansuran selama 12 bulan ) Dari 1 DISEMBER hingga 31 DISEMBER Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Datanglah beramai-ramai ke Pasaraya Besto 25

SKOP TERBUKA Lihat iklan di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan iklan tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. 2. 3. 4.

SKOP TERHAD Lihat iklan di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan negatif iklan-iklan seperti ini terhadap pengguna. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. 2. 3. 4.

tihan La 4

KUALA LUMPUR, Selasa Satu laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan semalam menunjukkan bahawa penyakit yang berkaitan dengan amalan pemakanan yang kurang baik terus meningkat di negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut jurucakap SKOP TERBUKA Lihat petikan akhbar di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan petikan tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. 2. 3. 4. SKOP TERHAD Lihat petikan akhbar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang maksud amalan pemakanan yang kurang baik. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. 2. 3. 4.

26

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

ihan Lat 5
Zakri : Kenapa ni Samy. Baru enam bulan buka restoran, sudah mahu tutup pula? Samy : Banyak masalahlah Zakri. Zakri : Tentulah Samy. Bukannya mudah nak mulakan perniagaan. Itulah cabaran yang awak kena hadapi. Samy : Sebenarnya saya telah atasi semua masalah lain. Namun, satu masalah besar yang tidak dapat saya atasi ialah masalah pekerja

SKOP TERBUKA Baca dialog di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan dialog tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. 2. 3. 4.

SKOP TERHAD Baca dialog di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang harus diambil kira oleh seseorang yang ingin memulakan perniagaan Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. 2. 3. 4.

27

Jawapan
Latihan 1
SKOP TERBUKA CONTOH SOALAN Lihat gambar di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. Asal-usul gotong- royong - contoh-contoh situasi masyarakat akan bergotong-royong 2. Kepentingan gotong-royong bagi masyarakat 3. Punca gotong-royong semakin dilupakan oleh masyarakat moden hari ini 4. Cara-cara amalan ini boleh dipupuk semula SKOP TERHAD CONTOH SOALAN Lihat gambar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan gotong-royong dalam masyarakat. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. Memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat berbilang kaum 2. Memudahkan kerja-kerja yang berat 3. Menjimatkan kos kerana tenaga kerja percuma 4. Memupuk perasaan cinta terhadap kawasan set empat kerana setiap individu menyumbang tenaga bagi membina sesuatu (cth balai raya) atau men jaga kebersihan kawasan tersebut

Latihan 2
CONTOH SOALAN Lihat gambar di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. Sebab memburu secara haram - sumber makanan/ubat-ubatan - sumber kewangan (permintaan yang tinggi) CONTOH SOALAN Lihat gambar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang sebab perbuatan ini dan kesannya jika perbuatan ini tidak dikawal. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. Sumber makanan dan ubat-ubatan

2. Sumber kewangan kerana wujud permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa untuk dag 2. Kesan terhadap alam kepupusan spesis tertentu ing, kulit, tanduk sesetengah haiwan 3. Kesan terhadap negara mengancam sektor pelancongan 4. Langkah kerajaan untuk membendung perbuatan ini - ketatkan undang-undang - wujudkan hutan simpan 3. Kesan terhadap alam kepupusan sesetengah sepsis 4. Kesan terhadap negara mengancam sektor pelancongan (kerana salah satu daya tarikan pelancong ke negara kita ialah pelbagai haiwan liar yang sukar ditemui di negara-negara lain

28

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Latihan 3
SKOP TERBUKA Lihat iklan di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan iklan tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. Tujuan iklan melariskan jualan/menarik pelang gan 2. Ciri-ciri iklan - ada masanya memuatkan maklumat yang kurang tepat - penuh dengan janji manis - memerangkap pengguna untuk membeli/ berbelanja 3. Keburukan iklan - memujuk pengguna untuk berbelanja - pengguna terdorong untuk membeli sesuatu barangan walaupun tidak diperlukan - mengakibatkan pengguna menanggung beban kewangan 4. Langkah kerajaan untuk melindungi pengguna - pastikan maklumat dalam iklan tepat - kenakan hukuman terhadap peniaga yang menyebarkan iklan palsu

SPM

SKOP TERHAD Lihat iklan di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan negatif iklan-iklan seperti ini terhadap pengguna. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. Memberikan gambaran palsu kepada pengguna 2. Mendorong pengguna membeli barangan yang tidak diperlukan

3. Satu taktik penjual untuk melariskan stok lama/ kurang bermutu.

4. Menyebabkan pengguna menanggung beban kewangan /hutang

Matriculation or Asasi? Which is the best choice? Find out in Afterschool. my

29

Latihan 4
SKOP TERBUKA Lihat petikan akhbar di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan petikan tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. Maksud amalan pemakanan yang tidak sihat: - makan berlebihan - makan mengikut rasa dan bukannya keperluan - makan terlalu banyak makanan ringan 2. Sebab wujud amalan pemakanan yang tidak sihat: - kemewahan - tiada masa untuk memasak - tidak mempedulikan kesihatan 3. Kesan amalan pemakanan yang tidak sihat: - pelbagai penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan angin ahmar SKOP TERHAD Lihat petikan akhbar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang maksud amalan pemakanan yang kurang baik. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. Makan berlebihan /makan terlalu kerap

2. Makan tidak mengikut masa (kerana sibuk atau kerlalu mengikut perasaan

3. Tidak mengambil kira kandungan makanan -tidak memastikan keseimbangan makanan iaitu sama ada makanan mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitaman dan garam mineral yang secukupnya -makan terlalu banyak garam,gula dan lemak 4. Terlalu banyak bergantung kepada makanan segera (kerana mudah didapati dan tiada masa untuk memasak)

4. Cara membendung: - Kerajaan kempen kesedaran - Kerajaan tekankan amalan pemakanan yang sihat dalam sistem pendidikan - Masyarakat harus ambil berat kesihatan diri

30

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Latihan 5
SKOP TERBUKA Baca dialog di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan dialog tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1. Kepentingan pekerja untuk sesuatu perniagaan - menjadi tulang belakang perniagaan - memberikan perkhidmatan kepada pelanggan - menyelenggarakan perniagaan 2. Sebab sukar mendapat pekerja - Malaysia kaya dengan peluang pekerjaan - rakyat Malaysia terlalu memilih pekerjaan - sikap majikan yang menawarkan upah yang terlalu rendah 3. Usaha majikan untuk menarik pekerja - tawarkan upah yang lumayan - berikan pelbagai ganjaran tambahan - pastikan masa kerja tidak terlalu panjang - pastikan kebajikan pekerja terjamin 4. Usaha kerajaan memastikan negara cukup pekerja - tetapkan kadar upah minimum - sediakan latihan vokasional untuk pekerja - gubal undang-undang melindungi hak pekerja - dapatkan pekerja asing

SPM

SKOP TERHAD Baca dialog di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang harus diambil kira oleh seseorang yang ingin memulakan perniagaan Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan SENARAI ISI 1.Sumber modal - pinjaman daripada institusi kewangan - melalui rakan kongsi - simpanan peribadi 2. Tentukan lokasi - bebas daripada persaingan - tempat tumpuan orang ramai - cukup kemudahan letak kereta/pengangkutan awam 3. Pastikan cukup pekerja - pastikan cukup tenaga kerja di kawasan tersebut - tentukan kadar upah - tentukan jenis latihan yang perlu diberikan 4. Pastikan mutu perkhidmatan baik - pastikan pekerja sopan / pandai melayan pelang gan - pastikan tempat perniagaan selesa - pastikan wujud khidmat lepas jualan yang cekap

31

PANDUAN AM MENGARANG & TEKNIK MENTAFSIR KEHENDAK SOALAN


PENGENALAN

Karangan

Pe

laj

ara

n4

Karangan merupakan soalan tunggal dalam Kertas 1 mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM. Anda diberikan LIMA tajuk karangan dan dikehendaki menulis sebuah karangan dalam masa 1 jam 30 minit. Karangan, ditinjau dari sudut peperiksaan SPM merujuk kepada suatu hasilan bertulis yang menunjukkan kemampuan seseorang pelajar mengupas isu-isu tertentu dengan menggunakan bahasa yang gramatis. Sebuah karangan dikatakan cemerlang sekiranya pelajar mampu memberikan hujah-hujah yang sahih, logik, matang serta menepati kehendak soalan dengan menggunakan bahasa yang menepati hukum tatabahasa, indah, bermutu dan luas. Sebenarnya penulisan sesebuah karangan adalah amat subjektif. Hal ini disebabkan pemarkahan karangan dilakukan dengan kaedah IMPRESIONAL. Perkara ini bermaksud sesebuah karangan dinilai berdasarkan tanggapan atau persepsi seseorang pembaca terhadap hasilan karya seseorang penulis. Pada masa yang sama ini bukanlah bermaksud seseorang pemeriksa akan bergantung kepada naluri atau intuisi peribadinya semata-mata dalam menentukan kedudukan sesebuah karangan. Sebaliknya karangan akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria iaitu: A. B. C. D. E. Penakrifan Tajuk Isi/Fikiran Bahasa Pengolahan/Penyampaian Pemerengganan

Sesebuah karangan dikatakan bermutu, baik dan menyakinkan sekiranya memperlihatkan kecemerlangan dalam kesemua lima aspek tersebut. Seterusnya kita perhatikan setiap aspek tersebut dengan terperinci.

A.PENAKRIFAN TAJUK
Perkara ini merujuk kepada sejauh mana pelajar telah menakrifkan tajuk sesebuah karangan. Tidak ada karangan yang boleh bermula daripada vakum. Dengan kata lain semua hasilan bertulis mesti bersandar kepada satu tema atau fokus khusus. Bagi karangan SPM, tema dan fokus ini ditentukan oleh tajuk yang diberikan. Suatu hasil penulisan yang terkeluar daripada landasan yang ditetapkan atau gagal menjawap soalan yang dikemukakan dalam tajuk dikatakan karangan terpesong. Dalam suatu ujian penulisan, kesilapan menakrifkan tajuk bolehlah dikatakan kesalahan terbesar dan akan menyebabkan kehilangan markah yang amat berat. Terdapat DUA perkara utama yang harus diberikan perhatian dalam aspek ini iaitu: a.MENGENAL PASTI FORMAT KARANGAN Usaha menulis karangan seharusnya bermula daripada proses mengenal pasti bentuk karangan yang dikehendaki. Karangan harus ditulis dengan menggunakan format yang tepat sebagaimana yang ditetapkan dalam tajuk. Secara kasar jenis karangan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yakni: 1. JENIS BERFORMAT i. Ucapan - Ucapan Pertandingan - Ucapan Bukan Pertandingan ii. Surat Kiriman - Surat Kiriman Rasmi - Surat Kiriman Tak Rasmi

32

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


iii. Laporan - Laporan Peristiwa - Laporan Tahunan iv. Perbahasan - Perbahasan Pertandingan - Bahaskan Tajuk v. Forum vi. Rencana vii. Wawancara 2. JENIS TIDAK BERFORMAT i. Huraian ii. Perbincangan iii. Ulasan iv. Peribahasa v. Gambaran vi. Keperihalan

SPM

Biasanya seseorang pelajar tidak akan menghadapi sebarang masalah besar dalam mengenal pasti bentuk karangan. Hal ini disebabkan bentuk karangan tersebut akan dinyatakan secara jelas dan eksplisit dalam tajuk berkenaan. Misalnya: Contoh: Seorang sahabat anda yang berada di luar negara ingin mengetahui sejauh mana kerajaan anda telah berjaya mengatasi masalah kemasukan warganegara asing ke negara anda. Jawab surat sahabat anda itu dengan selengkapnya. Sekali pandang anda pasti sedar bahawa karangan ini perlu ditulis dalam bentuk surat kiriman tidak rasmi. Begitu juga dengan contoh ini: Contoh: Mutu filem-filem tempatan dikatakan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan filem-filem antarabangsa. Pada pendapat anda mengapakah perkara ini terjadi? Bentuk karangan ini juga agak mudah ditentukan. Karangan ini memerlukan anda memberikan pandangan. Oleh itu karangan ini perlu ditulis dengan menggunakan bentuk huraian. Namun begitu ini bukanlah bermakna format karangan boleh dikenali dengan sedemikian mudah untuk semua tajuk yang diberikan. Ada juga tajuk-tajuk yang tidak menyatakan bentuk yang dikehendaki dengan eksplisit. Perhatikan contoh-contoh ini: Contoh: Anda mempunyai seorang anak yang bersekolah di sebuah sekolah rendah. Anda tidak berpuas hati dengan mutu makanan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah anak anda itu. Maklumkan perkara tersebut kepada pengetua sekolah berkenaan. Perhatikan bahawa tajuk ini menyatakan dengan jelas kehendak soalan yakni maklumkan ketidakpuasan anda tetapi tidak pula menyatakan bentuk anda harus menyampaikan aduan itu. Namun begitu sekiranya anda merenungkan tajuk ini dengan teliti, anda akan sedar bahawa sebagai seorang ibu bapa, anda dikehendaki membuat aduan rasmi kepada seorang guru besar. Oleh yang demikian cara yang paling bernas untuk membuat aduan tersebut adalah dengan menggunakan surat kiriman rasmi. Seterusnya perhatikan satu lagi contoh: Contoh: Anda merupakan editor sebuah surat khabar. Anda ingin menyampaikan pandangan anda tentang masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan muda-mudi kota untuk bacaan umum. Tuliskan pandangan anda itu. Ini merupakan sebuah tajuk yang kabur. Anda dikehendaki memberikan pandangan tentang satu isu yang besar yakni masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan muda-mudi di kota. Selain itu, tajuk ini juga tidak menyatakan batasan untuk pembicaraan anda. Oleh yang demikian, sebaik-baiknya karangan ini ditulis dengan menggunakan format rencana. Hal ini kerana seseorang editor surat khabar biasanya menyampaikan pandangannya dengan menggunakan format tersebut. Selain itu, hanya karangan berbentuk rencana sahaja yang memungkinkan pembicaraan luas dan tanpa batasan skop. Dengan menggunakan format rencana, anda boleh membicarakan punca masalah ini, kesan-kesan yang akan timbul daripadanya malah memberikan pandangan tentang cara-cara masalah ini boleh ditangani.

33

b. MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN Karangan perlu menepati kehendak soalan. Perkara ini merupakan syarat terpenting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah hasilan bertulis, terutamanya ditinjau dari sudut peperiksaan. Oleh itu anda perlu meneliti tajuk yang dikemukakan dan seterusnya mengenali soalan yang dikemukakan. Sebagai contoh perhatikan tajuk-tajuk ini: Contoh: 1. Permainan tradisional di negara kita semakin dilupakan. Jelaskan mengapa perkara ini terjadi. 2. Permainan tradisional di negara kita semakin dilupakan. Berikan cadangan anda untuk menghidupkan semula minat masyarakat terhadap permainan-permainan ini. 3. Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan untuk menghidupkan semula minat masyarakat terhadap permainan tradisional di negara kita. Pada pendapat anda apakah kepentingan permainan-permainan ini? Sebenarnya kesemua tiga tajuk di atas berlegar di sekitar isu yang sama yakni permainan tradisional. Namun begitu ketigatiganya memerlukan hasil karangan yang berbeza. Soalan pertama menghendaki pelajar menjelaskan sebab/punca/faktor yang menyebabkan permainan tradisional semakin pupus. Sementara itu, soalan kedua pula menghendaki pelajar menyumbangkan idea atau mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengekalkan permainan-permainan ini. Soalan ketiga pula menghendaki pelajar menerangkan kebaikan/manfaat/faedah/kesan positif permainan-permainan ini terhadap masyarakat, negara dan generasi akan datang. Sebarang kesilapan dalam menakrifkan kehendak soalan ini akan menyebabkan pelajar mengemukakan isi yang tidak relevan dan seterusnya menjejaskan markah.

B. ISI / FIKIRAN
Isi merupakan nadi sesebuah karangan. Perkara inilah yang menjadi fokus utama dan matlamat penulisan sesebuah karangan itu sendiri. Oleh itu anda perlu benar-benar memahami keperluan bahagian ini agar dapat menghasilkan sebuah karangan yang padat, berkesan dan menyakinkan. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah: a.Bilangan Isi Pastikan karangan anda menampilkan bilangan isi yang mencukupi. Sebenarnya sesebuah karangan peringkat SPM boleh berdiri hanya dengan TIGA isi yang tepat. Namun begitu, anda tidak harus menjadikan ini sebagai alasan untuk mengehadkan bilangan isi anda. Hal ini disebabkan anda memerlukan isi-isi tambahan sekiranya ada antara isi yang dikemukakan tidak tepat atau kurang bermaya. b.Kelogikan Isi Selain itu, anda juga harus memastikan isi-isi anda tepat serta bernas dan menjadi jawapan yang logik kepada persoalan yang dikemukakan dalam tajuk. Sebagai contoh perhatikan tajuk ini: Contoh: Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan Malaysia. Tajuk ini menghendaki anda mencadangkan tindakan/usaha dan cara industri pelancongan kita boleh ditingkatkan. Oleh itu sekiranya anda memberikan isi MENAMBAHKAN KAWASAN PELANCONGAN DI MALAYSIA, maka isi tersebut tepat, logik dan boleh diterima. Hal ini disebabkan sememangnya pemilihan destinasi pelancongan bergantung kepada bilangan tempat-tempat menarik yang ada di sesebuah negara. Namun begitu sekiranya anda memberikan isi MENGEKALKAN KESTABILAN POLITIK NEGARA, maka isi ini boleh dipersoalkan. Hal ini disebabkan kestabilan politik sesebuah negara harus dikekalkan tidak kira sama ada negara tersebut ingin menarik pelancong atau tidak bergantung kepada sektor pelancongan. c. Pengembangan Isi Sesebuah karangan yang kaya dengan isi tidak membawa sebarang makna sekiranya isi-isi tersebut tidak dikembangkan dengan menyakinkan. ( KAEDAH PENGEMBANGAN ISI AKAN DIPERINCIKAN DALAM PELAJARANPELAJARAN AKAN DATANG ) Setiap isi yang dikemukakan harus dikukuhkan dengan hujah-hujah, bukti, alasan, contoh dan apa sahaja kaedah sehingga boleh berdiri sebagai satu pernyataan yang berasas dan kukuh. Anda perlu ingat bahawa setiap perenggan isi bukanlah tempat untuk menyatakan isi semata-mata tetapi merupakan ruang untuk anda memperincikan isi tersebut sehingga menyakinkan pembaca. d. Kematangan Isi / Hujah Isi-isi yang dikemukakan juga haruslah mencerminkan pemikiran seorang individu yang matang. Kematangan seseorang pelajar boleh diperhatikan daripada dua sudut. Pertama daripada isi-isi yang dikemukakan dan kedua daripada cara isi-isi tersebut dikembangkan. Sebagai contoh perhatikan tajuk dan isi-isi ini.

34

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

Contoh: Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah Tanggungjawab anak-anak bersekolah terhadap ibu bapa. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. Di sini anda perlu menyediakan satu ucapan yang memuatkan isi-isi tentang bagaimana seseorang pelajar boleh memainkan peranannya sebagai anak yang baik. Dengan kata lain anda perlu mencadangkan cara-cara seseorang anak boleh membantu meringankan beban ibu bapanya. Bagi karangan ini anda boleh mengemukakan isi-isi seperti berikut: Belajar bersungguh-sungguh Menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga Cuba berdikari/jangan menyusahkan mereka Jangan membazirkan wang mereka Bantu mereka dengan kerja-kerja rumah

Semua isi tersebut tepat dan bernas. Sekarang perhatikan pula isi-isi ini: - Membantu mereka menjaga adik - Membantu membersihkan rumah - Membantu ibu dalam kerja-kerja memasak Sebenarnya isi-isi ini juga bernas dan tepat. Walau bagaimanapun, adakah isi-isi ini mencerminkan kematangan pemikiran seseorang calon tingkatan lima? Sudah tentu tidak. Isi-isi ini amat remeh dan akan menimbulkan anggapan penulisnya berfikiran cetek dan tidak mampu mengulas sesuatu topik dengan mendalam.

C. BAHASA
Dalam keghairahan untuk menghasilkan karangan ada masanya sesetengah pelajar melupakan hakikat mereka sebenarnya sedang menghadapi kertas peperiksaan MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA. Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar ini melihat karangan sebagai suatu ujian untuk menilai sejauh mana mereka mampu mengemukakan idea, pandangan atau menepukan karangan mereka dengan isi semata-mata. Anggapan ini jauh terpesong daripada matlamat ujian karangan. Sebenarnya soalan karangan bukanlah satu ujian untuk melihat hujah-hujah seseorang penulis semata-mata. Lebih daripada itu, karangan juga merupakan satu ujian untuk meninjau sejauh mana seorang pelajar mampu melahirkan idea, perasaan dan pemikirannya dengan menggunakan bahasa yang kemas, bermutu, lancar, indah, tepat dan gramatis. Oleh yang demikian adalah wajib bagi seseorang pelajar untuk memastikan mutu bahasanya mencerminkan penguasaan bahasa yang sewajarnya dimiliki oleh seorang pelajar tingkatan lima. Antara aspek bahasa yang perlu diberi penekanan ialah: a. Ayat Pelajar harus memastikan ayat-ayat yang digunakan dalam karangan gramatis dan tunduk kepada hukum tatabahasa mutakhir. Dengan kata lain, ayat-ayat tersebut perlu mempunyai subjek dan predikat, kata-kata hubung yang sesuai dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga seharusnya menunjukkan keragaman dalam ayat-ayat yang digunakannya. Antara variasi yang boleh dipertimbangkan ialah ayat tunggal, ayat majmuk, ayat tanya, ayat seruan, ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya. b. Perbendaharaan Kata Kekuatan bahasa banyak terpancar daripada pilihan kata seseorang penulis. Hal ini disebabkan perbandaharaan katalah yang benar-benar menyerlahkan penguasaan bahasa seseorang individu. Oleh itu pelajar perlu menunjukkan pemilihan kata yang tepat, indah dan luas dalam karangannya. Kekayaan pemilihan kata bukan sahaja akan memperindah sesebuah karangan tetapi juga meniupkan nyawa kepada idea yang ingin diutarakan. Satu perkara yang perlu diingati dalam soal ini ialah kata-kata tersebut tidak harus kelihatan seperti dipaksakan di dalam karangan tetapi seharusnya terbit berdasarkan keperluan dan suasana. c. Tanda Baca Penggunaan tanda baca juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya dalam sesebuah karangan. Antara tanda baca yang biasa ialah titik (.), koma (,), titik bertindih (:), koma bertitik (;), tanda tanya (?), tanda seruan (!) sebagainya. Kesalahan da lam penggunaan tanda-tanda ini akan mendedahkan kelemahan bahasa dan ketidaktelitian pelajar. Malah ada masanya kesila pan tanda baca juga boleh mengubah maksud sesuatu pernyataan. d. Ejaan Ini merupakan satu aspek yang sering dipandang enteng oleh para pelajar. Setiap kesalahan ejaan, walau betapa kecil seka lipun, tetap meninggalkan kesan negatif terhadap sesebuah karangan dan mengakibatkan kehilangan markah. Oleh itu pelajar harus teliti dan menunjukkan keprihatinan terhadap sistem ejaan yang wujud dan sebarang perubahan yang terjadi dalam sistem tersebut. Antara kesilapan yang kerap dilakukan oleh pelajar ialah:

35

i.

Imbuhan

1. Semasa menggunakan imbuhan amalan meng- atau peng- Kesilapan yang sering terjadi ialah semasa imbuhan ini digunakan pada kata-kata dasar yang bermula dengan abjad g, pelajar sering menggugurkan salah satu abjad tersebut. Misalnya menggunung ditulis sebagai mengunung, menggali ditu lis sebagai mengali, penggalak ditulis sebagai pengalak, pengganas ditulis sebagai penganas dan sebagainya. 2. Semasa menggunakan imbuhan akhiran -kan dan -an Hukum tatabahasa telah menetapkan bahawa imbuhan -an hanya digunakan untuk kata nama dan -kan pula digunakan untuk kata kerja. Masalahnya ialah ada pelajar tidak tahu membezakan kegunaan imbuhan-imbuhan ini. Kesudahannya kedua-dua imbuhan ini sering dicampuradukkan. Oleh itu menggalakkan (kata kerja) ditulis sebagai menggalakan, men egakkan (kata kerja) ditulis sebagai menegakan, memperuntukkan (kata kerja) ditulis sebagai memperuntukan dan sebagainya. Sementara itu kata-kata nama seperti tembakan (kata nama) ditulis sebagai tembakkan, tolakan (kata nama) ditulis sebagai tolakkan, tumbukan (kata nama) ditulis sebagai tumbukkan dan sebagainya. ii. Semasa menggunakan kata-kata yang tidak tunduk kepada sistem ejaan baru. Pelajar harus faham bahawa bukan semua kata dalam bahasa Melayu mengalami perubahan dengan pengenalan Sistem Ejaan Baru (1972). Kesilapan yang sering dilaku-kan oleh pelajar ialah menulis calun untuk calon, tulin untuk tulen, anih untuk aneh, stem untuk setem, pensil untuk pensel, pamir untuk pamer, lancung untuk lancong dan sebagainya. iii.Semasa menggunakan kata-kata pinjaman yang berasal dari Bahasa Inggeris. Ejaan kata-kata ini biasanya agak rumit dan sering menimbulkan pelbagai kesilapan. Contoh kata-kata yang dimaksudkan ialah kompleks, stimuli, strategi, transkripsi, interpretasi, fenomena dan sebagainya.

