Anda di halaman 1dari 7

1.

KAJIAN LEPAS
Aripin Said dalam Nyanyian Rakyat (2002), kegemilangan, kehebatan, fungsi serta

bahan-bahan sastera rakyat ini begitu banyak menjadi kajian para sarjana barat baik
Wilkinson, Winstedt, Skeat serta lain-lainnya. Kajian mereka ini disambung oleh para
pengkajian tempatan antaranya Za'ba, Taib Osman, Zakaria Hitam, Shahrom Husain, A.
Samad Ahmad dan lain-lainnya. Pelbagai teori dikeluarkan. Pelbagai hujah pula
dibincangkan, ada yang diterima dan ada yang ditolak.
Kajian terdahulu dalam bidang lagu rakyat telah dilakukan oleh beberapa orang
pengkaji tetapi menyentuh persoalan yang berbeza. Nur Asmira Mat Din, (2011) Kajian
Tentang Nilai Murni Dalam Lagu-Lagu Rakyat Koleksi Aripin Said mengkaji 29 buah lagulagu rakyat koleksi Aripin Said. Kajian tersebut memberi tumpuan terhadap nilai- nilai murni
serta unsur pendidikan yang terdapat dalam lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said dengan
menggunakan teori dan pendekatan sosiologi.
Wan Nur Atikah Wan Ab Rahman, (2011) Kajian Terhadap Tema Dan Persoalan
Dalam Lagu Rakyat Negeri Kelantan melakukan kajian ke atas 19 buah lagu rakyat Negeri
Kelantan yang terdiri daripada lagu kanak-kanak serta lagu dewasa yang dinyanyikan secara
dialek Kelantan. Pengkaji juga menggunakan teori dan pendekatan sosiologi untuk mengesan
lagu rakyat negeri Kelantan serta memahami tema dan persoalan yang terdapat dalam lagu
rakyat tersebut.
Kedua-dua orang pengkaji berkongsi pandangan yang sama tentang lagu rakyat iaitu
nyayian rakyat bukan sekadar menghibur, tetapi lebih daripada itu iaitu bertujuan untuk
mendidik masyarakat. Ini jelas dilihat melalui peranan penglipur lara masa lalu, yang
merupakan institusi pendidikan tidak formal dalam masyarakat tradisi. Mereka menyusun
masyarakat dengan cerita dan lagu serta memberi iktibar juga tauladan melalui cerita dan lagu
yang disampaikan.
Chan Cheong Jan

dari Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Kemanusiaan

(Music

Department, Faculty of Human Ecology) Universiti Putra Malaysia dalam Pertanika, J. Soc.
Sci. & Hum. 6(2): 101 - III (1998) mengkaji tentang Malay Traditional Folk Songs In UIu
Tembeling: Its Potential For A Comprehensive Study . Penyelidikan ini bertujuan meneroka

