Anda di halaman 1dari 23

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Terhadap

Guru, murid, sekolah dan kurikulum


Izzah Masnizah bt Md Zin Muhammad Zulhelmi b Roslan Khalimatussaadiah bt Azmi Murad Siti Halimatus Saadiah bt Mohd Nazari

Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Terhadap Guru

- Kepelbagaian gaya pembelajaran murid o Guru perlu bijak dalam memotivasikan murid untuk menyiapkan kerja rumah dan membuat tugasan yang diberikan
- Kepelbagaian tahap kecerdasan murid o Di dalam kelas terdapat pelbagai tahap kecerdasan murid, guru perlu gunakan strategi dan teknik yang berbeza untuk mengajar agar objektif pengajaran tercapai

- Kepelbagaian latar belakang murid


o Latar belakang setiap murid berbeza seperti berasal dari keluarga bermasalah, masalah sosioekonomi dan sebagainya
o Guru perlu memahami tentang situasi murid dan cari jalan penyelesaian agar masalah dapat diselesaikan

Dari aspek kepercayaan, guru tidak seharusnya menyentuh kepercayaan yang diamalkan oleh muridmurid. Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama.
Aspek bahasa juga harus diberi pertimbangan sewajarnya oleh guru. Contohnya, murid yang terdiri daripada pelbagai kaum menyebabkan masalah dialek bahasa yang memberi impak kepada pembelajaran. Penyelesaiannya : penggunaan bahasa standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

Implikasi Kepelbagaian Budaya Terhadap Murid

Agama dan Adat Resam


Murid haruslah berfikiran terbuka dan menerima rakan sebaya seadanya dari segi adat resam dan cara hidup Sentiasa menghormati rakan sebaya dan tidak memperlekehkan adat resam dan budaya semua kaum

Kecerdasan dan Kemahiran


Terdapat pelbagai aras kecerdasan murid di dalam kelas di mana murid yang pandai hanya bergaul dengan murid pandai sahaja dan rakan yang lemah di abaikan
Murid perlu belajar berkerja sebagai satu pasukan.

Kelas sosial
Terdapat murid yang berasal dari keluarga yang bermasalah, tahap sosioekonomi yang berbeza dan sebagainya
Murid perlu bergaul antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan serta bantumembantu rakan di dalam kesusahan

Implikasi Kepelbagaian Budaya Terhadap Sekolah

Pendekatan yang lebih khusus penting bagi memastikan kepelbagaian pendidikan bagi memenuhi minat dan potensi murid di pelbagai jenis sekolah.
Pada masa ini, terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC dan SJKT. Pada peringkat menengah pula, terdapat SBP,SMT, SMKA, Sekolah Model Khas dan SMK Harian.

Peringkat Sekolah Rendah


Sekolah Kebangsaan - Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama.

Peringkat Sekolah Menengah


Sekolah Berasrama Penuh (SBP) memberi peluang kepada murid cemerlang khususnya dari kawasan luar bandar mendapatkan pendidikan terbaik supaya berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sekolah Menengah Teknik (SMT) memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menyediakan Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negara. Sekolah Premier sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan kepada negara.

Sekolah Bestari Sekolah yang mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik. Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran.

Tahap kelas sosial masyarakat


Penduduk bandar dan luar bandar diberi peluang sama rata untuk menerima pendidikan yang setaraf. Pembinaan sekolah aliran agama bertujuan menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid-murid. Sekolah wawasan ditubuhkan mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA TERHADAP KURIKULUM TERSIRAT

Definisi Kurikulum Tersirat


Kurikulum tersirat adalah perlakuan, perancangan dan tindakan menggubal, membina dan melaksanakan kurikulum yang tidak dinyatakan secara bertulis tetapi berfungsi membina hati, akal dan jiwa pelajar supaya menjadi insan yang berguna dan dapat meneruskan tradisi hidup dan masyarakat.

Interaksi Sosial
Murid sekolah berkenalan pada hari pertama persekolahan. Murid dididik untuk memberi salam apabila guru masuk ke kelas. Murid mengucapkan terima kasih setelah guru tamat mengajar. Dalam aktiviti gotong-royong di sekolah, kesepakatan dapat dilihat antara murid, guru, pekerja sekolah dan ibu bapa. Panggilan nama yang sopan digunakan apabila berinteraksi. Cth: kak, abg, pak cik, mak cik.

Peperiksaan
Penjadualan masa ketika peperiksaan dipaparkan lebih awal bagi memudahkan murid membuat ulangkaji dan bersedia sebelum peperiksaan. Murid diajar untuk menerima kegagalan dan tidak bersikap putus asa. Murid yang cemerlang diberikan anugerah bagi menaikkan semangat murid lain untuk turut berjaya. Sokongan moral diberikan kepada semua murid, terutama murid yang agak lemah.

Pengajaran dan Pembelajaran


Guru menggunakan pendekatan yang sesuai dengan kebolehan murid. Motivasi diberikan kepada murid untuk belajar dengan tekun. Rakan sebaya membantu rakan lain yang bermasalah dalam pelajaran. Kepelbagaian cara belajar diaplikasikan di kalangan murid bagi memberikan hasil yang diharapkan. Cth: Pengaplikasian IT dalam p&p. Kumpulan belajar murid melibatkan murid pelbagai kebolehan dari pelbagai kaum.

Kawalan Sosial
Terdapat batas pergaulan bagi murid berlainan jantina. Etika berpakaian digariskan kepada guru dan murid. Guru sebagai model yang akan memberikan contoh yang baik kepada murid. Murid lelaki perlu berambut pendek supaya tampak kemas. Murid sentiasa diingatkan akan peraturan sekolah.

Nilai
Kem bina semangat sebagai motivasi kepada murid untuk gigih belajar. Pemupukan nilai-nilai murni dalam diri murid oleh guru. Cth: Hormat-menghormati Tolong-menolong Bertanggungjawab Rajin dsb.

Anda mungkin juga menyukai