Anda di halaman 1dari 21

Garapan Identiti Visual Dalam Seni Lukis Sarawak

Rahah Haji Hasan, Faridah Sahari, Zarina Mohd. Shah & Anna Durin

Abstrak
Kewujudan pergerakan Persatuan Pelukis Sarawak bermula tahun 1946 oleh Kuching
Art Club banyak memberi peluang kepada pengkarya seni Sarawak terutamanya di Kuching
untuk member gambaran tersendiri interpretasi mereka terhadap bumi Sarawak yang indah
dengan kepelbagaian flora dan fauna serta kebudayannya yang unik melalui medium yang baru .
Apa yang dipersembahkah bukan sahaja mempersona orang awam dari golongan pekerja biasa
yang jauh berbeza cara hidup dari orang kulit putih dan golongan bangsawan tempatan yang
mendominasi masyarakat kelas atasan di Kuching, malah mampu mencuri perhatian orang luar,
contohnya dari Singapura. Maka bermulalah pencarian atau lebih tepat lagi pengarapan identiti
tempatan dalam perkembangan seni lukis tempatan yang belajar dari merangkak hingga berlari
dalam arena seni lukis, sehebat Wenesday Art Group yang bermula di semenanjung Tanan
Melayu. Kertas kerja ini secara terperinci akan mengupas topik ini bermula dengan bagaimana
penggunan ciri ciri visual yang digunapakai oleh pengkarya tempatan dan seterusnay kaitannya
dengan pengalaman visual yang membawa kepada pengupasan hasil hasil karya yang wujud dari
zaman selapas Perang Dunia ke-Dua hinggalah era selepas kemerdekaan Sarawak dan Sabah ke
dalam Malaysia. Hasil dari kajian diskriptif ini akan memperlihatkan apakah pilihan elemen
visual yang diaplikasi dan adakah gambaran ini merupakan phenomena dari pengalaman pribadi
pengkarya terhasil dari kehendak persekitaran yang mempengaruhi kehidupan sosial dan politik
pada masa tersebut.
Kata kunci: Seni Catan, Seni Visual, Seni Kraf, Sarawak, Borneo, Kuching Art Club

Pengenalan
Pengkarya seni primitif adalah pengkarya yang mengikut kehendak masyarakat. Mereka
disuruh mendamaikan kuasa supernatural atau memberi kegemilangan kepada orang yang masih
hidup. Kadangkala, mereka juga disuruh menghalang penyakit daripada merebak. Di dalam
masyarakat yang mengamalkan Animisme, leluhur dan kuasa supernatural dipercayai boleh
mempengaruhi perubahan dan kesejahteraan fizikal dan ekonomi masyarakatnya.

Maka,

penghasilan karya kemungkinan dapat menolong membetulkan suasana kehidupan manusia.


Mereka secara halus cuba sedaya upaya untuk memanipulasi kuasa-kuasa yang mengelilingi
mereka. Interpretasi kesenian ini jelas sekali dilihat dalam penghasilan kesenian kraf penduduk
pribumi Sarawak sehinggalah datangannya pengaruh baru yang memperkenalkan kepentingan
lain kepada keperluan diwujukan kerja seni yang mempunyai makna dan kegunaan yang
berbeza. Bukan atas dasar seperti yang disebut sebelum ini tapi semata-mata atas keperluan
pribadi atau secara suka-suka.
Rakaman pemandangan dan dan interpretasi terhadap alam semulajadi menjadi subjeksubjek yang diminati atas dasar yang jauh berlainan dengan pemahaman falsafah pribumi
Sarawak. Dalam konteks baru ini alam tidak lagi digambarkan untuk menenangkan elemenelemen spirtiual dan leluhur. Penghasilan sesuatu yang indah dan menarik keinginan untuk
menguasai sesuatu yang baru selagi tidak bercanggah atau mencabar kepercayaan, dengan
mudah diterima oleh masyarakat yang sudah sedia ada punya falsafah keindahan tersendiri dan
memahami nilai estatik yang membawa kebaikan. Sehubungan dengan itu bibit-bibit pengertian
baru ini mula diterima oleh masyarakat Sarawak dan mereka mempelajarinya dengan rela hati.
Walaupun pada tahap awal, penglibatan pribumi Sarawak tidak ramai namun terdapat fakta
yang membuktikan penglibatan mereka wujud biarpun dalam kapasiti yang kecil sahaja. Mereka

ini juga aktif berkarya dan menyertai pameran-pameran yang diacarakan oleh badan-badan
kerajaan tempataan (Gambar 1.2 & 3).

(Gambarr 1) Tusau Padan. Pelukis Orang Ulu Tahun 60an (Gambar Koleksi Muzium Sarawak)

(Gambarr 2) Pembuat Kraf (Gambar Koleksi Muzium Sarawak)

(Gambarr 3) Teli Ngau. Pelukis Orang Ulu (Gambar Koleksi Muzium Sarawak)

Karya Awal Pelukis Sarawak


Seni visual berkembang di Sarawak terutamanya Kuching bagaikan angin sepoi bahasa
yang bergerak secara lembut dan tertip. Menular masuk ideology tentang wujudnya kesenian
berbentuk dua dimensi ini ternyata menarik ramai peminat dari kalangan pribumi Sarawak, yang
bertitik tolak dari hanya mencuba-cuba untuk menguasai kemahiran tersebut. Contohnya di
maktab Perguruan Batu Lintang Kuching, pengajaran seni visual diajar selari dengan pelajaran
kemahiran kraf yang pada zaman selepas Perperangan Dunia Ke Dua menampakkan sedikit
penurunan dalam penghasilannya. Lalu beberapa inisiatif telah diambil oleh jabatan-jabatan
kerajaan untuk merangsang dan menghidupkan kemahiran kraf dalam masa yang sama
mewujudkan ruang untuk mempamer serta memasarkan hasil karya mereka.
Bermula dari zaman pemerintahan Raja Brooke di Sarawak dan selepas itu
pemerintahan British selepas Perang Dunia Ke-Dua, banyak polisi kolonial digunapakai dalam
pentadbiran negeri, ini termasuklah pendidikan di sekolah-sekolah tinggi. Dalam masa yang
sama pihak British mewujudkan sekolah di gereja dan kemudiannya maktab perguruan yang
mempraktikan pembelajaran yang berasaskan model pendidikan kolonial (Oui 1998). Ideologyideologi barat digabung dalam matapelajaran seperti kesusastraan dan pendidikan seni. Ini boleh
dilihat pada teks pendidikan seni atau buku panduan pelajaran seni yang digunakan di maktab
perguruan pada masa itu, yang mengabungkan pelajaran seni kraf Sarawak dengan pendidikan
seni barat melalui pemahaman kepada elemen asas seni seperti warna, rupa dan ruang seperti
yang diajar sekolah Bahaus dan sekoleh seni lain di Eropah.
Dengan wujudnya pendedahan awal ini pelukis-pelukis tempatan mula mempraktis dan
memahirkan diri mereka untuk menguasai taktik-taktik lukisan catan menggunakan batik, pastel
dan cat air. Pelajar pribumi dan Cina juga pelajar dari Sabah dan Brunei belajar kemahiran seni
dari maktab ini seterusnya menjadi pelukis yang telibat secara langsung dalam menyemarakkan
5

perkembangan seni di tempat masing-masing. Sebilangan lain kaum Cina pada masa yang sama
sudah banyak pendedahan kepada lukisan dakwat Cina dan lukisan cat air, contohnya mereka
yang pernah menetap di luar negara atau yang berhijrah dari Cina. Malah pada masa ini sudah
ada pelukis-pelukis Cina yang telah bergraduat dari sekolah seni berprestej contohnya dari
Sekolah Seni Amoy di Negara Cina, Sekolah Seni Nanyang di Singapura dan Sekolah Seni Ling
Nan di Hongkong. Teknik dan penguasan cat minyak mereka memang jauh lebih baik serta
sudah mahir menguasai gaya Impressionis dan berani bereksprementasi dengan gaya pasca
Impressionis dan Ekspressionis. Namun begitu tidak semua pelukis kaum Cina mempunyai
latarbelakan pendidkan seni yang sama.

