Anda di halaman 1dari 20

PEMBENTANGAN BAHAN INOVASI

KIT PERMAINAN BaKIS


OLEH : SK PENDIDIKAN KHAS MELAKA
Dam BaKIS adalah seperti dam
permainan yang selalu dimainkan
Dam BaKIS
tetapi cara permainan melibatkan
aktiviti mengenal, mengecam dan
mengisyarat huruf besar dan huruf
kecil A hingga Z

Petak Merah mewakili kad yang


diletakkan di petak merah di mana
murid yang berada di petak merah
perlu memilih kad yang di dalam petak
merah

Petak hijau mewakili kad yang


diletakkan di petak hijau di mana
murid yang berdada di petak hijau
perlu memilih kad yang di dalam petak
hijau.

Petak kuning murid tidak memilih


mana-mana kad atau dikira penalti.
Carta Poket BaKIS
Permainan ini adalah permainan yang
diadaptasi dari Permainan Carta Poket
atau Suai dan Padanan Permainan ini
menggunakan kalendar terbuang
sebagai tapak dan plastik laminate yang
ditampal di tapak carta sebagai poket
bagi aktiviti suai dan padan.

Murid bermain Permainan Carta Poket


BaKIS ( Suai dan Padan)Murid diminta
memadankan huruf kecil a hingga z
dengan isyarat tangan yang betul.

Aktiviti ini diulang dengan meminta


murid melihat dan mengecam isyarat
kemudian meletakkan huruf yang betul
dan diikuti dengan perkataan.
Kad Balik / Flip BaKIS
Permainan ini merupakan menggunakan
kad imbasan iaitu kad huruf A hingga Z
dan kad kod isyarat tangan

Murid memilih satu kad dan mencari


pasangannya daripada kad yang
diterbalikkan. 

Sebagai contoh murid terbalikkan huruf


a dan diminta mencari pasangan yang
betul iaitu kod isyarat tangan yang
betul.

Murid terbalikkan huruf a dan diminta


mencari pasangan bagi kad perkataan
yang betul. 
CONTENG-CONTENG

Permainan ini menggunakan mini ‘board’ dan


marker pen yang dibeli di kedai alat tulis.
Murid melihat dan mengecam isyarat yang
ditunjukkan oleh guru dan diterjemahkan
semula dalam bentuk tulisan.
PERMAINAN DIGITAL BaKIS

Permainan adalah permainan digital yang


membantu murid belajar sambal bermain di
rumah.

Permainan ini memerlukan murid menjawab


huruf yang betul berdasarkan isyarat yang
dipaparkan.

Markah akan dikira setelah murid selesai


menjawab semua kuiz dalam permainan
digital ini.
PROSEDUR & RAWATAN YANG DIJALANKAN
Rawatan 2 Rawatan 3
Murid memilih satu kad dan mencari
Murid bermain Permainan Carta Poket
Rawatan 1 BaKIS ( Suai dan Padan)
pasangannya daripada kad yang
diterbalikkan. 
Murid diperkenalkan dengan Murid diminta memadankan huruf kecil
Sebagai contoh murid terbalikkan huruf
huruf kecil a hingga huruf z a hingga z dengan isyarat tangan yang
a dan diminta mencari pasangan yang
betul.
Murid diperkenalkan dengan betul iaitu kod isyarat tangan yang
Aktiviti ini diulang dengan meminta betul.
isyarat huruf kecil a hingga z murid melihat dan mengecam isyarat
Murid terbalikkan huruf a dan diminta
kemudian meletakkan huruf yang betul
mencari pasangan bagi kad perkataan
dan diikuti dengan perkataan.
yang betul. 

Rawatan 4
Rawatan 6 Murid bermain Permainan Dam BaKIS. 
Rawatan 5 Permainan ini adalah seperti permainan dam
Murid bermain Permainan biasa.
Digital BaKIS dengan Murid bermain Permainan Apabila murid berhenti di setiap stesen, murid
menggunakan aplikasi Conteng-Conteng iaitu murid diminta menjawab soalan mengenal huruf a
permainan digital diminta menulis huruf dengan hingga z melalui kod isyarat tangan yang
ditunjukkan, menunjukkan kad kod isyarat
Murid memadankan huruf A betul bagi isyarat yang tangan yang betul bagi huruf yang ditunjukkan
hingga Z dengan isyarat tangan ditunjukkan dan menunjukkan perkataan yang betul
yang betul berdasarkan huruf atau kod isyarat yang
ditunjukkan.
PROSEDUR & RAWATAN YANG DIJALANKAN

Rawatan 1 hingga 6 diulang semula dengan menggantikan huruf besar A


hingga Z dan perkataan
PEMBENTANGAN ALATAN DAN KOS BAHAN
KIT PERMAINAN BaKIS

OLEH : SK PENDIDIKAN KHAS MELAKA


Bahan dan alatan
Bahan dan alatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk ini adalah seperti
berikut:
1.

