Anda di halaman 1dari 2

TEK UCAPAN GURU UNTUK MAJLIS RESTU ILMU

Bismilahirahmanirahim
Yang dihormati Tuan/Puan Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Tuan Pengetua..En Azmi b. Awang
Puan Penolong Kanan Pentadbiran..Pn Azizah bt Mamat,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Baharudin b. Mat Nawi
Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abd Razak b. Mamat,
En Ahmad Sauki b.Harun , Guru Kanan Teknik Vokasional selaku Guru Penyelaras
PT3
Guru-guru Kanan,
Guru-guru rakan seperjuangan ,
Seterusnya..
Anak-anak murid yang dikasihi sekalian.
Asalamualikum warahmatullahiwabaroka tuh dan salam sehati sejiwa.

Syukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya dapat cikgu
berdiri di sini mewakili para guru ,terutama guru-guru daripada ting 1 hingga 3 untuk
menitipkan sepatah dua kata buat azimat untuk anak-anak didik kami sebagai
pengubat debaran dan restu ilmu buat anak-anak murid Ting 3 SMK Pangkal
Kalong 2016 sebelum menghadapi peperiksaan bermula esok 12-15 hb Oktober ini.
Anak-anak muridku yang disayangi,
Sesungguhnya Allah itu Maha Agung dan Maha Besar Keagungan-Nya yang telah
menciptakan kalian bermula daripada dalam kandungan sehinggalah kamu semua
dilahirkan..Sedari kecil kalian diberi kasih sayang dan dijaga oleh kedua-dua ibu
bapa sehinggalah kini kalian sudah berusia 15 tahun dan esok akan bakal
menduduki peperiksaan PT3. Kami juga para guru di SMKPK telah mendidik kalian
semenjak daripada tingkatan 1 sehinggalah sekarang, kini sudah berada di
tingkatan 3. Sebagai guru, kami insan-insan yang dipilih dan diamanahkan oleh Allah
untuk membimbing, mendidik dan mencurahkan seberapa banyak ilmu yang
dianugerahkan oleh-Nya ini telah cuba memberikan yang terbaik dan melakukan
seikhlas-ikhlasnya sebagaimana anak-anak kami sendiri.
Anak-anak yang kami sayangi,
Dalam proses kami mencurahkan kepada kalian segala ilmu yang ada..ada kalanya
kami juga tidak lari daripada terkhilaf atas kelemahan-kelemahan sendiri sama ada
daripada segi emosi dan keteganganKami kadang-kadang marah, sedih, atau
merajuk kerana kami juga manusia biasa yang mungkin tersentuh hati akibat tingkah
laku kalianNamun, semua ini sebenarnya tidak menjejaskan rasa tanggungjawab
kami untuk menjadikan kalian insan yang berilmu, cemerlang dan terbaik di dunia
dan di akhirat

Anak-anak yang disayangi sekalian,


Pada hari yang mulia lagi berkat ini, kami para guru dengan sepenuh hati
menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan, serta mengiringi perjuangan ini dengan
restu kasih semoga kalian akan sentiasa tenang dalam menghadapi peperiksaan,
dan akhirnya berjaya mengukir sebuah kejayaan yang cemerlang.insya-Allah.
Bagi mengakhiri ucapan ini ingin cikgu bacakan dua bait puisi khas ditujukan buat
anak-anak.
Anak-anak muridku yang disayangi
Ayuh!
Bangkitlah wahai murid-muridku,
Buangkan selimut mimpi,
Ketika fajar mengetuk pintu hari,
Mulakan langkah berani,
Ketika membawa watikah, amanah dan janji!
Muncullah engkau wahai wasi,
Menjaga diriku,
Menyambung nyawa
Nadi kerabat ,
Walau nilai yang kami beri
Hanya sebesar
Sebiji saga.

Sekian,
Wabilahitaufikwalhidayah..asalamualikum warahmatulahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai