Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

PEKIT E- FOTO NGEPAN IBAN 2022


PERINGKAT SEKOLAH

ANJURAN PANITIA BAHASA IBAN


KERTAS CADANGAN PEKIT E- FOTO NGEPAN IBAN 2022

PERINGKAT SEKOLAH

ANJURAN PANITIA BAHASA IBAN

A. MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada pelajar peringkat sekolah rendah mengenai kebaikan adat dan
budaya asal masyarakat Iban dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian
bangsa Iban terutama dari aspek pembuatan kain kebat iaitu menenun sebagai teras
pembentukan masyarat berbudaya.

B. OBJEKTIF

1. Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali jenis-jenis pakaian asal Iban yang dikenali
sebagai Ngepan Iban.
2. Menggalakkan pelajar mempunyai keinginan untuk mengetahui dan mengenali setiap
aksesori yang digunakan dalam pemakaian Ngepan Iban.
3. Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar sempena Perayaan Gawai Dayak.

C. PENYERTAAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid yang mengambil kelas Bahasa Iban sahaja.
2. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Ngepan Iban lelaki dan Ngepan Iban
perempuan.
3. Penyertaan pekit E-Foto Ngepan Iban ini adalah secara individu.

D. SYARAT DAN PERATURAN


1. Jenis Pakaian Ngepan Iban yang digunakan untuk pertandingan adalah bebas.
2. Gaya berfoto adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing.
3. Peserta juga dibenarkan menggunakan alat solekan untuk bergambar.
4. Peserta dibenarkan menggunakan bahan sampingan lain untuk latar belakang semasa foto.
5. Peserta tidak dibenarkan menggunakan khidmat jurufoto professional.
6. Peserta juga tidak dibenarkan bergambar di mana-mana studio gambar.
7. Kualiti gambar yang diambil semasa memakai Ngepan Iban hendaklah jelas untuk
memudahkan juri menilai.

E. PAKAIAN / AKSESORI
Pakaian dan aksesori peserta hendaklah bersesuaian dan sopan.
F. TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 31 Mei 2022 – 14 Jun 2022
Tempat : Di rumah masing-masing

G. JADUAL PROGRAM
Aktiviti pengambaran Ngepan Iban akan dilaksanakan di rumah dan foto/gambar terbaik yang
diambil kemudian dihantar dalam tempoh 31 Mei 2022 Hingga 4 Julai 2022.

H. PENUTUP

Diharap pertandingan ini akan berjaya dilaksanakan dengan lancarnya. Oleh itu,
kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan bagi memastikan
perancangan yang telah diatur berjalan lancar. Segala usahasama didahulukan
dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

_____________________ _____________________
( ) ( )
Ketua Panitia Iban Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh ,

______________________
( )
Guru Besar,

Anda mungkin juga menyukai