Anda di halaman 1dari 8

Ontologi adalah teori dari cabang falsafah yang membahas tentang realiti.

Ontologi
adalah ilmu pengetahuan atau ajaran tentang keberadaan.1 Ontologi dari segi istilahnya
diertikan sebagai salah satu cabang ilmu falsafah yang membahaskan sifat sifat dari dasar dari
keberadaan hal ehwal sesuatu. Kata ontologi berasal dari bahasa Yunani, iaitu On (Being),
dan Logos (logic). Jadi ontologi adalah The Theory of Qua Being (teori tentang keberadaan
sebagai keberadaan).2 Dalam persoalan ontologi manusia menghadapi persoalan
bagaimanakah cara menerangkan hakikat dari segala yang “ada” ini. Pertama kali manusia
dihadapkan pada adanya dua jenis kenyataan. Yang pertama kenyataan yang berbentuk
material (kebendaan), dan yang kedua ialah kenyataan yang berbentuk rohani kejiwaan.
Hakikat ialah realiti dimana realiti bermaksud kenyataan yang sebenarnya. Jadi, hakikat
adalah kenyataan yang sebenarnya, keadaan sebenarnya sesuatu, bukan keadaan sementara
atau menipu, bukan keadaan yang berubah.3

Istilah Ontologi pertama kali diperkenalkan oleh Rudolf Goclenius pada tahun 1936
M, untuk menamakan hakikat yang bersifat metafizik. Dalam perkembangannya, Christian
Wolf (1979-1754) membahagi metafizik menjadi dua, iaitu metafizik umum dan khusus.
Metafizik umum adalah istilah lain bagi ontologi. Maka, metafizik dan ontologi merupakan
perbahasan prinsip yang paling dasar atau paling dalam dari segala sesuatu yang ada.
Manakala metafizik khusus ada tiga bahagian iaitu, hakikat alam semsta (kosmologi), hakikat
manusia (psikologi) dan hakikat tuhan (teologi).

Sebagai sebuah disiplin ilmu, falsafah tentu juga akan mengalami dinamika dan
perkembangan sesuai dengan dinamika dan perkembangan ilmu-ilmu lain yang selalunya
mengalami percabangan. Falsafah sebagai suatu disiplin ilmu telah melahirkan tiga cabang
kajian. Ketiga cabang kajian itu ialah teori hakikat (ontologi), teori pengetahuan
(epistemologi), dan teori nilai (aksiologi).4 Pembahasan tentang ontologi sebagai dasar ilmu
berusaha untuk menjawab “apa” menurut Aristoteles sebagai The First Philosophy dan
merupakan ilmu mengenai intipati (esensi) benda.

1 Surojiyo, Ilmu Filsafat Suatu Pengantar (Jakarta: Bumi Aksara,2005), hlm. 118-119
2 Amsal Bakhtiar, Filsafat Ilmu. (Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 2013). Hlm. 13
3 Prof. Dr. Ahmad Tafsir, Filsafat Umum; Akal dan Hati Sejak Thales Sampai Capra,(Bandung: PT Remaja

Rosdakarya, 2009), hal. 28


4 Cecep sumarna, Filsafat Ilmu dari hakikat Menuju Nilai, (Bandung: Pustaka Bani quraisy, 2006). Hlm. 47
Ontologi membahas tentang “yang ada” , yang tidak terikat oleh satu perwujudan
tertentu. Membahas tentang “yang ada” dan “yang universal”. Artinya ilmu yang membahas
asas-asas rasional tentang “ada” dan berusaha untuk mengetahui esensi (intipati) terdalam dari
“ada”.5 Berupaya mencari inti yang termuat dalam setiap kenyataan, dan menjelaskan yang
ada yang meliputi semua realiti dalam semua bentuknya.6 Sedangkan Jujun S.Suriasamantri
mengatakan bahawa ontologi membahas apa yang ingin kita ketahui, seberapa jauh kita ingin
tahu, atau dengan perkataan lain suatu pengkajian mengenai yang “ada”.7 Menurut Sida
Gazalba, ontologi mempersoalkan sifat dan keadaan terakhir dari kenyataan. Di sebabkan itu,
disebut ilmu hakikat yang bergantung pada pengetahuan.

Dari beberapa maksud ontologi yang dibahaskan, maka kesimpulannya ialah ontologi
adalah salah satu cabang dari ilmu falsafah yang mana objek pembahasannya adalah segala
sesuatu yang berada di alam fizik yang boleh diamati atau ditangkap oleh pancaindera dan
realiti pulak menjurus pada suatu kebenaran. Realiti dalam bidang falsafah bermaksud tiap-
tiap sesuatu yang boleh difikirkan. Realiti berbeza dengan kewujudan kerana realiti berbeza
dengan kewujudan kerana realiti tidak terbatas kepada sesuatu yang berjisim seperti wujudnya
alam. Secara umumnya, ontologi ialah satu disiplin ilmu yang membicarakan tentang hakikat
Tuhan (teologi), hakikat alam semsta (kosmologi) dan hakikat manusia (psikologi).

Dalam agama islam, ontologi mempersoalkan tentang Tuhan.8 Amsal Bakhtiar dalam
bukunya yang berjudul Filsafat Agama 1 menyatakan ontologi berasal dari kata berwujud.
Ontologi tidak banyak berdasarkan pada logika semata-mata.9 Ontologi adalah ilmu yang
membahas tentang hakikat yang ada, yang merupakan ultimate reality baik yang berbentuk
jasmani (konkrit) maupun rohani (abstrak). 10
Ontologi menurut perspektif Islam tidak
sekadar sesuatu yang hanya zahir dan dapat dicerap oleh alam empiris, tapi lebih baik dari itu
bahkan mempercayai bahawa adanya “the ultimate reality” di sebaliknya. Hakikat yang
mutlak menjadi dasar kepada alam zahir iaitu alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-
tumbuhan dan lain-lainya. Setiap sesuatu dalan alam ini merujuk dan menjadi tanda atau
alamat kepada kewujudan Allah. Semua yang wujud di alam nyata dan tidak nyata adalah
dibawah kekuasaan Allah sebagai sang pencipta dan pengatur mengatur alam semesta ini,
bukan sebab dan akibat dari sesuatu.
5 A.M. Hendropriyono, Teorisme: Fundamentalis Kristen, yahudi, islam. Hlm. 271
6 Jalaluddin, Abduallah Idi. Filsafat pendidikan (Jakarta: Raja Grafindo Persada, 2013). Hlm. 5
7 Jujun S. Suriasumantri, Pengantar Ilmu dalam Perspektif Islam, cet. VI. (Jakarta: Gramedia 1985) Hlm. 5

8 Sidi Gazalba, sistematika Filsafat Pengantar kepada Teori Pengerahuan, buku Ii, cet I

9 Amsal Bakhtiar, Filsafat Agama 1, cet I. (Jakarta Logos Wacana Ilmu, 1997) Hlm. 169

10 Amsal Bakhtiar. Filsafat Ilmu. (Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 2010).


Dalam mempelajari ontologi muncul beberapa pertanyaan yang kemudian melahirkan
aliran-aliran dalam falsafah. Dari masing-masing pertanyaan menimbulkan beberapa sudut
pandang mengenai ontologi. Pertanyaan itu seperti “ Apakah yang ada itu?” (What is
being?)”, “bagaimanakah yang ada itu? (How is being?)”, dan “Dimanakah yang ada itu?
(where is being?)”11 Apakah yang ada itu? (what is being?). Dalam memberikan jawapan
masalah ini lahirlah beberapa aliran yang bersifat kualitatif dan kuantitatif di mana setiap
aliran mempertahankan pendapat masing-masing tentang sesuatu hakikat, iaitu aliran
Monoisme, aliran Dualisme, aliran pluralisme, aliran nihilisme dan aliran agnotisisme.

Aliran yang bersifat Kuantitatif, iaitu aliran yang menjawab pertanyaan apakah
kenyataan itu tunggal atau jamak?. Manakala aliran kualitatif iaitu aliran yang menjawab
petanyaan apakah kenyataan (realiti) tersebut memiliki kualiti tertentu, seperti daun yang
memiliki warna kehijauan, bunga mawar yang berbau harum. Secara sederhana ontologi boleh
dirumuskan sebagai ilmu yang mempelajari realiti atau kenyataan konkrit secara kritis.

Pertama, aliran Monoisme berpendapat bahawa yang “ada” itu hanya satu, tidak
mungkin ada dua. Hanya satu hakikat sahaja sebagai sumber yang asal, baik yang asal
berbentuk benda ataupun merupakan sumber asal dan dominan yang menentukan
perkembangan yang lainnya. Plato merupakan salah satu tokoh falsafah aliran ini. Plato
menyatakan bahawa idea alam ini merupakan kenyataan yang sebenarnya. Istilah monoisme
oleh Thomas Davidson disebut dengan Block Universe. Aliran fahaman ini kemudiannya
terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran materialisme dan aliran idealisme.

Aliran materialisme menganggap bahawa sumber yang asal itu adalah benda
(material), bukan rohani. Aliran materialisme juga disebut sebagai naturalisme. Menurutnya
bahwa zat mati merupakan kenyataan dan satu-satunya fakta.12 Aliran pemikiran ini dipelopori
oleh tokoh falsafah iaitu Thales (624-546 SM). Beliau berpendapat bahawa unsur asal adalah
air, kerana pentingnya air dalam kehidupan. Anaximander (585-528 SM) pula berpendapat
bahawa unsur asal itu adalah udara, dengan alasan bahawa udara merupakan sumber kepada
segala kehidupan. Demokritos (460-370 SM) berpendapat bahawa hakikat alam ini
merupakan atom-atom yang banyak jumlahnya, tak dapat dihitung dan amat halus. Atom-
atom itulah yang merupakan asal kejadian alam.13

11 Muhammad zainuddin, Filsafat Ilmu perspektif Pemikiran Islam. ( Jakarta: Lintar Pustaka Publisher, 2006)
Hlm. 25
12 Sumarto, Pemikiran tentang Kefilsafalan Indonesia, (Yogyakarta: Andi Offset 1983). Hlm 70
Manakala aliran idealisme. diambil dari kata “idea” iaitu sesuatu yang hadir dalam
jiwa.14 Aliran ini menganggap bahawa dibalik realiti fizik pasti ada sesuatu yang tidak dapat
dilihat. Bagi aliran ini, kekalnya sesuatu itu terletak disebalik fizik tersebut. Ia berada dalam
idea-idea, yang di maksudkan fizik bagi aliran ini dianggap hanya merupakan bayang-bayang,
sifatnya sementara, dan selalu menipu. Eksistensi benda fizik akan rosak dan tidak akan
pernah membawa orang pada kebenaran yang sebenar.15 Dalam perkembangannya, aliran ini
ditemui dalam ajaran Plato (428-348 SM) dengan teori ideanya. Menurutnya, setiap yang ada
di dalam mesti ada ideanya iaitu konsep universal dari setiap sesuatu. Alam nyata yang
menempati ruangan ini hanyalah berupa bayangan sahaja dari alam idea itu. Jadi, idealah yang
menjadi hakikat sesuatu, menjadi dasar wujud sesuatu.16

Aliran yang kedua ialah Dualisme. Aliran ini berpendapat bahawa benda terdiri dari
dua jenis hakikat sebagai asal sumbernya, iaitu hakikat material dan hakikat rohani, benda dan
roh, jasad dan spirit. Kedua-dua jenis hakikat itu bebas dan berdiri sendiri, dan kedua-duanya
bersifat azali dan abadi. Hubungan keduanya menciptakan kehidupan dalam alam ini. Tokoh
fahaman aliran ini ialah Descartes (1596-1650 M) yang dianggap sebagai bapa falsafah
moden. Beliau memberi nama kedua hakikat itu dengan istilah dunia kesadaran (rohani) dan
dunia ruang (kebendaan). Hakikat kedua ini digabungkan dalam bukunya yang
berjudul Discours de la Methode (1637) dan Meditations de Prima Philosophia (1641).
Dalam bukunya ini pula, Ia menerangkan salah satu kaedahnya yang terkenal dengan Cogito
Descartes (kaedah keraguan Descartes/Cartesian Doubt). Disamping Descartes, ada juga
Benedictus de Spinoza (1632-1677 M), dan Gitifried Wilhelm von Leibniz (1646-1716 M).
[Amsal Bakhtiar, 2007:142]17

Aliran yang seterusnya ialah aliran Pluralisme. Aliran fahaman ini berpandangan
bahwa segenap macam bentuk merupakan kenyataan. Lebih jauh lagi fahaman ini
menyatakan bahawa kenyataan alam ini tersusun dari pelbagai unsur. Tokoh aliran fahaman
ini pada masa Yunani Kuno adalah Anaxagoras dan Empedocles yang menyatakan bahawa
bahan “yang ada” itu terbentuk dan terdiri dari empat unsur, iaitu tanah, air, api, dan udara.

13 Jujun S Suriasumantri, Filsafat Ilmu Sebuah Pengantar Popular, (Jakarta: Pustaka Sinar Harapan, 1996), Hlm
64
14 Amsal Bakhtiar, Filsafat Ilmu, (Jakarta: PT, Raja Grafindo Persada, 2007), Hlm. 138

15 Cecep Sumarna, Filsafat Ilmu dari Hakikat Menuju Nilai, (Bandung Pustaka Bani Quraisy, 2006), Hlm. 48.

16 H Nasution, Filsafat Agama, (Jakarta: Bulan Bintang, 1982), Hlm 53.


17 Amsal Bakhtiar, Filsafat Ilmu. (Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 2007). Hlm. 142.
Tokoh modern aliran ini pula ialah William James (1842-1910 M) yang terkenal sebagai
seorang psikologi dan ahli falsafah Amerika. Dalam bukunya The Meaning of Truth, James
mengemukakan bahwa tiada kebenaran yang mutlak, yang berlaku umum, yang bersifat tetap,
yang berdiri sendiri, lepas dari akal yang mengenal. Apa yang kita anggap benar sebelumnya
dapat diubah oleh pengalaman berikutnya.

Aliran yang keempat ialah aliran Nihilisme yang kata dasar berasal dari bahasa Latin
yang bermaksud nothing atau tidak ada. Doktrin tentang nihilisme sudah ada semenjak zaman
Yunani Kuno, tokohnya iaitu Gorgias (483-360 SM) yang memberikan 3 pendapat tentang
realiti. Pertama, tidak ada sesuatupun yang wujud, Kedua, bila sesuatu itu ada dan ia tidak
dapat diketahui, Ketiga, sekalipun realiti itu dapat kita ketahui ia, kita tidak akan dapat
sampaikan kepada orang lain. Tokoh modern aliran ini diantaranya ialah Ivan Turgeniev
(1862 M) dari Rusia dan Friedrich Nietzsche (1844-1900 M), dengan pendapatnya bahawa
dunia terbuka untuk kebebasan dan kreativiti manusia.

Aliran yang terakhir ialah aliran Agnotisisme. Aliran fahaman ini menyangkal
kesanggupan manusia untuk mengetahui hakikat benda. Baik hakikat material (kebendaan)
mahupun rohani. Kata Agnoticisme berasal dari bahasa Greek yaitu Agnostos yang
berarti unknown yang bermaksud not dan Gnoa bermaksud know. Timbulnya aliran ini
disebabkan tidak ada sesiapa yang dapat mengenal dan mampu menerangkan secara konkrit
akan adanya kenyataan yang berdiri sendiri dan dapat kita kenal. Aliran ini seperti Filsafat
Eksistensinya Soren Kierkegaar (1813-1855 M) yang terkenal sebagai Bapa Falsafah
Eksistensialisme yang menyatakan bahwa manusia tidak pernah hidup sebagai suatu aku
umum, tetapi sebagai aku individual yang sama sekali unik dan tidak dapat ditafsirkan dengan
individu lain. Berbeza dengan pendapat daripada Martin Heidegger (1889-1976 M), yang
mengatakan bahwa satu-satunya yang ada itu ialah manusia, kerana hanya manusia yang
dapat memahami dirinya sendiri. Tokoh lainnya adalah, Jean Paul Sartre (1905-1980 M),
yang mengatakan bahawa manusia selalu menyangkal. Hakikat beradanya manusia
bukan entre (ada), melainkan a entre (akan atau sedang). Jadi, agnostisisme adalah fahaman
pengingkaran atau penyangkalan terhadap kemampuan manusia mengetahui hakikat benda,
baik material (kebendaan) maupun rohani.[Amsal Bakhtiar, 2007:148]18

18 Amsal Bakhtiar, Filsafat Ilmu. (Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 2007). Hlm. 148.
http://monaliasakwati.blogspot.my/2011/06/tiga-dasar-ilmu.html

https://books.google.com.my/books?id=VDI8DAAAQBAJ&pg=PA46&dq=ontologi&hl=en
&sa=X&ved=0ahUKEwityaGrmuvRAhUFGpQKHeFFBZw4ChDoAQgdMAE#v=on
epage&q=ontologi&f=false

Anda mungkin juga menyukai