Kotak
2.Plastik laminate
3.Kertas A4
4.Plastik jernih berzip / Zipper bag
5.Kertas Sticker (label) 
6.Poster ( manual permainan )
7.Kalendar terpakai 
8.Gunting / gam
9.Papan putih dan marker 
10.Laptop ( Membina aplikasi permainan digital)
Kos Bahan

Bahan yang digunakan di dalam projek ini menggunakan bahan terpakai seperti kotak dan kalendar terpakai. Bahan-bahan
terpakai ini telah dimodifikasikan. Kotak terpakai dimodifikan dijadikan kotak permainan dam manakala kalendar terpakai
menjadi permainan Kad Balik  atau Flip. Selain itu beberapa  bahan menggunakan kos dengan jumlah RM65.40 seperti
Jadual 1 di bawah :

Bil  Item  Unit Kos

1 Plastik Laminate  1 RM19.90

2. Kertas A4 1 RM 13.90

3. Plastik berzip 1 pek RM4.90

4. Kertas Sticker 40x40cm 1 RM5.00

5 Gunting  1 RM4.50

6 Gam 3 RM6.00

7 Pen marker 2 RM 5.20

8 Papan putih 2 RM 6.00

JUMLAH RM65.40
PEMBENTANGAN HASIL KAJIAN
KIT PERMAINAN BaKIS
OLEH : SK PENDIDIKAN KHAS MELAKA
SAMPEL KAJIAN
3 orang murid Dijalankan di SK
4 orang Murid lelaki dan Pendidikan Khas
tahun 1 Anggerik seorang murid Melaka.
perempuan
PENGUMPULAN DATA
UJIAN PRA DAN
UJIAN POS BORANG SOAL SELIDIK

Ujian Pra : Ujian yang dijalankan untuk mengenal


pasti masalah dan diberikan rawatan
Mendapat maklum balas guru mengenai
Ujian Pos : Ujian dijalankan untuk mengukur keberkesanan penggunaan Kit Permainan BaKIS.
tahap keberkesanan rawatan yang diberikan
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
UJIAN PRA DAN
UJIAN POS BORANG SOAL SELIDIK

Menggunakan senarai semak berkehendakkan


pengkaji ( / ) jika  menguasai dan ( x ) bagi yang Menggunakan Skala Liket 1 hingga 4. Borang
tidak dapat menguasai kemahiran mengenal dan diedarkan kepada 8 orang guru Bahasa Melayu di
mengisyarat bagi huruf A hingga Z. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka.
ANALISIS DATA
UJIAN PRA DAN
UJIAN POS BORANG SOAL SELIDIK

Dianalisis dalam bentuk peratusan jumlah item


yang dikuasai oleh murid
Dianalisis menggunakan peratusan Skala Liket
Peratusan Ujian Pra dibandingkan dengan
dan item dalam borang soal selidik.
peratusan Ujian Pos untuk melihat peningkatan
setelah rawatan diberi.
HASIL KAJIAN
UJIAN PRA DAN UJIAN POS

Graf menunjukkan peratusan


peningkatan Ujian Pos berbanding
dengan Ujian Pra bagi keempat-empat
responden. Ini menunjukkan rawatan
Kit Permainan BaKIS Berjaya
menunjukkan peningkatan peratusan
HASIL KAJIAN
BORANG SOAL SELIDIK

Graf menunjukkan peratusan Borang


Selidik yang dijalankan mengikut item
kepada 8 orang guru Bahasa Melayu
bersetuju bahawa Kit Permainan BaKIS
telah membantu PdPC iaitu sebanyak
87.5%
HASIL DAPATAN
Hasil dapatan dari Ujian Pos dan Ujian Pra serta Borang Soal Selidik mendapati Kit Permainan BaKIS
berkesan dalam membantu murid mengenal, mengecam dan mengisyarat huruf A hingga Z. Hasil dapatan
kajian menunjukkan peningkatan peratusan murid melalui Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan.
Seterusnya, Kit Permainan BaKIS ternyata membantu guru sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas
melalui soal selidik yang telah dijalankan. Guru juga mengakui bahawa setelah murid diberikan Kit
Permainan BaKIS ini, murid mudah mengecam, mengenal serta mengisyarat huruf A hingga Z malah
murid menunjukkan penglibatan yang aktif semasa menggunakan kit ini. Kit Permainan BaKIS adalah
berkonsepkan belajar sambil bermain. Hasil dapatan mendapati murid lebih bertumpu dan berfokus
sekiranya pengajaran berkonsepkan permainan. 

Anda mungkin juga menyukai