Pelukis-pelukis graduan Maktab Perguruan Batu

Lintang contohnya yang berkerjaya sebagai guru selepas belajar di maktab perguruan sama
setara dengan ramai pelukis pribumi yang membelajari seni ini segcara tidak formal, lebih
kepada bereksperimentasi dan mengasah kemahiran (Gambar 4 & 5 ).
Imej-imej visual dan pengolahan subjek era ini ada banyak kepelbagainan. Kaum
pribumi di Sarawak pada ketika ini masih lagi bermain dengan subjek ringan dan pengolahan
komposisi yang kebanyakannya adalah percubaan awal yang tampak malu dan kurang
keyakinan.

Pemilihan subjek dan sumber inspirasi juga banyak dipersoalkan seolah-olah

membuat tekaan bahawa adakah subjek ini menarik untuk digarap dalam sebuah catan atau
sebaliknya. Subjek pemandangan atau subjek aktiviti harian dan kekeluargaan adalah kebiasaan
kepada pelukis yang cenderung mencari kemahiran dan bukan menyulam ideologi atau masej
tentang keadaan semasa dalam karya mereka. Subjek-subjek ringan ini banyak dirakamkan
dalam latihan-latihan melakar dalam program aktiviti luaran atau perkelahan yang dikendalikan
oleh Sarawak Art Club. Antaranya yang direkodkan adalah lawatan ke rumah-rumah panjang
dan kawasan berdekatan sungai dan hutan sekitar Kuching.

(Gambarr 4) Tokong Chen Cher Chew 1963 (Koleksi Muzium Sarawak)

(Gambarr 5) Kampung - Foo Syn Hee 1965 (Koleksi Muzium Sarawak)

Menurut tulisan Mokhtar Saidin (2008) dalam kertas kerjanya bertajuk Perkembangan
Seni Visual dalam Perkembangan Sosial Negara, katanya karya zaman pasca merdeka dan pra
merdeka 1940an hingga 1050an kebanyakaan membentangkan subjek reality yang tidak
mendokong isu social.

Malah karya yang dihasilkan era ini mepamerkan aktiviti sosial

masyarakat yang secara langsung boleh dianggap sebagai pendokumentasian. Di sini terdapat
persamaan bila karya-karya selepas perang hingga sebelum Sarawak merdeka dalam Malaysia
diberikan perhatian yang serupa.
Lantas apakah yang subjek yang digarap oleh pelukis-pelukis di Sarawak pada zaman
ini? Sememangnya untuk mendapatkan karya-karya terdahulu pelukis Sarawak dari koleksi
samada pihak muzium atau pun galeri-galeri persendirian untuk mengupas topic ini adalah amat
sukar.

Untuk mengambil pendekatan historikal itu sememangnya tidak mudah dimulakan

kecuali telah ada banyak kajian serupa yang dilakukan oleh pengkaji sejarah seni tanah air.
Namun senarionya di Malaysia ini amat kurang dan lebih bersifat territorial dalam
pengkajiannya dan lebih cenderung kepada perkembangan politi yang berkaitan sahaja.
Apa yang dapat dicatat melalui koleksi Jabatan Muzium Sarawak dari tahun 1940an atau
lebih tepat selepas Perang Dunia Ke II, adalah hanya sedikit sahaja pelukis era ini merakamkan
figura yang diolah dalam bentuk Realisme atau gaya Renaisan, apatah lagi pengolahan figura
yang dipraktiskan oleh Picasso dan pelukis seangkataannya. Penilaian ke atas beberapa karya
yang terpilih diharap dapat memberi sumber analisa baru berkenaan pengolahan seni lukis di
Sarawak. Menurut Hegel, kajian terhadap karya individu penting untuk mendalami pengalaman
pengkarya secara spiritual dan unsur yang menggalak perkembangannya atau unsur yang
membawa kepada keadaan sebaliknya. Keindahan sesebuah karya seni itu hanya boleh dikecapi
sekiranya seniman itu benar-benar bebas untuk mengenali diri dan mengenali kebebasan hakiki.
Ini bermaksud setiap pelukis mempunyai tujuan dan pilihan sendiri dalam pemilihan masej dan
8

