Anda di halaman 1dari 6

BAHAN BANTU MENGAJAR BAHASA MELAYU

BAHAN MAUJUD

1. Mari Bermain Sorong Tarik

Objektif

 Murid-murid dapat membina dan menulis perkataan

Bahan

 Kad sorong tarik


 Kertas atau buku tulis

Bentuk permainan

i. Cara bermain
 Individu
ii. Aktiviti permainan
 Murid diberi set kad sorong tarik.
 Murid disuruh menyorong dan menarik kad-kad yang mengandungi
suku kata dan gambar supaya menjadi perkataan yang dikehendaki.
 Murid dikehendaki menulis perkataan-perkataan yang dibina
tersebut di dalam buku tulis atau kertas.
 Murid yang lebih awal siap menulis perkataan-perkataan dengan
betul dikira sebagai pemenang.

Contoh Kad Sorong Tarik :

2. Kembali Ke Rumah Saya


Objektif

 Murid-murid dapat membaca perkataan dengan betul.

Bahan

 Papan tapak perkataan


 Kad-kad bergambar

Bentuk Permainan

i. Cara bermain
 Individu
 Berpasangan
ii. Aktiviti permainan
 Murid diberi set papan tapak permainan.
 Murid diminta mengeluarkan kad-kad bergambar dari tapaknya
(rumahnya).
 Murid dikehendaki membaca perkataan yang terdapat dalam
tapak-tapak kad tersebut.
 Murid-murid mencari kad-kad gambar kemudian memasukkan
kad-kad gambar ke dalam rumah (tapak) perkataan tersebut.
 Murid yang lebih awal siap memasukkan kad-kad perkataan
tersebut ke dalam rumahnya dengan betul dikira sebagai
pemenang.

Contoh Papan Kembali Ke Rumah Saya :

3. Roda Impian

Objektif
 Murid-murid dapat membina dan menulis perkataan yang terdiri daripada
dua suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Bahan

 Roda impian suku kata terbuka


 Roda impian suku kata terbuka dan tertutup

Bentuk Permainan

i. Cara bermain
 Individu
 Berpasangan
ii. Aktiviti Permainan
 Murid diberi roda impian.
 Murid diminta membina perkataan daripada suku kata berpandukan
gambar dengan memutarkan roda suku kata tersebut.
 Murid diminta menulis perkataan yang dibina dalam buku tulis atau
kertas.
 Murid yang paling awal selesai menulis perkataan tersebut dengan
betul dikira sebagai pemenang.

Contoh Permainan Roda Impian :

4. Permainan Kad Colek Hantu

Objektif : Murid-murid dapat membina, membaca dan menulis perkataan yang


terdiri daripada dua suku kata terbuka.

Bahan : Set kad suku kata terbuka, buku tulis atau kertas

Bentuk Permainan - Cara bermain : Berdua, bertiga, berempat


i. Aktiviti permainan :
 Murid diberi set kad suku kata terbuka “Permainan Hantu”
kepada ketua kumpulan. Ketua kumpulan diminta
membahagikan kad tersebut kepada setiap pemain sebanyak :
- 26 keping seorang jika 2 orang pemain.
- Jika 3 pemain, ketua memberi 18 keping dan 17 keping
seorang kepada pemain yang lain.
- 13 keping seorang jika 4 orang pemain.
 Pemain diminta mencantumkan kad-kad suku kata tersebut supaya
menjadi perkataan bermakna. Kad-kad suku kata yang telah
menjadi perkataan tersebut disusun di hadapan atau di sisi murid.
 Setelah tiada kad di tangan pemain yang boleh dicantumkan
menjadi perkataan, barulah dicabut (diambil) satu kad daripada
pemain sebelah kanan ketua. Jika kad itu boleh dibina perkataan
maka kad suku kata tersebut disusun di hadapan atau di sisi murid
(seperti tadi).
 Permainan diteruskan sehingga tiada kad-kad yang boleh dibentuk
perkataan. Pemain yang mendapat atau memgang kad gambar
hantu dikira kalah. Murid diminta menulis perkataan yang telah
dibina tersebut di dalam buku latihan atau kertas.

Contoh Kad Colek Hantu :

5. Kad Selak

Objektif :

 Murid-murid dapat membina, membaca dan menulis perkataan yang terdiri


daripada 2 suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Bahan :

 Kad selak, dan buku tulis.


Bentuk Permainan :

i. Cara bermain : Individu atau berpasangan


ii. Aktiviti permainan :
 Guru memberi kad selak kepada murid.
 Murid-murid menyelak kad-kad suku kata untuk membina perkataan
berpandukan gambar.
 Murid-murid menulis perkataan yang telah dibina di dalam buku latihan atau
kertas.
 Murid yang awal membina dan menulis perkataan di dalam buku latihan atau
kertas dengan betul dikira sebagai pemenang.

BAHAN BANTU MENGAJAR MULTIMEDIA INTERAKTIF

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kini seiring dengan


perkembangan dunia pendidikan pada masa ini. Pengintegrasian teknologi dalam
pengajaran, khususnya mengajar Bahasa Melayu akan menjadi lebih menarik,
bermakna dan produktif dengan pengabungjalinan penggunaan multimedia interaktif.
Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), multimedia mampu menyampaikan
sesuatu maklumat dengan cepat dan tepat serta mampu menjadi daya tarikan bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Pelaksanaannya terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran dalam
kemahiran membaca atau menulis akan memberi impak positif. Hal ini demikian
kerana bahan teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi,
gambar, video, serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran baharu di
samping kaya dengan maklumat pembelajaran.

Sehubungan itu, murid-murid yang menggunakan multimedia interaktif


sebagai medium menguasai kemahiran membaca lebih fleksibel dan bebas untuk
mencari ilmu pengetahuan. Manakala menurut Doyle (2007), komputer membantu
murid untuk meningkatkan pencapaian bahasa menerusi penggunaan teknik yang
sistematik dan berpusatkan murid.

Contoh Bahan Multimedia Interaktif Bahasa Melayu :

Anda mungkin juga menyukai