potensi muzik di Ulu Tembeling untuk dikaji secara menye1uruh, dan

menambah luas

repertoire lagu Me1ayu bagi digunakan dalam pendidikan muzik. Penyelidikan telah
dijalankan di lima buah kampung utama di Ulu Tembeling, di mana lagu-lagu penduduk te1ah
dirakam sebanyak yang mungkin. Rakaman tersebut kemudiannya diterjemahkan ke bentuk
notasi dan dianalisis. Lebih kurang sepuluh jenis lagu telah ditemui, antaranya adalah Indung;
Saba; lagu dodoi; lagu bercerita; lagu permainan; lagu untuk Tarian Lukah, Tarian Limbung
dan Tarian Mayang; dan juga Dikir Rebana. Dapatan analisis menujukkan bahawa muzik Ulu
Tembeling kaya dengan melodi dan mempunyai sifat-sifat muzik yang tersendiri.
Penyelidikan ini telah menunjukkan sememangnya terdapat banyak lagi melodi lagu Melayu
tidak diketahui dan adanya kemungkinan besar lagu Melayu pada semulajadinya mempunyai
sifat-sifat muzik yang berlainan dengan muzik Melayu yang biasa dikenali di bandar.
Kesimpulan penyelidikan ini adalah muzik di Ulu Tembeling perlu didokumentasikan dan
dikaji secara menyeluruh.
Kajian yang berkaitan dengan lagu rakyat bagi negeri Kedah pula ialah kajian Ku Zam
Zam Ku Idris, (1978) dalam Disertasi MA beliau bertajuk Muzik tradisional Melayu di Kedah
Utara: Ensembel-ensembel Wayang Kulit, Mek Mulung dan Gendang Keling dengan tumpuan
kepada alat-alat, pemuzik-pemuzik dan fungsi, 1949-1996.
Pencarian maklumat melalui katalog carian di Arkib Negara Cawangan Utara dan
Perpustakaan Awam Negeri Kedah, negeri kelahiran Pak Ku Shadat, tidak terdapat satu pun
kajian ilmiah yang dibuat berkaitan beliau. Jika melibatkan kesenian dan kesusasteraan
Kedah, kebanyakan kajian berkaitan Mek Mulung serta Wayang Kulit Asun, Raja Bersiung,
Mahsuri, Puteri Lindungan Bulan dan Tengku Anum.
Manakala carian maklumat melalui kata kunci Pak Ku Shadat di EPRD, di
perpustakaan beberapa buah universiti tempatan juga tidak menemui sebarang tesis atau
disertasi berkaitan Pak Ku Shadat. Di Universiti Malaya ditemui satu kertas kerja seminar
tentang Pak Ku Shadat yang ditulis oleh Zahir Ahmad (1999) bertajuk Lagu-lagu Jenaka
Kedah: Suatu Pengenalan Tokoh, tetapi hanya menyentuh daripada aspek didikan sahaja.
Kajian melalui enjin carian Yahoo dan Google di laman sesawang juga tidak menemui
sebarang kajian ilmiah tentang Pak Ku Shadat kecuali kertas kerja yang sama yang ditemui di
Universiti Malaya. Kertas kerja Lagu-lagu Jenaka Kedah : Suatu Pengenalan Tokoh ( 1999 )

yang dibentang oleh Dr. Zahir Ahmad pada Seminar Lagu Rakyat Tradisionl Nusantara yang
dianjurkan oleh Bahagian Kesusasteraan Tradisional Dewan Bahasa dan Pustaka dengan
kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia di Hotel Dynasty,
Kuala Lumpur pada 6-8 September 1999 adalah berkaitan seorang tokoh yang bernama Ku
Hanafiah bin Ku Haman ( lebih dikenali sebagai Pak Ku Shadat ). Beliau menganalisis tematema yang terkandung dalam 30 buah lagu dendangan Pak Ku Shadat. Beliau mendapati,
selain tujuan berhibur, Pak Ku Shadat mengetengahkan tema didikan yang meliputi aspek
duniawi dan ukhrawi. Antara tema-tema tersebut ialah sejarah, agama, undang-undang, isu
semasa dan kritikan.
Manakala artikel tulisan Adnan (2008) hanya menceritakan tentang Pak Ku Shadat,
seorang penggiat lagu-lagu seloka semakin dilupakan dan hidup dalam keadaan yang serba
kekurangan. Oleh hal yang demikian, satu kajian tentang ketokohan Pak Ku Shadat sebagai
seorang penyanyi lagu-lagu rakyat bercorak seloka di negeri Kedah dan juga seloka-seloka
ciptaan beliau perlu dilakukan bagi memenuhi kelompangan tersebut.
Carian mengenai seloka melalui laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
terdapat lebih kurang 30 buah artikel tentang seloka yang disiarkan dalam akhbar-akhbar
tempatan di antara tahun 1984 hingga 2011. Manakala dalam majalah pula terdapat sebanyak
35 buah artikel di antara tahun 1982 hingga tahun 2011. Artikel-artikel yang terdapat dalam
majalah terbitan DBP itu juga tidak membincangkan tentang bentuk, prinsip dan ciri-ciri
seloka secara terperinci tetapi hanya menyentuh sebahagian sahaja tentang seloka. Misalnya
artikel Zurinah Hassan dalam Dewan Sastera November 2011 iaitu Seloka Mengkritik dalam
Jenaka hanya menyentuh sebahagian daripada ciri-ciri jenaka iaitu kritikan dan jenaka
sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah (1989) dan Harun Aminurrashid (1962).
Harun Mat Piah (1989) dalam tesis beliau tentang Puisi Melayu Tradisional: Suatu
Pembicaraan Genre dan Fungsi ada membincangkan tentang seloka tetapi hanya sebahagian
daripada cabang puisi Melayu yang lain. Beliau menerangkan tentang seloka, ciri-ciri seloka,
bentuk-bentuk seloka dan beberapa contoh seloka tetapi tesis beliau tidak mengkaji seloka
secara menyeluruh.
Sehingga kini, terdapat pelbagai kajian, disertasi dan tesis tentang propoganda sama
ada di dalam atau di luar negara berkaitan bidang komunikasi, politik, iklan, teater, drama,