subjek yang menimbulkan inspirasi untuk berkarya yang dipengruhi oleh kepercayaan dan
pengalaman pribadinya.
Keparcayaan dan peristiwa suka dan duka dalam kehidupan tidak dapat dinafikan akan
menyumbang terhadap pilihan yang dibuat dalam menghasilkan karya. Faktor-faktor
persekitaran dan keinginan sendiri membawa pengkaraya kepada situasi di mana mereka tidak
boleh lari dari menjalin pengalaman pribadi dalam setiap calitan dan goresan yang akhirnya
bersatu untuk menghasilkan sebuah karya seni yang keindahannya terlebih dahulu ada kepuasan
kepada yang menghasilkannya, sebelum ia diaprisiasi oleh pemerhati luar. Namun begitu tahap
penghasilan yang berbentuk spiritual tidak kelihatan dalam karya-karya yang dihasilkan oleh
pelukis awal Sarawak kerana pertama, mereka adalah pelukis-pelukis yang sedang belajar dan
mempelajari dari berbagai sudut tentang penghasilan karya yang Ideal.

Tahap ini tidak

mementingkan masej apatah lagi pengisisan intrinsik yang menyelit doktrin mahupun falsafah
kemanusian atau keagamaan kepada penontonnya. Masej mereka adalah jelas dan telus,
keindahan dari kaca mata mereka dan kebangaan atau kekaguman mereka terhadap bumi
Sarawak yang kaya budaya dan alam yang mega dari kehidupan mereka sendiri.
Dapat dilihat contohnya pengkarya Melayu Sarawak, Ahmad Zaini yang gemar
merakam senario dipersekitaranya dan subjek mudah yang berkaitan dengan aktiviti masyarakat,
inilah keindahan baginya. Sememangnya sebagai seorang muslim kecenderungan merakam
tubuh badan manusia seperti zaman Renaisan tidak bersesuaian dengan keparcayaan dan falsafah
Islam. Boleh dikatakan kebanyakaan karya yang dihasilkan lebih taksub kepada pemandangan
dan suasana kampung yang harmoni walaupun umumnya telah diketahui bahawa era ini ada
terlibat dengan berbagai kontraversi sosial dan politik.

Antaranya penentangan kepada

penyerahan Sarawak kepada British dan ketidakpuasan hati rakyat Sarawak, yang akhirnya
membawa kepada terbunuhnya seorang Gabenor kulit putih.

Isu isu sebegini tidak

diketingahkan oleh pelukis era ini, dikalangan pelukis pri-bumi mahupun pelukis Cina yang jika
dilihat lebih expressif serta mahir dalam pengolahan komposisi dan tema (Gambar 6,7, 8 & 9 ).

(Gambarr 6) Menuai Padi - Ahmad Zaini - 1963 (Koleksi Muzium Sarawak)

(Gambarr 7) Dua Ikan Ahmad Zaini 1953 (Koleksi Muzium Sarawak)

10

(Gambarr 8) Laga Ayam - En. Teo 1962 (Koleksi Muzium Sarawak)

(Gambarr 9) Wanita - Phang Ling

11

Bila mengkaji aktiviti yang dijalankan oleh ahli-ahli Sarawak Art Club (1949-1968) dan
hasil karya mereka, banyak menunjukkan kewujudan pergolakan dalam diri pengkarya tetapi
ianya lebih berbentuk perjuangan untuk menguasai kemahiran melukis dan menguasai media
dan dalam masa yang sama berupaya mengabadikan keindahan disekeliling mereka. Dan lebih
menarik di sini jelas kebebasan dalam mengekspresi kebanggaan dan kecintaan mereka terhadap
bumi ini dan kekayaan budaya dan warisan turun temurunnya yang seringkali menjadi inspirasi
mereka.

Aktiviti harian berbilang kaum juga merupakan subjek pilihan pelukis awal dari

Sarawak yang mempunyai pendidikan formal dalam Seni Halus seperti Lucy Morison yang
merupakan pengerusi Sarawak Art Club, Foo Syn Choon, Foo Syn Hee, Tsai Horng Chung,
Joseph Khoo Hook Poh dan ramai lagi.
Malahan keindahan dan kekayaan budaya di sini juga banyak menginspirasikan pelukis
pelukis semenanjung antaranya seperti Mohamad Hoessein Enas, Cheong Soo Ping dan Lai
Fong Moi. Landskap dan imej tempatan menjadi tema utama pelukis Sarawak hinggalah hingga
tahun 90an. Kemudian wujud pengguanaan elemen-elemen etnik dalam karya yang ditampilkan
dalam komposisi dan stail yang lebih cenderung kepada eksprsionisma dengan pengolahan lebih
berbentuk Abstrak dari realisma .
Percubaan dalam menguasai catan figura pula nampak lebih ketara hanya akhir tahun
60an dengan menggunakan medium dakwat cina atau cat air dan penggunaan teknik batik
terutamanya oleh Foo Syn Choon di mana kecenderungannya adalah merakam figura kaum
etnik.

Beliau banyak dipengaruhi oleh pelukis batik Singapura dan Malaya yang banyak

mengutarakan figura dalam posisi pergerakan santai atau boleh dikatakan posisi yang beridentiti
orang Melayu dalam hasil karya mereka. Beliau pernah menuntut di Maktab Perguruan Batu
Lintang Kuching dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang seni di Bath Academy of
Art, Britain. Pada masa yang sama ahli-ahli lain Sarawak Art Club yang terdiri dari berbagai
12

bangsa di Sarawak termasuk pegawai-pegawai kulit putih yang bertugas di jabatan-jabatan


kerajaan banyak memberi pendedahan dalam memperkenalkan lukisan figura kepada pelukis
tempatan. Dalam salah satu rakaman gambar yang disimpan di arkib gambar, Jabatan Muzium
Sarawak, amat jelas terdapatnya karya yang mempamerkan figura (Gambar 10 & 11 ). Namun
begitu pemilihan pengabadian potret dalam komposisi fotografik tampak lebih bersesuaian
dengan norma masyarakat tempatan. Begitu jarang sekali dilihat figura masyarakat tempatan
digambarkan oleh pelukis tempatan dalam koposisi lain selain dari berada dalam kotak fotografi.
Terdapat juga karya yang cuba menggambarkan figura tetapi tidak dalam pengolahan yang
seberanai dan sejujur pelukis hebat sepertiYong Mun Seng atau Cheong Soo Pieng. Jika dilihat
kepada beberpa sumber ada banyak dokumentasi dalam bentuk fotografi yang merakamkan
figura wanita-wanita Iban dan etnik lain yang merupakan subjek kegemaran peminat fotografi
zaman ini hingga kerap kali diterbitkan dalam majalah ternama antaranya majalah The Straits
Time ANNUAL (Gambar 12 &13 ).
Berbincang mengenai Medium yang digunakan pula, boleh dikatakan kebanyakan
pelukis era ini lebih selesa berkarya menggunakan media cat air, manakala pelukis Cina ada
yang sudah selesa menggunakan cat minyak tetapi masih lagi pada tahap yang mencuba dan
mencari keserasian.

Penghasilan potret cat minyak seperti gaya Renaisan belum lagi wujud

dikalangan pelukis-pelukis pada era ini, mungkin salah satu sebabnya adalah penggunaan cati
minyak adalah suatu kemewahan yang belum dapat dinikmati oleh pelukis amatur yang tidak
dinaungi oleh mana-mana pihak.
Penggunaan media lain seperti arang dan pastel jelas menampakkan experimentasi
dengan menggunakan calitan warna yang tampak kurang keyakinan. Malahan tampak seolaholah terhasil dari kombinasi beberapa percubaan yang kebetulan mewujudkan keseimbangan
dalam catan.

Walau pun pendekatan potret stail romantis zaman Renaisan wujud

didindingdinding kediaman pemerintah kulit putih, ianya bukanlah hasil kerja pelukis tempatan.
13

Tidak seperti di Indonesia yang mempunyai pelukis romantis iaitu Raden Saleh Bostaman (1807
- 1880) yang sangat berjaya menguasai penggunaan cat minyak dan pendekatan teknik glaze
setanding pelukis Belanda serta negara lain di Eropah (Gambar 14 ).