D. PENGOLAHAN
Karangan ibarat suatu gubahan bunga. Sebagaimana sebuah gubahan bunga terdiri daripada bunga-bunga dan daun yang berlainan jenis dan warna, begitulah sebuah karangan terdiri daripada pendahuluan, isi-isi dan penutup. Olahan yang sempurna bermaksud setiap perenggan harus ditempatkan di posisi yang betul dan memainkan peranannya dengan berkesan. Pendahuluan harus berfungsi sebagai pengenalan untuk hujah-hujah yang akan disampaikan, isi-isi harus berfungsi untuk mengukuhkan pendirian atau skop perbincangan yang telah dinyatakan pada pendahuluan dan penutup pula perlu berperanan sebagai kesimpulan untuk pembicaraan. Setiap perenggan dalam karangan harus menunjukkan pertautan dan pertalian yang kemas dan logik. Begitu juga dengan kandungan sesebuah perenggan itu sendiri. Perenggan perlu mempunyai isi dan hujah-hujah yang dapat mengukuhkan isi tersebut. Hujah-hujah itu pula harus disusun secara berperingkat-peringkat agar dapat memberikan nyawa kepada isi tersebut. Pelajar harus bijak memilih ruang untuk menempatkan bukti, contoh serta penerangan yang berkaitan. (Semua aspek ini akan dibicarakan dengan contoh-contoh lengkap dalam pelajaran-pelajaran berikutnya)

E. PEMERENGGANAN
Pemerengganan karangan mungkin kelihatan sebagai suatu perkara yang mudah tetapi perkara ini tidak harus dipandang ringan. Semua orang tahu bahawa pendahuluan, setiap isi dan penutup harus ditempatkan di perenggan-perenggan yang berbeza. Walau bagaimanapun pemerengganan karangan meliputi kemahiran yang lebih daripada itu. Pelajar harus bijak dalam menyusun isi-isi mengikut urutan kepentingan dan logiknya. Pemerengganan isi harus bergerak daripada yang paling penting kepada yang kurang penting. Pemerengganan menjadi lebih kompleks dalam karangan-karangan tertentu. Sebagai contoh sebuah surat kiriman mempunyai perenggan pembuka surat, pengenalan, jambatan, pendahuluan, isi-isi, penutup isi dan penutup surat. Kekompleksan yang sama juga dapat diperhatikan dalam karangan ulasan dan rencana. Para pelajar perlu memahami peranan dan kandungan yang perlu dimuatkan di dalam setiap perenggan tersebut. Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa penulisan karangan merupakan satu tugasan yang memerlukan pelbagai kemahiran. Pendek kata tidak ada satu kemahiran atau aspek khusus yang boleh menjamin kecemerlangan sesebuah karangan. Sebaliknya kecemerlangan karangan bergantung kepada perancangan yang teliti serta pengabungjalinan pelbagai kebolehan dan kemahiran. **Oleh yang demikian, dalam pelajaran-pelajaran akan datang, anda akan dipandu secara teliti dan berperingkat-peringkat sehingga mampu menghasilkan sebuah karangan yang benar-benar bermutu.

36

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


MENTAFSIR DAN MEMENUHI KEHENDAK TAJUK & LATIHAN
PENGENALAN

SPM

Cuba kita renungkan kembali apa yang dimaksudkan dengan karangan. Karangan ialah sebuah wacana atau bahan bertulis dengan kepanjangan tertentu. Sekarang cuba kita fikirkan apakah kandungan sesebuah karangan. Karangan akan memuatkan isi, pemikiran, perasaan atau idea seseorang penulis. Walau bagaimanapun setiap karangan harus mempunyai tujuan yang pasti. Dengan kata lain isi-isi yang dimuatkan dalam sesebuah karangan tidak boleh dan tidak harus wujud dalam vakum. Isi-isi tersebut harus berfungsi untuk menghuraikan sesuatu permasalahan yang pasti. Permasalahan tersebut biasanya akan dinyatakan pada tajuk dan seseorang penulis haruslah menggunakan karangannya sebagai medan untuk menghuraikan permasalahan tersebut. Karangan yang memperkatakan suatu perkara yang berlainan daripada permasalahan yang disebut pada tajuk dikatakan karangan terpesong. Bagi tujuan peperiksaan, karangan yang terpesong merupakan antara kesilapan yang amat serius dan akan mengakibatkan kehilangan markah yang amat banyak. Oleh itu dalam pelajaran ini kita akan perhatikan bagaimana mentafsirkan dan seterusnya memenuhi kehendak sesebuah tajuk karangan.

KOMPONEN DALAM TAJUK KARANGAN


Sebagai permulaan mari kita perhatikan tajuk ini. Contoh : Permainan tradisional di negara kita semakin dilupakan. Malah ada sesetengah penduduk negara ini, terutamanya mereka yang tinggal di kota-kota tidak lagi mengenali permainan-permainan tersebut. Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi menghidupkan semula permainan tradisional di negara ini. Semua tajuk karangan boleh dibahagikan kepada DUA komponen iaitu: a. ISU b. KEHENDAK Bahagian awal tajuk tersebut ialah ISU. Bahagian ini bertujuan untuk memberikan satu gambaran umum kepada calon tentang sesuatu perkara yang diperkatakan. Sebagai contoh, perhatikan isu pada tajuk di atas Contoh : Permainan tradisional di negara kita semakin dilupakan. Malah ada sesetengah penduduk negara ini, terutamanya mereka yang tinggal di kota-kota yang tidak lagi mengenali permainan-permainan tersebut. Di sini anda dimaklumkan tentang kedudukan permainan tradisional di negara kita pada masa sekarang. Maklumat-maklumat ini mempunyai dua tujuan. Pertama untuk memberikan sedikit sebanyak pengetahuan asas tentang sesuatu perkara. Misalnya dengan membaca pernyataan di atas kini anda akan mendapat satu gambaran tentangnasib permainan tradisional di negara kita. Kini (setelah meneliti pernyataan yang diberikan itu) anda faham bahawa masyarakat tidak lagi begitu meminati permainan tradisional dan telah menyisihkannya. Selain itu anda juga mengetahui bahawa permainan-permainan ini hampirhampir pupus dalam kalangan penduduk bandar. Malah ada sesetengah penduduk bandar yang tidak tahu apa itu wau, gasing dan congkah. Tujuan kedua maklumat-maklumat tersebut adalah untuk berfungsi sebagai set induksi bagi merangsang minda anda. Amat sukar untuk seseorang manusia mula berfikir daripada vakum. Dia melihat, mendengar atau membaca sesuatu bagi menjuruskan pemikirannya. Sebagai contoh seseorang penyajak akan hanya mampu menghasilkan sebuah sajak yang berkesan tentang kemiskinan dengan melihat seorang nelayan yang pulang dari laut atau seorang pengemis yang terbaring di tepi jalan. Jadi maklumat-maklumat yang diberikan pada bahagian ini diharap akan mendorong seseorang calon untuk berfikir ke arah yang dikehendaki. Komponen kedua dalam sesebuah tajuk ialah KEHENDAK. Hal ini biasanya dapat diperhatikan pada bahagian bawah tajuk tersebut. Dalam tajuk di atas bahagian kehendak ialah .... Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi menghidupkan semula permainan tradisional di negara ini. Inilah bahagian yang harus diberikan perhatian berat oleh semua calon. Perkara ini disebabkan walaupun Isu pada tajuk membantu mendorong pemikiran tetapi tidak pula memberikan maklumat tentang arah dan tujuan sesebuah karangan. Oleh yang

37

demikian calon tidak mungkin mula mengarang atau menghasilkan sesebuah karangan hanya dengan menggunakan isu sematamata. Kehendak merupakan bahagian di mana kita diberikan ARAHAN tentang perkara yang harus dikarang. Terdapat dua perkara penting yang harus diberi perhatian pada kehendak iaitu: i. Bentuk karangan yang perlu ditulis ii. Soalan yang perlu dijawab Kita perhatikan setiap satu perkara ini dengan terperinci: I. Bentuk Ini merujuk kepada bentuk-bentuk karangan yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu SPM. Antara bentuk tersebut ialah: a. Huraian g. Laporan b. Perbincangan h. Perbahasan c. Ulasan i. Surat kiriman d. Gambaran j. Rencana e. Syarahan k. Wawancara f. Ceramah Sebenarnya setiap bentuk karangan ini mempunyai ciri-ciri unik yang membezakannya daripada bentuk yang lain. Sebagai contoh karangan berbentuk rencana sudah tentu tidak sama dengan karangan berbentuk surat kiriman walaupun kedua-duanya berlegar di sekitar isu yang sama. II. Soalan Inilah bahagian paling penting pada sesebuah tajuk. Tidak ada tajuk yang akan dikemukakan (bagi tujuan peperiksaan) tanpa soalan. Hal ini disebabkan semua tajuk karangan bagi peperiksaan merupakan satu tugasan. Pada setiap tugasan tersebut calon tentu diberikan arahan tentang apa yang perlu ditulis. Bahagian soalan ini bolehlah dianggap sebagai arahan tersebut. Soalan menentukan apakah jenis isi yang perlu anda kemukakan pada karangan anda. Antara contoh soalan pada sesebuah tajuk karangan ialah.... a. b. c. d. e. h. i. j. k. tuliskan KESAN ..... huraikan KEPENTINGAN ....... jelaskan MASALAH ........ pada pendapat anda apakah PERANAN ....... berikan LANGKAH .......... huraikan BAGAIMANA ....... terangkan FAKTOR-FAKTOR ...... jelaskan AKIBAT ........ berikan pendapat anda tentang BAGAIMANA .....

Soalan pada tajuk boleh difahami dengan meneliti kata-kata kunci yang diberikan pada bahagian KEHENDAK. Sekiranya tajuk meminta anda huraikan KESAN yang timbul akibat penebangan hutan secara berleluasa maka anda perlu menjuruskan karangan anda kepada kesan sahaja. Antara isi yang sesuai dalam konteks ini ialah mengakibatkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir. Perkara ini jelas merupakan kesan untuk pembalakan yang berleluasa dan menepati kehendak soalan. Sebaliknya, jika calon memberikan isi kerajaan harus mengetatkan undang-undang maka isi tersebut dianggap salah dan terpesong kerana tidak menepati kehendak soalan. Dengan kata lain kesemua isi karangan anda harus tunduk kepada arahan pada soalan. Sebarang isi yang tidak menepati soalan akan dianggap sebagai isi terpesong dan mencacatkan markah. Seterusnya kita perhatikan semula bahagian KEHENDAK pada tajuk kita...... Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi menghidupkan semula permainan tradisional di negara ini. Kini bolehkah anda memutuskan apakah bentuk dan soalannya? Karangan ini harus ditulis dalam bentuk huraian biasa. Sementara itu soalannya pula usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi mempertahankan atau menghidupkan semula permainan tradisional di negara kita. Oleh itu kesemua isi karangan ini harus merupakan langkah atau tindakan yang boleh dilakukan bagi memajukan, mempromosikan, menghidupkan atau memperkenalkan semula permainan-permainan tradisional kepada masyarakat kita.

38

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

ihan Lat 1

Lihat carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan seseorang individu yang ingin membeli kenderaan peribadi. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Seterusnya mari kita perhatikan beberapa tajuk karangan dan mengukuhkan kebolehan kita mentafsirkannya. Latihan 1: Perlumbaan motosikal haram semakin menjadi-jadi di negara kita. Perbuatan liar ini bukan sahaja mengancam keselamatan mereka yang terlibat tetapi juga pengguna jalan raya lain yang tidak berdosa. Pada pendapat anda bagaimanakah kerajaan boleh menangani masalah ini? TAFSIRAN ISU : ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------A. BENTUK ------------------------------------------B. SOALAN -----------------------------------------------------------------------------------

KEHENDAK :

tihan La 2
Latihan 2: Seorang sahabat anda yang berada di luar negeri mendapat tahu bahawa negara anda dibanjiri warganegara asing. Beliau seterusnya ingin mengetahui apakah kesan kehadiran golongan ini kepada negara anda. Balas surat sahabat anda itu selengkapnya. TAFSIRAN ISU : -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------A. BENTUK -----------------------------------------B. SOALAN -----------------------------------------------------------------------------------

KEHENDAK :

39

tihan La 3
LATIHAN 3:
Gejala remaja lari dari rumah nampaknya sudah menjadi satu penyakit sosial yang semakin menular di negara kita. Tuliskan sebuah rencana tentang faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku dan berikan saranan bagaimana gejala ini boleh dibendung. TAFSIRAN ISU : --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------A. BENTUK B. SOALAN ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEHENDAK :

KESIMPULAN Melalui pelajaran ini anda seharusnya sudah memahami satu perkara paling asas dalam penulisan karangan yakni mentafsirkan tajuk. Walau betapa indah sekalipun bahasa dan gaya yang diterapkan ke dalam sesebuah karangan tetapi semua itu tidak membawa sebarang makna sekiranya calon gagal mentafsirkan tajuk terlebih dahulu. Kesilapan mentafsirkan tajuk akan menyebabkan karangan tersebut dikategorikan ke dalam karangan terpesong. Semua kesilapan seperti bahasa yang lemah, isi yang kurang kukuh, pendahuluan yang tidak berkesan, karangan yang terlalu pendek dan sebagainya pasti akan mencacatkan markah sesebuah karangan tetapi tidak semestinya menyebabkan calon tersebut gagal. Walau bagaimanapun adalah amat sukar untuk menyelamatkan seseorang calon yang menghantar karangan terpesong daripada kegagalan. Oleh yang demikian kuasai kuliah ini dengan sepenuhnya sebelum melangkah ke kuliah-kuliah yang lain.

40

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

LATIHAN 1
ISU * Perlumbaan motosikal haram - Biasanya oleh anak-anak muda - Pada waktu malam - Bertentangan dengan undang-undang * Berbahaya - Motosikal diubahsuai - Tidak mempunyai sebarang ciri keselamatan - Menggunakan jalan biasa - Risiko kemalangan tinggi KEHENDAK A. BENTUK - Huraian biasa B. SOALAN Langkah/tindakan/usaha/cara bagi mengatasi perbuataan ini

Jawapan

LATIHAN 2
ISU * Kemasukan warganegara asing ke Malaysia - Dari negara-negara jiran - Sesetengahnya masuk secara sah - Ramai juga yang memasuki Malaysia secara haram - Tujuan: mencari pekerjaan atau melarikan diri daripada penderitaan di negara asal. KEHENDAK A. BENTUK - Surat kiriman tak rasmi - Perlu menepati semua ciri/formatsurat kiriman tak rasmi B. SOALAN - Kesan/akibat/implikasi kehadiran warganegara asing terhadap kehidupan rakyat dan negara kita

LATIHAN 3
ISU * Gejala remaja lari dari rumah - Meninggalkan rumah tanpa pengetahuan ibu bapa - Membawa diri entah ke mana KEHENDAK A. BENTUK - Rencana - Perlu menepati semua ciri/format rencana B. SOALAN Terdapat dua soalan di sini iaitu: i. Faktor/sebab remaja lari dari rumah ii.Langkah/usaha/cara/tindakan yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat ( ibu bapa/kerajaan/sekolah ) bagi mengurangkan / mengatasi masalah remaja lari dari rumah.

41

Karangan
MEMILIH TAJUK & TEKNIK MENGENAL PASTI ISI
PROSEDUR MENGARANG
A. MENGHASILKAN SEBUAH KARANGAN YANG LENGKAP Hal ini bermaksud karangan anda mempunyai pendahuluan, badan dan penutup. B. MENGHASILKAN SEBUAH KARANGAN YANG TEPAT Hal ini bermaksud karangan anda menepati format dan mengupas kehendak soalan.

Pe

laj

ara

n5

PENGENALAN Dari saat anda membuka kertas soalan karangan Bahasa Melayu SPM, anda mempunyai masa 90 minit untuk melaksanakan satu tugasan yang berat iaitu:

C. MENGHASILKAN SEBUAH KARANGAN YANG MATANG DAN MENYAKINKAN Hal ini pula bermaksud karangan anda mempunyai bilangan isi yang mencukupi dan setiap isi telah dikembangkan dengan jitu, bernas dan menyakinkan. D.MENGHASILKAN SEBUAH KARANGAN DENGAN BAHASA YANG INDAH Hal ini bermaksud karangan anda harus memperlihatkan penggunaan bahasa yang gramatis, pilihan kata yang luas, gaya bahasa yang indah, menggunakan tandatanda baca yang tepat dan tidak terdapat sebarang kesilapan ejaan. Sekiranya anda memahami kesemua empat matlamat di atas, anda tentu faham betapa beratnya tanggungjawab anda. Oleh yang demikian anda harus merancang penulisan anda dengan teliti. Anda seharusnya memulakan proses mengarang dengan prosedur yang betul: PROSEDUR MENULIS KARANGAN Berikut merupakan prosedur terancang untuk mendekati soalan karangan. 1.PILIH TAJUK YANG SESUAI - Fahami kehendak soalan. -Adakah anda mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang bidang/isu tersebut. 2.KENAL PASTI ISI - Pastikan isi-isi menepati kehendak soalan - Pastikan juga isi-isi anda logik/boleh diterima akal. - Pastikan isi-isi anda tidak bersifat remeh; isi yang tepat tetapi terlalu remeh akan mengurangkan mutu karangan. 3.TENTUKAN KEDUDUKAN ISI - Isi-isi perlu disusun mengikut urutan kepentingannya. - Pastikan juga isi-isi ditempatkan menurut urutan logik. 4.KEMBANGKAN ISI - Sediakan rangka. Buat catatan ringkas untuk setiap isi - Kekuatan karangan bukan bergantung kepada bilangan isi atau ketepatan isi semata-mata. - Apa yang lebih penting ialah semua isi perlu dikembangkan dengan kaedah dan teknik yang sesuai. - Tahukah anda bahawa terdapat kaedah yang berbeza untuk mengembangkan isi yang berbeza. (Hal ini akan diperincikan dalam pelajaran-pelajaran akan datang)

42

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


5. MENGARANG - Mula mengarang. - Bina ayat-ayat lengkap untuk menukarkan rangka anda menjadi perenggan lengkap. 6. SEMAK KARANGAN SEBELUM DIHANTAR - Betulkan semua kesalahan ejaan. - Betulkan kesalahan tanda baca ( . ) ( ! ) ( ; ) ( , ) ( : ) ( ) ( ) ( ? ) dan huruf besar dan huruf kecil dll) - Betulkan struktur ayat. - Pastikan anda telah menuliskan nombor soalan.

SPM

Seterusnya mari kita perhatikan TIGA prosedur terpenting sebelum mengarang iaitu MEMILIH TAJUK , MENGENAL PASTI ISI dan MENYUSUN ISI

LANGKAH 1 PEMILIHAN TAJUK


Ini merupakan tugas pertama anda apabila membuka kertas soalan. Pemilihan tajuk yang tepat dan sesuai akan membolehkan anda mengarang dengan lancar, tanpa sekatan dan tenang serta menghasilkan sebuah karangan yang bermutu. Sebaliknya pemilihan tajuk yang tidak sesuai pula akan menyebabkan anda terkandas di tengah jalan dan menghadapi pelbagai tekanan untuk menyudahkannya. Malah ada masanya karangan anda akan terpesong dan tidak menepati kehendak soalan. Apabila memilih tajuk anda perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: a. Adakah anda benar-benar faham akan KEHENDAK SOALAN tajuk tersebut? Salah satu tujuan ujian karangan adalah untuk melihat sejauh mana anda boleh mengarang berdasarkan kehendak yang ditetapkan oleh sesuatu tajuk. Walau betapa indah sekalipun perjalanan bahasa dalam karangan anda tetapi semua itu tidak akan membawa sebarang makna sekiranya pembicaraan anda tidak memenuhi kehendak soalan. Oleh itu renungkan tajuk pilihan anda dengan teliti dan pastikan anda benar-benar yakin dengan kehendaknya. Sebagai contoh perhatikan tajuk-tajuk di bawah: Contoh : Gejala melepak dikatakan salah satu penyakit sosial yang boleh meruntuhkan masa depan generasi muda kita. Jelaskan. Perhatikan tajuk tersebut dengan teliti. Tahukah anda apa kehendak soalannya? Adakah tajuk itu menghendaki anda memberikan sebab-sebab anak-anak muda melepak? Atau adakah anda perlu menjelaskan cara-cara masalah tersebut boleh diatasi? Sebenarnya kehendak tajuk di atas ialah penerangan tentang apakah kesan gejala melepak dalam kalangan anak muda kita. Seterusnya perhatikan satu lagi tajuk. Contoh : Kealpaan ibu bapa merupakan faktor utama keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kita. Berikan pandangan anda dalam hal ini. Apakah yang anda faham tentang tajuk ini? Perlukah anda memberikan punca-punca keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kita? Bagaimana anda akan kaitkan ibu bapa dalam karangan anda? Perkara-perkara inilah yang harus anda putuskan terlebih dahulu sebelum memulakan karangan anda. Sebenarnya tajuk ini menghendaki anda menjelaskan kesilapan/kepincangan/kekurangan ibu bapa yang menjadikan anak-anak berkelakuan negatif. Seterusnya anda juga boleh memberikan faktorfaktor lain (selain daripada kesilapan ibu bapa) yang menjadi punca keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak. Ada masanya sesuatu tajuk dan kehendak tajuk itu amat jelas. Walau bagaimanapun ini tidaklah bermakna tajuk tersebut sesuai untuk anda. Anda perlu yakin dengan pengetahuan anda tentang isu tersebut. Sekiranya tidak, anda mungkin akan mengutarakan isi-isi yang dangkal dan dianggap remeh oleh pemeriksa. Sebagai contoh perhatikan tajuk ini: Contoh : Banyak pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan untuk menukarkan sistem persekolahan kita menjadi sistem persekolahan satu sesi. Pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang menyebabkan sistem persekolahan satu sesi tidak digemari ramai? Kehendak tajuk ini amat jelas. Anda dikehendaki memberikan FAKTOR/PUNCA/SEBAB/MENGAPA masyarakat tidak bersetuju dengan sistem persekolahan satu sesi. Masalahnya kini ialah sejauh manakah anda faham maksud atau konsep sistem persekolahan satu sesi yang dicadangkan itu. Apakah ciri-ciri sistem persekolahan satu sesi? Apakah perbezaan sistem perseko-

43

lahan satu sesi dengan sistem yang wujud kini? Sekiranya anda tidak mempunyai pengetahuan tentang semua aspek tersebut, anda seharusnya tidak mendekati tajuk ini.

LANGKAH 2 KENAL PASTI ISI


Seterusnya anda harus mengenal pasti isi-isi yang sesuai untuk tajuk yang telah anda pilih. Senaraikan semua isi yang terbit dalam fikiran anda pada sehelai kertas kasar. Sebagai contoh perhatikan tajuk ini: Contoh 1: Mutu sukan negara kita semakin merosot sejak kebelakangan ini. Cadangkan cara-cara masalah ini boleh dibaiki. Adakah anda faham kehendak tajuk ini? Tajuk ini menghendaki anda mencadangkan langkah / cara / usaha / tindakan yang boleh diambil untuk memajukan mutu sukan negara. Oleh itu pastikan anda tidak memberikan punca mutu sukan negara kita semakin merosot atau kesan-kesan kemerosotan mutu sukan terhadap negara kita. Antara isi yang sesuai untuk tajuk ini ialah: i. Mengadakan lebih banyak pertandingan persahabatan. ii. Membawa masuk jurulatih asing. iii. Membina institusi sukan. iv. Mencungkil bakat anak-anak sejak kecil lagi. v. Menyediakan lebih banyak infrastruktur sukan. vi. Memberikan ganjaran yang lebih lumayan kepada ahli-ahli sukan. Perhatikan bahawa kesemua isi tersebut menepati kehendak soalan, logik dan tidak bersifat remeh. Sekadar contoh perhatikan satu lagi tajuk: Contoh 2: Pengalaman di tadika amat penting dalam memastikan anak-anak menikmati alam persekolahan selepas memasuki sekolah rendah. Jelaskan kepentingan pengalaman tadika bagi anak-anak. Adakah anda faham kehendak tajuk ini? Tajuk ini menghendaki anda memberikan kebaikan/kesan postif tadika bagi anak-anak. Antara isi yang boleh anda senaraikan ialah: i. Membolehkan anak-anak memahami maksud persahabatan/menjalin hubungan dengan anak-anak lain. ii. Mengurangkan pergantungan terhadap ibu bapa. iii. Memberikan ilmu asas kepada anak-anak (misalnya mengenal abjad, suku kata, angka dll). iv Membolehkan anak-anak berdikari dalam soal pelajaran/menyelesaikan masalah pendidikan. v. Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa - terutamanya bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris - boleh mengikuti pelajaran dengan mudah .

LANGKAH 3 TENTUKAN KEDUDUKAN ISI


Sebagaimana yang telah diterangkan dalam pelajaran sebelum ini, karangan merupakan satu gubahan. Keindahan karangan antara lain bergantung kepada cara anda mengolah kedudukan isi secara logik. Kekuatan sesebuah karangan bukannya bergantung kepada kesaratan isinya tetapi juga kepada kedudukan setiap isi tersebut. Anda sudah sedia maklum bahawa setiap isi akan menduduki perenggan yang berbeza. Walau bagaimanapun harus terdapat suatu justifikasi untuk menempatkan isi-isi berkenaan di perenggan-perenggan tersebut. Kedudukan isi-isi ini harus ditentukan berdasarkan urutan kepentingan dan kelogikannya. Sebagai contoh perhatikan tajuk ini sekali lagi: Contoh : Mutu sukan negara kita semakin merosot sejak kebelakangan ini. Cadangkan cara-cara masalah ini boleh dibaiki. Senarai isi yang telah dikenal pasti untuk tajuk ini ialah: i. Mengadakan lebih banyak pertandingan persahabatan. ii. Membawa masuk jurulatih asing. iii. Membina institusi sukan. iv. Mencungkil bakat anak-anak sejak kecil lagi. vi. Menyediakan lebih banyak infrastruktur sukan. vii. Memberikan ganjaran yang lebih lumayan kepada ahli-ahli sukan.

44

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

Kesemua isi tersebut merupakan fakta-fakta yang terbit dalam fikiran anda. Walaupun isi-isi tersebut adalah tepat tetapi minda anda tidak mungkin menerbitkan isi-isi berdasarkan susunan tertentu. Sebaliknya isi-isi tersebut akan terbit secara rawak berdasarkan pengalaman, pendidikan, pembacaan dan ilmu anda. Oleh itu, selepas menyenaraikan isi-isi tersebut anda harus merenungkan kesemua isi tersebut dan memikirkan bagaimana hendak menempatkanya.

SPM

Sekiranya anda merenungkan dengan mendalam anda tentu bersetuju bahawa peningkatan mutu sukan seharusnya bermula dengan mencungkil bakat anak-anak sejak di bangku sekolah. Ini disebabkan segala usaha untuk melentur dan meningkatkan prestasi sukan seseorang individu harus dimulakan sejak dia masih kecil lagi. Selepas itu dia harus ditempatkan di institusi sukan yang khas agar bakatnya boleh terus dikembangkan. Institusi-institusi ini bukan sahaja harus menyediakan segala peralatan sukan tetapi juga perlu mempunyai jurulatih-jurulatih pakar dari luar negara. Jurulatih-jurulatih profesional ini akan banyak membantu untuk mengasah bakat anak-anak ini dan seterusnya menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran di arena sukan antarabangsa. Selepas anak-anak ini keluar dari akademik sukan mereka perlu terus menjalani latihan. Oleh itu kerajaan perlu menyediakan cukup kemudahan/prasarana/infrastruktur sukan di seluruh negara. Seterusnya satu lagi cara untuk menajamkan keupayaan bersukan atlet-atlet kita adalah dengan menghantar mereka mengikuti pertandingan-pertandingan persahabatan sama ada di dalam atau di luar negeri. Melalui pertandingan-pertandingan ini ahli-ahli sukan kita bukan sahaja boleh mengasah ketajaman mereka tetapi juga dapat mengenal pasti kelemahan peribadi mereka. Akhir sekali apabila ahli-ahli sukan ini telah mula mewakili negara, kerajaan harus membantu meringankan beban kewangan mereka. Hal ini disebabkan ada antara mereka yang bukan merupakan golongan profesional. Mereka perlu membahagikan masa di antara aktiviti bersukan dan tanggungjawab mereka sebagai pencari rezeki keluarga. Oleh itu kerajaan perlu menyediakan ganjaran yang lebih lumayan kepada golongan ini. Dengan mengambil kira urutan di atas, seharusnya isi-isi untuk karangan ini ditempatkan seperti berikut:

**Satu Isi Satu Perenggan


Pendahuluan Mencungkil bakat anak-anak sejak kecil lagi (ISI 1) | Membina institusi sukan (ISI 2) | Membawa masuk jurulatih asing (ISI 3) |Menyediakan lebih banyak infrastruktur sukan. (ISI 4) | Mengadakan lebih banyak pertandingan persahabatan (ISI 5) | Memberikan ganjaran yang lebih lumayan kepada ahli-ahli sukan (ISI 6) Penutup

45

tihan La 1
ISI 1 ISI 2 ISI 3 ISI 4 ISI 5

Semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka menuntut di luar negara walaupun anakanak mereka layak untuk memasuki institusi pengajian tinggi tempatan. Pada pendapat anda mengapakah ibu bapa ini berbuat demikian?

tihan La 2
ISI 1 ISI 2 ISI 3 ISI 4 ISI 5

Kebanyakan pelajar hari ini jelas tidak meminati aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolahsekolah kita. Pada pendapat anda mengapakah hal ini terjadi?

46

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

tihan La 3
ISI 1 ISI 2 ISI 3 ISI 4 ISI 5

Kemiskinan dalam kalangan petani di negara kita telah banyak diperkatakan. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang harus dilakukan oleh kerajaan bagi membaiki keadaan ini?

tihan La 4
ISI 1 ISI 2 ISI 3 ISI 4 ISI 5

Kemasukan warganegara asing secara haram ke negara kita terus meningkat dari setahun ke setahun. Berikan cadangan anda untuk menangani masalah ini.

47

tihan La 5
ISI 1 ISI 2 ISI 3 ISI 4 ISI 5

Penglibatan para pelajar dalam aktiviti jenayah dan kongsi gelap dikatakan semakin meningkat di negara kita. Apakah yang akan terjadi sekiranya gejala ini tidak ditangani dengan segera?

Scholarships updated regularly. Find out the latest scholarships on Afterschool.my

48

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

LATIHAN 1

Jawapan

Isi 1 Ibu bapa anggap mutu pendidikan di institusi tempatan kurang memuaskan Isi 2 Ibu bapa mahukan anak-anak mereka memperoleh pengalaman hidup yang lebih luas Isi 3 Kos sesetengah kurusus di institisi pengajian tinggi swasta tempatan lebih mahal berbanding dengan luar negara Isi 4 Mereka mempunyai saudara mara yang bermastautin di luar negara Isi 5 Ibu bapa mahu anak-anak mereka bekerja dan menetap terus di luar negara

LATIHAN 2
Isi 1 Pelajar menganggap aktiviti kokurikulum tidak penting untuk masa depan mereka. Isi 2 Pelajar menganggap aktiviti kokurikulum membazirkan masa mereka yang berharga Isi 3 Kebanyakan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah membosankan Isi 4 Pelajar berasa penat Isi 5 Sesetengah pelajar menghadapi masalah kewangan

LATIHAN 3
Isi 1 Berikan bantuan kewangan/subsidi untuk dijadikan modal Isi 2 Kenalkan kaedah pertanian moden Isi 3 Tubuhkan agensi bagi membeli hasil tanaman mereka (agar tidak perlu menjual kepada orang tengah) Isi 4 Sediakan tapak bagi mereka menjual hasil tanaman secara terus kepada pembeli seperti pasar tani Isi 5 Carikan pasaran untuk hasil tanaman mereka di luar negara

49

LATIHAN 4
Isi 1 Ketatkan kawalan di sempadan/perairan negara Isi 2 Adakan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara jiran untuk mengawal perairan/sempadan mereka Isi 3 Kenakan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang memasuki negara ini secara haram Isi 4 Kenakan hukuman yang lebih berat terhadap majikan tempatan yang mengupah warga asing Isi 5 Jalankan operasi dari semasa ke semasa

LATIHAN 5
Isi 1 Tercicir dalam pelajaran - masa hadapan pelajar tersebut akan menjadi gelap Isi 2 Negara akan kekurangan tenaga kerja/ barisan pelapis bagi menerajui negara Isi 3 Keamanan negara akan terjejas

Isi 4 Pelabur asing akan menjauhkan diri ekonomi negara akan merosot Isi 5 Imej negara akan terjejas.

How to get scholarships?.


Find out on Afterschool.my

50

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


PENDAHULUAN KARANGAN
PENGENALAN
1. 2. 3. 4.

SPM
ara n6

Pe

laj

Pendahuluan merupakan komponen terpenting dalam sesebuah karangan. Hal ini disebabkan perenggan inilah yang akan mula-mula diperhatikan oleh seseorang pembaca karangan atau pemeriksa. Pendek kata, tanggapan pemeriksa terhadap karangan calon banyak dipengaruhi oleh perenggan pendahuluan. Oleh itu, anda harus memberikan perhatian yang istimewa dalam menghasilkan perenggan pendahuluan.

TEKNIK MEMBINA PENDAHULUAN Dalam pelajaran ini anda akan dipandu untuk membina perenggan pendahuluan yang menarik dan berkesan. Terdapat DUA jenis pendahuluan yang perlu anda ketahui untuk menghadapi karangan SPM dengan yakin. JENIS 1 (Untuk Isu Biasa) Sebuah perenggan pendahuluan harus mempunyai tiga komponen penting di dalamnya iaitu SKOP, ISU dan KEHENDAK. Ketiga-tiga komponen tersebut harus disusun seperti berikut:

SKOP ................................................................... ISU .................................................................... KEHENDAK

Seterusnya perhatikan maksud ketiga-tiga komponen tersebut: SKOP - Merujuk kepada bidang yang terkandung di dalam tajuk yang diberikan. Contoh skop ialah sukan, permainan tradisional, pertanian, perpaduan dll. ISU - Merujuk kepada hal yang disentuh tentang bidang tersebut. Sebagai contoh, sekiranya skop tersebut ialah sukan, maka isu yang diperkatakan mungkin kemerosotan mutu sukan negara. Begitu juga, sekiranya skop ialah pertanian, maka isunya boleh jadi kemiskinan para petani. KEHENDAK - Merujuk kepada kehendak soalan. Soalan yang dikemukakan boleh jadi punca, kesan atau langkah

51

Perhatikan tajuk ini: Permainan tradisional di negara kita jelas semakin disisihkan oleh masyarakat hari ini. Pada pendapat anda apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi membaiki keadan tersebut? Analisis Tajuk: SKOP ISU KEHENDAK Permainan Tradisional Semakin disisihkan Usaha/lLangkah

Oleh itu susunan idea untuk pendahuluan anda seharusnya berbentuk seperti berikut: Skop Isu Kehendak Permainan Tradisional Semakin disisihkan Langkah

Seterusnya berikan idea-idea untuk mengembangkan rangka tersebut. Perhatikan contoh di bawah:

Skop

Permainan Tradisional

Koleksi permainan lama Warisan budaya bangsa Contoh wau /gasing /congkak

Isu

Semakin Disisihkan

Semakin disisihkan Oleh generasi muda/masyarakat kota Anggap ketinggalan zaman

Kehendak

Langkah

Tidak harus dibiarkan Harus ambil langkah segera

Seterusnya anda hanya perlu membina ayat-ayat lengkap berdasarkan huraian di atas bagi menghasilkan sebuah perenggan pendahuluan yang menarik. Perhatikan contoh pendahuluan lengkap yang terhasil PERENGGAN PENDAHULUAN YANG LENGKAP Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada koleksi permainan lama yang diwarisi daripada nenek-moyang kita. Sesungguhnya permainan-permaian ini merupakan sebahagian daripada warisan budaya bangsa yang tidak terkira nilainya. Antara contoh permainan tradisional yang masih wujud dalam kalangan masyarakat kita sehingga ke hari ini ialah wau, gasing, congkah, batu seremban dan sepak raga. Malangnya permainan-permainan ini jelas semakin disisihkan oleh masyarakat hari ini. Gejala ini dapat diperhatikan dengan ketara terutama sekali dalam kalangan generasi muda dan masyarakat kota. Rata-rata anggota masyarakat hari ini menganggap permainan-permainan ini hanya merupakan satu koleksi usang dan ketinggalan zaman. Sudah tentu keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Masanya sudah tiba untuk kerajaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menghidupkan semula permainan-permainan tersebut.

52

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

Seterusnya perhatikan satu lagi tajuk: Tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar hari ini tidak meminati aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kita. Jelaskan mengapa hal ini terjadi. Analisis Tajuk : SKOP ISU KEHENDAK : : : Kokurikulum Pelajar kurang berminat Punca

SPM

Komposisi pendahuluan anda haruslah berbentuk seperti berikut:

SKOP ISU KEHENDAK

Kokurikulum Pelajar kurang berminat Punca

Seterusnya anda perlu mengembangkan idea di atas seperti berikut:

SKOP

Kokurikulum - sebahagian daripada sistem pendidikan - bagi mengimbangi bidang akademik - bagi melahirkan generasi seimbang Pelajar kurang berminat - pelajar memandang ringan - tidak memberi kerjasama - memberi pelbagai alasan Punca - tidak harus dibiarkan - harus kenal pasti punca pelajar berbuat demikian

ISU

KEHENDAK

Sekiranya anda mengarang dengan menggunakan rangka di atas, anda seharusnya memperoleh sebuah perenggan seperti berikut: Aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di negara kita. Aktiviti-aktiviti ini diperkenalkan sebagai usaha untuk mengimbangi penekanan terhadap bidang akademik yang sememangnya menjadi fokus utama di sekolahsekolah hari ini. Kerajaan juga berharap aktiviti-aktiviti ini akan melahirkan satu generasi muda yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Namun begitu, sayang sekali, sebahagian besar pelajar jelas tidak meminati dan memandang remeh akan bidang tersebut. Mereka juga memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri daripada menyertai sebarang aktiviti kokurikulum. Sudaha tentu hal tersebut tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Masanya sudah tiba untuk pihak kerajaan dan sekolah mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan para pelajar berbuat demikian agar keadaan tersebut boleh dibetulkan.

53

JENIS 2 (Untuk Isu Kenegaraan) Sebenarnya tidak ada sebarang perbezaan besar di antara jenis ini dengan kaedah yang telah anda pelajari di atas. Kita masih lagi akan menggunakan komposisi seperti berikut:

SKOP ................................................................... ISU .................................................................... KEHENDAK

Perbezaannnya ialah, sekiranya tajuk tersebut membawakan sesuatu isu yang mempunyai kepentingan terhadap negara ( isu-isu seperti ini dikenali sebagai isu kenegaraan ), maka skop secara automatik akan menjadi MALAYSIA.

Perpaduan Sektor Pertanian Sektor Perindustrian

Kemiskinan

Kemasukan Warga Asing

Penganguran Pendidikan Perumahan

Contoh Isu Kenegaraan

Isu-isu di atas dikenali sebagai isu kenegaraan kerana meninggalkan kesan secara langsung terhadap keadaan sosial, ekonomi dan politik negara kita. Apabila anda berhadapan dengan tajuk-tajuk sedemikian, jangan berfikir panjang. Jadikan SKOP pendahuluan anda sebagai MALAYSIA. Perhatikan contoh pendahuluan untuk tajuk di bawah: Kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar petani di negara kita masih hidup di bawah paras kemiskinan. Berikan cadangan anda untuk membaiki keadaan tersebut. Analisis Tajuk SKOP ISU KEHENDAK : : : Malaysia Kemiskinan petani Langkah

Perhatikan rangka lengkap untuk pendahuluan ini: SKOP ISU Malaysia - pesat membangun - taraf hidup rakyat semakin meningkat - menjadi model pembangunan untuk negara-negara lain Kemiskinan - namun masih ada Petani kemiskinan - jelas dalam kalangan petani - pembangunan negara tidak sampai kepada mereka Langkah - tidak harus dibiarkan - harus ambil langkah segera

Kehendak

54

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Sekiranya dikarang, anda akan memperoleh sebuah perenggan pendahuluan seperti berikut:

SPM

Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun. Taraf hidup rakyat kita juga semakin meningkat dari setahun ke setahun. Maka tidaklah menghairankan sekiranya negara kita sering dijadikan sebagai model pembangunan oleh sesetengah negara lain di rantau ini. Namun begitu, satu hakikat yang menyedihkan ialah negara kita sendiri nampaknya masih belum berjaya membebaskan diri daripada masalah kemiskinan. Hal ini dapat diperhatikan dengan ketara dalam kalangan sesetengah masyarakat tani yang menghuni kawasan terpencil negara ini. Nampaknya arus pembangunan yang melanda negara kita seolah-olah tidak sampai kepada golongan ini. Hal ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu kerajaan perlulah menyusun langkah yang sewajarnya bagi membaiki nasib golongan ini.

Not sure what course to study?


Ask the Afterschool.my team

55

tihan La 1
SKOP ISU KEHENDAK

Salah satu masalah sosial yang masih berterusan di negara kita hari ini ialah penderaan kanak-kanak. Setiap tahun ratusan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa keganasan golongan dewasa yang tidak bertanggungjawab. Berikan pandangan anda untuk membendung masalah ini.

tihan La 2
SKOP ISU KEHENDAK

Sejak kebelakangan ini kerajaan kita amat menekankan sektor perindustrian. Pada pendapat anda mengapakah kerajaan berbuat demikian?

tihan La 3
SKOP ISU KEHENDAK

Kajian yang dijalankan oleh kerajaan menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang tercicir sebelum menamatkan tingkatan lima di negara kita terus meningkat dari setahun ke setahun. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan hal ini terjadi.

tihan La 4
SKOP ISU KEHENDAK

Sesetengah flora dan fauna di negara kita dikatakan berada dalam bahaya kepupusan. Jelaskan faktorfaktor yang menyebabkan hal ini terjadi. Seterusnya berikan cadangan bagi mengatasi masalah ini.

56

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

tihan La 5
SKOP ISU KEHENDAK

Salah satu masalah sosial yang masih berterusan di negara kita hari ini ialah penderaan kanak-kanak. Setiap tahun ratusan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa keganasan golongan dewasa yang tidak bertanggungjawab. Berikan pandangan anda untuk membendung masalah ini.

A community message brought to you by :

Join Afterschool.my Facebook Page. Largest students Malaysian student community

57

Jawapan
Latihan 1
SKOP Gejala Sosial - - masyarakat kian maju - menuju pemodenan - namun bersama-sama pemodenan ini, kita juga berhadapan dengan pelbagai gejala sosial Penderaan Kanak - Kanak - berikan contoh gejala sosial - salah satu - penderaan kanak-kanak - ratusan kanak-kanak menjadi mangsa setiap tahun Langkah - perbuatan tidak berperikemanusiaan - langkah tegas perlu segera diambil

ISU

KEHENDAK

Latihan 2
SKOP Malaysia - pesat membangun - cita-cita kerajaan menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020 Sektor Perindustrian - itulah sebabnya kerajaan mengubah hala tuju - asalnya kita negara pertanian - kini lebih berfokus kepada perindustrian Punca - kerajaan berbuat demikian kerana sedar terdapat pelbagai manfaat dengan menjadikan Malaysia negara perindustrian

ISU

KEHENDAK

Latihan 3
SKOP Pendidikan - aset terpenting bagi individu - menjadi penentu masa depannya - juga menyediakan dirinya menghadapi cabaran masa depan - malangnya ramai ibu bapa dan pelajar tidak sedar hal ini - memandang remeh akan pendidikan - meninggalkan bangku sekolah tanpa menamatkan persekolahan - sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan hal ini terjadi

ISU

Keciciran

KEHENDAK

Punca

58

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Latihan 4
SKOP Malaysia - kaya dengan pelbagai f&f - unik - sukar ditemui di negara-negara lain - sebahagian daripada khazanah negara

SPM

ISU

Semakin Pupus - malangnya semakin berkurangan - ada yang sudah hampir pupus - kerugian besar kepada negara dan generasi akan datang Faktor & Langkah - terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan hal ini - tidak harus dibiarkan - harus ambil langkah segera bagi menghalang kepupusannya

KEHENDAK

Latihan 5
SKOP Remaja - merupakan harapan masa depan negara - bakal pemimpin - menjadi penentu hala tuju negara Gejala Sosial - malangnya mereka terlibat dalam pelbagai gejala sosial - tidak mementingkan masa depan - amat membimbangkan kerana masa depan negara tersandar di bahu mereka

ISU

KEHENDAK

Langkah - tidak harus dibiarkan - semua pihak terutamanya ibu bapa harus memainkan peranan yang lebih berkesan untuk membendung masalah ini.

59

TEKNIK MENGEMBANGKAN ISI JENIS LANGKAH


PENGENALAN
1. Isi merupakan inti sesebuah karangan. 2. Namun begitu isi yang tepat sahaja tidak bemakna sekiranya tidak dikembangkan dengan sempurna.

Karangan

Pe

laj

ara

n7

3. Isi yang dikembangkan dengan sempurna bermakna isi yang memperlihatkan urutan idea yang logik beserta hujah-hujah yang kukuh lagi bernas. 4. Oleh itu anda harus mengembangkan isi dengan teliti. Sebenanrya teknik pengembangan isi banyak bergantung kepada jenis isi itu sendiri. Dengan kata lain isi jenis langkah, punca dan kesan perlu dikembangkan dengan kaedah yang berbeza.

ISI JENIS LANGKAH


Isi jenis langkah merujuk kepada isi-isi berbentuk tindakan atau usaha yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau mencapai sesuatu matlamat. Sebenarnya terdapat pelbagai istilah yang boleh digunakan dalam tajuk karangan untuk menguji anda. Oleh itu anda seharusnya sedia maklum tentang kesemua istilah dan frasa yang membawa maksud langkah. Perhatikan istilah-istilah tersebut ......

Langkah Tanggungjawab Berikan cadangan

Usaha

Cara

Bagaimana

Istilah yang memerlukan isi jenis LANGKAH Peranan

Kaedah

Tindakan TEKNIK MENGEMBANGKAN ISI JENIS LANGKAH


Satu perenggan isi langkah harus mempunyai empat komponen iaitu: a. Isi b. Masalah Pastikan isi anda merupakan satu langkah atau tindakan Hal ini merujuk kepada situasi atau keadaan semasa yang menyebabkan tindakan di atas terpaksa dilakukan

c. Cara d. Hasil

Di sini anda perlu memberikan cara-cara langkah yang yang anda berikan di atas boleh dilaksanakan Nyatakan kesan yang dijangka dengan melaksanakan langkah di atas.

60

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

Seterusnya keempat-empat komponen tersebut harus ditempatkan dengan urutan seperti berikut di dalam SATU PERENGGAN. Susunannya adalah seperti berikut:

Satu Perenggan Lengkap ISI (Langkah) MASALAH * CARA (Huraian) HASIL


* Fokus utama rangka ini ialah CARA. Oleh itu anda perlu memberikan tumpuan lebih terhadap komponen ini dan bukannya terhadap komponen masalah dan hasil. Perhatikan tajuk di bawah: Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi di negara kita dewasa ini. Jelaskan usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi membendung gejala ini. Salah satu isi yang sesuai untuk karangan ini ialah Ibu bapa harus memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka. Seterusnya perhatikan bagaimana kita boleh mengaplikasikan kaedah tersebut untuk isi ini: RANGKA LENGKAP UNTUK SEBUAH ISI ISI (Langkah) MASALAH IBU BAPA HARUS MEMBERIKAN DIDIKAN AGAMA ibu bapa abaikan pendidikan agama sibuk/anggap tidak penting anak-anak membesar tanpa nilai murni ibu bapa harus menekankan aspek kerohanian harus hantar ke kelas agama harus belikan buku-buku agama bawa ke tempat beribadat ajar pantang-larang agama membesar dengan nilai murni tahu membezakan baik buruk menghindari gejala negatif

CARA

HASIL

61

Seterusnya anda hanya perlu membina ayat-ayat lengkap berdasarkan rangka di atas untuk menghasilkan sebuah perenggan yang lengkap. Perhatikan contoh di bawah: PERENGGAN ISI YANG LENGKAP Salah satu usaha yang harus dilakukan oleh ibu bapa bagi membendung masalah ini adalah dengan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Satu hakikat yang amat menyedihkan ialah sebahagian besar ibu bapa moden hari ini mengabaikan didikan agama dalam proses membesarkan anak-anak. Hal ini disebabkan kebanyakan mereka terlalu sibuk dengan urusan harian atau beranggapan bahawa bidang agama tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap masa hadapan anak-anak mereka. Kesudahannya anak-anak ini membesar tanpa sebarang nilai murni dan terjebak dalam pelbagai masalah sosial. Oleh itu amatlah penting untuk ibu bapa mengubah sikap dan memberikan perhatian terhadap aspek kerohanian dalam kehidupan anak-anak. Sebagai usaha permulaan mereka harus menghantar anak-anak ke kelas agama sejak kecil lagi. Selain itu mereka juga harus membelikan buku-buku agama yang bersesuaian dengan tahap usia dan pemikiran anak-anak. Mereka juga harus meluangkan masa untuk membawa anak-anak ini ke tempat beribadat. Perkara yang lebih penting ialah ibu bapa harus mencari jalan untuk menerangkan segala falsafah dan pantang-larang agama kepada anak-anak mereka secara berterusan dan tidak formal. Anak-anak yang berasal daripada keluarga sedemikian akan membesar dengan menjunjung tinggi nilai-nilai murni dalam hidup mereka. Mereka juga akan berupaya untuk membezakan antara intan dengan kaca dan seterusnya menjauhi gejala-gejala sosial. Contoh Tambahan Perhatikan tajuk karangan di bawah dengan teliti. Sebahagian petani di negara kita dikatakan masih hidup di bawah paras kemiskinan. Pada pendapat anda bagaimanakah kerajaan boleh membaiki keadaan ini? Salah satu isi yang sesuai untuk tajuk ini ialah: Kerajan harus menggalakkan petani menggunakan kaedah pertanian moden Seterusnya perhatikan bagaimana kita kembangkan isi tersebut dengan kaedah di atas ISI (LANGKAH) MASALAH Kerajan harus menggalakkan petani menggunakan kaedah pertanian moden

Kebanyakan petani masih menggunakan kaedah tradisional - tidak terdedah kepada kaedah moden - enggan berubah; sudah bersebati dengan kaedah amalan turun-temurun - jadi hasil keluaran tetap rendah - dedahkan petani kepada teknologi baru - jelaskan kelebihannya - berikan bantuan modal untuk memiliki peralatan moden - berikan tunjuk ajar cara menggunakan - pengeluaran meningkat - pendapatan bertambah - dapat keluar daripada kemiskinan

CARA

HASIL

62

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

Sekiranya rangka tersebut dikarang, anda akan memperoleh satu perenggan isi yang lengkap, kukuh dan menarik. Perhatikan contoh perenggan lengkap tersebut: SATU PERENGGAN ISI LENGKAP

SPM

Salah satu usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan masalah kemiskinan dalam kalangan petani adalah dengan menggalakkan mereka menggunakan kaedah pertanian moden. Sebenarnya kebanyakan petani kita, terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman masih terus berpegang kepada kaedah pertanian tradisional. Hal ini disebabkan mereka kurang terdedah kepada pelbagai perkembangan baru dalam dunia pertanian hari ini. Lagipun sesetengah daripada petani ini sudah bersebati dengan kaedah pertanian lama yang telah diwarisi daripada nenek-moyang mereka dan enggan beralih kepada kaedah baru. Kesudahannya hasil pengeluarkan mereka terus berada pada paras yang amat rendah. Oleh itu adalah penting untuk kerajaan mendedahkan golongan ini kepada pelbagai kaedah baru dalam dunia pertanian hari ini. Hal ini termasuklah pengenalan benih baka, baja-baja kimia dan kawalan penyakit moden. Selain itu mereka juga seharusnya diberikan penjelasan tentang kelebihan kaedah pertanian moden ini berbanding dengan kaedah amalan mereka. Di samping itu kerajaan juga seharusnya memberikan bantuan modal kepada para petani yang tidak mampu memiliki peralatan pertanian moden yang sememangnya agak mahal itu. Bukan itu sahaja, kerajaan juga seharusnya menghantar pegawai-pegawai pertanian bagi memberikan tunjuk ajar kepada para petani ini tentang kaedah moden yang boleh diterapkan dalam pertanian moden. Segala usaha ini pasti akan meningkatkan produktiviti dan pendapatan para petani. Hasilnya masalah kemiskinan yang membelenggu golongan ini pasti dapat dikurangkan.

SPM Revision Guide 2011. Sample SPM questions and analysis. Find out on Afterschool.my

63

tihan La 1

Baca tajuk-tajuk karangan di bawah dengan teliti. Kesemua tajuk ini menghendaki isi jenis langkah. Anda diberikan satu isi untuk setiap tajuk tersebut. Cuba kembangkan isi tersebut dengan menggunakan kaedah yang telah anda pelajari.

Sesetengah pelajar kita yang menuntut di luar negara enggan kembali berkhidmat di negara kita setelah menamatkan pengajian mereka. Pada pendapat anda apakah usaha yang dapat dilakukan oleh kerajaan bagi menarik golongan ini agar kembali ke tanah air? ISI (LANGKAH) MASALAH

................................................................................ 1. ............................................................................... 2. ............................................................................... 3. ...............................................................................

CARA

1. ............................................................................... 2. ............................................................................... 3. ............................................................................... 4. ...............................................................................

HASIL

1. ............................................................................... 2. ...............................................................................

64

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

tihan La 2

Kemasukan warganegara asing secara haram ke negara kita masih lagi merupakan satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Berikan cadangan anda bagaimana kerajaan boleh mengatasi masalah ini.

Isi 1 - Kenakan hukuman berat terhadap majikan yang mengupah warga asing

ISI (LANGKAH) MASALAH

................................................................................ 1. ............................................................................... 2. ............................................................................... 3. ...............................................................................

CARA

1. ............................................................................... 2. ............................................................................... 3. ............................................................................... 4. ...............................................................................

HASIL

1. ............................................................................... 2. ...............................................................................

65

tihan La 3
ISI (LANGKAH) MASALAH

Mutu sukan negara kita masih lagi jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan sesetengah negara lain di rantau ini. Bincangkan cara-cara mutu sukan negara kita boleh ditingkatkan.

