Anda di halaman 1dari 29
BAB TIGA SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA Bab ini berfungsi menyediakan maklumat asas perkembangan sektor pertanian negara dan Dasar Pertanian Negara. Objektif utama bab ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara seperti berikut:- 1, Mengupas kepentingan pembangunan sektor pertanian dan mengapa ia tidak boleh diabaikan walaupun negara sedang pesat membangun dengan sektor perkilangan. Kepentingan sektor pertanian adalah dari segi:~ i. Sumber bekalan makanan negara ii, Sumber bahan mentah kepada sektor perkilangan iii, Sumbangan kepada KDNK iv. Gunatenaga sektor pertanian 2. Inisiatif kerajaan membangunkan sektor pertanian negara 3.1 PENDAHULUAN Peredaran masa telah mengubah kepentingan sektor pertanian. Pada masa kini, sektor perkilangan telah menjadi relatif lebih penting daripada sektor pertanian, Pada tahun 1970-an dan awal 1980-an, sektor pertanian sangat penting dari segi membekal peluang pekerjaan. Pada masa kini, sektor perkilangan telah menjadi pencipta peluang pekerjaan baru yang banyak, menyerap gunatenaga dari sektor lain dengan meninggalkan kesan kekurangan tenaga pekerja di sektor pertanian, Rata-rata aktiviti pertanian di kawasan luar bandar mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja dan kekurangan tenaga pekerja muda, Walau bagaimanapun, dengan peredaran masa, kepentingan sektor pertanian dari segi menyediakan bahan mentah kepada 53 industri tempatan dan membekal bahan makanan semakin signifikan. Dahulu, banyak hasil pertanian dieksport daripada diproses dalam negeri. Dahulu, isu import bahan makanan tidak timbul kerana jumlah penduduk yang kurang padat dan pengeluaran pertanian domestik yang hampir mencukupi. Oleh itu, sektor pertanian negara perlu dijalankan secara komersil sebagai salah satu cara untuk mengurang jumlah import bahan makanan. Untuk melaksanakan aktiviti pertanian secara komersil, tenaga petani belia diperlukan untuk melaksanakan inovasi pertanian komersil atau moden. 3.2 DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN) Pembangunan sektor pertanian adalah berpandukan kepada Dasar Pertanian Negara (DPN). Sektor pertanian menghadapi pelbagai kekangan pembangunan terutamanya dari segi kekurangan buruh, kekurangan tanah yang sesuai, tahap harga yang rendah bagi beberapa komoditi dan tahap pelaburan yang secara relatifnya rendah walaupun usaha-usaha melaksanakan berbagai program telah digiatkan di samping disediakan berbagai sumber yang mencukupi”. Dengan demikian, Dasar Pertanian Negara digubal pada 1984 untuk dijadikan panduan utama bagi membangun sektor pertanian. DPN telah dikaji semula pada tahun 1991, berikutan itu DPN II telah digubal untuk menggantikan DPN sebelumnya. Penyelidik dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian sedang menggubal DPN III bagi menggantikan DPN II. Penerbitan DPN III kepada umum dijangka pada akhir tahun 1999. DPN II (1992-2010) memberi perhatian ke arah mengatasi kelemahan-kelemahan utama DPN terdahulu. Ia juga akan meneruskan usaha mempercepatkan transformasi sektor pertanian kepada > Kerajaan Malaysia, Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000, Percetakan Nasional Malaysia Bhd., Kuala Lumpur, 1996, p.239. 