Anda di halaman 1dari 3

MOTIVASI MURID

1.

2.

Penerangan Yang Jelas. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang


dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka
lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara
berikut:
a.

Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?

b.

Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan?

c.

Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.

d.

Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.

Ganjaran. Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh
dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat
apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi
kebaikan ini dilain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah,
puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya.
Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga
terhadap usaha yang diberikan.
Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat
bukan sekadar bersaing antara satu sama lain.
Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar.

3.

4.

Tetapkan Matlamat. Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk


setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap
pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing.
Ambil Berat. Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang
ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari
menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu
kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai suatu
teladan untuk pelajar. Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru dan pelajar. Ini
penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling
bertanggung jawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham
bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu
manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa
matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa
minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.
Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana
anda prihatin terhadap mereka.
Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk membuktikan yang
mereka benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah usahakanlah untuk dari
semasa ke semasa mengatur sessi perbincangan personal ini dengan semua pelajar.

5.

Penglibatan Pelajar. Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar

dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk


memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan.
Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan,
penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu.
Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan
diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti
mencari bahan rujukan, mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah
mengangkat buku dan sebagainya.
6.

Penuhi Keperluan Pelajar. Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar


memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan
kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk
untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka terlibat, memberikan
mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka rasa
seronok kerana bebas menyumbang sebarang ide.

7.

Lebihkan Pembelajaran Visual. Berikan penerangan dalam bentuk yang visual


agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan
bahasa visual, gambar, lakaran. Graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan
gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting
sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang
lain dalam bab tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap
satu-satu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan
pemahaman mereka.

8.

Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi.


Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman
seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang
disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila
ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu
untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat
pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru, hakikat siapa anda
tidak penting yang penting ialah siapa mereka 10 15 tahun yang akan datang.
Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas dan
sebagainya tidak lain hanya sekadar lakunan yang tujuannya untuk membentuk dan
mendidik.

9.

Ajarkan Mereka Strategi Dan Teknik. Ajarkan mereka teknik pembelajaran


berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan
sebagainya. Tanam dalam fikiran pelajar bahawa Belajar Itu Mudah. Pecahkan
sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibar terpengaruh oleh
pendapat orang lain Misalnya ramai pelajar percaya bahawa Kimia itu susah.

10.

Terima Pelajar Seadanya. Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka
sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin.
Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka
memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak
dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk. Disinilan berbezanya antara
guru biasa dengan guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya
dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan memberikan
yang terbaik sahaja maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai

pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka.


Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan
penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi
budaya, pemikiran dan tingkah laku.
Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada
pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar.
Anda hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar
sebagai seorang guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru yang paling
dibenci. Mana-mana guru yang berada diantara dua kategori ini pasti akan
dilupakan. Apa pilihan anda?
11.

Berikan Kata Perangsang Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang
kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas akan
ia lazim dalam pemikiran pelajar.

12.

Amalkan Prinsip 3F iaitu Firm, Fair dam Friendly atau Tegas, Saksama, dan
Mesra.

Anda mungkin juga menyukai