filem dan lagu tetapi propaganda dalam seloka sukar ditemui apatah lagi propaganda dalam
seloka ciptaan Pak Ku Shadat. Carian maklumat di EPRD, di Arkib Negara Cawangan Utara,
Kedah juga di beberapa buah universiti tempatan serta melalui carian di laman sesawang tidak
menemui kajian tentang propoganda dalam seloka.
Walau bagaimanapun carian melalui laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka
berjaya menemui kajian tentang propoganda di Malaysia iaitu unsur-unsur propoganda dalam
sajak-sajak Masuri S.N. dan
Seterusnya, kertas kerja Abang Patdeli Abang Muhi (2004) iaitu Fikrah Noordin
Hassan dalam naskhah Bukan Lalang Ditiup Angin Dan Anak Tanjung ditinjau daripada
dimensi politik dan propaganda merupakan kertas kerja yang menggunakan Teori Propaganda
tetapi diaplikasikan kepada drama, bukan puisi tradisional iaitu seloka.
Berdasarkan pembacaan di perpustakaan dan carian di laman sesawang, pengkaji
berjaya menemui beberapa kajian, disertasi dan tesis tentang propoganda dalam sastera
terutamanya dalam lagu. Kebanyakan kajian, disertasi dan tesis tentang propoganda adalah
dari luar negara termasuklah Indonesia. Antara kajian-kajian tersebut adalah tentang lagulagu Iwan Falls yang berunsur ketuhanan dan kemasyarakatan.

Dalam hal ini terdapat

persamaan antara Iwan Falls dan Pak Ku Shadat kerana kedua-duanya berketokohan menulis
dan menghasilkan seni kata serta mendendangkannya sendiri, bezanya Iwan Falls berkaitan
dengan lagu manakala Pak Ku Shadat berkaitan dengan seloka.
Terdapat juga kajian tentang lagu rakyat kanak-kanak dendangan Ibu Sud serta tesis
Diyah Musri Harsini (2009) Teknik propaganda dalam lirik lagu Band Punk Marjinal. Beliau
mengkaji tentang lirik-lirik lagu yang dinyanyikan oleh sebuah bank di Indonesia iaitu Band
Punk Marjinal dengan mengaplikasikan teknik-teknik propaganda yang dikemukakan oleh
Nurudin.