34 satu sektor yang lebih moden, berkomersil dan bermapan di mana daya gerak pertumbuhan dan pembangunannya akan berpandukan pasaran dan sumber manusia. DPN II bertujuan membentuk sebuah sektor pertanian yang dinamik dan cergas, terdiri daripada perniagaantani serta perladangan dan pengusahaan yang cekap. Pembangunan dan pertumbuhan sektor pertanian ini akan berasaskan kepada kadar inovasi yang pesat dalam keluaran dan prosesan, peningkatan produktiviti dan penyerapan teknologi yang lebih meluas. Objektif utama DPN ialah memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber-sumber secara optimum, memperluaskan rantaian di antara sektor pertanian dengan sektor lain, mencapai pembangunan yang seimbang serta menggalakkan industri berasaskan makanan yang dinamik, meningkatkan produktiviti buruh dalam pertanian dan meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pertanian moden dan komersil serta dalam perniagaan tani. Mengikut Brenner, peningkatan produktiviti secara mudahnya berlaku apabila kurang masa diperlukan untuk melakukan satu jenis kerja yang sama oleh bilangan pekerja yang sama, atau lebih kurang pekerja diperlukan dengan masa yang digunakan tidak lebih daripada sebelumnya, atau kurang bilangan pekerja dan masa yang diperlukan untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang sama”. Situasi ini mengambarkan peningkatan produktiviti akibat daripada penggunaan mekanisasi dan automasi, Peningkatan mekanisasi dan penggunaan teknologi moden yang meluas akan digalakkan untuk menyokong dan menggerak perubahan-perubahan dalam sistem pengeluaran ladang dan pertanian, Objektif jangka panjang pertumbuhan dan pembangunan yang bertujuan mewujudkan satu sektor pertanian yang moden dan komersil akan dicapai melalui pelaksanaan strategi penggunaan » YS. Brenner, Agriculture and the Economic Development of Low Income Countries, Institute of Social Studies, The Hague, Paris, 1971, p.44. 55 sumber secara optimum, pemesatan pembangunan industri berasaskan pertanian, penyelidikan dan pembangunan, menarik peranan utama sektor swasta dalam aktiviti pertanian, pembentukan semula pemasaran dan pembangunan industri makanan yang dinamik. DPN II juga mempunyai strategi yang khusus ke atas dasar makanan, ternakan, tanaman, tanaman industri dan aktiviti pertanian lain. Secara keseluruhan DPN II berfungsi sebagai panduan asas kepada arah tuju pembangunan pertanian negara dengan menumpukan kepada kelebihan dan peluang baru yang boleh diusahakan. DPN II juga membentang dengan jelas dasar yang diberi tumpuan oleh kerajaan, matlamat yang diharapkan dan menghuraikan masalah semasa yang dihadapi oleh sektor pertanian, Namun begitu, penekanan DPN II ke arah membangunkan sumber tenaga belia tempatan bersama-sama dengan aktiviti pertanian tidak begitu jelas. Pendek kata, tiada peruntukan yang khusus menggalakkan belia tempatan terutama di luar bandar untuk menyertai aktiviti pertanian. 3.3 KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN (1960-1998) Pada tahun awal kemerdekaan, ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada sektor pertanian iaitu bijih timah dan getah sahaja. Terlalu rendah sumbangan daripada sektor-sektor lain dalam meningkatkan pendapatan negara secara efektif. Sektor pertanian menyumbang hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan merangkumi dua pertiga daripada jumlah eksport kasar negara. Sektor pertanian lebih dikenali sebagai scktor utama pada era 1970-an dan awal 1980-an. Panggilan sektor pertanian sebagai sektor utama sesuai dengan sumbangan dan kepentingannya kepada ekonomi negara. Namun demikian, sejak akhir tahun 1980-an, sektor pertanian sudah tersisih dengan panggilan sektor utama kerana kemunculan sektor pembuatan atau perkilangan atau perindustrian yang telah mengambil alih kepentingan sektor pertanian sebagai penyumbang kepada pendapatan, pertumbuhan dan pembangunan negara. Sektor pertanian mempunyai skop aktiviti-aktiviti sub-sektor yang luas, Sektor pertanian merangkumi aktiviti pertanian, perladangan, penternakan, perhutanan