Isi 1 - Kerajaan harus membina lebih banyak institusi sukan

................................................................................ 1. ............................................................................... 2. ............................................................................... 3. ...............................................................................

CARA

1. ............................................................................... 2. ............................................................................... 3. ............................................................................... 4. ...............................................................................

HASIL

1. ............................................................................... 2. ...............................................................................

Find out everything you need to know on Afterschool.my

National Service.

66

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

tihan La 4

Sebahagian besar pelajar hari ini jelas tidak meminati aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kita. Bagaimanakah pihak sekolah boleh meningkatkan penyertaaan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum?

Isi 1 - Rancang aktiviti yang lebih menarik

ISI (LANGKAH) MASALAH

................................................................................ 1. ............................................................................... 2. ............................................................................... 3. ...............................................................................

CARA

1. ............................................................................... 2. ............................................................................... 3. ............................................................................... 4. ...............................................................................

HASIL

1. ............................................................................... 2. ...............................................................................

67

tihan La 5
ISI (LANGKAH) MASALAH

Sektor pelancongan merupakan salah satu sumber pendapatan penting untuk negara kita. Berikan cadangan anda untuk memajukan lagi sektor tersebut.

Isi 1 - Sediakan pakej pelancongan yang lebih menarik

................................................................................ 1. ............................................................................... 2. ............................................................................... 3. ...............................................................................

CARA

1. ............................................................................... 2. ............................................................................... 3. ............................................................................... 4. ...............................................................................

HASIL

1. ............................................................................... 2. ...............................................................................

Find out everything you need to know on Afterschool.my

Pre-University Guide.

68

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

LATIHAN 1
ISI (LANGKAH) MASALAH

Jawapan
Sediakan peluang kerja yang mencukupi - tidak mahu pulang kerana takut akan menganggur - kuathir akan menghadapi masalah kewangan - pastikan cukup peluang pekerjaan sebelum menghantar pelajar ke luar negara - kurangkan pengambilan tenaga asing - bangunkan bidang-bidang baru - galakkan pelabur asing agar peluang pekerjaan bertambah - tidak ada sebab untuk tinggal di luar negara - tidak keberatan untuk pulang ke tanah air

CARA

HASIL

LATIHAN 2
ISI (LANGKAH) MASALAH Kenakan hukuman berat terhadap majikan yang mengupah warga asing yang masuk secara haram - majikan gemar mengupah golongan ini - mengurangkan kos/meningkatkan keuntungan - menjadi dorongan untuk warganegara asing masuk ke Malaysia - berikan amaran tegas kepada majikan tempatan - kenakan denda yang tinggi - kenalkan hukuman penjara mandatori - tarik balik lesen perniagaan - sita pendapatan yang diperoleh dengan menggunakan pekerja asing - tidak akan mengupah pekerja asing - mengurangkan dorongan warganegara asing untuk memasuki Malaysia

CARA

HASIL

69

LATIHAN 3
ISI (LANGKAH) MASALAH Kerajaan harus membina lebih banyak institusi sukan - kurang institusi khas bagi membentuk ahli sukan - sekolah biasa lebih berfokus kepada bidang akademik dan mengabaikan bidang sukan - pelajar yang berbakat tidak berpeluang mengasah bakat mereka - kerajaan harus imbangkan bilangan sekolah biasa dengan institusi sukan - tempatkan pelajar-pelajar yang berbakat di institusi ini - imbangkan fokus terhadap akademik dengan sukan - dapatkan jurulatih yang berkaliber - sediakan sistem latihan yang berterusan - sediakan peralatan yang canggih - dapat mengasah bakat golongan remaja - dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti - golongan ini dapat meneruskan cabaran sukan negara ke peringkat antarabangsa

CARA

HASIL

LATIHAN 4
ISI (LANGKAH) MASALAH Rancang aktiviti yang lebih menarik - kebanyakan aktiviti yang dijalankan di sekolah membosankan - pihak sekolah mengulang aktiviti yang sama setiap tahun - lagipun melibatkan pelajar yang sama - kenalkan aktiviti yang lebih mencabar - kurangkan aktiviti berorientasikan akademik - tambahkan aktiviti berbentuk sukan, permainan, pengemba raan, penerokaan dll - libatkan pelajar dari sekolah lain - jalankan aktiviti di luar kawasan sekolah - aktiviti-aktiviti ini menepati cita rasa golongan remaja - pasti akan tertarik - lebih berminat untuk melibatkan diri

CARA

HASIL

70

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


LATIHAN 5
ISI (LANGKAH) MASALAH Sediakan pakej pelancongan yang lebih menarik

SPM

- pakej yang sedia ada kurang memuaskan - banyak cabaran daripada pakej yang disediakan oleh negara-negara jiran - pelancong banyak pilihan selain daripada Malaysia - pastikan pakej pelancongan kita mampu bersaing dengan pakej negara jiran - pastikan harganya kompetetif - pastikan kemudahan pengangkutan dan penginapan bertaraf antarabangsa - masukkan pelbagai aktiviti seperti permainan dan kebudayaan yang melibatkan pelancong - berikan potongan harga istimewa untuk warga mas dan kanak-kanak - pelancong asing akan tertarik - akan mengutamakan Malaysia berbanding negaranegara jiran kita - pendapatan negara akan meningkat

CARA

HASIL

Matriculation - The fastest

route to IPTA. Find out more about Matriculation on Afterschool.my

71

TEKNIK MENGEMBANGKAN ISI JENIS PUNCA


PENGENALAN

Karangan
Sebab Mengapa Faktor

Pe

laj

ara

n8

1. Karangan jenis punca merujuk kepada tajuk-tajuk karangan yang menghendaki anda memberikan punca atau sebab untuk ses uatu kejadian. 2. Namun begitu, terdapat pelbagai istilah dan frasa lain yang mungkin digunakan dalam tajuk-tajuk ini. Antaranya ialah :

Alasan

Apakah yang mendorong

Istilah/Frasa yang menghendaki isi jenis PUNCA TEKNIK PENGEMBANGAN ISI


Apabila berhadapan dengan tajuk-tajuk yangmenghendaki isi jenis punca, pastikan isi anda benar-benar merupakan punca atau sebab dan bukannya kesan. Selepas itu, kembangkan isi tersebut dengan teknik seperti berikut: SATU PERENGGAN ISI ISI (PUNCA)

*ALASAN UNTUK ISI

KESAN UNTUK ALASAN

**KESAN KESELURUHAN

72

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

* Fokus utama isi ini ialah ALASAN UNTUK ISI. Oleh itu pastikan anda memberikan lebih banyak hujah untuk komponen ini berbanding dengan komponen-komponen lain. ** Pada bahagian KESAN KESELURUHAN anda hanya perlu mengukuhkan pernyataan atau masalah yang dinyatakan pada tajuk Seterusnya perhatikan tajuk ini: Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kita hari ini sudah sampai ke tahap yang amat membimbangkan. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan hal ini terjadi. Salah satu isi yang sesuai dan tepat untuk tajuk ini ialah Ibu bapa kurang memberikan didikan agama kepada anakanak. Seterusnya perhatikan bagaimana kita mengembangkan isi tersebut dengan menggunakan kaedah di atas:
ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI Ibu bapa kurang memberikan didikan agama kepada anak-anak - sibuk dengan pekerjaan - ghairah memastikan kejayaan akademik anak-anak - anggap didikan agama tidak penting untuk masa depan - ibu bapa sendiri kurang arif tentang soal agama - anak-anak membesar tanpa nilai murni - tiada sebarang pendirian/pegangan - tidak tahu membezakan perkara baik dan buruk - mudah terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial - keruntuhan akhlak menjadi-jadi

KESAN UTK ALASAN

KESAN KESELURUHAN

Sekiranya anda membina ayat-ayat lengkap dengan menggunakan rangka di atas, anda pasti akan memperoleh satu perenggan isi yang mantap. Perhatikan contoh perenggan lengkap yang dikarang berdasarkan rangka tersebut: Salah satu faktor yang menyebabkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kita semakin menjadijadi sejak kebelakangan ini adalah kerana ibu bapa kurang menitikberatkan didikan agama. Sebahagian besar ibu bapa moden hari ini amat sibuk dengan urusan kerja dan mengabaikan aspek kerohanian dalam kehidupan mereka. Selain itu kebanyakan ibu bapa juga terlalu ghairah memastikan kecemerlangan akademik anak-anak dan menganggap didikan agama tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap masa hadapan anak-anak.Tambahan pula terdapat sesetengah ibu bapa sendiri yang kurang arif tentang suruhan serta pantang larang agama mereka dan tidak mampu mendidik anak-anak dalam hal tersebut. Kesudahannya, anak-anak yang berasal daripada keluarga sedemikian akan membesar tanpa sebarang nilai murni. Mereka juga tidak akan mempunyai sebarang prinsip atau pegangan hidup yang kukuh serta tidak mampu membezakan antara intan dan kaca. Akibatnya golongan ini mudah terjebak dalam pelbagai gejala sosial. Maka tidaklah menghairankan sekiranya masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di negara kita terus meningkat dari setahun ke setahun.

73

Contoh Tambahan

Seterusnya perhatikan satu lagi tajuk karangan: Masalah kesesakan lalu lintas di negara kita, terutamanya di bandar-bandar sudah sampai ke tahap yang boleh dikatakan tenat. Pada pendapat anda mengapakah hal ini terjadi? Salah satu isi yang sesuai untuk tajuk ini ialah Pertambahan bilangan kenderaan. Seterusnya perhatikan bagaimana kita mengembangkan isi tersebut.
ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI Pertambahan bilangan kenderaan - kedudukan ekonomi negara semakin kukuh - peluang pendapatan rakyat terus meningkat - taraf hidup semakin tinggi - lebih ramai orang mampu memiliki kenderaan peribadi - tidak bergantung kepada pengangkutan awam - sistem jalan raya tidak berkembang sepesat pertambahan kenderaan - jalan-jalan yang ada tidak dapat menampung pertambahan kenderaan ini - pergerakan kenderaan tidak lancar - mengakibatkan kesesakan

KESAN UTK ALASAN

KESAN KESELURUHAN

Seterusnya perhatikan contoh perenggan lengkap berdasarkan rangka tersebut. Salah satu faktor yang menyebabkan masalah kesesakan di bandar-bandar kita terus menjadi-jadi sejak kebelakangan ini adalah kerana pertambahan bilangan kenderaan yang amat pesat. Kedudukan ekonomi negara kita yang mantap menyebabkan Malaysia kaya dengan peluang pekerjaan. Hal ini seterusnya meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat kita. Kesudahannya lebih ramai rakyat Malaysia hari ini mampu memiliki kenderaan peribadi dan tidak lagi terlalu bergantung kepada sistem pengangkutan awam. Malangnya sistem jalan raya yang ada di bandar-bandar kita tidak berkembang selaras dengan peningkatan bilangan kenderaan. Akibatnya jalan-jalan tersebut tidak dapat menampung pertambahan kenderaan yang amat mendadak ini. Oleh itu pergerakan kenderaan di bandar-bandar menjadi kurang lancar dan berakhir dengan kesesakan yang serius.

74

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

tihan La 1

Baca tajuk-tajuk karangan di bawah dengan teliti. Kesemuanya merupakan soalan jenis punca. Isi pertama untuk setiap tajuk tersebut telah diberikan. Cuba kembangkan isi tersebut dengan menggunakan kaedah yang telah anda pelajari dalam pelajaran ini.

Sesetengah ibu bapa lebih suka menghantar anak-anak mereka menuntut di luar negara walaupun anak-anak ini layak melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi tempatan. Pada pendapat anda mengapakah mereka berbuat demikian? Isi 1 - Menganggap mutu pendidikan di luar negara lebih tinggi

ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN KESAN KESELURUHAN

tihan La 2
Bilangan warganegara asing yang memasuki negara kita terus meningkat dari setahun ke setahun. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong warganegara asing membanjiri negara kita. Isi 1 - Malaysia kaya dengan sumber pendapatan

ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN KESAN KESELURUHAN

75

tihan La 3
Kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar petani di negara kita masih hidup dalam kemiskinan. Bincangkan sebab-sebab yang menyebabkan hal ini terjadi. Isi 1 - Mereka masih mengamalkan kaedah pertanian tradisional

ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN KESAN KESELURUHAN

ihan Lat 4
Walaupun negara kita pesat membangun, namun kerajaan masih belum berjaya mengatasi masalah petempatan setinggan di bandar-bandar kita. Pada pendapat anda mengapakah masih wujud petempatan setinggan di bandar-bandar besar negara ini? Isi 1 - Tidak mampu memiliki rumah sendiri

ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN KESAN KESELURUHAN

76

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

tihan La 5
Masyarakat moden hari ini berhadapan dengan pelbagai penyakit berbahaya seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat hari ini lebih terdedah kepada penyakit-penyakit tersebut berbanding dengan masyarakat dahulu. Isi 1 Amalan pemakanan yang kurang sihat ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN KESAN KESELURUHAN

- The fastest route to IPTA. Which is the best choice? Find out in Afterschool.my

Matriculation or Asasi?

77

Jawapan
Latihan 1
ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI Menganggap mutu pendidikan di luar negara lebih tinggi - universiti luar negara telah lama wujud - terkenal di seluruh dunia - mempunyai pengikhtirafan antarabangsa - barisan pensyarah yang bermutu - kemudahan penyelidikan yang canggih - enggan menuntut di Malaysia - menolak tawaran universiti tempatan - sanggup berkorban wang ringgit demi menghantar anak-anak ke luar negara

KESAN UTK ALASAN

KESAN KESELURUHAN

Latihan 2
ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI Malaysia kaya dengan sumber pendapatan Malaysia kaya dengan peluang pekerjaan sedang menuju ke era perindustrian banyak kilang dibuka menghadapi krisis tenaga kerja kerana warga tempatan kurang berminat dengan kerja buruh

KESAN UTK ALASAN

- warga asing menganggap Malaysia sebagai syurga dunia - peluang untuk membaiki nasib diri

KESAN KESELURUHAN

- sanggup bersusah payah memasuki negara ini

78

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Latihan 3
ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI Mereka masih mengamalkan kaedah pertanian tradisional -

SPM

tinggal di kawasan pedalaman /tidak terdedah dengan kaedah moden sudah biasa dengan kaedah amalan turun-temurun dan enggan berubah tidak yakin dengan kaedah moden tidak mampu memiliki peralatan moden yang mahal

KESAN UTK ALASAN

- hasil dan kualiti pengeluaran pertanian rendah - pendapatan rendah - terus dibelenggu kemiskinan

KESAN KESELURUHAN

Latihan 4
ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI Tidak mampu memiliki rumah sendiri - harga/sewa rumah di bandar mahal - tidak mampu - kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh - pendapatan rendah/tidak tetap - lagipun petempatan setinggan berhampiran dengan tapak perindustrian/tempat kerja - tiada pilihan melainkan tinggal di kawasan Setinggan - kesudahannya masalah setinggan tidak dapat dibasmi

KESAN UTK ALASAN KESAN KESELURUHAN

Latihan 5
ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI Amalan pemakanan yang kurang sihat sibuk dengan kerjaya/ mengejar kekayaan tidak terlalu mementingkan amalan makanan jarang memasak dan biasanya makan di luar tidak makan mengikut masa terlalu banyak makan makanan segera yang dipenuhi bahan perasa, gula, garam dan lemak - tidak mengambila kira kandungan sajian makanan

KESAN UTK ALASAN

- badan tidak mendapat khasiat yang secukupnya - pelbagai gangguan terhadap sistem badan - menghidap pelbagai penyakit moden seperti kencing manis, lemah jantung dll

KESAN KESELURUHAN

79

TEKNIK MENGEMBANGKAN ISI JENIS KESAN


PENGENALAN
1. Secara ringkas, kesan bermaksud akibat, hasil atau kesudahan.

Karangan

Pe

laj

ara

n9

2. Oleh itu, karangan jenis kesan merujuk kepada tajuk-tajuk karangan yang menghendaki anda memberikan akibat, hasil atau kesudahan yang menyusuli sesuatu perkara.

3. Selain daripada istilah kesan, terdapat pelbagai istilah dan frasa lain yang mungkin digunakan dalam tajuk-tajuk ini. Antaranya ialah :

Faedah Kesudahan Akibat TEKNIK PENGEMBANGAN ISI

Natijah

Kepentingan

Masalah Manfaat

Istilah / Frasa yang menghendaki isi jenis kesan

Kebaikan

Apabila berhadapan dengan tajuk-tajuk yang menghendaki isi jenis kesan, pastikan isi anda benar-benar merupakan kesan, akibat atau hasil sesuatu kejadian. Selepas itu, kembangkan isi tersebut dengan teknik seperti berikut:

SATU PERENGGAN ISI ISI ( KESAN ) ALASAN UNTUK ISI *KESAN UNTUK ALASAN **KESAN KESELURUHAN

80

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

* Fokus utama isi KESAN ialah KESAN UNTUK ALASAN. Oleh itu pastikan anda memberikan lebih banyak hujah untuk komponen ini berbanding dengn komponen-komponen lain. ** Pada bahagian KESAN KESELURUHAN anda hanya perlu mengukuhkan pernyataan atau masalah yang dinyatakan pada tajuk. Anda juga boleh memberikan satu kesan yang sehabis baik atau buruk untuk isi tersebut. Seterusnya perhatikan tajuk ini: Penglibatan para pelajar dalam pelbagai kegiatan kongsi gelap atau kumpulan haram terus meningkat dari setahun ke setahun. Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan terjadi sekiranya hal ini berterusan? Salah satu isi yang sesuai dan tepat untuk tajuk ini ialah Hilang peluang untuk memperoleh pendidikan yang sempurna. Seterusnya perhatikan bagaimana kita mengembangkan isi tersebut dengan menggunakan kaedah di atas: ISI (KESAN) ALASAN UNTUK ISI Hilang peluang untuk memperoleh pendidikan yang sempurna - mereka akan terlalu sibuk dengan urusan kumpulan haram - hilang tumpuan terhadap pelajaran - selalu ponteng - tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar - tidak dapat menyiapkan kerja rumah - gagal dalam ujian/peperiksaan - akhirnya tercicir - meninggalkan sekolah tanpa sijil/kelulusan - masa depan menjadi gelap

KESAN UNTUK ALASAN

KESAN KESELURUHAN

Sekiranya anda membina ayat-ayat lengkap dengan menggunakan rangka di atas, anda pasti akan memperoleh satu perenggan isi yang mantap. Perhatikan contoh perenggan lengkap yang dikarang berdasarkan rangka tersebut: Salah satu kesan yang terpaksa ditanggung oleh para pelajar yang melibatkan diri dengan kegiatan kumpulan haram ialah mereka akan hilang peluang untuk memperoleh pendidikan yang sempurna. Hal ini disebabkan mereka akan terlalu sibuk dan asyik dengan urusan kumpulan mereka sehingga hilang tumpuan tehadap pelajaran. Peajar-pelajar ini juga akan sentiasa ponteng sekolah. Kesudahannya mereka tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh para guru. Mereka juga tidak akan berminat tehadap pengajaran guru dan tidak mampu menyiapkan pelbagai tugasan yang diamanahkan oleh guru. Kebanyakan pelajar ini akan gagal dalam segala ujian atau peperiksaan yang dijalankan. Ada juga dalam kalangan mereka yang akan meninggalkan dunia persekolahan tanpa menamatkan pengajian. Pendek kata, pelajar-pelajar ini akan meninggalkan bangku sekolah tanpa sebarang kelulusan atau kemahiran yang amat diperlukan dalam dunia pekerjaan hari ini. Akibatnya mereka akan menghadapi masalah besar untuk mendapatkan pekerjaan dan hidup melarat.

81

Contoh Tambahan Seterusnya perhatikan satu lagi tajuk karangan: Terdapat sesetengah pelajar kita hari ini yang langsung tidak melibatkan diri dengan sebarang aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah mereka. Jelaskan kesan perbuatan tersebut terhadap diri pelajar-pelajar berkenaan. Salah satu isi yang sesuai untuk tajuk ini ialah Pelajar tidak akan mempunyai kemahiran berkomunikasi. Seterusnya perhatikan bagaimana kita mengembangkan isi tersebut.

ISI (KESAN) ALASAN UNTUK ISI

KESAN UNTUK ALASAN

KESAN KESELURUHAN

Pelajar tidak akan mempunyai kemahiran berkomunikasi - tidak berpeluang menyertai pelbagai aktiviti di luar bilik darjah - kurang peluang bergaul dengan pelajar lain - menjadi kekok semasa bergaul dengan orang lain - tidak memahami perasaan dan fikiran orang lain - tidak tahu cara mengambil hati orang - tidak mampu mengetuai sesuatu kumpulan - tidak mampu meraih kerjasama orang lain - akan menghadapi masalah dalam dunia pekerjaan - tidak akan menjadi ahli yang produktif dalam sesuatu pasukan

Seterusnya perhatikan contoh perenggan lengkap berdasarkan rangka tersebut. Satu masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelajar-pelajar ini ialah mereka tidak akan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang sempurna. Tanpa kegiatan kokurikulum, pelajar-pelajar ini tidak berkesempatan untuk menyertai pelbagai aktiviti di luar bilik darjah. Oleh itu mereka kurang berpeluang untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka yang lain. Hal ini akan menyebabkan mereka menjadi manusia yang kekok dalam pergaulan. Selain itu, mereka juga akan menghadapi masalah untuk memahami perasaan dan pemikiran orang lain. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar ini juga tidak tahu cara untuk mengambil hati atau mendapatkan kerjasama orang lain bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Pendek kata, mereka tidak mungkin berupaya mengetuai sesuatu pasukan dengan sempurna. Anak-anak ini pasti akan menghadapi masalah besar apabila melangkahkan kaki ke dunia pekerjaan. Ketiadaan kemahiran berkomunikasi akan menyebabkan mereka tidak dapat memainkan peranan sebagai seorang anggota yang produktif dalam pasukan mereka.

82

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

tihan La 1

Baca tajuk-tajuk karangan di bawah dengan teliti. Kesemuanya merupakan soalan jenis KESAN. Isi pertama untuk setiap tajuk tersebut telah diberikan. Cuba kembangkan isi tersebut dengan menggunakan kaedah yang telah anda pelajari dalam pelajaran ini.

Kemasukan warganegara asing secara sah ke negara ini banyak membantu mengatasi krisis tenaga kerja di Malaysia. Namun begitu kehadiran mereka juga turut membawa pelbagai masalah kepada negara dan masyarakat kita. Bincangkan masalah yang timbul akibat kemasukan mereka ke negara kita. Isi 1 - Mewujudkan kawasan setinggan di bandar-bandar

ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN KESAN KESELURUHAN

tihan La 2
Bilangan doktor pakar yang meninggalkan perkhidmatan kerajaan untuk bekerja dengan pihak swasta terus meningkat dari setahun ke setahun. Jelaskan kesan yang timbul akibat perbuatan mereka itu. Isi 1 - Menafikan peluang masyarakat miskin memperoleh perkhidmatan yang sempurna

ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN KESAN KESELURUHAN

83

ihan Lat 3
Semakin ramai petani di kawasan luar bandar mengabaikan tanah-tanah mereka dan mula bekerja di kilang-kilang. Pada pendapat anda apakah kesan yang akan timbul sekiranya keadaan ini berterusan? Isi 1 - Negara akan kekurangan sumber makanan

ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN KESAN KESELURUHAN

ihan Lat 4
Semakin ramai pelajar menengah atas di negara kita memilih jurusan sastera berbanding dengan jurusan sains. Lebih menyedihkan lagi sesetengah pelajar tersebut memiliki kelayakan yang secukupnya untuk meneruskan pengajian dalam jurusan sains. Bincangkan kesan jangka panjang yang akan menimpa negara kita sekiranya bilangan pelajar di aliran sains terus berkurangan. Isi 1 - Negara akan kekurangan tenaga kerja pakar

ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN KESAN KESELURUHAN

84

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

tihan La 5
Kerajaan dan pelbagai agensi bukan kerajaan sedang cuba sedaya-upaya untuk menerapkan budaya membaca dalam kalangan remaja kita. Bincangkan kepentingan amalan membaca bagi generasi pelajar. Isi 1 Meningkatkan pengetahuan am

ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN KESAN KESELURUHAN

Scholarships- updated

regularly. Find out the latest scholarships on Afterschool.my

85

Jawapan
Latihan 1
ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI Mewujudkan kawasan setinggan di bandar-bandar miskin bekerja sebagai buruh tidak mampu menyewa rumah membina rumah di sebarang kawasan lapang biasanya di pesisiran bandar kerana berhampiran dengan tempat kerja - tiada sistem perparitan dan perkumuhan yang sempurna - kotor kawasan pembiakan penyakit - juga sarang pelbagai kegiatan maksiat/jenayah - menjejaskan imej negara

KESAN UTK ALASAN

KESAN KESELURUHAN

Latihan 2
ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN Menafikan peluang masyarakat miskin memperoleh perkhidmatan yang sempurna - hospital kerajaan kekurangan doktor pakar - mereka pula tidak mampu pergi ke hospital swasta - orang miskin terpaksa menunggu lama sebelum berpeluang berjumpa doktor pakar - ada masanya sudah terlambat tenat/mati - ada masanya terpaksa menerima rawatan daripada doktor biasa - doktor ini mungkin gagal mengesan masalah sebenar - diagnosis yang salah - mengakibatkan kematian Satu ketidakadilan kepada golongan miskin

KESAN KESELURUHAN

86

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Latihan 3
ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN Negara akan kekurangan sumber makanan

SPM

KESAN KESELURUHAN

- penduduk semakin bertambah - sebaliknya produktiviti pertanian pula semakin berkurangan - negara akan menghadapi krisis bahan makanan - kerajaan tiada pilihan melainkan terpaksa mengimport - pendek kata, terpaksa bergantung kepada negara lain - terpaksa tunduk kepada ketetapan harga negara lain - kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk menampung kos import bahan makanan - mengurangkan peruntukan untuk pembangunan Negara

Latihan 4
ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI KESAN UTK ALASAN Negara akan kekurangan tenaga kerja pakar - sektor perindustrian negara pesat berkembang - memerlukan tenaga kerja pakar yang ramai pada masa akan datang - perkembangan sektor perindustrian akan terbantut - Malaysia tidak boleh menyaingi negara perindustrian lain - terpaksa bergantung kepada kepakaran asing - mereka tidak mungkin memberikan yang terbaik - kita tidak boleh menerokai bidang-bidang perindustrian baru - cita-cita Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 akan tinggal sebagai impian semata-mata

KESAN KESELURUHAN

Latihan 5
ISI (PUNCA) ALASAN UTK ISI Meningkatkan pengetahuan am - pengetahuan umum dalam buku-buku teks terbatas - sistem pendidikan lebih menekankan kemahiran dan bukannya pengetahuan am - pengetahuan am penting bagi membolehkan pelajar memahami persekitaran mereka - boleh memahami kejadian di seluruh dunia - boleh memahami pemikiran, fahaman dan budaya kaum-kaum lain di seluruh dunia - maklumat-maklumat ini akan membantu mereka menghadapi/menyelesaikan pelbagai krisis hidup - membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran berbeza - cita-cita Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 akan tinggal sebagai impian semata-mata