(Gambarr 10) Pameran Kuching Art Club 1960 (Koleksi Muzium Sarawak)

(Gambarr 11) Pameran Kuching Art Club 1960 (Koleksi Muzium Sarawak)

14

(Gambarr 12) Wanita Orang Ulu Cheong Soo Ping - 1960 (Koleksi Muzium Sarawak)

(Gambarr 14) Dua Wanita Di Tepi Pantai - Cheong Soo Pieng - 1945

15

(Gambarr 13) James Brooke; Sir Francis Grant (Koleksi Muzium Sarawak)

16

Kesimpulan
Dalam kesimpulan ini terdapat dua bahagian yang perlu dilihat pertama, perjalanan atau
pergerakan hasil karya pelukis amatur kepada pelukis mahir, samada pelukis yang sama atau
pelukis lain yang baru menyertai bidang ini.

Kedua melihat kepada hasil karya yang

menandakan wujudnya tiga peringkat pengolahan yang berkisar diantara kemahiran pelukis,
keinginan mencuba dan akhirnya menemui keserasian untuk mencipta identiti sendiri. Dalam
tiga peringkat ini dikaji melalui karya yang dihasilkan boleh ditafsirkan berbagai hasil yang
boleh memberikan identiti kepada perkembangan seni catan yang nadir kepada Sarawak.
Melihat kepada Gambarajah 1, pelukis baru atau amatur era 40an dan 50an adalah
pelukis yang baru diperkenalkan kepada seni catan barat. Dari itu pemilihan subjek dan tema
adalah berbentuk pengalaman harian pelukis yang berbentuk ringan dan senang diterima oleh
semua golongan masyarakat. Pendekatan yang digunakan untuk menggambarkan pilihan imej
juga mudah dalam domposisi yang fotografik. Melangkah ke era 60an dan 70an pula, selepas
lebih sepuluh tahun wujudnya gabungan persatuan pelukis Sarawak, kumpulan in boleh
dikategorikan sebagai pelukis mahir bila pengolahan imej lebih berasaskan aliran tetapi mesej
sosial atau politik masih tidak diberatkan. Malah nampak lebih ketaksuban dalam penguasaan
aliran ekspressionis dan abstrak ekspressionis contohnya. Subjek garapan mereka lebih kepada
imej tunggal contohnya motif atau subjek etnik yang sudah sedia ada nilai artistik yang tinggi
terutamanya simbolisma. Figura lebih menyerlah era ini yang kebanyakannya digabungkan
dengan elemen-elemen etnik yang boleh dikatakan sulaman dari pengalaman pribadi dan
kesukaan kepada tema etnik yang masih menyimpan berbagai misteri yang belum diketengahkan
oleh pelukis tempatan.

17

Bahagian kedua yang merujuk kepada Gambarajah 2 mengupas hasil kajian pengolahan
imej yang dipilih oleh pelukis era selepas perang di Sarawak. Ini boleh dirumuskan kepada tiga
kosentrasi, pertama yang memilih subjek ringan adalah pelukis yang mencari kemahiran. Di
peringkat ini karya mempersembahkah subjek atau imej yang tampak kaku dan kasar dalam
pengendalian medianya dan susunannya. Jelas kelihatan tiada pengalaman dalam penguasaan
media dan kekurangan dalam kemahiran memahami bahan baru. Ini membawa kepada situasi
yang teragak-agak atau dirujuk seperti dalam Gambarajah 2 sebagai gagap, yang menyebabkan
komunikasi antara pemerhati dan penghasil karya terganggu. Imej yang tidak sempurna dan
nampak ketidakstabilan dalam keseimbangan menunjukkan kurang keyakinan dan keberanian
untuk membuat pembaharuan. Namun begitu terdapat elemen positif yang dilihat sebagai sifat
kendiri pengkarya