dan perlombongan. Walau bagaimanapun, aktiviti perlombongan pada masa kini telah dikeluarkan dari sektor pertanian dan menjadi satu sektor yang berasingan. Pengasingan aktiviti perlombongan dari sektor pertanian di buat berikutan penemuan pertroleum di negara ini yang telah menyumbang peningkatan hasil berkali ganda daripada sebelumnya, Gas asli yang diketahui mempunyai simpanan yang banyak, akan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan sektor perlombongan, Dalam dekad tujuh puluhan, kenyataan bahawa negara ini adalah negara pertanian tidak boleh dinafikan. Peranan utama sektor pertanian pada ketika itu ialah eksport utama, sumber pendapatan eksport yang digunakan untuk mencapai objektif sosio-ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan dan membekal sumber makanan””. Sektor pertanian menjadi penggerak utama dan enjin yang menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pertanian memberi pekerjaan kepada hampir separuh dari jumlah penduduk yang bekerja termasuk belia, mengeluarkan lebih satu perempat dari Keluaran Dalam Negeri Kasar, menyumbang lebih satu pertiga dari jumlah eksport negara dan menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan yang terbesar berbanding sektor ekonomi lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya sektor pertanian kepada pertumbuhan » § Selvadurai, Agriculture in Peninsular Malaysia, Ministry of Agriculture, Kuala Lumpur, 1978, p.1 37 ekonomi negara dan betapa tingginya keutamaan yang diberikan oleh kerajaan kepada sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi negara Pada penghujung tahun1970-an, pergantungan ekonomi negara mulai berkurangan kepada bijih timah dan getah. Kerajaan menyedari pergantungan kepada hanya kedua-dua komoditi ini memberi risiko yang tinggi kepada ekonomi negara apabila mengalami keadaan kemelesetan ekonomi atau ketidakstabilan dalam pasaran komoditi tersebut. Kerajaan telah memperkenalkan satu dasar penting dalam sektor pertanian iaitu Dasar Mempelbagaikan Hasil Keluaran Negara sebagai langkah mengurangkan kesan negatif dari pergantungan terhadap dua komoditi utama sahaja. Komoditi-komoditi lain yang diberi perhatian dan digalak oleh kerajaan ialah kelapa sawit, padi, koko, sayur-sayuran, kayu balak, ternakan, perikanan dan industri berasaskan pertanian Selepas zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1985-86 shingga pertengahan tahun 1990-an, sektor perkilangan telah berkembang dengan begitu pesat sehingga perkembangan dalam sektor pertanian terlalu perlahan jika dibuat perbandingan di antara kedua-duanya. Pihak kerajaan pula telah memberi promosi, galakan dan insentif yang menarik kepada sektor perkilangan manakala sektor pertanian relatif kurang diberi tumpuan oleh kerajaan khususnya dalam tempoh ini. Dalam dekad sembilan puluhan beberapa cabaran yang lebih besar akan dan telah dihadapi dalam membangunkan sektor pertanian, Dengan pertumbuhan pesat sektor-sektor perkilangan dan perkhidmatan serta bertambah pentingnya industri berasaskan pertanian, sektor pertanian perlu turut berkembang bagi menjamin bekalan bahan pertanian yang mencukupi dan berkekalan kepada sektor tersebut. Untuk memastikan sektor pertanian memberi sumbangan secara 58 berterusan dan konsisten pada masa hadapan, dasar-dasar yang sesuai adalah diperlukan bagi menggalakkan pembangunan yang berkekalan dan meningkatkan pendapatan bagi mereka yang masih kekal dalam sektor ini serta menarik penyertaan belia. Sehubungan itu, kerajaan telah menyemak dan mengkaji semula Dasar Pertanian Negara 1984, Hasil semakan dan kajian semula tersebut telah lahir Dasar Pertanian Negara I (1992-2010) yang khusus diformulakan supaya matlamat sektor pertanian serasi dengan pembangunan dan keperluan semasa negara. 