KESAN UTK ALASAN

KESAN KESELURUHAN

87

TEKNIK MEMBINA AYAT / MENGARANG


PENGENALAN

Karangan

Pe

laj

ara

n1

1. Karangan merupakan satu gubahan fikiran seseorang individu berdasarkan satu topik yang telah ditetapkan. 2. Keindahan dan keberkesanan sesebuah karangan bergantung kepada TIGA faktor iaitu:

Isi

Kekuatan Karangan

Huraian

Bahasa
3. ISI karangan haruslah tepat, logik dan bersesuaian dengan kehendak soalan. 4. Sementara itu HURAIAN pula haruslah bernas dan menggambarkan kematangan calon dalam berhujah secara logik. Anda tidak seharusnya menghadapi sebarang masalah dengan huraian sekiranya anda berpegang kepada kaedah pengembangan isi yang telah ditunjukkan dalam pelajaran-pelajaran sebelum ini. 5. Namun begitu, tidak kira betapa tepat sekalipun isi anda dan betapa mantap sekalipun hujah-hujah huraian anda, namun karangan tersebut tidak akan bermakna sekiranya tidak disampaikan dengan BAHASA menarik. 6. Bahasa yang menarik merujuk kepada kemampuan pelajar membina ayat-ayat yang gramatis, menepati hukum tatabahasa dan menggunakan pilihan kata yang tepat dan menarik. Selain itu anda juga seharusnya memastikan terdapat PERTAUTAN yang logik daripada satu ayat kepada ayat yang lain semasa anda menyampaikan sesuatu hujah. 7. PERTAUTAN YANG MENARIK akan hanya terhasil sekiranya anda menggunakan penanda wacana atau frasa/kata permulaan ayat yang sesuai pada permulaan setiap ayat. CONTOH BINAAN AYAT Perhatikan tajuk dibawah dengan teliti. Kerajaan dan pelbagai agensi bukan kerajaan sedang cuba sedaya-upaya untuk menerapkan budaya membaca dalam kalangan remaja kita. Bincangkan kepentingan amalan membaca bagi generasi pelajar. Salah satu isi yang tepat untuk tajuk ini ialah Meningkatkan pengetahuan am

88

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Daripada pelajaran yang lalu anda telah melihat kaedah pengembangan isi ini: ISI ( KESAN ) ALASAN UNTUK ISI KESAN UNTUK ALASAN

SPM

KESAN KESELURUHAN

Meningkatkan pengetahuan am - pengetahuan umum dalam buku-buku teks terbatas - sistem pendidikan lebih menekankan kemahiran dan bukannya pengetahuan am - pengetahuan am penting bagi membolehkan pelajar memahami persekitaran mereka - boleh memahami kejadian di seluruh dunia - boleh memahami pemikiran, fahaman dan budaya kaum-kaum lain di seluruh dunia - maklumat-maklumat ini akan membantu mereka menghadapi/menyelesaikan pelbagai krisis hidup - membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran berbeza - menjadi manusia yang berfikiran matang dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan

Seterusnya perhatikan bagaimana kita harus menerapkan penanda wacana atau frasa/kata permulaan ayat dalam rangka ini. Salah satu kepentingan - Meningkatkan pengetahuan am Sebenarnya - pengetahuan umum dalam buku-buku teks terbatas Hal ini disebabkan - sistem pendidikan lebih menekankan kemahiran dan bukannya pengetahuan am Sesungguhnya - pengetahuan am penting bagi membolehkan pelajar memahami persekitaran mereka Selain itu - boleh memahami kejadian di seluruh dunia Di samping itu - boleh memahami pemikiran, fahaman dan budaya kaum-kaum lain di seluruh dunia Bukan itu sahaja - maklumat-maklumat ini akan membantu mereka menghadapi/menyelesaikan pelbagai krisis hidup Secara keseluruhannya - membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran berbeza Pendek kata - menjadi manusia yang berfikiran matang dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan Sekiranya anda mengarang dengan menggunakan kata dan frasa tersebut, anda akan memperoleh satu perenggan isi yang mantap, logik dan kemas. Perhatikan perenggan yang terhasil melalui proses ini: Salah satu kepentingan tabiat membaca ialah amalan ini dapat meningkatkan pengetahuan am para pelajar. Sebenarnya pengetahuan umum yang terkandung di dalam buku-buku teks adalah terbatas Hal ini disebabkan sistem pendidikan kita lebih menekankan aspek kemahiran dan bukannya pengetahuan am. Sesungguhnya pengetahuan am penting bagi membolehkan para pelajar memahami persekitaran mereka dengan lebih sempurna. Selain itu, minat membaca juga akan membantu mereka memahami kejadian di seluruh dunia Di samping itu mereka juga boleh memahami pemikiran, fahaman dan budaya kaum-kaum lain yang terdapat di dunia ini. Bukan itu sahaja, maklumat-maklumat yang diperoleh melalui pembacaan yang meluas ini akan membantu mereka menghadapi dan menyelesaikan pelbagai krisis hidup mereka. Secara keseluruhannya segala pengetahuan am ini akan membantu mereka menyesuaikan diri dalam dalam sebarang persekitaran yang berbeza Pendek kata, tabiat membaca akan membantu anak-anak muda hari ini menjadi manusia yang berfikiran matang dan bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran masa depan. Oleh itu anda perlu menguasai penanda wacana dan juga frasa-frasa yang sesuai digunakan bagi memulakan sesuatu ayat. Sebagai usaha permulaan, perhatikan dengan teliti semua frasa yang digunakan dalam bahan-bahan bacaan (seperti majalah dan surat khabar). Gariskan penanda wacana atau frasa permulaan ayat itu dan catatkan secara berasingan. Pastikan anda tahu maksud dan cara menggunakannya. Lama-kelamaan anda akan mempunyai satu senarai penanda wacana dan frasa permulaan ayat yang mantap. Sekadar contoh di sini diberikan beberapa penanda wacana dan frasa-frasa permulaan ayat yang amat berguna bagi karangan anda. Perhatikan senarai ini dengan teliti dan seterusnya mulakan usaha menambah senarai tersebut.

89

Senarai Penanda Wacana dan Kata/Frasa Permulaan Ayat A B Baru-baru ini Boleh dikatakan bahawa Bukan itu sahaja Biarpun begitu Berdasarkan Barangkali Berbanding dengan Ada masanya Akan tetapi Andai kata Akibatnya Anggapan bahawa Alangkah baiknya Akhirnya H Hal ini Hasilnya Harus diingati bahawa Hakikat ini Hampir kesemua Hanya

I J K L Langkah utama Lagipun Lebih-lebih lagi Lazimnya Lantaran itu Lama-kelamaan Kebanyakan Kesannya Keadaan ini Kesudahannya Kemungkinan besar Ketika Kita harus Kita tidak seharusnya Kita perlu sedar bahawa Kini Kalau Kesimpulannya Justeru Jadi Janganlah kita Jelaslah bahawa Jikalau Itulah sebabnya Itulah yang menyebabkan Implikasinya

C D E F G

Cara terbaik Cadangan ini Contohnya

Ditinjau dari sudut ini Dewasa ini Demikianlah Dalam pada itu Di samping itu

Ekoran daripada

Faktor utama Fenomena ini

Gejala ini

90

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


M N O P S Sebenarnya Selain itu Sekiranya Selepas itu Sungguhpun begitu Seandainya Sementara itu Salah satu Seterusnya Sehubungan dengan itu Sayang sekali Sebahagian besar Sememangnya Sewajarnya Sesungguhnya Selaras dengan itu Perkara ini menyebabkan Perkara ini disebabkan Perkara ini tidak harus dibiarkan Perkara ini amat membimbangkan Pada masa yang sama Pada pendapat saya Padahal Pendek kata Punca utama Perlu ditegaskan bahawa Persoalannya kini ialah Oleh itu Oleh yang demikian Namun begitu Nyata sekali Nampaknya Malang sekali Meskipun Menurut Memandangkan Misalnya Melalui Maka Memang Masalahnya kini ialah Menyedari hakikat ini Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Matlamat utama T U Usaha ini Sekurang-kurangnya Sesetengah pihak Sekadar contoh Segala Sehingga ke hari ini Sejajar dengan itu

SPM

Tambahan pula Tanpa disedari Terdapat juga Terlebih dahulu Tujuan utama Tidak dapat dinafikan bahawa Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa Tindakan utama

W Walaupun begitu Walau bagaimanapun Walau apa sekalipun Walhal

91

Contoh Tambahan Kini anda seharusnya berupaya membina ayat-ayat yang sempurna untuk menukarkan rangka anda menjadi perenggan yang kukuh. Sekadar pengukuhan, perhatikan satu lagi contoh penggunaan penanda wacana dan kata/frasa permulaan ayat bagi menghasilkan perenggan lengkap. Perhatikan tajuk karangan ini: Kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar petani di negara kita masih hidup dalam kemiskinan. Bincangkan sebab-sebab yang menyebabkan hal ini terjadi. Salah satu isi yang tepat untuk tajuk ini ialah Mereka masih mengamalkan kaedah pertanian tradisional. Sekiranya isi ini dikembangkan, kita akan memperoleh rangka seperti berikut: ISI ( PUNCA ) ALASAN UNTUK ISI Mereka masih mengamalkan kaedah pertanian tradisional - tinggal di kawasan pedalaman /tidak terdedah dengan kaedah moden - sudah biasa dengan kaedah amalan turun-temurun dan enggan berubah - tidak yakin dengan kaedah moden - tidak mampu memiliki peralatan moden yang mahal - hasil dan kualiti pengeluaran pertanian rendah - pendapatan rendah - terus dibelenggu kemiskinan

KESAN UNTUK ALASAN KESAN KESELURUHAN

Kini perhatikan penanda wacana dan kata/frasa permulaan ayat yang sesuai digunakan bagi setiap maklumat di dalam rangka ini: Faktor utama- Mereka masih mengamalkan kaedah pertanian tradisional Hal ini disebabkan - tinggal di kawasan pedalaman /tidak terdedah dengan kaedah moden Lagipun - sudah biasa dengan kaedah amalan turun-temurun dan enggan berubah Oleh yang demikian - tidak yakin dengan kaedah moden Tambahan pula - tidak mampu memiliki peralatan moden yang mahal Kesudahannya - hasil dan kualiti pengeluaran pertanian rendah Maka tidaklah menghairankan - pendapatan rendah Semua ini menyebabkan - terus dibelenggu kemiskinan Sekiranya dikarang, kita akan memperoleh satu perenggan yang amat indah dan mantap. Perhatikan contoh perenggan lengkap di bawah: Faktor utama yang menyebabkan sesetengah petani di negara kita masih hidup dalam kemiskinan adalah kerana mereka masih mengamalkan kaedah pertanian tradisional. Hal ini disebabkan kebanyakan petani ini, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, tidak terdedah kepada pelbagai kaedah moden yang wujud dalam dunia pertanian hari ini. Lagipun ada juga dalam kalangan mereka yang sudah bersebati dengan kaedah yang diamalkan sejak turun-temurun. Oleh yang demikian, mereka bukan sahaja tidak yakin dengan kaedah moden, tetapi juga enggan mengubah kaedah pegangan mereka. Tambahan pula kebanyakan petani ini tidak mampu memiliki peralatan moden yang sememangnya agak mahal itu. Kesudahannya hasil dan kualiti pengeluaran pertanian para petani ini terus berada pada paras yang rendah. Maka tidaklah menghairankan sekiranya pendapatan yang diperoleh oleh golongan ini juga amat rendah. Semua ini menyebabkan para petani ini terus dibelenggu kemiskinan

92

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

tihan La 1

Berikut merupakan beberapa perenggan lengkap daripada tajuk karangan yang berbeza. Lengkapkan perenggan tersebut dengan mengisi penanda wacana atau kata/frasa permulaan ayat yang sesuai

Punca Kesesakan Lalu Lintas 1. ......................................... yang menyebabkan masalah kesesakan di bandar-bandar kita terus menjadi-jadi sejak kebelakangan ini adalah kerana pertambahan bilangan kenderaan yang amat pesat. Kedudukan ekonomi negara kita yang mantap dan suasana politik kita yang stabil menyebabkan Malaysia kaya dengan peluang pekerjaan. 2. .................................... meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat kita. 3. ..................................... lebih ramai rakyat Malaysia hari ini mampu memiliki kenderaan peribadi dan tidak lagi terlalu bergantung kepada sistem pengangkutan awam. 4. ........................................... sistem jalan raya yang ada di bandar-bandar kita tidak berkembang selaras dengan peningkatan bilangan kenderaan. 5. .................................... ..... jalan-jalan tersebut tidak dapat menampung pertambahan kenderaan yang amat mendadak ini. 6. ......................... pergerakan kenderaan di bandar-bandar menjadi kurang lancar dan berakhir dengan kesesakan yang serius.

ihan Lat 2
Punca Keruntuhan Akhlak Remaja 1. ....................................... menyebabkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kita semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini adalah kerana ibu bapa kurang menitikberatkan didikan agama. 2. ................................... ibu bapa moden hari ini amat sibuk dengan urusan kerja dan mengabaikan aspek kerohanian dalam kehidupan mereka. 3. ............................................ kebanyakan ibu bapa juga terlalu ghairah memastikan kecemerlangan akademik anak-anak dan menganggap didikan agama tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap masa hadapan anak-anak. 4. ......................................... terdapat sesetengah ibu bapa sendiri yang kurang arif tentang suruhan serta pantang larang agama mereka dan tidak mampu mendidik anak-anak dalam soal tersebut. 5. ................................................., anak-anak yang berasal daripada keluarga sedemikian akan membesar tanpa sebarang nilai murni. Mereka juga tidak akan mempunyai sebarang prinsip atau pegangan hidup yang kukuh serta tidak mampu membezakan antara intan dan kaca. 6. ............................................ golongan ini mudah terjebak dalam pelbagai gejala sosial. 7. . ............................................... masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di negara kita terus meningkat dari setahun ke setahun.

93

ihan Lat 3
Kesan Penglibatan Pelajar dalam Kumpulan Haram 1. ............................................. terpaksa ditanggung oleh para pelajar yang melibatkan diri dengan kegiatan kumpulan haram ialah mereka akan hilang peluang untuk memperoleh pendidikan yang sempurna. 2. .................................... mereka akan terlalu sibuk dan asyik dengan urusan kumpulan mereka sehingga hilang tumpuan tehadap pelajaran. Pelajar-pelajar ini juga akan sentiasa ponteng sekolah. 3. ...................................... mereka tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh para guru. Mereka juga tidak akan berminat terhadap pengajaran guru dan tidak mampu menyiapkan pelbagai tugasan yang diamanahkan oleh guru. 4. ............................... sesetengah pelajar ini akan gagal dalam segala ujian atau peperiksaan yang dijalankan. 5. ............................................ dalam kalangan mereka yang akan meninggalkan dunia persekolahan tanpa menamatkan pengajian. 6. ..........................................., pelajar-pelajar ini akan meninggalkan bangku sekolah tanpa sebarang kelulusan atau kemahiran yang amat diperlukan dalam dunia pekerjaan hari ini. 7. ........................................ mereka akan menghadapi masalah besar untuk mendapatkan pekerjaan dan hidup melarat.

tihan La 4
Kesan Yang Timbul Kerana Enggan Menyertai Aktiviti Kokurikulum 1. ............................................. yang terpaksa dihadapi oleh pelajar-pelajar ini ialah mereka tidak akan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang sempurna. Tanpa kegiatan kokurikulum, pelajar-pelajar ini tidak berkesempatan untuk menyertai pelbagai aktiviti di luar bilik darjah. 2. ......................................... mereka kurang berpeluang untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka yang lain. 3. ......................................... mereka menjadi manusia yang kekok dalam pergaulan. 4. ................................. .... mereka juga akan menghadapi masalah untuk memahami perasaan dan pemikiran orang lain. 5. ......................................... ....., pelajar-pelajar ini juga tidak tahu cara untuk mengambil hati atau mendapatkan kerjasama orang lain bagi melaksanakan sesuatu tugasan. 6. .............................................. mereka tidak mungkin berupaya mengetuai sesuatu pasukan dengan sempurna. Anak-anak ini pasti akan menghadapi masalah besar apabila melangkahkan kaki ke dunia pekerjaan. Ketiadaan kemahiran berkomunikasi akan menyebabkan mereka tidak dapat memainkan peranan sebagai seorang anggota yang produktif dalam pasukan mereka.

94

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

tihan La 5
Permainan Tradisional (Pendahuluan) Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada koleksi permainan lama yang diwarisi daripada nenek-moyang kita. 1. ...................................... permainan-permaian ini merupakan sebahagian daripada warisan budaya bangsa yang tidak terkira nilainya. 2. ........................................... contoh permainan tradisional yang masih wujud dalam kalangan masyarakat kita sehingga ke hari ini ialah wau, gasing, congkah, batu seremban dan sepak raga. 3. ........................................ permainan-permainan ini jelas semakin disisihkan oleh masyarakat hari ini. 4. ....................................... dapat diperhatikan dengan ketara terutama sekali dalam kalangan generasi muda dan masyarakat kota. Rata-rata anggota masyarakat hari ini menganggap permainan-permainan ini hanya merupakan satu koleksi usang dan ketinggalan zaman. 5. ........................................ keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. 6. ................................................ untuk kerajaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menghidupkan semula permainan-permainan tersebut.

Find out on Afterschool.my

How to get scholarships?

95

Jawapan
Semua jawapan yang diberikan di sini merupakan cadangan semata-mata. Sebenanrya terdapat pelbagai pilihan lain yang boleh digunakan untuk setiap jawapan ini.

Latihan 1
1. Salah satu faktor/ Antara faktor 2. Hal ini seterusnya 3. Oleh itu / Hasilnya / Maka 4. Malangnya / Namun begitu / Walau bagaimanapun 5. Akibatnya / Kesudahannya / Pendek kata 6. Akibatnya / Kesudahannya / Pendek kata

Latihan 5
1. Sebenarnya / Sesungguhnya 2. Antara 3. Malangnya / Namun demikian / Walau bagaimanapun 4. Hal ini /Perkara ini / Fenomena ini / Gejala ini 5. Sudah tentu / Sudah pasti 6. Masanya sudah tiba

Latihan 2
1. Salah satu faktor yang 2. Kebanyakan 3. Selain itu / Tambahan pula / Lagipun / Di samping itu 4. Selain itu / Tambahan pula / Lagipun / Di samping itu 5. Hal ini menyebabkan / Akibatnya / Kesudahannya 6. Hal ini menyebabkan / Akibatnya / Kesudahannya 7. Itulah sebabnya / Akibatnya / Maka tidaklah menghairankan sekiranya

Latihan 3
1. Salah satu kesan yang 2. Hal ini disebabkan/ Perkara ini disebabkan 3. Selain itu / Seterusnya / Di samping itu 4. Akibatnya 5. Ada juga 6. Biasanya / Kesudahannya / Lazimnya / Akhirnya 7. Sebagai akibatnya / Kesudahannya

Latihan 4
1. Masalah / Satu masalah 2. Hal ini menyebabkan / Akibatnya / Perkara ini menyebabkan 3. Akibatnya / Kesudahannya 4. Selain itu / Di samping itu 5. Bukan itu sahaja / Tambahan pula / Lagipun 6. Semua ini menyebabkan / Pendek kata / Oleh yang demikian

96

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


PENUTUP KARANGAN
PENGENALAN
1. Penutup merupakan satu perenggan yang amat penting dalam sesebuah karangan.

SPM
ara n1 1

Pe

laj

2. Hal ini disebabkan, penutup, sebagai perenggan terakhir dalam hasil tulisan pelajar, merupakan peluang terakhir calon untuk memenangi hati pemeriksa. 3. Ada masanya perenggan ini boleh menjadi penentu dalam mengubah keputusan seseorang pemeriksa sama ada untuk menggagalkan atau meluluskan karangan tersebut. 3. Oleh itu, para pelajar harus mengubah persepsi negatif mereka terhadap penutup. Penutup tidak harus dipandang sebagai satu perenggan picisan yang tidak penting dan memadai jika disudahkan dengan beberapa ayat sebagai memenuhi syarat penulisan karangan.

KANDUNGAN PENUTUP
1. Sebuah penutup yang baik seharusnya berfungsi sebagai ruang untuk penulis menyimpulkan segala pandangan yang telah diutarakan sepanjang karangan. 2. Lebih daripada itu, penutup juga merupakan medan untuk penulis mengemukakan pandangan peribadinya tentang isu yang dikupas dalam karangan tersebut. 3. Selain itu, penutup juga menyediakan ruang kepada penulis untuk menyampaikan pesanan, mesej atau seruan kepada pihak yang terlibat agar membetulkan sesuatu kepincangan yang telah dibicarakan dalam karangan tersebut.

TEKNIK MEMBINA PENUTUP


Dalam pelajaran ini anda akan dipandu untuk membina perenggan penutup yang menarik dan berkesan. Sebuah perenggan penutup harus mempunyai tiga komponen penting di dalamnya iaitu MENYIMPULKAN SKOP, PANDANGAN PERIBADI dan MESEJ. Ketiga-tiga komponen tersebut harus disusun seperti berikut: MENYIMPULKAN SKOP ................................................................... PANDANGAN PERIBADI .................................................................... MESEJ Seterusnya perhatikan maksud ketiga-tiga komponen tersebut: MENYIMPULKAN SKOP - Nyatakan lingkungan skop yang telah anda sentuh dalam karangan anda. Sekiranya anda telah menghuraikan punca-punca sesuatu isu maka katakan bahawa Demikianlah antara punca yang menyebabkan .......... Sekiranya anda telah menghuraikan langkah, maka katakan bahawa Demikianlah antara usaha yang boleh dilakukan untuk .......

97

PANDANGAN PERIBADI MESEJ

Di sini anda perlu memberikan persepsi peribadi anda tentang isu dalam tajuk tersebut. Sebenarnya tujuan sebenar seseorag itu menghasilkan sesuatu wacana/karangan adalah untuk mendidik masyarakat pembaca. Oleh itu, sesebuah karangan tidak akan bermakna sekiranya anda tidak menyampaikan mesej, seruan atau peringatan pada penghujung tulisan anda.

Perhatikan tajuk ini: Permainan tradisional di negara kita jelas semakin disisihkan oleh masyarakat hari ini. Pada pendapat anda apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi membaiki keadan tersebut? Analisis Tajuk Bagi Membina Penutup: MENYIMPULKAN SKOP PANDANGAN PERIBADI MESEJ -Demikianlah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi .... -Permainan tradisional sesuatu yang istimewa -Kita harus mempertahankan permainan ini

Oleh itu susunan idea untuk penutup anda seharusnya berbentuk seperti berikut: MENYIMPULKAN SKOP PANDANGAN PERIBADI - Demikianlah antara usaha yang harus dilakukan oleh kerajaan untuk menghidupkan semula - Permainan trad. tidak harus dianggap usang - harus disanjung - sebahagian daripada warisan budaya - mencerminkan ketinggian kreativiti masyarakat silam - harus berganding bahu mempertahankannya - jangan biarkannya pupus

MESEJ

Seterusnya anda hanya perlu membina ayat-ayat lengkap berdasarkan huraian di atas bagi menghasilkan sebuah perenggan penutup yang menarik. Perhatikan contoh penutup lengkap yang terhasil PERENGGAN PENUTUP YANG LENGKAP Demikianlah antara usaha yang harus dilakukan oleh kerajaan untuk menghidupkan semula permainan tradisional di negara kita yang jelas semakin pudar. Sebenarnya permainan tradisional tidak harus dianggap sebagai satu peninggalan usang atau ketinggalan zaman. Sebalinya koleksi ini harus disanjung sebagai sebahagian daripada warisan budaya bangsa yang amat bernilai. Lebih daripada itu, permainan-permainan ini juga mencerminkan ketinggian daya kreativiti dan seni masyarakat silam yang telah menghasilkannya. Oleh itu adalah menjadi kewajiban semua pihak di negara ini untuk berganding bahu bagi mempertahankan warisan silam ini. Kerajaan dan masyarakat tidak harus cuai dalam soal ini dan membiarkan khazanah ini pupus begitu sahaja.

98

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Seterusnya perhatikan satu lagi tajuk:

SPM

Tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar hari ini tidak meminati aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kita. Jelaskan mengapa hal ini terjadi. Analisis Tajuk Bagi Membina Penutup: MENYIMPULKAN SKOP PANDANGAN PERIBADI MESEJ Demikianlah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar hari ini tidak ....... Aktiviti kokurikulum penting demi masa depan pelajar Masyarakat dan pelajar harus memberikan perhatian serius terhadap aktiviti kokurikulum - Demikianlah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar tidak meminati - Aktiviti kokurikulum tidak harus dipandang remeh - Pencapaian akademik sahaja tidak mencukupi - Pelbagai kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti kokurikulum juga penting - Masyarakat harus mengikis pandangan negatif terhadap aktiviti kokurikulum - Ibu bapa/pelajar harus memberikan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti ini

MENYIMPULKAN SKOP PENDANGAN PERIBADI

MESEJ

Sekiranya anda mengarang dengan menggunakan rangka di atas, anda seharusnya memperoleh sebuah perenggan penutup seperti berikut: PERENGGAN PENUTUP LENGKAP Demikianlah faktor-faktor yang menyebabkan sebahagian besar pelajar hari ini tidak meminati aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kita. Sebenarnya aktiviti kokurikulum tidak harus dipandang remeh atau sebagai satu kegiatan yang kurang penting. Para pelajar harus sedar bahawa pencapaian akademik sahaja tidak mencukupi untuk menghadapi pelbagai cabaran yang menanti di dunia luar. Pelbagai kemahiran tambahan yang boleh dipelajari melalui aktiviti kokurikulum juga amat penting bagi membentuk perwatakan mereka dan seterusnya menyediakan bekalan bagi meniti zaman selepas meninggalkan bangku persekolahan. Oleh yang demikian, masyarakat perlu mengikis pandangan negatif mereka terhadap aktiviti kokurikulum. Para ibu bapa dan pelajar terutamanya harus memahami kepentingan aktiviti-aktiviti ini dan memberikan sokongan bagi menjayakannya.

99

ihan Lat 1
Salah satu masalah sosial yang masih berterusan di negara kita hari ini ialah penderaan kanak-kanak. Setiap tahun ratusan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa keganasan golongan dewasa yang tidak bertanggungjawab. Berikan pandangan anda untuk membendung masalah ini. MENYIMPULKAN SKOP PANDANGAN PERIBADI 1............................................ 1....................................................... 2....................................................... 3......................................................... 4......................................................... 1...........................................................

