Anda di halaman 1dari 1

ojSoalan: 1. Perkembangan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang saintifik sifatnya. 2.

Banding beza subbidang: a) Semantik - Pragmatik b Psikolinguistik - Sosiolinguistik Penerangan: Soalan 1 skop soalan ini meliputi perkembangan bahasa Melayu sejak awal sehingga mencapai kedudukannya sebagai bahasa ilmu. Hal ini berkaitan dengan sejarah bagaimana bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu berbanding sebelumnya kedudukan BM hanya menjadi bahasa yang dianaktirikan oleh penjajah. BM berkembang maju dan kedudukannya berubah dengan wujudnya faktor-faktor tertentu seperti penglibatan tokoh-tokoh dan pertubuhan tertentu (JANGAN SAMPAI TERGELINCIR TAJUK. Fokusnya adalah pada 'BM sebagai bahasa ilmu' pada zaman-zaman tertentu, bukannya perkembangan BM pada zaman-zaman kuno, klasik & moden); bagaimana BM diguna sebagai bahasa ilmu (dalam menyampaikan ilmu). Tunjukkan bukti. di samping menjadi bahasa ilmu, BM turut bersifat saintifik kerana sifat-sifat tertentu yang dimilikinya di samping turut dikaji secara saintifik dalam pelbagai bidang linguistik (apa yang dikaji dalam bidang-bidang linguistik tersebut yang berkaitan dengan BM?)

Soalan 2

soalan ini berkehendakkan pelajar membuat perbandingan (banding beza) antara dua bidang yang berkaitan; Semantik - Pragmatik & Psikolinguistik - Sosiolinguistik. skopnya meliputi konsep, persamaan, dan perbezaan dalam kajian bahasa antara kedua-dua subbidang linguitik tersebut dengan berbantukan grafik yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai