Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2011

Syukur Alhamdulillah diucapkan kerana saya telah menyiapkan refleksi tentang Karnival
Permainan Tradisional .Pada 23

April 2011, saya dan rakan-rakan dipertanggungjawabkan

untuk menganjurkan satu Karnival Permainan Tradisional yang diadakan di gelanggang tenis dan
gelanggang futsal. Persediaan dilakukan sebaiknya dan semua ahli kelas menjalankan
tanggungjawab masing-masing dengan baik. Saya berbincang dan membuat persediaan awal
bersama AJK-AJK lain bagi memastikan Karnival berjalan lancar. Setelah berbincang, kami
bersetuju untuk memilih permainan guli, batu seremban, kabaddi, zero point, ketinting, tarik upih,tuju
selipar, roundess, galah panjang dan koda kodi. Bagi memeriahkan Karnival pada hari tersebut, kami
sebulat suara untuk mengadakan permainan secara berperingkat-peringkat. Pengerusi
Karnival Permainan Tradisional ini ialah Ali Khairi Bin Mazlan. Saya pula ditugaskan sebagai AJK
permainan Kabaddi.

Bagi persediaan sebelum karnival, saya dapat lihat bahawa ada beberapa kebaikan,
kelemahan dan penambahbaikan. Kebaikan yang saya lihat ialah kami semua dapat bekerjasama
untuk menjayakan karnival ini. Kami semua sanggup bersengkang mata untuk menghias kawasan
permainan dan membuat

persediaan sebelum carnival. Saya baru sedar

bahawa untuk

merancang upacara perasmian dengan baik bukannya senang. Ianya memerlukan persediaan
yang rapi dan kreativiti. Kelemahan yang dapat dilihat ialah masa yang tidak mengcukupi, hal ini
kerana banyak permainan yang dijalankan pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, kami dapat
menghabiskan carnival ini tepat pada masa yang telah ditetapkan.

Karnival bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 8.00 pagi. Peserta terdiri daripada
pelajar PISMP semester 5 iaitu kelas RBT 1, RBT 2, RBT 3, PK, dan BC. Sebelum memulakan
carnival ini kami menlakukan senaman aerobik secara beramai-ramai.

Seterusnya kami

memulakan acara permainan tradisonal dengan sesi taklimat ringkas. Sebenarnya pada malam
sebelum karnival, Saya bersama ketua permainan lain telah memberikan taklimat kepada peserta.
Oleh yang demikan, mereka telah memahami serba sedikit permainan yang dijalankan. Permainan

bermula dengan begitu meriah dan para peserta amat gembira bermain permainan ini. Ada yang
sudah pakar dan ada yang tidak pernah bermain selama ini. Namun, itu bukan menjadi ukuran tetapi
sikap kerjasama dan toleransi yang amat dititikberatkan. Saya amat berbangga kerana mereka yang
pakar dalam permainan ini membantu dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan. Mereka semua
dapat menimba pengalaman bermain kerana sudah pasti ramai yang tidak berpeluang bermain
sebelum ini. Ini menjadi kesempatan yang baik buat mereka. Saya dapat lihat riak wajah gembira
mereka walaupun mereka tampak keletihan. Bukan itu sahaja, cuaca yang panas tidak melentur
semangat mereka. Keadaan ini amat baik kerana memberi pendedahan kepada mereka untuk
menempuh suka duka sebagai seorang guru. Perkara yang amat penting ialah kami dapat
mengeratkan ikatan persaudaraan di antara kami walaupun sebelum ini tidah pernah bertegur sapa.
Karnival ini dapat merapatkan jurang antara kami dan sudah pasti ikatan ini berkekalan.

Kesimpulannya, karnival ini begitu memberi impak kepada saya dan rakan-rakan lain
terutamanya dalam mengurus dan melaksanakan program yang melibatkan penglibatan ramai
peserta. Selain itu, ia dapat memupuk kerjasama antara kami walaupun pelbagai masalah yang
perlu kami harungi. Penghargaan dan pujian harus diberikan kepada peserta kerana memberi
kerjasama dan penglibatan yang baik serta memeriahkan karnival ini. Tidak dilupakan pensyarah
pembimbing kami yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasibat bagi memastikan kami dapat
belajar dan terus belajar menjadi guru yang disegani pada masa akan datang.

MOHAMAD AMIER IZUWAN BIN KHOLIL


891224-03-5213
RBT B1 / PISMP / AMBILAN JULAI

Anda mungkin juga menyukai