3.3.1 Sumber Bekalan Makanan Negara Scktor pertanian kembali dihargai dalam keadaan terdesak lebih-lebih dalam situasi kejatuhan nilai ringgit kerana makanan merupakan keperluan manusia untuk terus hidup. Dalam kegawatan ekonomi, peranan sektor pertanian dijangka bertambah penting, malah kekal sebagai satu daripada penjana utama ekonomi negara. Sektor pertanian boleh membantu negara memulihkan ekonomi dan seterusnya mengurangkan import bahan makanan untuk keperluan tempatan. Kegawatan ekonomi yang melanda negara sejak Julai 1997 telah meninggalkan kesan yang penting dan menyedarkan pelbagai pihak termasuk kerajaan terhadap kepentingan peranan sektor pertanian, Kejatuhan nilai Ringgit telah menyebabkan kos mengimport bahan makanan meningkat dengan ketara walaupun kuantiti import bahan makanan tidak mengalami pertambahan yang jauh beza dari sebelumnya. Jumlah nilai import bahan makanan pada tahun 1997 ialah RM10.035 bilion iaitu meningkat sebanyak 10.7 peratus daripada tahun 1996 seperti di jadual 3.1. Begitu juga dengan import minuman dan tembakau serta minyak & lemak binatang & sayur-sayuran meningkat sebanyak 32.6 dan 87.6 peratus masing-masing berbanding tahun 59 1996. Sejak penghujung tahun 1997 dan 1998, sektor pertanian mula diberi pethatian semula dan penekanan setelah lama ditenggelami oleh kepesatan sektor perkilangan. Jadual 3.1 MALAYSIA : IMPORT BAHAN MAKANAN UTAMA 1994-97 (RM Juta) Bahan Makanan Utama 1997(p) Makanan Minuman dan ee SUMBER: Siaran Pesnglaan B Bulanan Malaysia, Ogos 1998, Jabatan Perangkaan Malaysia. Masalah kekurangan bekalan makanan negara wujud disebabkan oleh pengeluaran sektor pertanian yang masih ditahap sederhana dan boleh ditingkatkan lagi serta kes tanah terbiar yang masih tinggi di seluruh negara. Secara ringkas, takrifan tanah terbiar ialah tanah ada pemilik tetapi tidak diusahakan. Tanah terbiar perlu digembleng untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara. Negara dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RMI bilion import bahan makanan setahun dengan mengusahakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada tanah terbiar di Semenanjung yang dianggarkan seluas di antara 800,000 hektar dan sejuta hektar”! 3.3.2 Sumber Bahan Mentah Kepada Sektor Perkilangan Masa telah membuktikan pembangunan sektor perkilangan di Malaysia telah menyebabkan merosotnya sumbangan sektor pertanian terhadap KDNK dan gunatenaga negara. Kepentingan sektor pertanian tidak boleh diperkecil dan harus digerakkan seiring dengan kemajuan sektor perkilangan. Pandangan yang menganggap sektor pertanian terpisah daripada sektor lain haruslah dinilai kembali kerana sektor pertanian mempunyai kedudukan, fungsi dan peranan 31 Berita Minggu, Sejuta Hektar Tanah Terbiar, 25 Oktober 1998, p.11. 60 yang istimewa dalam arus pembangunan sesebuah ekonomi. Sektor perkilangan memerlukan input perantaraan yang merupakan output yang dikeluarkan oleh sektor lain seperti pertanian, Ini menunjukkan wujud intergrasi di antara sektor pertanian yang, membekalkan input kepada sektor perkilangan. Sektor perkilangan berasaskan sumber-sumber pertanian sangat bergantung kepada pengeluaran sektor pertanian. Pengeluaran hasil pertanian tidak dieksport dalam bentuk mentah tetapi diproses oleh sektor perkilangan menjadi barang siap atau akhir sebelum dipasarkan kepada pengguna. Secara terperinci struktur input perkilangan berasaskan sumber pertanian ialah kilang keluaran daging dan susu menggunakan output sektor penternakan, kilang