Manakala

Yuliati,

Dewi,

Puguh,

Dhanang

Respati, Utama

dan

Mahendra

Pudji (2002) dalam kajian mereka bertajuk Seni Sebagai Media Propaganda Pada Masa
Pendudukan Jepang Di Jawa (1942-1945) Dokumentasi untuk Fakultas Sastra., bertujuan
untuk menjelaskan peranan kesenian sebagai media propaganda Jepun di Jawa selama masa
pendudukannya (1942-1945). Terdapat pelbagai metode propaganda yang dikembangkan

dalam bentuk kesenian, terutama puisi, prosa, nyanyian, filem dan sandiwara. Hal itu dapat
difahami, karena kesenian dengan nilai hiburannya dapat mengurangi kesedaran khalayak
bahawa mereka telah diindoktrinasi. Untuk mengaplikasikan kesenian sebagai media
propaganda, pemerintah Jepun telah merekrut seniman Indonesia sebagai staf Keimin Bunka
Shidosho (Pusat Kebudayaan). Mereka terdiri dari sasterawan, komposer, penulis senario
filem dan sandiwara, serta pelukis. Dalam pengaplikasian seni sebagai media propaganda,
mereka sering dapat menyelitkan semangat nasionalisme, walaupun dengan sangat berhatihati.
Di barat pula, banyak kajian serta artikel berkaitan propaganda dalam lagu berkisar
semasa Perang Dunia Kedua terutamanya bagaimana mesej-mesej dihantar kepada para
tentera sebagaimana dilakukan oleh pegawai tentera Hitler untuk membangkitkan semangat
juang tenteranya seperti yang dinyatakan oleh Laswell (1927).
Lasswell Harold D. & Blumenstock, Dorothy (1939) dalam World Revolutionary
Propaganda, m.s. 109-111, New York: Alfred A. Knopf, mengenal pasti empat kata kunci atau
(method symbols) yang menerangkan tentang propoganda yang dibahagikan kepada empat
bentuk iaitu: Bentuk I.menggunakan perkataan yang sangat imperatif, sama ada dengan
menyatakan nama subjek secara terang atau sekadar tidak dinyatakan tetapi difahami
khalayak siapakah subjek yang diperkatakan (kebanyakkan tidak menyatakan subjek tetapi
difahami). Bentu 2. Menyatakan secara terang dengan perkataan yang sangat imperatif
tentang Bentuk 3. Subjunctive of wish. Bentuk 4. Menggunakan kata kerja: frasa eliptikal
dengan menggunakan maksud-maksud yang positif dan aktif. Penyataan berkaitan dengan
kebenaran atau kepalsuan tidak dikemukan dalam analisis Lasswell ini.
Ellul, J. (1973) dalam kajiannya bertajuk Propaganda, mendapati salah satu
teknik yang digunakan untuk menghasilkan sifat antagonisme terhadap bangsa atau
kuasa yang berkonflik dengan Amerika Syarikat ialag dengan cara hypothetical
attacks, seperti penerangan dan gambaran yang sangat terperinci apa akan berlaku
sekiranya atau jika negara Rusia menyerang negara eropah sedangkan kejadian
serangan itu belum benar-benar berlaku. Beliau menegaskan bahawa teknik ini telah
digunakan berkali-kali oleh pihak Amerika Syarikat
Schlesinger dan Kinzer (1982) menggunakan archival methods untuk
mengkaji tentang kempen propaganda yang disusun atur oleh pihak CIA dan United