yang terus meningkatkan kemahiran sendiri melalui pengulangan dan

pembetulan dalam menghasilkan karya yang tiada had hinggalah mereka akhirnya berjaya
menguasai teknik dan media yang diinginkan.
kedua adalah pelukis baru yang banyak membuat percubaan akan mengutarakan
berbagai subjek dalam stail atau mengikut aliran yang berbeza-beza. Namun aliran ini tidak
semestinya menjadi keutamaan bagi mereka kerana mesej pada peringkat ini masih tidak
penting. Hanya nilai artistik sahaja yang menjadi pendorong terhasilnya sesebuah karya.
Ketiga golongan pelukis yang memberi penekanan kepada stail yang sudah dianggap
selesa dengan pelukis itu sendiri. Media yang dipilih dapat dikuasai dengan baik dan tidak
mencampurkan berbagai media untuk mengharapkan akan wujudnya kesan-kesan yang tidak
disengajakan. Boleh dikatakan pada peringkat inilah maka pelukis dapat menghasilkan karya
yang ideal. Dalam konteks ini bermaksud karya yang mempunyai penguasaan media yang baik
akan menghasilkan garapan imej yang berkesan yang boleh dibaca secara visual dengan baik.
Karya peringkat ini melalui kemahiran penguasaan medai yang selesa akan secara semulajadi
mewujudkan kesan yang spontan yang akan meningkatkan nilai artistik sesebuah catan.
18

Setiap perkembangn ada sejarah dan pengaruhnya tersendiri. Bak Kata pepatah Melayu
lain padang lain belalangnya. Konsep inilah yang membuat sesuatu kajian itu menarik dan tidak
akan seratus peratus sama. Sesuatu yang tidak dijangkakan selalu wujud dalam pengkajian yang
mencari sesuatu, tetapi menemui sesuatu yang lain. Walaupun kajian tentang topik ini sukar
kerana kekurangan rekod and dokumentasi oleh pihak-pihak berwajib tetapi sudut kajian yang
lain boleh membantu untuk melengkapkan berbagai ruangan baru topik ini yang akhirnya
diharap dapat disatukan dan disempurnakan sebagai kajian Sejarah Seni di Sarawak.

Gambarajah 1

SUBJEK LANSKAP
SUBJEK RINGAN

PENGOLAHAN:
BERSAHAJA
1940-1950
PELUKIS AMATUR

1960-1970
PELUKIS MAHIR

SUBJEK FIGURA
SUBJEK ETNIK

PERGOLAHAN: BERASASKAN
STAIL DAN ALIRAN

19

Gambarajah 2

PENGOLAHAN KARYA
Gagap

kendiri

Berbagai

Ideal

Bersahaja

Hasil karya menampakkan


stail tersendiri

KESERASIAN

PERCUBAAN
Hasil karya mudah berubah

Hasil karya kaku

KEMAHIRAN

Kasar

20

Rujukan
Lim, Julitta Shau Hua. (1995). From an Army Camp to a Teachers Collage. Kuching: Borneo
Press.
Mohd. Suhaimi Mohd. Noor, dan Jamilah Omar. (2008). Perkembangan Seni Visual Dalam
Sejarah Perkembangan Sosial Negara, Prosiding Sidang Seni. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis
Negara.
Gin, Ooi Keat. ( 1996). World Beyond Rivers. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Wingest Paul S. (1974). Primitive Art, USA: New America Library.

Bibliografi
Ismail Haji Ibrahim. (2005). Sejarah Perkembangan Seni Lukis Sabah. Kota Kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah.
Kress, Gunther, and Theo Van Leeuwen. (1996). Reading Images: The Grammar of Visual
Design. New York: Routledge.
Muliyadi Mahamood. (2001). Seni Lukis Moden Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors.
Ng Soon Mang.(2009). Kecenderungan Pelukis Pelukis Sarawak Menggarap Imejan Bercirikan
Sarawak Dalam Karya Seni Tampak, , Tesis MA., Kota Samarahan: Universiti Malaysia
Sarawak.
Ooi Keat Gin.(1963). Education In Sarawak A Historical Survey (1841-1963). Tesis, MA,
Singapore: National University Singapore,.
Rahah Haji Hasan.(2002). A Study on The Historical Development of Paintings in Kuching,
1945 -1959, , Tesis MA., Shah Alam: De Montfort University/Universiti Teknologi MARA
(UiTM).
The Straits Times ANNUAL. (1952,1957,1962,1965,1966). Singapura: The Straits Times Press.

21

Anda mungkin juga menyukai