minyak dan lemak menggunakan output sektor ladang kelapa sawit, kilang bijirin menggunakan output sektor padi, kilang kayu menggunakan output scktor perhutanan, kilang memproses getah menggunakan output tanaman getah dan sebagainya. Kebanyakan industri berasaskan sumber pertanian terletak di bandar kecil atau di luar bandar sebagai tanda keperluan industri tersebut tidak boleh beroperasi jauh dari kawasan pertanian. Jarang bagi industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan pertanian beroperasi di bandar-bandar besar yang jauh dari sumber bahan mentahnya. Bila lokasi industri jauh dari kawasan pertanian, kos pengeluaran industri tersebut cenderung lebih tinggi berikutan peningkatan kos pengangkutan, persaingan dan kesukaran memperolehi bahan mentah dan upah gunatenaga yang lebih mahal. Kelebihan bagi industri berasaskan pertanian beroperasi berhampiran dengan kawasan pertanian adalah kebalikan daripada masalah yang dihadapi oleh industri yang beroperasi jauh dari kawasan luar bandar. Industri berasaskan pertanian yang beroperasi di kawasan hampir atau di luar bandar mudah memperolehi gunatenaga yang mempunyai asas kemahiran bidang pertanian yang hampir sama dengan keperluan bidang kerja di kilang yang 61 memproses bahan pertanian. Tambahan pula, IKS berasaskan pertanian berpeluang memperolehi pekerja yang kos upahnya murah. Sumbangan IKS ialah menyerap lebihan gunatenaga di sektor pertanian serta menjadi alternatif kepada belia-belia di luar bandar yang ingin mencari kerja di sektor industri tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar yang mana mempunyai pelbagai masalah seperti perumahan dan kos hidup yang tinggi. Sektor pertanian juga tidak akan menjadi lebih baik jika tidak bergantung atau mempunyai intergrasi dengan sektor lain. Selain daripada memberi sumbangan kepada perkembangan sektor perkilangan melalui intergrasi hadapan, sektor pertanian juga menerima sumbangan dari sektor perkilangan melalui intergrasi belakang untuk meningkatkan prestasi, produktiviti dan kualiti sektor pertanian. Sektor pertanian sememangnya bergantung kepada pada industri kimia yang membekalkan racun serangga dan baja. Kebanyakan daripada input perantaraan sektor pertanian terdiri daripada industri kimia, Sektor pertanian banyak menggunakan bahan kimia sebagai racun serangga dan baja di ladang kelapa sawit, kelapa, getah, teh dan kebun kecil lain seperti kopi, koko, lada, nanas, pisang dan tanaman buah-buahan lain. Industri secara berterusan menerima permintaan penggunaan baja dari sektor pertanian yang bererti industri dapat berkembang dan pada masa yang sama memberi faedah kepada pertanian”. Mengikut dakwaan Arthur Gaitskell, kaedah merangsang pembangunan pertanian adalah melalui membangunkan sektor perindustrian terlebih dahulu™, Dakwaan beliau berasaskan kepada kemajuan teknologi di sektor pertanian berhubung rapat dengan “subsidi"oleh sektor industri tempatan yang maju. Beliau tidak bermaksud hanya *2 Food and Agriculture Organization of the United Nations, Agriculture in the World Economy, Rome, 1957, 64. BV.W. McPherson, Economic Development of Tropical Agriculture, University of Florida Press Book, 1968,p.50. 