MESEJ

tihan La 2
Sejak kebelakangan ini kerajaan kita amat menekankan sektor perindustrian. Pada pendapat anda mengapakah kerajaan berbuat demikian? MENYIMPULKAN SKOP PANDANGAN PERIBADI 1............................................ 1....................................................... 2....................................................... 3......................................................... 4......................................................... 1...........................................................

MESEJ

100

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

ihan Lat 3
Kajian yang dijalankan oleh kerajaan menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang tercicir sebelum menamatkan tingkatan lima di negara kita terus meningkat dari setahun ke setahun. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan hal ini terjadi. MENYIMPULKAN SKOP PANDANGAN PERIBADI 1............................................ 1....................................................... 2....................................................... 3......................................................... 4......................................................... 1...........................................................

MESEJ

tihan La 4
Sesetengah flora dan fauna di negara kita dikatakan berada dalam bahaya kepupusan. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan hal ini terjadi. Seterusnya berikan cadangan bagi mengatasi masalah ini. MENYIMPULKAN SKOP PANDANGAN PERIBADI 1............................................ 1....................................................... 2....................................................... 3......................................................... 4......................................................... 1...........................................................

MESEJ

101

ihan Lat 5
Merempit, melepak, kongsi gelap, membuli dan penglibatan dalam jenayah merupakan antara masalah yang seolah-olah sudah bersebati dengan anak-anak muda di negara kita pada hari ini. Pada pendapat anda apakah peranan yang harus dipikul oleh ibu bapa bagi membendung segala masalah ini? MENYIMPULKAN SKOP PANDANGAN PERIBADI 1............................................ 1....................................................... 2....................................................... 3......................................................... 4......................................................... 1...........................................................

MESEJ

How to get scholarships?- Find out on Afterschool.my

102

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

Jawapan
Latihan 1
MENYIMPULKAN SKOP PANDANGAN PERIBADI MESEJ Demikian usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi membendung masalah penderaaan kanak-kanak di negara kita - satu tindakan tidak berperikemanusiaan tidak kira apa sekalipun alasannya - tidak harus dibiarkan - semua pihak harus bekerjasama untuk membendung gejala ini - kita tidak harus mendiamkan diri melihat kekejaman terhadap kanak- kanak

Latihan 2
MENYIMPULKAN SKOP PANDANGAN PERIBADI Demikianlah antara faktor yang menyebabkan kerajaan kita amat menekankan sektor perindustrian - Kemajuan sektor perindustrian menjadi petunjuk pencapaian negara - Bidang ini akan meningkatkan taraf penduduk dan melonjakkan imej kita di mata dunia - Akan memberikan kita tempat yang tersendiri di persada dunia - Sebagai rakyat Malaysia kita harus menyediakan diri untuk menghadpi cabaran dunia perindustrian - Hanya kerjasama padu daripada rakyat sahaja dapat menempatkan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang maju

MESEJ

Latihan 3
MENYIMPULKAN SKOP Demikianlah faktor-faktor yang menyebabkan bilangan pelajar yang tercicir sebelum menamatkan alam persekolahan terus meningkat dari setahun ke setahun - Usia remaja amat penting bagi manusia - Pada usia inilah seseorang harus menimba ilmu sebagai bekalan hidup - Kegagalan berbuat demikian akan meninggalkan kesan yang amat parah pada masa hadapan - Oleh itu semua pihak harus memandang serius akan isu ini - Ibu bapa harus memastikan anak-anak menamatkan pengajian mereka.

PANDANGAN PERIBADI

MESEJ

Latihan 4
MENYIMPULKAN SKOP PANDANGAN PERIBADI Demikianlah antara usaha yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kepupusan flora dan fauna di negara kita - Flora dan fauna menjadi sebahagian daripada kehidupan kita - Menjadi kebanggaan bersama - Warisan negara yang tidak terkira nilainya - Menjadi tanggungjawab bersama untuk mempertahankannya - Kita tidak harus leka dalam hal ini - Dalam keghairahan mengejar pembangunan, janganlah kita mengorbankan khazanah yang amat berharga ini

MESEJ

103

Latihan 5
MENYIMPULKAN SKOP PANDANGAN PERIBADI Demikianlah peranan yang harus dipikul oleh ibu bapa bagi membendung pelbagai masalah yang berkaitan dengan remaja hari ini. - Permasalahan remaja tidak harus dipandang remeh semata-mata kerana usia mereka yang muda - Kita harus sedar bahawa golongan inilah yang bakal menentukan masa depan dan hala tuju negara - Oleh itu semua pihak harus memandang serius akan permasalahan yang melibatkan remaja - Semua pihak harus berganding bahu bagi menyelamatkan anak-anak muda kita daripada kehancuran

MESEJ

Not sure what course to study?Ask the Afterschool.my team

104

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


JENIS-JENIS KARANGAN BERBEZA ( FORMAT )
PENGENALAN

SPM
ara n1 2

Pe

laj

1. Seorang calon SPM harus memiliki pengetahuan yang secukupnya tentang bentuk-bentuk karangan yang berbeza. 2. Dengan kata lain, calon harus sedar bahawa bentuk karangan berbeza perlu ditulis dengan format berbeza.

3. Kesilapan dalam format karangan pasti akan menjejaskan markah tidak kira betapa tepat sekalipun isi atau hujah yang disampaikan. 4. Terlebih dahulu anda harus sedar bahawa karangan boleh dikategorikan kepada DUA bentuk utama yakni, Jenis Berformat dan Jenis Tidak Berformat. A. JENIS BERFORMAT i. Ucapan - Ucapan Pertandingan - Ucapan Bukan Pertandingan ii. Surat Kiriman - Surat Kiriman Rasmi - Surat Kiriman Tak Rasmi iii. Laporan - Laporan Peristiwa - Laporan Tahunan iv. Perbahasan - Perbahasan Pertandingan v. Forum vi. Rencana vii. Wawancara B. JENIS TIDAK BERFORMAT i. ii. iii. iv. iv. v. vi. Huraian Perbincangan Ulasan Bahaskan Peribahasa Gambaran Keperihalan

BENTUK KARANGAN TERPILIH (POPULAR) (JENIS BERFORMAT) Dalam pelajaran ini anda akan dipandu untuk menepati format beberapa jenis karangan yang popular.

105

1. UCAPAN
Terdapat dua jenis soalan ucapan, iaitu ucapan jenis pertandingan dan ucapan jenis bukan pertandingan. Perhatikan format keduadua jenis karangan ini. Ucapan Jenis Pertandingan Contoh Soalan Anda merupakan salah seorang peserta dalam satu pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah Kepentingan Bahasa Melayu Bagi Rakyat Malaysia. Sediakan syarahan anda dengan selengkapnya. Rangka Format Kata Alu-aluan - Terima kasih tuan pengerusi majlis - Barisan hakim yang arif lagi bijaksana - Namakan tetamu-tetamu lain - Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk .. Pengenalan Berikan penjelasan ringkas tentang kata-kata kunci dalam tajuk - Bahasa Melayu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan - Menggantikan bahasa Inggeris yang digunakan sebelum kemerdekaan - Diterima baik oleh semua rakyat negara ini Isi 1 (Kepentingan 1) Bahasa perpaduan menyatupadukan rakyat negara ini Isi 2 (Kepentingan 2) Memberikan identiti/ menjadi kebanggaan rakyat Malaysia Isi 3 (Kepentingan 3) Sistem pendidikan di negara kita dilaksanakan dalam Bahasa Melayu Isi 4 (Kepentingan 4) Penting untuk berurusan dengan jabatan kerajaan Penutup - Bahasa yang amat penting untuk rakyat Malaysia - Kehidupan tidak akan sempurna tanpa penguasaan bahasa ini - Oleh itu sama-samalah kita berusaha untuk mempelajari bahasa ini - Masa tidak mengizinkan - Memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kekasaran bahasa atau kata sepanjang ucapan saya sebentar tadi - Sekian, terima kasih

106

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Ucapan Jenis Bukan Pertandingan

SPM

Contoh Soalan Anda merupakan seorang pegawai pendidikan yang telah dijemput ke sebuah sekolah sempena Minggu Bahasa sekolah sekolah berkenaan. Anda juga telah diminta menyampaikan satu ceramah yang bertajuk Kepentingan Bahasa Melayu untuk Rakyat Malaysia. Sediakan teks ucapan anda itu dengan selengkapnya. Rangka Format (Perbezaan dengan ucapan jenis pertandingan telah digariskan) Kata Alu-aluan - Terima kasih tuan pengerusi majlis - (Tidak perlu sebut hakim) - Namakan tetamu-tetamu lain - Ucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah dijemput - Pada pagi ini saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk .. Pengenalan Berikan penjelasan ringkas tentang kata-kata kunci dalam tajuk - Bahasa Melayu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan - Menggantikan bahasa Inggeris yang digunakan sebelum kemerdekaan - Diterima baik oleh semua rakyat negara ini Isi 1 (Kepentingan 1) Bahasa perpaduan menyatupadukan rakyat negara ini Isi 2 (Kepentingan 2) Memberikan identiti/ menjadi kebanggaan rakyat Malaysia Isi 3 (Kepentingan 3) Sistem pendidikan di negara kita dilaksanakan dalam Bahasa Melayu Isi 4 (Kepentingan 4) Penting untuk berurusan dengan jabatan kerajaan Penutup - Bahasa yang amat penting untuk rakyat Malaysia - Kehidupan tidak akan sempurna tanpa penguasaan bahasa ini - Berikan nasihat kepada pendengar - Bahasa Melayu ialah satu-satunya bahasa kebangsaan kita - Tidak harus pandang remeh - Setiap individu harus berusaha mempelajarinya - Jangan agung-agungkan bahasa asing dan abaikan bahasa kita - (Tidak perlu sebut masa tidak mengizinkan) - Memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kekasaran bahasa atau kata sepanjang ucapan saya sebentar tadi - Sekian, terima kasih

107

2. SURAT KIRIMAN
Terdapat dua jenis surat kiriman yang berbeza iaitu Surat Kiriman Rasmi dan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Surat Kiriman Rasmi


Contoh Soalan Anda merupakan seorang bapa kepada seorang pelajar di sekolah rendah. Anda tidak berpuas hati dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan kantin sekolah anak anda itu. Maklumkan perkara tersebut kepada Guru Besar sekolah berkenaan. Rangka Format Alamat Sendiri

Alamat Penerima Tuan, Aduan: Kantin Sekolah Pengenalan (Kenalkan diri anda dan isu) - Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya merupakan bapa kepada seorang murid tahun 3 di sekolah tuan - Di sini saya ingin membawa kepada perhatian tuan beberapa masalah yang berkaitan dengan kantin sekolah ini Isi 1 Harga makanan terlalu mahal Isi 2 Tiada pilihan makanan yang sama setiap hari Isi 3 Makanan kurang selalu habis Isi 4 Penyediaan makanan kurang bersih anak selalu sakit perut Penutup (Nyatakan harapan anda) - Besarlah harapan saya yang aduan ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan -Untuk segala kerjasama tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih Sekian, terima kasih. Yang benar, (Nama) * Sekiranya urusan rasmi yang lain perlu tulis jawatan

Tarikh

108

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Surat Kiriman Tidak Rasmi

SPM

Contoh Soalan Seorang sahabat anda yang berada di luar negara sedang menimbangkan kemungkinan untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Beliau inginkan maklumat lebih lanjut tentang hal tersebut. Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda itu dan jelaskan kedudukan Malaysia sebagai pusat pendidikan antarabangsa. Rangka Format

Nama & Alamat Sendiri

Tarikh

Tuan, Aduan: Kantin Sekolah Pengenalan (Kenalkan diri anda dan isu) - Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya merupakan bapa kepada seorang murid tahun 3 di sekolah tuan - Di sini saya ingin membawa kepada perhatian tuan beberapa masalah yang berkaitan dengan kantin sekolah ini Isi 1 Harga makanan terlalu mahal Isi 2 Tiada pilihan makanan yang sama setiap hari Isi 3 Makanan kurang selalu habis Isi 4 Penyediaan makanan kurang bersih anak selalu sakit perut Penutup (Nyatakan harapan anda) - Besarlah harapan saya yang aduan ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan -Untuk segala kerjasama tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih Sekian, terima kasih. Yang benar, (Nama) * Sekiranya urusan rasmi yang lain perlu tulis jawatan

109

3. LAPORAN
Terdapat dua jenis bentuk laporan yang perlu anda ketahui iaitu Laporan Peristiwa dan juga Laporan Tahunan. Perhatian rangka untuk kedua-dua format tersebut.

Laporan Peristiwa
Contoh Soalan Baru-baru ini Kelab Interak sekolah anda telah mengadakan satu lawatan ke sebuah rumah anak yatim. Selaku setiausaha kelab, anda dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap tentang aktiviti tersebut. Rangka Format Laporan Lawatan Ke Rumah Anak-anak Yatim Bakti Insan, Kelab Interak, SMK Bukit Mewah Guru Penasihat : Pengerusi : Setiausaha : Bendahari : En. Syukri bin Jasin Saudara Elmi bin Aziz Saudari Rani A/P Sashi Saudara Lim Kam Chong

Ahli-ahli Jawatankuasa 1. Saudara Daniel Wong Sai lak 2. Saudara Madurai A/L Pandian 3. Saudari Asmizah binte Shamsuddin 4. Saudari Siti Maizun binte Hashim Pengenalan Maklumat am tentang lawatan (tulis dalam bentuk perenggan) - tarikh - masa - yuran - bilangan peserta - guru pengiring - kenderaan Isi 1 Tujuan lawatan - memberi kesedaran kepada ahli tentang penderitaan orang lain - menyemaikan nilai kesyukuran - menyemaikan nilai membantu orang yang menderita Isi 2 Di rumah anak yatim - Apa yang dapat diperhatikan Isi 3 Di rumah anak yatim - Mendengar penerangan tentang penyelenggaraan rumah tersebut daripada pengurusnya Isi 4 Di rumah anak yatim - Menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran Isi 5 Di rumah anak yatim Menjalankan aktiviti permainan bersama kanak-kanak di situ

110

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Penutup - Aktiviti telah berjaya mencapai matlamatnya - Ahli persatuan memperoleh banyak manfaat - Terima kasih kepada guru pengiring Laporan disediakan oleh , .. (Rani A/P Sashi) Setiausaha Kelab Interak

SPM

15 SEPTEMBER 2010

Laporan Tahunan
Di sini anda tidak harus berfokus kepada satu aktiviti sahaja. Sebaliknya anda harus memberikan butiran ringkas untuk beberapa aktiviti. Anda harus memperuntukkan satu perenggan untuk satu aktiviti. Contoh Soalan Anda merupakan setiausaha Persatuan Sejarah sekolah anda. Sediakan satu laporan lengkap segala aktiviti persatuan tersebut untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan persatuan tersebut. Rangka Format Laporan Tahunan Persatuan Sejarah Sek. Men. Kebangsaan Sungai Dua 2010 Guru Penasihat : Pengerusi : Setiausaha : Bendahari : En. Krishnan A/L Ramu Saudara Zaidi bin Salim Saudari Lim Guat Hong Saudara Manoharan A/L Jegathesan

Ahli-ahli Jawatankuasa 1. Saudara Elman bin Ainuddin 2. Saudara Joseph Tay 3. Saudari Kalthom binte Zainal 4. Saudari Pushpa A/P Doraisamy Pengenalan Berikan maklumat am tentang persatuan tersebut (dalam bentuk perenggan) - bila ditubuhkan - siapa yang asaskan - bilangan ahli - objektif Sepanjang tahun 2010 persatuan ini telah menjalankan lima aktiviti bagi mencapai objektif tersebut Isi 1 i. Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka (Tulis dan gariskan setiap aktiviti/berikan nombor) - tarikh - tujuan - bilangan peserta - guru pengiring - kenderaan - bayaran - tempat yang dilawati Isi 2 ii. Kuiz Sejarah

111

- tarikh - tujuan - bilangan peserta - jenis soalan - pemenang - jenis hadiah Isi 3 iii. Pameran Sejarah - tarikh - tempat - tujuan - siapa merasmikan - apa yang dipamerkan Isi 4 iv. Ceramah Teknik Menjawab Soalan Sejarah - tarikh - tempat - tujuan - kumpulan sasaran - siapa penceramah - aspek yang disentuh Isi 5 v. Melukis Mural - tarikh - pelajar yang terlibat - tujuan - tempat dilukis - apa yang dilukis - kos yang terlibat - sumber kewangan Penutup - Semua aktiviti telah dapat dijalankan dengan jayanya - Terima kasih kepada ahli-ahli persatuan yang telah bekerjasama untuk menjayakan semua aktiviti tersebut - Terima kasih kepada guru penasihat yang telah membimbing - Harap kerjasama yang sama akan berterusan pada tahun-tahun akan datang Laporan disediakan oleh . Lim Guat Hong Setiausaha Persatuan Sejarah SMK Sungai Dua 17 SEPTEMBER 2010

112

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


4. WAWANCARA

SPM

Sebenarnya tidak terdapat sebarang kaedah khusus untuk menulis sesebuah wawancara. Wawancara merujuk kepada perbualan atau dialog antara dua orang individu berdasarkan sesuatu tajuk yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa petua yang harus diingati semasa menulis karangan wawancara. Petua-petua tersebut ialah: a. Perhatikan kehendak soalan pada tajuk yang diberikan. Seterusnya pastikan orang kedua (orang yang ditemu bual) memberikan jawapan untuk soalan tersebut. b. Pastikan orang pertama (orang yang menemu bual) mengemukakan soalan-soalan yang akan mendorong orang kedua menge mukakan idea yang dapat menjawab kehendak tajuk karangan tersebut. c. Pastikan penemu bual kurang bercakap. Berikan tumpuan kepada jawapan yang dikemukakan oleh orang kedua (orang yang ditemu bual). d. Mulakan wawancara dengan kata-kata sapaan yang sesuai. Begitu juga akhiri wawancara dengan sopan. Contoh Soalan Anda merupakan editor majalah sekolah. Anda telah ditugaskan untuk menemu bual seorang bekas pengetua untuk mendapatkan pandangan beliau tentang pelbagai masalah yang berkaitan dengan remaja hari ini. Sediakan wawancara anda dengan selengkapnya. Rangka Format Mulakan dengan satu pengenalan ringkas sperti berikut: Pada 15 Julai 2010 saya telah menemu bual Tuan Haji Daud bin Zakri, iaitu bekas pengetua SMK Padang Tinggi bagi mendapatkan pandangan beliau tentang pelbagai masalah yang berkaitan dengan remaja hari ini. Walaupun telah bersara daripada profesion perguruan pada tahun 2006, namun Tuan Haji Daud masih bergiat aktif dalam pelbagai badan yang berkaitan dengan remaja. Berikut merupakan hasil temu bual saya dengan beliau. Editor : Berikan salam Nyatakan tujuan Balas salam Nyatakan kesanggupan untuk memberikan pandangan Apa punca utama pelbagai permasalahan remaja hari ini? (Jawapan beliau akan menjadi Isi 1) - kurangnya pengawasan ibu bapa - kurang didikan agama - tidak tahu membezakan baik/buruk Jadi bagi Tuan Haji, ibu bapalah yang bertanggungjawab terhadap segala permasalahan remaja hari ini. (Jawapan beliau akan menjadi Isi 2) - tidak juga - ada juga faktor-faktor lain - pengaruh rakan sebaya juga satu sebab - media terutamanya filem juga menjadi satu faktor Apakah kesannya jika hal ini tidak dibendung? (Jawapan beliau akan menjadi Isi 3) - negara akan kekurangan tenaga muda - nilai-nilai murni kita akan terhakis - imej negara akan terjejas

Tn. Haji : Editor :

Tn. Haji :

Editor

Tn. Haji :

Editor

Tn. Haji :

113

Editor

Apakah yang harus dilakukan oleh ibu bapa? (Jawapan beliau akan menjadi Isi 4) - harus memberikan kasih sayang yang secukupnya - harus berikan didikan agama - harus awasai aktiviti harian - harus kenali rakan-rakan mereka Saya percaya bukan hanya ibu bapa sahaja yang bertanggungjawab dalam hal ini. Apa pendapat Tuan Haji? (Jawapan beliau akan menjadi Isi 5) - benar sekali - bukan hanya ibu bapa - pihak sekolah juga harus mengawal disiplin remaja - masyarakat juga harus sensitif terhadap sikap remaja - Ucapkan terima kasih - Nyatakan harapan segala maklumat itu akan berguna untuk masyarakat - Ucapkan terima kasih kembali kerana peluang yang diberi - Nyatakan harapan yang pandangannya sedikit-sebanyak akan membantu ibu bapa dan pelajar

Tn. Haji :

Editor

Tn. Haji :

Editor

Tn. Haji :

5. RENCANA Karangan rencana boleh ditulis sebagai sebuah karangan huraian biasa. Perhatikan tajuk dengan teliti. Sekiranya skop telah dinyatakan pada tajuk seperti punca, kesan atau langkah, maka hanya berikan isi untuk skop tersebut. Sebaliknya jika anda diminta memberikan pandangan tentang tentang sesuatu isu (skop terbuka), maka berikan ulasan yang meliputi pelbagai aspek seperti punca, kesan, kebaikan, keburukan , pihak yang bertanggungjawab dan sebagainya. Pastikan anda menulis tajuk (gariskan) dan nama penulis sebelum memulakan karangan anda. BENTUK KARANGAN TERPILIH ( POPULAR ) ( JENIS TIDAK BERFORMAT ) Karangan tidak berformat merujuk kepada penulisan yang tidak mempunyai sebarang format yang khusus. Karangan-karangan ini boleh ditulis dalam bentuk huraian biasa. Antara karangan yang termasuk dalam kategori ini ialah: i. ii. iii. iv. iv. v. vi. Huraian Perbincangan Ulasan Bahaskan Peribahasa Gambaran Keperihalan

Namun begitu, ini bukanlah bermakna karangan jenis ini boleh ditulis dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya anda tetap perlu tunduk kepada pelbagai kaedah yang mencirikan karangan-karangan tersebut. Seterusnya anda akan dipandu untuk mendekati beberapa jenis karangan yang sering menimbulkan kesulitan kepada calon. 1. PERBINCANGAN Istilah Perbincangan dalam tajuk karangan boleh membawa pelbagai maksud bergantung kepada cara istilah tersebut digunakan. Perhatikan beberapa contoh tajuk karangan perbincangan dan cara mendekatinya.

114

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Tajuk 1

SPM

Sejak kebelakangan ini kerajaan memberikan perhatian yang lebih berat terhadap bidang perindustrian berbanding dengan bidang pertanian. Bincangkan kepentingan bidang perindustrian terhadap negara. Rangka Format Istilah Bincangkan di sini tidak membawa sebarang makna khusus. Bincangkan dalam konteks ini hanya bermaksud huraikan atau terangkan sahaja. Oleh itu anda boleh menulis karangan ini sebagai huraian biasa. Pendahuluan - Asalnya Malaysia negara pertanian - Kini telah beralih ke sektor perindustrian - Perindustrian membawa banyak manfaat kepada negara Isi 1 Kepentingan 1 Menyediakan peluang pekerjaan Isi 2 Kepentingan 2 Memberikan pendapatan yang lebih besar kepada negara berbanding sektor pertanian Isi 3 Kepentingan 3 Membasmi kemiskinan penduduk desa yang dulu bergantung kepada sektor peranian Isi 4 Kepentingan 4 Ekonomi negara stabil kerana pendapatan daripada sektor perindustrian tetap Isi 5 Kepentingan 5 Mengangkat imej negara sebagai negara maju Penutup Sektor perindustrian amat penting untuk negara Tajuk 2 Walaupun pada asalnya Malaysia merupakan sebuah negara pertanian, namun kini kerajaan kita lebih menekankan sektor perindustrian. Sebenarnya sektor perindustrian membawa lebih banyak kebaikan kepada negara kita berbanding dengan sektor pertanian. Bincangkan. Rangka Format Istilah Bincangkan dalam konteks ini pula membawa maksud hujah menyokong (pro) dan membangkang (kontra) pernyataan yang dikemukakan dalam tajuk. Oleh itu anda perlu memberikan isi-isi untuk membuktikan kelebihan sektor perindustrian untuk negara dan juga isi-isi untuk membuktikan sektor pertanian juga tidak kurang pentingnya. Perhatikan rangka di bawah Pendahuluan - Asalnya Malaysia negara pertanian - Kini telah beralih ke sektor perindustrian - Sebenarnya kedua-dua sektor ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri

Isi 1 Kepentingan Sektor Perindustrian 1 (Pro) Menyediakan peluang pekerjaan

115

Isi 2 Kepentingan Sektor Perindustrian 2 (Pro) Memberikan pendapatan yang lebih besar kepada negara berbanding sektor pertanian Isi 3 Kepentingan Sektor Perindustrian 3 (Pro) Membasmi kemiskinan penduduk desa yang dulu bergantung kepada sektor peranian Isi 4 Kebaikan Sektor Pertanian 1 (Kontra) - Namun ini tidaklah bermakna sektor pertanian kurang penting - Sektor ini juga memberikan sumbangannya yang tersendiri terhadap negara - Salah satu kepentingannya ialah menjamin pendapatan penduduk desa yang tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan lain Isi 5 Kebaikan Sektor Pertanian 2 (Kontra) - Menjamin sumber makanan rakyat Malaysia Isi 6 Kebaikan Sektor Pertanian 3 (Kontra) - Mengurangkan perbelanjaan kerajaan kurang import bahan makanan Penutup - Jelaslah kedua-dua sektor ini penting untuk negara - Kerajaan harus memberikan perhatian yang seimbang terhadap kedua-duanya Maklumat tambahan 1. Anda tidak semestinya memberikan isi yang seimbang (3 + 3) untuk pro dan kontra. Anda juga boleh berpihak kepada salah satu aspek. Sebagai contoh anda boleh memberikan tiga isi untuk kebaikan sektor perindustrian dan dua isi untuk kebaikan sektor pertanian. Jika anda berbuat demikian, maka pada bahagian penutup anda harus menegaskan bahawa sememangnya sektor perindustrian adalah lebih penting daripada sektor pertanian. 2. ULASAN Ulasan merujuk kepada aktiviti memberikan komen atau pandangan keseluruhan tentang sesuatu isu/hal/perkara. Biasanya soalan SPM akan meminta anda mengulas sesebuah buku, drama atau sesuatu isu. Setiap kali berhadapan dengan soalan jenis ulasan, anda perlu ingat bahawa anda dikehendaki memberikan pandangan daripada pelbagai sudut. Contoh Tajuk Sebagai ketua pusat sumber sekolah, anda diminta menulis ulasan sebuah novel untuk dimuatkan dalam Buletin Perpustakaan sempena Minggu Membaca sekolah anda. Sediakan satu ulasan yang lengkap untuk sebuah novel terpilih. Peringatan Karangan jenis ini bertujuan untuk menguji kebolehan calon menepati format ulasan dan bukannya pengetahuan tentang karya yang telah dibaca. Oleh itu anda boleh mereka/mencipta sebuah novel imaginasi. Rangka Format Pendahuluan Berikan maklumat umum tentang karya: - Tajuk - Nama pengarang - Tahun terbitan - Nama penerbit - Bilangan m/s

