Anda di halaman 1dari 3

Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

ASMA
Mengapa setelah berulang kali ke klinik mengambil nebulizer namun doktor tidak
membekalkan inhaler atau ubatan kepada anak saya?
Doktor yang merawat akan mengetahui keadaan kesihatan anak anda dengan lebih baik.
Berdasarkan kepada tahap kesihatannya, doktor akan mencadangkan cara rawatan yang
terbaik. Kekerapan mengalami masalah asma akan diambilkira sebelum inhaler diberikan.
Dicadangkan agar membawa anak semasa mengalami masalah kesihatan untuk
mendapatkan rawatan daripada doktor yang sama. Ini akan membantu doktor berkenaan
menilai tahap kesihatan anak anda sebelum mencadangkan rawatan yang terbaik.

PENYAKIT BERJANGKIT

RSV
Apakah Respiratory Syncytial Virus (RSV)?
Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah virus yang menjangkiti saluran pernafasan bawah
(lower respiratory tract). Ia menyebabkan peradaan paru-paru.
Bagaimanakah Respiratory Syncytial Virus (RSV) boleh berjangkit?
Jangkitan RSV adalah melalui titisan cecair dari cecair saluran pernafasan.

Adakah Respiratory Syncytial Virus (RSV) bahaya?


Ia boleh mendatangkan komplikasi merbahaya kepada beberapa golongan berisiko tinggi
terutamanya mereka yang menghidapi penyakit paru-paru yang kronik (chronic lung
disease).
Contoh kanak-kanak yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang dilahirkan pra-matang
(tak cukup bulan), bayi yang mengalami kecederaan ‘barotrauma’, memerlukan bantuan
pernafasan melalui ventilator atau memerlukan bantuan oksigen melebihi 28 hari. Bayi-bayi
yang mengalami masalah jantung kongenital juga menghadapi risiko komplikasi akibat
jangkitan RSV. Jangkitan RSV sendiri boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru dan
seterusnya menyebabkan ‘bronchiolitis obliterans’ di mana pesakit memerlukan bantuan
oxygen secara beterusan.
 

Penyakit Tangan, Kuku dan Mulut

Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit tangan, kaki dan mulut?


Sila layari laman Web Portal MyHealth : Hand,Foot,Mouth Disease (HFMD)

1
 Chicken Pox (Cacar air)

Apakah itu Chicken Pox dan apakah penyebabnya?


Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air. Ia disebabkan oleh virus Varicella
(kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit pada semua peringkat umur dan lebih
teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa.

Bagaimana Chicken Pox merebak?
Ia boleh merebak melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti dan juga
berlaku melalui sentuhan dengan bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian
atau tuala yang tercemar dengan virus chicken pox. Penghidap chicken pox boleh
merebakkan virus dari 48 jam sebelum ruam timbul sehingga cacar air menjadi kering dan
berkeruping.
Sebaiknya puan melaporkan kepada pihak taska atau sekolah berkaitan dengan
demam chicken pox anak puan supaya pihak sekolah boleh mengambil langkah berjaga-
jaga bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
 

Bayi alahan “allergic” susu


Doktor telah memberitahu yang anak saya mengalami alahan kepada susu lembu,
apakah tindakan yang patut saya ambil?
Bayi yang mengalami alahan susu lembu akan mengalami pengurangan berat badan atau
tiada perubahan berat badan dan mengalami cirit birit serta muntah-muntah. Biasanya
masalah ini perlu disahkan oleh doktor kanak-kanak. Oleh itu, bayi perlu diberi susu formula
bayi yang khas untuk bayi yang alah kepada susu lembu. Susu ini boleh didapati di pasaran.
Untuk keterangan lebih lanjut, boleh merujuk portal Myhealth >alahan protein susu lembu<

EPILEPSI

Anak saya telah disahkan mengidap sawan “epilepsy” oleh doktor, apakah rawatan yang
akan diberikan kepada anak saya?
Setelah anak disah menghidap sawan, doktor akan memulakan rawatan menggunakan
ubat-ubatan untuk mengelakkan sawan daripada berulang. Oleh itu anak tuan/puan perlu
mendapatkan rawatan susulan daripada mana-mana Doktor Pakar Kanak-Kanak yang
berdekatan. Keterangan lebih lanjut boleh merujuk portal Myhealth >Epilepsy

2
PROLONGED JAUNDICE

Perlukah Thyroid Function Test (TFT) diulangi untuk Prolonged Jaundice jika Thyroid


Stimulating Hormone (TSH) adalah normal semasa lahir?
Tidak perlu diulangi TFT dalam situasi tersebut. Jika doktor rasa bayi mempunyai ciri-
ciri Congenital Hypothyroidism ataupun keputusan TFT yang memerlukan pemantauan
untuk congenital hypothyroidism, contohnya Down Syndrome, maka ulangan TFT
diperlukan.

DIFTERIA

Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Jangkitan ini
disebabkan oleh Corynebacterium diphtheriae. Bakteria yang dijangkiti oleh virus
corynebacteriophage akan mengeluarkan toksin difteria. Ia akan menjangkiti tekak (tonsil,
farinks, larinks, hidung) dan kadangkala selaput mukus lain, kulit , konjunktiva dan
kemaluan.

Kanak-kanak perlu imunisasi: Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian
atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen
dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh
membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Anda mungkin juga menyukai