Fruit Company

dalam usaha mereka untuk mengelirukan rakyat Amerika akan

peranan Amerika Syarikat dalam usaha menggulingkan Jacobo Arbenz, presiden


Guatemala, pada tahun 1954.
Manakala Silverstein, Brett (1987) Toward a Science of Propaganda, Political
Psychology, mendapati kebanyakan sistem sosial yang moden menggunakan teknik
yang dinyatakan oleh Ellul sebagai propaganda of integration untuk meningkatkan
penerimaan dan sokongan dalam kalangan rakyat sesebuah negara. Ellul (1973) juga
mendakwa bahawa sebenarnya golongan yang berpendidikan dan yang terdedah
kepada pelbagai sumber maklumat lebih terdedah kepada propaganda berbanding
masyarakat yang kurang pendidikan dan kurang terdedah kepada informasi.
The Literature of Propaganda (2013) mengkaji tentang bagaimana penggunaan
literari dalam propaganda berjaya membentuk pandangan publik, mempengaruhi para
audiens, dan dan memberi impak kepada masyarakat. Ia juga bertujuan untuk menjwab
beberapa persoalan seperti:Bagaimanakah propaganda digambarkan dalam kesusasteraan?
Bagaimana propaganda digunakan untuk mempengaruhi para pembaca? Bagaimana boleh
dikenal pasti hasil karya itu sebagai propaganda? Propaganda telah diguna pakai dalam
pelbagai medium dalam usaha mempengaruhi masyarakat sama ada menerima atau menolak
sesuatu subjek (figura),pandangan atau idea, daripada bentuk persembahan teater yang
terawal, kepada pidato umum, ke dalam bentuk majalah, buku mahupun filem, propaganda
menyerap dalam masyarakat. The Literature of Propaganda turut mengkaji tentang unsurunsur propaganda yang terkandung dalam karya-karya sastera seperti karya Aldous Huxley
iaitu Brave New World, Ray Bradbury iaitu Fahrenheit 451, George Orwell iaitu Nineteen
Eighty-Four, The Moon is Is Down oleh John Steinbeck dan The Leopards Spots, The
Clansman, The Traitor oleh Thomas Dixon. Ia juga meneroka karya-karya yang mengandungi
visi dan misi yang diketengahkan oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Mein Kampf hasil tulisan
Adolf Hitler, dan Quotations from Chairman Mao Tse-Tung oleh Mao Tse-Tung Zedong juga
The Communist Manifesto yang ditulis oleh Karl Marx dan Friedrich Engels.
Banyak kajian telah dibuat tentang jenaka dan humor namun kebanyakannya adalah
dari aspek yang lain seperti hanya menyentuh tentang sastera Melayu secara umum dan
humor dalam sastera Melayu terdapat juga kajian yang menyentuh persoalan yang berbeza
seperti unsur jenaka atau humor dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

Nik Nurul Syuhada Binti Muhamed dan Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid(2014)
bertajuk Humor Dalam Sastera Melayu-Islam: Watak-Watak Dalam Hikayat Abu Nawas.
Kajian ini cuba mengangkat dan merungkai kepentingan humor dalam sastera Islam yang
berfokus kepada Hikayat Abu Nawas, batasan-batasan humor yang dibenarkan dalam Islam
serta menganalisis teks-teks yang mengandungi humor pada watak Abu Nawas secara jelas
dan mendalam.
Kajian Jaafar Abdul Rahim (2006) pula mendapati filem Allahyarham Tan Sri Dr. P.
Ramlee mudah menjadikan penonton ketawa dan menerima mesejnya kerana beliau banyak
menggunakan bahasa-bahasa ringkas dan mudah. Tambahan pula, humor yang ditampilkan
kebanyakannya berkisar pada kehidupan masyarakat.
Berdasarkan kajian Hay (1995), humor merupakan sesuatu yang dianggap kelakar dan
mampu membuatkan seseorang ketawa. Beliau menyatakan bahawa humor ini banyak
dikaitkan dengan lelaki kerana lelaki dikatakan sebagai orang yang suka membuat humor.
Hay juga mengkelaskan pelbagai jenis humor iaitu humor yang bersifat lucah,
mempersendakan seseorang atau mempunyai unsur khayalan.
Berdasarkan kepada kajian lepas terdapat pelbagai kajian yang berkaitan Pak Ku
Shadat, seloka, propaganda dan humor. Namun demikian, masih belum terdapat kajian yang
mengaitkan kesemua elemen tersebut dalam satu dapatan dan itu yang akan dilakukan oleh
pengkaji.

Anda mungkin juga menyukai