116

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


- Anugerah yang pernah dimenangi Sinopsis Berikan sinopsis cerita secara ringkas. Nyatakan watak-watak utama dan klimaks cerita dengan jelas Tema dan Persoalan Nyatakan tema dan beberapa persoalan yang dibawakan oleh pengarang Mesej Nyatakan pesanan, peringatan dan seruan yang dapat dikutip daripada cerita ini Kekuatan Apakah keistimewaan karya ini? Contoh: - perwatakannya sangat realistik - pengarang membangunkan watak-watak seperti manusia biasa - mereka menunjukkan perasaan dan beraksi seperti manusia biasa - menjadikan cerita amat hidup Kelemahan Apakah kekurangan karya ini? Contoh: - pengarang banyak menggunakan kata-kata Inggeris - mungkin kerana sesetengah wataknya berpendidikan tinggi - namun keterlaluan - menjejaskan keaslian cerita Kesimpulan - Secara keseluruhannya sebuah karya yang baik - Banyak unsur pengajaran yang boleh dijadikan pedoman - Sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat 3 BAHASKAN

SPM

Istilah bahaskan tidak harus dikelirukan dengan istilah perbahasan. Perbahasan merujuk kepada pertandingan debat dan harus dikarang dalam format ucapan. Bahaskan pula merupakan karangan huraian biasa. Perbezaan antara karangan huraian biasa dengan karangan bahaskan ialah dalam karangan bahaskan anda hanya boleh memberikan pandangan daripada satu sudut sahaja. Sebagai contoh, sekiranya anda berpendapat sesuatu perkara itu membawa kebaikan, maka keseluruhan karangan anda harus berfokus kepada kebaikan sahaja. Sebaliknya sekiranya anda perpendapat sesuatu perkara itu membawa keburukan, maka keseluruhan karangan anda harus mengemukakan keburukan sahaja. Contoh Tajuk Kehadiran warganegara asing meninggalkan pelbagai implikasi terhadap masyarakat dan negara kita. Bahaskan pernyataan tersebut. Rangka Format

Pilihan 1( Implikasi Positif)


Pendahuluan - Malaysia pesat membangun - Banyak peluang pekerjaan - Ribuan warganegara asing masuk ke negara ini - Terutamanya dari negara-negara jiran - kehadiran mereka membawa banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara Isi 1 Mereka mengisi keperluan tenaga kerja di negara kita

117

Isi 2 Mereka bekerja sebagai pembantu rumah memberikan lebih banyak masa untuk ibu bapa mendampingi anak-anak Isi 3 Kerajaan dapat menyediakan infrastuktur yang lebih baik - kerana cukup tenaga kerja untuk membinanya Isi 4 Mereka menambahkan pasaran untuk barangan tempatan Penutup Jelaslah mereka membawa banyak kebaikan

Pilihan 2 (Implikasi Negatif)


Pendahuluan - Malaysia pesat membangun - Banyak peluang pekerjaan - Ribuan warganegara asing masuk ke negara ini - Terutamanya dari negara-negara jiran - kehadiran mereka membawa banyak keburukan kepada masyarakat dan negara Isi 1 Mereka merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan mengakibatkan pengangguran Isi 2 Membina petempatan haram mewujudkan kawasan setinggan Isi 3 Melakukan pelbagai jenayah Isi 4 Bersaing dengan rakyat tempatan untuk kemudahan awam Isi 5 Menghantar wang kita ke negara mereka nilai mata wang Ringgit jatuh Penutup Jelaslah kehadiran mereka menimbulkan pelbagai masalah 4. PERIBAHASA Terdapat dua jenis soalan karangan peribahasa: a. Huraian Maksud. Anda akan diminta memberikan pandangan atau maksud sesuatu peribahasa. Bagi soalan jenis ini anda harus menulis sebuah karangan berbentuk ulasan bagi peribahasa tersebut. b. Penceritaan Akan akan diminta menulis sebuah cerita berdasarkan satu peribahasa. Anda perlu menghasilkan sebuah cerpen bagi menunjukkan anda benar-benar faham akan peribahasa tersebut. Anda juga perlu pastikan karangan anda menepati ciri-ciri sebuah cerpen yakni mempunyai tema, persoalan, watak, dialog, konflik dan klimaks. Contoh Soalan 1 Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Begitulah bunyinya salah satu peribahasa Melayu. Ulaskan peribahasa tersebut.

118

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Rangka Format Pengenalan - Peribahasa sebahagian daripada khazanah budaya orang Melayu - Dicipta melalui pengamatan terhadap persekitaran - Diwarisi sejak turun-temurun - Salah satu daripadanya ialah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Maksud Jelaskan maksud peribahasa ini - Berikan maksud tersurat - Berikan maksud tersirat Kesesuaian Perlambangan Perlambangan yang digunakan amat tepat - pekasam ialah ikan yang diasinkan dan disimpan lama - baunya sangat kuat - jika sudak selok sedikit pun tangan akan berbau - jadi, jika sudak menyelok sedikit, tidak salah kalau selok sampai ke pangkal lengan kerana baunya tetap sama Mesej Jika sudah memulakan sesuatu kerja, jangan berhenti di sekerat jalan. Pentingnya Mengamalkan Peribahasa Ini - Mengingatkan manusia supaya tidak berputus asa - Mereka yang mengamalkan peribahasa ini tidak akan melepaskan sesuatu pekerjaan di tengah jalan - Mereka akan teruskan usaha sehingga berjaya Masalah Jika tidak Amalkan - Akan melepaskan sesuatu pekerjaan apabila menghadapi kesukaran - Kurang azam dan kegigihan - Tidak boleh diharapkan Penutup - Peribahasa ini merupakan peninggalan orang tua-tua - Dicipta melalui hasil pengalaman mereka - Merupakan wasiat kepada generasi muda - Harus menjadi pegangan kita bersama Contoh Soalan 2 Tulis sebuah cerita berdasafrkan peribahasa sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Rangka Format Permulaan Cerita - Mak Timah kehilangan suami dalam kemalangan di laut semasa menangkap ikan - Penduduk kampung nelayan tidak berharta - Tiga orang anak hidup susah - Bertekad untuk menyekolahkan anak-anaknya Pengembangan Cerita - Memulakan perniagaan membuat keropok - Membeli sisa-sisa ikan dan membuat keropok - Mula-mula jual di hadapan rumahnya sahaja - Cukup untuk menyuap mulut anak-anaknya

SPM

119

Pengembangan Cerita - Simpan wang untuk membeli mesin membuat keropok - Jualan bertambah maju - Jual terus kepada kedai-kedai runcit di sekitar kampung Pengembangan Cerita + Konflik - Banyak persaingan - Banyak orang yang cemburu - Memburuk-burukkan hasil keluarannya - Mak Timah terus berusaha dengan ikhlas Pengembangan Cerita + Klimaks - Perniagaan semakin maju - Mengupah pekerja - Membeli van - Mengishtiharkan perniagaaannya - Menerima anugerah Usahawan Kecil daripada kerajaan Peleraian Cerita - Hidupnya kini senang - Semua anaknya sudah melanjutkan pelajaran ke universiti - Peribahasa alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan amat tepat dalam kehidupan Mak Timah 5. GAMBARAN dan KEPERIHALAN Sebenarnya tidak terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis karangan ini. Karangan gambaran menghendaki anda memperincikan sesuatu kejadian atau peristiwa sebagaimana yang telah anda perhatikan. Sementara itu karangan keperihalan pula akan lebih berfokus kepada pengalaman yang telah anda alami. Oleh itu, dalam karangan keperihalan anda perlu lebih berfokus kepada perasaan dan keadaan jiwa anda dan bukannya kepada peristiwa yang berlaku sahaja. Kedua-dua jenis karangan ini memerlukan daya imaginasi yang amat tinggi. Anda perlu kreatif dalam mencipta cerita. Lebih penting lagi anda juga seharusnya mampu mengolah karangan anda dengan pilihan kata dan bahasa berbunga yang indah. Contoh Soalan (Gambaran) Baru-baru ini anda telah meyertai rombongan lawatan sambil belajar ke sebuah rumah anak-anak yatim yang dianjurkan oleh unit kaunseling sekolah anda. Gambarkan suasana di rumah tersebut. Rangka Format Pendahuluan - Mengikuti rombongan ke . - Pukul berapa bertolak - Menaiki apa - Pukul berapa sampai Gambaran Suasana Suasana gamat - disambut oleh lebih kurang 40 orang anak-anak yatim - usia mereka - riuh bercerita - bersalam-salaman Gambaran Suasana Suasana di dalam rumah - dipenuhi perabot usang - kotor - berselerak - berbau hapak

120

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Gambaran Suasana Anak-anak menceritakan bagaimana mereka boleh sampai ke tempat itu - suasana menyedihkan - ada peserta yang menangis Menyerahkan buah tangan yang dibawa - suasana menjadi meriah - anak-anak gembira - gelak-ketawa - membanding-bandingkan hadiah yang diterima Penutup - Meninggalkan rumah itu pada pukul 5 petang - Suasana bertukar menjadi murung - Ada peserta dan anak-anak menangis - Kami berjanji untuk datang semula

SPM

Contoh Soalan (Keperihalan ) Anda mempunyai seorang kawan yang berasal daripada keluarga nelayan. Pada minggu yang lalu anda telah berpeluang untuk mengikut kawan anda dan ayahnya untuk menangkap ikan di laut dalam. Ceritakan pengalaman anda pada hari tersebut. Rangka Format Pendahuluan - Pada minggu lalu berpeluang ikut kawan - Sudah lama merancang - Baru mendapat peluang - Menyediakan segala keperluan - Bertolak dengan motorbot awal pagi Pengalaman Berasa seronok - pengalaman baru - menarik jala - mendapat banyak ikan Pengalaman Mabuk laut - mula pening-pening - perut memulas-mulas - muntah-muntah - rasa seperti hendak pitam - kawan menyapu minyak Pengalaman Ribut - angin kencang - laut bergelora - hujan petir - berasa takut - menyesal kerana ikut sama - berdoa agar selamat Pengalaman Mengemudikan bot - membantu kawan dan ayahnya mengemudikan bot - menimba air yang memasuki bot - berasa panik - takut bot akan karam

121

Pengalaman Akhirnya ribut reda - menuju ke pantai - rasa bersyukur - sedar keperitan hidup kaum nelayan - berazam untuk belajar bersungguh-sungguh agar tidak perlu melalui kesukaran hidup sedemikian Penutup - Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan - Timbul rasa belas kasihan terhadap nelayan - Bertekad untuk membela nasib mereka suatu hari nanti

Largest students Malaysian student community.

Join Afterschool.my Facebook Page.

122

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

ihan Lat 1

Perhatikan tajuk-tajuk karangan di bawah dengan teliti. Seterusnya sediakan rangka format untuk setiap tajuk tersebut.

1. Menaikkan gaji merupakan cara terbaik untuk membendung gejala rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan di negara kita. Bahaskan pernyataan tersebut.

tihan La 2
2. Baru-baru ini Persatuan Kebudayaan Sekolah anda telah mengadakan satu pertunjukan drama. Tulis sebuah ulasan tentang drama tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda

tihan La 3
3. Masalah penipuan oleh peniaga sudah menjadi satu isu yang sering diperkatakan oleh pengguna di negara kita. Bincangkan cara-cara masalah tersebut boleh ditangani.

tihan La 4
4. Badan Pengawas sekolah anda telah menganjurkan satu aktiviti gotong-royong untuk membersih dan menceriakan kawasan sekolah. Selaku setiausaha badan tersebut, anda diminta menyediakan laporan lengkap tentang aktiviti itu. Sediakan laporan anda dengan selengkapnya.

tihan La 5
5. Masalah banjir kilat di taman perumahan anda semakin menjadi-jadi. Maklumkan perkara tersebut kepada pihak yang terlibat dan minta bantuan untuk mengatasi masalah tersebut.

123

Jawapan
TAJUK 1
FORMAT : Huraian Bahas (Satu aspek) Pendahuluan - Kakitangan kerajaan merupakan jentera pentadbiran negara - Merekalah yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat - Namun ramai yang terlibat dalam rasuah - Ada pihak berpendapat cara terbaik mengatasi masalah ini adalah dengan menaikkan Gaji -Sebenarnya pandangan ini tidak benar sama sekali Isi 1 Dikuasai perasaan tamak walau betapa tinggi sekalipun gaji tetap akan mengambil rasuah Isi 2 Kurang semangat patriotisme tetap akan mengambil rasuah Isi 3 Tiada pegangan agama yang kukuh tetap akan mengambil rasuah Isi 4 Sikap masyarakat yang sudah biasa menyogok tetap akan mengambil rasuah walaupun gaji tinggi Isi 5 Penguatkuasaan undang-undang yang lemah berasa pasti tidak akan tertangkap - berani mengambil rasuah Penutup - Menaikkan gaji tidak akan mengatasi masalah ini - Banyak faktor lain yang mesti diatasi

TAJUK 2
FORMAT : Ulasan Pendahuluan Berikan maklumat asas iaitu tarikh, tempat, nama persatuan, tajuk drama dan nama pengarah Sinopsis Berikan ringkasan cerita Tema dan Persoalan Nyatakan tema dan persoalan yang disampaikan Mesej Nyatakan mesej/peringatan yang boleh dijadikan teladan Kekuatan Contoh: - pemilihan watak sesuai dengan peranan mereka - pakaian dan solekan realistik - pelakon mampu menyesuaikan nada suara dengan peranan mereka

124

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Kelemahan Contoh: - beberapa masalah teknikal - misalnya muzik latar terlalu lantang menenggelamkan dialog - masa untuk membuka semula tirai selepas setiap episod terlalu lama Penutup - Secara keleluruhannya sebuah persembahan yang menarik - Pujian kepada Persatuan Kebudayaan dan pengarah - Harap persatuan ini akan meneruskan tradisi tersebut

SPM

TAJUK 3
FORMAT : Huraian Langkah Pendahuluan - Malaysia pesat membangun - Sektor perdagangan semakin maju - Sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan sekiranya mematuhi syarat - Namun banyak kes penipuan - Semua pihak harus bertindak bagi membendung masalah ini Isi 1 Kerajaan harus mengadakan banyak kursus/ceramah menyedarkan masyarakat hak kepenggunaan Isi 2 Pengguna harus melaporkan peniaga yang menipu dengan segera Isi 3 Kerajaan harus menambahkan pegawai penguatkuasa dan mengadakan operasi memeriksa premis perniagaan secara kerap Isi 4 Peniaga yang menipu harus dikenakan hukuman berat Isi 5 Pengguna harus bijak bandingkan harga / boikot peniaga yang menipu Penutup Segala usaha ini pasti akan mengurangkan masalah penipuan

TAJUK 4
FORMAT : Laporan Aktiviti Laporan Projek Gotong-royong Badan Pengawas SMK Bukit Mewah Guru Penasihat : Pengerusi : Setiausaha : Bendahari : En. Syukri bin Jasin Saudara Elmi bin Aziz Saudari Rani A/P Sashi Saudara Lim Kam Chong

Ahli-ahli Jawatankuasa 1. Saudara Daniel Wong Sai lak 2. Saudara Madurai A/L Pandian 3. Saudari Asmizah binte Shamsuddin 4. Saudari Siti Maizun binte Hashim

125

Pengenalan Maklumat am tentang projek (tulis dalam bentuk perenggan) - tarikh - masa - bilangan peserta - guru penasihat - sasaran (tempat-tempat yang dibersihkan) Isi 1 Tujuan projek - Menyemaikan perasaan cinta terhadap sekolah - Menyemaikan nilai bertanggungjawab Isi 2 Membersihkan longkang Isi 3 Memotong rumput Isi 4 Mengecat Isi 5 Memasang papan-papan tanda Penutup - Aktiviti telah berjaya mencapai matlamatnya - Ahli badan pengawas memperoleh banyak manfaat - Terima kasih kepada guru penasihat Laporan disediakan oleh , .. (Rani A/P Sashi) Setiausaha Badan Pengawas SMK Bukit Mewah 15 SEPTEMBER 2010

126

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


TAJUK 5
FORMAT : Surat Kiriman Rasmi Alamat sendiri -------------------------------------------------------------garisan ------------------------------------Yang Berhormat Datuk Razi bin Zain, ADUN Sungai Cetek, 30100 Ipoh, Perak Tarikh Tuan, Aduan: Banjir Kilat di Taman Sentari Pengenalan (Kenalkan diri anda dan isu) - Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya merupakan seorang penduduk taman tersebut di atas - Di sini saya ingin membawa kepada perhatian tuan masalah banjir kilat yang sering melanda taman ini Isi 1 Punca - kerja-kerja mengorek tanah di lereng bukit yang berhampiran dengan taman - sisa tanah yang dikorek memasuki parit /tersumbat/ melimpah apabila hujan Isi 2 Kesan air naik setiap kali hujan - melimpah ke dalam rumah - merosakkan harta benda Isi 3 Kesan hubungan akan terputus - susah untuk pergi kerja - anak-anak tidak dapat ke sekolah Isi 4 Kesan air bertakung di sana-sini selepas banjir - menjadi tempat pembiakan nyamuk Penutup (Nyatakan harapan anda) - Besarlah harapan saya yang aduan ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan -Untuk segala kerjasama tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih Sekian, terima kasih. Yang benar,

SPM

(Nama) Penduduk Taman Sentari

127

Karangan
RUMUSAN
PENGENALAN
1. Rumusan merupakan soalan pertama dalam Kertas 2. 2. Sebanyak 30 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Pe

laj

ara

n1

3, Anda akan dibekalkan sebuah petikan yang sederhana panjang, iaitu dalam lingkungan 350 patah perkataan dan perlu dirumuskan menjadi sebuah petikan yang tidak melebihi 120 patah perkataan. 4. Petikan yang diberikan mungkin terdiri daripada beberapa perenggan. Namun begitu, jawapan anda hendaklah terdiri daripada satu perenggan sahaja. KOMPOSISI RUMUSAN 1. Sebuah rumusan yang lengkap harus mempunyai empat komponen iaitu: a. Pendahuluan b. Isi Tersurat c. Isi Tersirat d. Penutup 2. Komponen-komponen tersebut harus disusun dalam urutan seperti berikut:

PENDAHULUAN ISI TERSURAT ISI TERSIRAT PENUTUP

128

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

3. Memandangkan soalan rumusan menetapkan syarat yang amat ketat tentang bilangan perkataan (yakni tidak melebihi 120 patah perkataan), anda perlu berhati-hati dalam binaan ayat anda. Bilangan ayat yang dicadangkan untuk setiap komponen di atas adalah seperti berikut:

SPM
1 6 2 1 10

Bil Ayat Pilihan 1 Komponen Pendahuluan Isi Tersurat Isi Tersirat Penutup Jumlah 1 4 4 1 10 1 5 3 1 10 Pilihan 2 Pilihan 3

3. Pendek kata, hadkan rumusan anda kepada 10 ayat sahaja. Dengan cara ini anda boleh pastikan jawapan anda tidak melebihi 120 patah perkataan. Seterusnya perhatikan bagaimana membina setiap komponen rumusan dengan teliti. A. PENDAHULUAN 1. Pendahuluan rumusan harus terdiri daripada SATU AYAT sahaja. 2. Bagi membina pendahuluan, anda perlu perhatikan soalan yang diberikan dengan teliti. Contoh Soalan Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca kemasukan warganegara asing dan masalahmasalah yang timbul akibat kehadiran mereka.. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Perhatikan bahawa setiap soalan rumusan akan mempunyai dua kehendak. Bagi soalan di atas dua kehendak tersebut ialah : a. punca kemasukan warganegara asing b. masalah-masalah yang timbul akibat kehadiran mereka di negara kita. Cara Membina Pendahuluan Terdapat 4 perkara yang perlu anda lakukan bagi membina pendahuluan rumusan anda: i. Mulakan ayat dengan Petikan membincangkan ii. Salin semula kehendak pertama dalam soalan (punca kemasukan warganegara asing) iii. Ganti istilah untuk soalan dalam ii (punca) dengan satu istilah lain yang sama erti (misalnya alasan, faktor atau sebab) iv. Akhiri ayat anda dengan satu frasa (idea sendiri) berdasarkan kandungan petikan. Misalnya . ke negara kita .. dari negara-negara jiran kita. atau

Sekiranya anda mengabungkan kesemua 4 perkara di atas, anda akan memperoleh satu ayat pendahuluan yang lengkap seperti ini: Petikan membincangkan + faktor kemasukan warganegara asing + ke negara kita.

129

Ayat Pendahuluan Lengkap Petikan membincangkan faktor kemasukan warganegara asing ke negara kita. B. ISI TERSURAT 1. Isi tersurat merujuk kepada idea-idea yang terkandung secara langsung di dalam petikan. 2. Sebagaimana yang telah dikatakan sebelum ini, soalan rumusan akan mempunyai dua kehendak. Kehendak pertama meru pakan soalan isi tersurat. Perhatikan soalan di bawah Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca kemasukan warganegara asing dan masalahmasalah yang timbul akibat kehadiran mereka. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kehendak pertama - punca kemasukan warganegara asing SOALAN TERSURAT 3. Oleh itu anda perlu mengutip semua punca/faktor/alasan/sebab warganegara asing memasuki negara kita daripada petikan. 4. Kesemua idea mestilah diambil daripada petikan. Anda dilarang memberikan sebarang idea sendiri. 5. Anda sepatutnya mencari sekurang-kurangnya empat isi daripada petikan. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya anda memberikan lima atau enam isi tersurat. Hal ini kerana bilangan Isi Tersurat + Isi Tersirat haruslah genap lapan. Oleh itu sekiranya anda memberikan enam isi tersurat, maka anda hanya perlu memberikan dua isi tersirat sahaja. (Rujuk jadual yang diberikan di atas). C. ISI TERSIRAT 1. Ini merujuk kepada idea sendiri yang diberikan oleh calon. 2. Isi tersirat yang perlu ditulis dinyatakan pada kehendak kedua soalan rumusan. Perhatikan soalan rumusan di bawah. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca kemasukan warganegara asing dan masalahmasalah yang timbul akibat kehadiran mereka. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kehendak kedua - masalah-masalah yang timbul akibat Kehadiran. - ISI TERSIRAT

3. Oleh itu anda perlu memberikan idea-idea tentang pelbagai masalah atau kesulitan yang disebabkan oleh warga asing di negara kita. Bilangan isi tersirat yang perlu diberikan bergantung kepada bilangan isi tersurat yang telah anda kutip daripada petikan. Sekiranya petikan menyumbangkan empat isi tersurat, maka anda perlu memberikan empat isi tersirat. Sekiranya petikan menyumbangkan lima isi tersurat maka anda hanya perlu memberikan tiga isi tersirat. (Perhatikan jadual di atas) 4. Peringatan! Anda tidak boleh menggunakan isi-isi (tentang masalah) yang diberikan dalam petikan. Hal ini disebabkan isi tersirat mesti merupakan idea peribadi anda. D. PENUTUP 1. Penutup rumusan harus ditulis dalam satu ayat sahaja. 2. Namun begitu, satu ayat itu harus mempunyai EMPAT perkara di dalamnya iaitu: Pihak + Tindakan + Kata Hubung + Alasan Pihak Siapa yang bertanggungjawab @ siapa yang boleh lakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah dalam petikan

130

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Tindakan Kata Hubung Alasan Nyatakan bahawa pihak di atas harus mengatasi masalah yang menjadi isu dalam petikan Supaya @ agar Berikan justifikasi atau kesan mengambil tindakan tersebut

SPM

Contoh 1 Petikan berkaitan pembalakan yang keterlaluan Pihak Tindakan Kata Hubung Alasan Penutup Lengkap Kesimpulannya, kerajaan harus mengurangkan pembalakan agar alam semula jadi kita terpelihara. Contoh 2 Petikan berkaitan masalah disiplin di sekolah Pihak Tindakan Kata Hubung Alasan Penutup Lengkap Kesimpulannya, pihak sekolah harus mengawal masalah disiplin dalam kalangan pelajar agar dapat melahirkan satu generasi yang berakhlak mulia. Agar Dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia Pihak sekolah Harus mengawal disiplin pelajar Agar Memelihara alam semula jadi Kerajaan Harus mengurangkan pembalakan

PRAKTIS 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan aktiviti kokurikulum untuk pelajar dan sebab-sebab para pelajar hari ini menjauhi aktiviti tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Isi Tersirat Kepentingan aktiviti kokurikulum (TELAH DIGARISKAN) Bukan sedikit wang dan perancangan yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah kita. Hal ini disebabkan para perancang pendidikan negara begitu yakin bahawa keberkesanan aktiviti ini merupakan tulang belakang atau faktor penentu bagi memastikan pencapaian Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan satu barisan generasi muda yang berketrampilan serta seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Namun begitu, satu hakikat yang pasti ialah, tinjauan di kebanyakan sekolah di negara kita jelas membuktikan bahawa pelaksanaan dan penglibatan para pelajar dalam aktiviti-aktiviti ini masih jauh daripada apa yang diharapkan. Arus pemodenan dan dunia yang diwarnai ciri-ciri materialistik hari ini telah banyak mengubah persepsi masyarakat tentang pendidikan. Pendidikan hari ini boleh dikatakan bersinonim dengan kecemerlangan akademik semata-mata. Ditinjau dari

131

sudut ini, kebanyakan pelajar lupa bahawa aktiviti kokurikulum memberikan mereka peluang untuk menimba pelbagai ilmu baru yang tidak diajar di bilik darjah. Seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademiknya tidak semesti memiliki kemahiran berkomunikasi yang sempurna. Kemahiran ini akan lebih terasah sekiranya mereka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini disebabkan kebanyakan aktiviti kokurikulum melibatkan interaksi sesama individu dalam sesuatu kelompok. Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang melibatkan kerja kumpulan, menyelesaikan krisis dan pengembaraan pula akan banyak membantu mengukuhkan keyakinan diri pelajar. Selain itu mereka juga berpeluang untuk bergaul dan berinteaksi dengan pelajar-pelajar yang berasal daripada latar belakang bangsa dan agama yang berbeza. Hal ini seterusnya memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mereka, Namun begitu, semua ini seolah-olah tidak penting bagi sesetengah pelajar. Bagi mereka sekolah ialah tempat untuk memperoleh sijil. Kejayaan dan kegagalan alam persekolahan bagi golongan ini bersandar kepada bilangan A yang diperoleh dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar ini jelas tersilap. Pendidikan bukanlah satu persaingan untuk menempa sijal semata-mata. Sebaliknya pendidikan merupakan satu proses untuk membentuk sahsiah dan keperibadian seseorang insan. Walau betapa cemerlang sekalipun pencapaian akademik, namun apalah ertinya pendidikan sekiranya insan tersebut tidak memiliki kualiti, keperibadian dan jati diri yang boleh dibanggakan.

Oleh itu, amatlah perlu perlu untuk masyarakat, terutamanya ibu bapa dan pelajar sendiri mengubah anggapan negatif mereka terhadap aktiviti kokurikulum. Selain daripada menyihatkan badan, aktiviti kokurikulum juga banyak membantu membina minda yang positif dalam kalangan anak muda. Oleh itu segala aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah seharusnya diberikan perhatian berat. (Dipetik dan diubah suai daripada Insan Seimbang oleh Kamsiah Sham, Februari 2007) Senarai isi tersurat yang dapat dikutip daripada petikan di atas ialah : 1. aktiviti kokurikulum memberi peluang kepada pelajar menimba pelbagai ilmu baru 2. dapat mengasah kemahiran komunikasi mereka 3. membantu mengukuhkan keyakinan diri 4. memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar 5. menyihatkan badan pelajar 6. membina minda yang positif Isi Tersirat yang dikehendaki oleh soalan ialah - sebab-sebab para pelajar menjauhi/ tidak meminati aktiviti kokurikulum Contoh isi tersirat ialah : 1. Anggap aktiviti kokurikulum tidak penting untuk masa depan mereka 2. Berasa bosan kerana pihak sekolah mengulang aktiviti yang sama setiap tahun Pendahuluan yang sesuai untuk petikan di atas ialah: Petikan membincangkan / faedah aktiviti kokurikulum untuk pelajar / yang menuntut di sekolah kita. Penutup yang sesuai untuk petikan di atas ialah Kesimpulannya, pihak sekolah / harus berusaha meningkatkan penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum / agar / dapat melahirkan satu generasi muda yang seimbang. Sekiranya kita mengabungkan kesemua idea di atas mengikut susunan yang betul (Pendahuluan - Isi Tersurat Isi Tersirat Penutup), maka akan terhasillah satu petikan rumusan yang sempurna

132

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Contoh Rumusan Lengkap

SPM

Petikan membincangkan faedah aktiviti kokurikulum untuk pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah kita. Aktiviti kokurikulum memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pelbagai ilmu baru. Aktiviti-aktiviti ini juga dapat mengasah kemahiran komunikasi mereka. Seterusnya melalui aktiviti-aktiviti ini mereka dapat mengukuhkan keyakinan diri. Kokurikulum juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Satu lagi kelebihan aktiviti kokurikulum ialah ia dapat menyihatkan badan pelajar. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum juga dapat membina minda yang positif dalam kalangan pelajar. Sebenarnya pelajar menjauhi kokurikulum kerana menganggap aktiviti-aktiviti ini tidak penting untuk masa hadapan mereka. Lagipun pelajar juga berasa bosan kerana pihak sekolah mengulang aktiviti yang sama setiap tahun. Kesimpulannya, pihak sekolah harus berusaha meningkatkan penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan satu generasi muda yang seimbang. 120 patah perkataan

PRAKTIS 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca petani meninggalkan sektor pertanian dan kesan tindakan mereka. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Isi Tersurat yang dikehendaki Punca petani meninggalkan sektor pertanian dan berhijrah ke bandar (telah digariskan)

Pada era awal selepas memperoleh kemerdekaan, nama Malaysia bersinonim dengan sektor pertanian. Kita pernah mendabik dada sebagai pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan nenas utama dunia. Kedah, yang juga dikenali sebagai jelapang padi negara bukan sahaja mampu menyuap mulut setiap penduduk negara ini tetapi juga membolehkan Malaysia mengeksport beras ke negara-negara lain. Namun, segala-galanya sudah berubah hari ini. Ribuan hektar tanah bendang di seluruh negara terbiar tanpa dikerjakan. Ke manakah perginya para petani yang suatu masa dahulu bergelumang dengan lumpur dan selut itu? Jawapannya mudah sahaja. Kebanyakan petani ini telah berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sikap generasi petani hari ini amat berbeza dengan nenek-moyang mereka dahulu. Mereka menganggap bidang pertanian mencerminkan kemunduran dan enggan mengidentifikasikan diri mereka dengan bidang tersebut. Lagipun generasi petani hari ini juga tidak lagi sanggup bekerja keras sebagaimana orang tua mereka. Mereka tidak sanggup membanting tulang siang dan malam semata-mata untuk meraih pendapatan yang tidak seberapa itu. Mereka lebih suka mencari pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang tetap. Pada masa dahulu, sebahagian besar penduduk desa tidak berpelajaran. Oleh yang demikian mereka tidak keberatan untuk mengusahakan tanah pertanian yang telah diwarisi sejak turun-temurun itu. Namun begitu, usaha gigih kerajaan sejak kemerdekaan menyebabkan tidak ada penduduk negara ini, sama ada di kota atau desa yang terlepas daripada peluang untuk memperoleh pendidikan. Hasilnya kebanyakan anak petani kini bukan sahaja sudah celik ilmu malah ada yang sudah melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti. Golongan ini berhijrah ke bandar kerana ingin membebaskan diri daripada persekitaran kampung yang serba ketinggalan itu. Lagipun mereka ingin mendapatkan pekerjaan yang secocok dengan kelulusan mereka. Walau apa sekalipun alasan anak-anak tani untuk meninggalkan tanah bendang, satu perkara adalah pasti. Fenomena ini merupakan sabahagian daripada harga yang terpaksa kita bayar dalam usaha mengejar pembangunan dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk menempatkan Malaysia dalam kalangan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. (Dipetik dan diubah suai daripada Ke mana Perginya Petani Kita oleh Farid Husni, April 2008) Senarai isi tersurat daripada petikan di atas ialah : 1. berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang 2. menganggap bidang pertanian mencerminkan kemunduran dan enggan mengidentifikasikan diri mereka dengan bidang tersebut. 3. tidak sanggup bekerja keras 4. mahu mencari pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap 5. ingin membebaskan diri daripada persekitaran kampung yang yang serba ketinggalan

133

6. ingin mendapatkan pekerjaan yang secocok dengan kelulusan mereka Isi Tersirat yang dihendaki oleh soalan ialah - kesan tindakan petani meninggalkan sektor pertanian Idea yang sesuai untuk isi tersirat ialah: 1. Negara terpaksa mengimport makanan dari luar 2. sumber pendapatan negara daripada sektor pertanian berkurangan Pendahuluan yang sesuai untuk petikan ini ialah Petikan membincangkan / sebab-sebab petani meninggalkan sektor pertanian / dan berhijrah ke bandar. Penutup yang sesuai untuk petikan ini ialah Kesimpulannya / para petani / harus berusaha untuk mengerjakan tanah mereka / supaya / tanah pusaka mereka tidak terbiar begitu sahaja Kini anda hanya perlu menggabungkan keempat-empat komponen di atas bagi memperoleh petikan rumusan yang lengkap Contoh Rumusan Lengkap Petikan membincangkan sebab-sebab petani meninggalkan sektor pertanian dan berhijrah ke bandar. Kebanyakan mereka berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang. Mereka menganggap bidang pertanian mencerminkan kemunduran dan enggan mengidentifikasikan diri mereka dengan bidang tersebut. Kebanyakan petani hari ini juga tidak sanggup bekerja keras. Lagipun mereka mahu mencari pekerjaan yang memberikan pendapatan yang tetap. Ada juga petani yang ingin membebaskan diri daripada persekitaran kampung yang yang serba ketinggalan. Mereka yang berpendidikan pula ingin mendapatkan pekerjaan yang secocok dengan kelulusan mereka. Kesan perbuatan mereka ialah negara kita terpaksa mengimport bahan makanan dari luar. Selain itu, sumber pendapatan negara daripada sektor pertanian juga berkurangan. Kesimpulannya, para petani harus berusaha untuk mengerjakan tanah mereka supaya tanah pusaka mereka tidak terbiar begitu sahaja. (118 patah perkataan)

134

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

ihan Lat 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor yang mendorong sesetengah kakitangan awam bersara awal dan kesan tindakan mereka terhadap negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Usia persaraan kakitangan awam di negara kita merupakan salah satu yang terendah di dunia. Pada mulanya kakitangan awam wajib bersara pada usia 55 tahun. Kemudian usia ini ditingkatkan menjadi 56 tahun dan kini ditingkatkan lagi menjadi 58 tahun. Namun begitu, setiap tahun ribuan kakitangan awam membuat permohonan untuk bersara lebih awal. Rata-rata, gangguan kesihatan merupakan alasan utama kakitangan awam memilih untuk meninggalkan perkhidmatan kerajaan. Tidak kurang pula yang memberikan alasan tekanan jiwa atau gangguan emosi yang menyebabkan mereka tidak mampu memberikan perkhidmatan yang bermakna kepada kepada masyarakat. Keperluan untuk memperoleh pendapatan merupakan dorongan utama bagi seseorang individu untuk bekerja. Gaji yang diperoleh itu mungkin amat penting ketika seseorang itu masih muda dan baru memulakan keluarga. Namun begitu, setelah bekerja lebih kurang dua puluh tahun, setelah memiliki semua yang diperlukan dan setelah anak-anak mula berdikari, keperluan untuk pendapatan mungkin sudah tidak wujud lagi. Ketika itulah kebosanan terhadap pekerjaan akan mula bercambah. Ada masanya anak-anak sendiri akan meminta orang tua mereka bersara awal. Hal ini amat benar terutama sekali sekiranya anak-anak berjawatan tinggi atau mempunyai perniagaan yang menjanjikan pulangan yang amat lumayan. Dalam situasi seprti itu, ada penjawat awam yang tidak tahan menhadapi desakan berterusan daripada anak-anak dan mengambil keputusan untuk bersara awal. Sementara itu terdapat sekelompok lagi kakitangan awam yang kecewa dengan pendapatan mereka yang jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan yang ditawarkan oleh pihak swasta. Oleh itu mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan perkhidmatan awam dan berpindah ke sektor swasta. Selain daripada menikmati faedah kewangan yang lebih menguntungkan, mereka juga tertarik dengan perubahan dalam sistem kerja dan persekitaran yang serba baru itu. (Dipetik dan diubah suai daripada Pencen atau Pancit oleh Hamin Satar, 2008)

135

tihan La 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab masalah keganasan rumah tangga semakin menjadi-jadi dan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Semua pihak, sama ada ahli psikologi atau sains sosial bersetuju bahawa tekanan jiwa akibat ledakan pemodenan ialah penyebab utama untuk masalah keganasan rumah tangga. Keganasan rumah tangga yang paling biasa dalam kehidupan hari ini ialah kes pukul isteri dan penderaan kanak-kanak. Perbuatan ini bukan sahaja akan mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap mangsa tetapi juga meninggalkan kesan psikologi yang amat buruk. Pelbagai kajian telah dilakukan bagi memahami bentuk perlakuan ini. Satu penenuan yang menarik ialah, kes keganasan rumah tangga, terutamanya penderaan kanak-kanak lebih jelas dalam kalangan pasangan muda. Hal ini disebabkan mereka tidak bersedia untuk menerima anak dalam kehidupan mereka. Mereka juga memandang anak-anak sebagai beban dalam kehidupan dan bukannya sebagai anugerah Tuhan yang perlu dibelai dan dikasihi. Mereka tidak faham psikologi anak-anak dan tidak dapat menerima kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak ini. Kesudahannya anak-anak ini menjadi mangsa tendang dan terajang walaupun kesalahan yang dilakukan amat kecil. Biasanya anak-anak yang berasal daripada keluarga sedemikian akan menjadi pengecut dan tidak berani menghadapi cabaran hidup. Kajian juga menunjukkan bahawa anak-anak ini tidak akan mempunyai keyakinan diri. Ketiadaan keyakinan diri ini menyebabkan mereka akan memencilkan diri dan kurang bergaul dengan rakan sebaya. Adalah kalanya mereka juga akan menunjukkan sindrom gagap dalam pertuturan. Dunia moden hari ini dipenuhi cabaran dan permasalahan. Manusia berhadapan dengan pelbagai kemelut di tempat kerja, dalam kalangan rakan sejawat, jiran malah sesama ahli keluarga. Hal ini ditokok pula dengan tekanan akibat krisis kewangan dan perbalahan suami isteri. Dalam situasi sedemikian, anak-anak sering menjadi mangsa untuk mereka melepaskan rasa geram. Latar belakang keluarga asal juga banyak mempengaruhi gejala keganasan rumah tangga terutamanya kes penderaan kanak-kanak. Sesetengah ibu bapa yang berasal daripada keluarga yang tegas mempunyai tanggapan bahawa kekerasan ialah cara terbaik untuk mengasuh anak-anak. Sayangnya merka tidak sedar natijah perbuatan mereka. Anak-anak yang sering didera akan hilang kepercayaan terhadap golongan dewasa. Lebih buruk lagi, anak-anak ini juga akan membesar dengan kepercayaan bahawa kekerasan ialah cara terbaik untuk mengatasi krisis hidup. Tidak kira apa sekalipun alasan di sebaliknya, keganasan rumah tangga tidak boleh diterima sebagai sebahagian daripada budaya hidup masyarakat bertamadun. Golongan yang melakukannya tidak berhak menerima simpati masyarakat. Mereka mungkin memerlukan bantuan, malah boleh dibantu, Namun, itu tidak bermakna mereka harus dibebaskan daripada tindakan undang-undang yang sewajarnya. (Dipetik dan diubah suai daripada Keganasan Rumah Tangga Di mana Silapnya oleh Faridah Bustam, 2006)

136

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

ihan Lat 3
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang masalah yang timbul akibat keganasan rumah tangga dan tindakan masyarakat bagi mengatasi masalah tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Semua pihak, sama ada ahli psikologi atau sains sosial bersetuju bahawa tekanan jiwa akibat ledakan pemodenan ialah penyebab utama untuk masalah keganasan rumah tangga. Keganasan rumah tangga yang paling biasa dalam kehidupan hari ini ialah kes pukul isteri dan penderaan kanak-kanak. Perbuatan ini bukan sahaja akan mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap mangsa tetapi juga meninggalkan kesan psikologi yang amat buruk. Pelbagai kajian telah dilakukan bagi memahami bentuk perlakuan ini. Satu penenuan yang menarik ialah, kes keganasan rumah tangga, terutamanya penderaan kanak-kanak lebih jelas dalam kalangan pasangan muda. Hal ini disebabkan mereka tidak bersedia untuk menerima anak dalam kehidupan mereka. Mereka juga memandang anak-anak sebagai beban dalam kehidupan dan bukannya sebagai anugerah Tuhan yang perlu dibelai dan dikasihi. Mereka tidak faham psikologi anak-anak dan tidak dapat menerima kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak ini. Kesudahannya anak-anak ini menjadi mangsa tendang dan terajang walaupun kesalahan yang dilakukan amat kecil. Biasanya anak-anak yang berasal daripada keluarga sedemikian akan menjadi pengecut dan tidak berani menghadapi cabaran hidup. Kajian juga menunjukkan bahawa anak-anak ini tidak akan mempunyai keyakinan diri. Ketiadaan keyakinan diri ini menyebabkan mereka akan memencilkan diri dan kurang bergaul dengan rakan sebaya. Adalah kalanya mereka juga akan menunjukkan sindrom gagap dalam pertuturan. Dunia moden hari ini dipenuhi cabaran dan permasalahan. Manusia berhadapan dengan pelbagai kemelut di tempat kerja, dalam kalangan rakan sejawat, jiran malah sesama ahli keluarga. Hal ini ditokok pula dengan tekanan akibat krisis kewangan dan perbalahan suami isteri. Dalam situasi sedemikian, anak-anak sering menjadi mangsa untuk mereka melepaskan rasa geram. Latar belakang keluarga asal juga banyak mempengaruhi gejala keganasan rumah tangga terutamanya kes penderaan kanak-kanak. Sesetengah ibu bapa yang berasal daripada keluarga yang tegas mempunyai tanggapan bahawa kekerasan ialah cara terbaik untuk mengasuh anak-anak. Sayangnya merka tidak sedar natijah perbuatan mereka. Anak-anak yang sering didera akan hilang kepercayaan terhadap golongan dewasa. Lebih buruk lagi, anak-anak ini juga akan membesar dengan kepercayaan bahawa kekerasan ialah cara terbaik untuk mengatasi krisis hidup. Tidak kira apa sekalipun alasan di sebaliknya, keganasan rumah tangga tidak boleh diterima sebagai sebahagian daripada budaya hidup masyarakat bertamadun. Golongan yang melakukannya tidak berhak menerima simpati masyarakat. Mereka mungkin memerlukan bantuan, malah boleh dibantu, Namun, itu tidak bermakna mereka harus dibebaskan daripada tindakan undangundang yang sewajarnya. (Dipetik dan diubah suai daripada Keganasan Rumah Tangga Di mana Silapnya oleh Faridah Bustam, 2006)

137

tihan La 4
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan telefon bimbit dan cara-cara mengurangkan implikasi negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sekiranya sepuluh atau lima belas tahun dahulu telefon bimbit merupakan satu simbol status, tetapi kini kewujudannya tidak lebih daripada sebatang pen yang diselitkan dalam kocek kemeja seseorang. Sesungguhnya tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa telefon bimbit merupakan salah satu daripada ciptaan sains abad ke dua puluh yang paling menakjubkan. Kewujudan alat ini telah meninggalkan kesan yang tidak terhingga dalam meningkatkan komunikasi dalam kalangan umat manusia. Bukan itu sahaja, alat ini juga memainkan peranan yang amat penting dalam mengeratkan kemesraan dan keintiman dalam kalangan ahli keluarga. Sesungguhnya para ibu bapa moden hari ini amat berterima kasih kepada alat ini. Anak-anak yang dibekalkan dengan telefon bimbit memberikan peluang kepada ibu bapa untuk mengawal gerakan mereka tidak kira di mana mereka berada. Anak-anak juga boleh menghubungi ibu bapa dengan pantas sekiranya menghadapi sebarang kecemasan. Namun begitu, ada juga ibu bapa yang mengadu bahawa alat ini turut menimbulkan pelbagai masalah kepada anak-anak. Sesetengah remaja membuang begitu banyak masa bergayut di telefon bimbit berbual-bual kosong dengan rakan sebaya mereka. Kesudahannya beban kewangan ibu bapa meningkat. Maklumlah caj panggilan biasanya ditanggung oleh ibu bapa dan bukannya oleh si anak. Dunia perdagangan hari ini amat bergantung kepada komunikasi yang pantas. Ditinjau dari sudut ini, telefon bimbit banyak membantu dalam melancarkan pelbagai urusan perniagaan. Kini, pelbagai urusan keluar masuk wang, pembayaran bil, penyelarasan baki dan sebagainya boleh dilakukan hanya dengan menekan nombor-nombor tertentu pada telefon bimbit. Namun ada juga pihak yang menggeleng kepala dan menyumpah alat ini. Bukan sedikit fitnah yang disebarkan melalui telefon bimbit. Golongan penjenayah pula menggunakan kemudahan ini untuk menghubungi satu sama lain bagi melancarkan operasi mereka. Sebenarnya tidak ada satupun peralatan ciptaan manusia yang terlepas daripada keburukan. Baik atau buruk sesuatu ciptaan itu bergantung kepada kaedah dan niat penggunaannya. Terpulanglah kepada kita untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin. (Dipetik dan diubah suai daripada Telefon Bimbit: Rahmat atau Bala oleh Ismail Kadir Che Daud, 2009)

138

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu

SPM

ihan Lat 5
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang keburukan telefon bimbit dan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sekiranya sepuluh atau lima belas tahun dahulu telefon bimbit merupakan satu simbol status, tetapi kini kewujudannya tidak lebih daripada sebatang pen yang diselitkan dalam kocek kemeja seseorang. Sesungguhnya tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa telefon bimbit merupakan salah satu daripada ciptaan sains abad ke dua puluh yang paling menakjubkan. Kewujudan alat ini telah meninggalkan kesan yang tidak terhingga dalam meningkatkan komunikasi dalam kalangan umat manusia. Bukan itu sahaja, alat ini juga memainkan peranan yang amat penting dalam mengeratkan kemesraan dan keintiman dalam kalangan ahli keluarga. Sesungguhnya para ibu bapa moden hari ini amat berterima kasih kepada alat ini. Anak-anak yang dibekalkan dengan telefon bimbit memberikan peluang kepada ibu bapa untuk mengawal gerakan mereka tidak kira di mana mereka berada. Anak-anak juga boleh menghubungi ibu bapa dengan pantas sekiranya menghadapi sebarang kecemasan. Namun begitu, ada juga ibu bapa yang mengadu bahawa alat ini turut menimbulkan pelbagai masalah kepada anak-anak. Sesetengah remaja membuang begitu banyak masa bergayut di telefon bimbit berbual-bual kosong dengan rakan sebaya mereka. Kesudahannya beban kewangan ibu bapa meningkat. Maklumlah caj panggilan biasanya ditanggung oleh ibu bapa dan bukannya oleh si anak. Dunia perdagangan hari ini amat bergantung kepada komunikasi yang pantas. Ditinjau dari sudut ini, telefon bimbit banyak membantu dalam melancarkan pelbagai urusan perniagaan. Kini, pelbagai urusan keluar masuk wang, pembayaran bil, penyelarasan baki dan sebagainya boleh dilakukan hanya dengan menekan nombor-nombor tertentu pada telefon bimbit. Namun ada juga pihak yang menggeleng kepala dan menyumpah alat ini. Bukan sedikit fitnah yang disebarkan melalui telefon bimbit. Golongan penjenayah pula menggunakan kemudahan ini untuk menghubungi satu sama lain bagi melancarkan operasi mereka. Sebenarnya tidak ada satupun peralatan ciptaan manusia yang terlepas daripada keburukan. Baik atau buruk sesuatu ciptaan itu bergantung kepada kaedah dan niat penggunaannya. Terpulanglah kepada kita untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin.

(Dipetik dan diubah suai daripada Telefon Bimbit: Rahmat atau Bala oleh Ismail Kadir Che Daud, 2009)

139

Jawapan
Soalan 1
Pendahuluan Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong sesetengah kakitangan awam bersara awal daripada perkhidmatan kerajaan. Isi Tersurat 1. Gangguan kesihatan 2, Tekanan jiwa dan gangguan emosi 3. Tidak wujud keperluan untuk memperoleh pendapatan 4. Bosan dengan pekerjaan. 5. Anak-anak suruh orang tua mereka bersara awal 6. Kecewa dengan pendapatan yang terlalu rendah berbanding dengan sektor swasta Isi Tersirat 1. Kerajaan kekurangan kakitangan untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. 2. Jentera pentadbiran kerajaan akan kurang efisien kerana kekurangan kakitangan berpengalaman. Penutup Kesimpulannya, kerajaan harus berusaha mengelakkan kakitangannya bersara awal agar jentera pentadbiran dan perkhidmatan negara dapat berfungsi dengan sempurna

Soalan 2
Pendahuluan Petikan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan masalah keganasan rumah tangga semakin menjadi-jadi dalam masyarakat hari ini. Isi Tersurat (sebab) 1. Tekanan jiwa akibat ledakan pemodenan 2. Pasangan masih belum bersedia menerima anak 3. Anak-anak dipandang sebagai beban 4. Ibu bapa tidak faham psikologi anak-anak 5. Anak-anak menjadi mangsa untuk orang dewasa melepaskan rasa geram. 6. Ibu bapa mempunyai tanggapan kekerasan ialah cara terbaik untuk mengasuh anakanak Isi Tersirat 1. Kerajaan harus menggubal undang-undang baru bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang melakukan keganasan rumah tangga 2. Pasangan harus diwajibkan mengikuti kursus perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga Penutup Kesimpulannya kerajaan harus bertindak untuk membendung masalah keganasan rumah tangga agar dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera

140

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu


Soalan 3
Pendahuluan Petikan membincangkan kesan keganasan rumah tangga dalam masyarakat hari ini. Isi Tersurat (kesan) 1. Mengakibatkan keceraan fizikal 2. Meninggalkan kesan psikologi yang amat buruk terhadap mangsa 3. Menjadi pengecut dan tidak berani menghadapi cabaran hidup 4. Tidak mempunyai keyakinan diri 5. Anak-anak akan hilang kepercayaan terhadap orang dewasa 6. Anak-anak akan membesar dengan kepercayaan bahawa kekerasan ialah cara terbaik untuk mengatasi krisis hidup Isi Tersirat 1. Harus melaporkan kejadian keganasan rumah tangga kepada pihak berkuasa. 2. Anggota masyarakat terutamanya jiran harus menasihati individu yang melakukan keganasan rumah tangga.

SPM

Penutup Kesimpulannya setiap anggota masyarakat harus memainkan peranan mereka untuk membendung keganasan rumah tangga bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Soalan 4
Pendahuluan Petikan membincangkan faedah telefon bimbit bagi manusia hari ini. Isi Tersurat (Kelebihan) 1. Meningkatkan komunikasi dalam kalangan umat manusia 2. Mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli keluarga 3. Ibu bapa boleh mengawal gerakan anak-anak. 4. Anak-anak boleh menghubungi ibu bapa dengan pantas sekiranya menghadapi kcemasan 5. Melancarkan urusan perniagaan. Isi Tersirat 1. Ibu bapa tidak harus membelikan telefon bimbit untuk anak-anak remaja kecuali benar-benar perlu. 2. Pihak sekolah tidak harus membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah Penutup Kesimpulannya semua pihak harus memanfaatkan telefon bimbit dengan sebaik mungkin agar membawa faedah kepada diri dan masyarakat.

Soalan 5
Pendahuluan Petikan membincangkan kesan negatif telefon bimbit dalam masyarakat hari ini. Isi Tersurat (Keburukan) 1. Sesetengah remaja membuang banyak masa berbual dengan rakan sebaya. 2. Meningkatkan beban kewangan ibu bapa 3. Membantu menyebarkan fitnah 4. Penjenayah menggunakan telefon bimbit untuk melancarkan operasi mereka. Isi Tersirat 1. Harganya murah. 2. Boleh dibeli di merata-rata tempat 3. Banyak membantu urusan peribadi dan perniagaan 4. Melambangkan simbol status Penutup Kesimpulannya, semua pihak harus menggunakan telefon bimbit dengan sebaik mungkin agar memberikan faedah kepada diri dan masyarakat.

141

Anda mungkin juga menyukai