62 sektor industri sahaja yang penting dan perlu dibangunkan. Negara yang mengabaikan sektor pertanian dan asyik menitikberatkan sektor industri akan menghadapi masalah bagaimana hendak menjual keluaran industrinya yang mempunyai kos pengeluaran yang tinggi’. Kos pengeluaran yang tinggi akibat daripada kos mengimport bahan mentah pertanian. Ini akan mengurangkan daya saing keluaran industri negara tersebut di pasaran antarabangsa. Kebanyakan negara di dunia bermula dengan pertumbuhan sektor pertanian yang penting kepada negara sebelum maju dalam sektor perkilangan. Selepas kemajuan sektor pertanian, negara- negara seperti di Eropah bergerak kepada revolusi perindustrian untuk memperluaskan permintaan pasaran hasil pertanian domestik dan mempelbagai aktiviti ekonomi. Ini menunjukkan sesebuah negara tidak boleh hanya membangunkan satu sektor ekonomi sahaja sama ada pertanian atau perkilangan, tetapi perlu kepada kombinasi kedua-duanya kerana mempunyai peranan saling lengkap-melengkapi untuk berkembang. Dasar pertanian dan perindustrian negara dapat dilihat sebagai dua dasar yang tidak terpisah dan tidak saling bertentangan malah kedua-duanya saling melengkapi dalam dasar peralihan negara ke arah negara perindustrian. Sektor pertanian menawarkan bekalan makanan dan bahan mentah untuk industri pemprosesan tempatan manakala sektor perkilangan membantu memodenkan pertanian dan menawarkan barang pengguna’®. Perkembangan sektor perkilangan berasaskan sumber pertanian membantu perkembangan sektor pertanian dari segi permintaan dan pasaran hasil pertanian yang tinggi dan luas, tawaran harga komoditi yang lebih baik dan insentif dalaman untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti. Perkembangan sektor pertanian membantu W.W. McPherson, Economic Development of Tropical Agriculture, University of Florida Press Book, 1968,p.54 35 W.W. McPherson, Economic Development of Tropical Agriculture, University of Florida Press Book, 1968,p.55. 63 perkembangan sektor perkilangan berasaskan sumber pertanian dari segi harga input atau bahan mentah yang rendah, meningkatkan daya saing industri domestik, memperluaskan bidang dan peluang pekerjaan dan meningkatkan nilai ditambah (value added) dalam ekonomi. Justeru itu, sektor pertanian tidak harus diabaikan kepentingannya setelah mencapai perkembangan yang pesat dalam sektor perkilangan, malah kedua-dua sektor tersebut perlu dimajukan secara searah dan seiring untuk menggandakan kuasa enjin ekonomi negara menjadi lebih mantap dan kukuh dalam menghadapi arus turun naik ekonomi dunia dan serantau 3.3.3 Sumbangan Kepada KDNK Perkembangan sektor perindustrian telah menengelamkan kepentingan sektor pertanian yang pada satu masa dahulu adalah penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jika sebelum tahun-tahun 70-an sektor pertanian menyumbang lebih 30 peratus kepada KDNK, pada tahun 1997 sektor pertanian hanya menyumbang 12.2 peratus’. Pada masa sekarang, sektor perkilangan telah menjadi penjana utama kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara Carta 3.1 menunjukkan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK, gunatenaga dan hasil eksport. Pada tahun 1990, sumbangan sektor pertanian kepada KDNK ialah 18.7 peratus, 26.0 peratus kepada gunatenaga dan 22.2 peratus kepada hasil eksport negara. Walau bagaimanapun, sumbangan sektor pertanian kepada KDNK, gunatenaga dan hasil eksport diramal merosot masing-masing kepada 10.5, 13.0 dan 7.2 peratus pada tahun 2000. % Dewan Masyarakat, Meningkatan Pengeluaran Pertanian: Jangan Hangat-Hangat Tahi Ayam!, Mac 1998, p.l3. cy Carta 3.1 Sumbangan Sektor Pertanian Kepada KDNK, Gunatenaga dan Hasil Eksport, 1990-2000 lacunar 260 ne ae jumber. Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000, Pertumbuhan ekonomi yang pesat khususnya sejak 1990 telah mencipta ribuan peluang pekerjaan baru terutama dalam industri perkilangan melalui peningkatan pelaburan asing Perubahan ini telah menarik ramai pekerja dari sektor-sektor lain memasuki peluang pekerjaan di sektor perkilangan yang canggih, selesa, tingkat gaji yang lebih memuaskan dan peluang pembangunan kerjaya yang lebih cerah dan baik. Oleh itu, ramai generasi belia tempatan berpindah bidang kerja dan memenuhi kekosongan yang wujud di sektor perkilangan. Namun demikian, sektor perkilangan masih mempunyai banyak peluang pekerjaan dan pada masa yang sama kekosongan pekerjaan di sektor-sektor lain turut meningkat akibat perpindahan pekerja tersebut. Suasana menjadi bertambah runcing apabila negara telah mencapai gunatenaga penuh Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah memutuskan pengambilan pekerja asing dibenarkan. Sejak inilah pekerja asing secara sah dan masuk secara haram membanjiri pasaran gunatenaga negara, Berdasarkan kepada rekod yang ada, kira-kira 1.2 juta pekerja asing telah bekerja di 65 sehingga awal Februari 1996, 1.7 juta sehingga Julai 1997 dan terus meningkat kepada negara 2.2 juta sehingga April 1998°”. Berdasarkan data sehingga Januari 1997, pekerja asing yang melibatkan diri dalam bidang pekerjaan di sektor perladangan sebanyak 27 peratus, diikuti oleh sektor pembinaan sebanyak 26 peratus serta 22 dan 21 peratus masing-masing dalam sektor perkhidmatan domestik dan pembuatan’®, Ini secara jelas membuktikan sektor perladangan mengalami kekurangan pekerja yang paling buruk berbanding dengan sektor-sektor lain. Berdasarkan jadual 3.2, peratus sumbangan sektor pertanian kepada KDNK semakin menurun sejak 1995 hingga ke angka ramalan bagi tahun 1998. Pada tahun 1995, peratus sumbangan sektor pertanian kepada KDNK ialah 13.5 peratus, menurun kepada 12.7 peratus pada 1996, 12.2 peratus pada 1997 dan terus menurun kepada 11.6 peratus pada 1998. Jadual 3.2 KDNK MALAYSIA MENGIKUT SEKTOR UTAMA 1995-98 1995 1996 1997, 1998. KDNK Pada RM 120,309 | RM 130,628 | RM 140,863 | RM 144,398 Harga Tetap __juta _juta juta juta % pertumbuhan KDNK 95 8.6 8.0 BATpaa | Porias | RNa | Peratus | RAjota | Params | RM joa Sumbang Sumbang- Surmbeng- an kepada an kepada an kepada KDNK. KDNK KDNK Pertanian, [ Perhutanan & Perikanan 16230] 135] 16,580] 127] 17.077) 12.2 Pembuatan 395 | 331] 4468s| 342] so247[ 355 Pembinaan 5,385 45 6,150 47 6,799 48 Perlombongan 5,566 46[ 4,751 72| 3,656 68 Perkhidmatan | 33303] 443| s8463| 448] 63,088[ 45.5 ‘SUMBER: The Malaysian Economy In Figures 1998 Nota: (¢) - Anggaran ()—Ramalan 3” Dewan Ekonomi, Pekerja Asing Antara Keperiuan dan Bebanan, Ogos 1998, p.9. 38 Dewan Ekonomi, Pekerja Asing Antara Keperiuan dan Bebanan, Ogos 1998, p.10. 66 Walau bagaimanapun, sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dari segi nilai mutlak masih meningkat dari tahun ke tahun sejak 1995 kecuali pada tahun 1998. Namun begitu, peningkatan sumbangan dari segi nilai mutlak dari tahun ke tahun adalah tidak begitu besar, contohnya pada tahun 1997 sebanyak RM17,077 juta meningkat RMO0.497 juta atau 2.9 peratus daripada tahun 1996, Ini bukan bererti sektor pertanian sudah tidak penting lagi kepada pertumbuhan ekonomi tetapi memberi petunjuk bahawa sektor pertanian masih lagi boleh diperbaiki prestasinya dari semasa ke semasa seperti dibuktikan oleh peningkatan sumbangan nilai mutlaknya. Sektor pertanian mampu menjadi salah satu sektor yang berpengaruh dan penting kepada pertumbuhan ekonomi negara sepertimana peranannya di era 1970-an dan awal 1980-an jika mengalami proses perubahan kepada aktiviti pertanian komersil, moden dan intensif secara menyeluruh di Malaysia. Peratus sumbangan sektor pertanian kepada KDNK benar yang semakin menurun berikutan kepesatan relatif perkembangan sektor lain adalah lebih pantas menyebabkan sumbangan sektor pertanian relatif mengecil. 3.3.4 Gunatenaga Sektor Pertanian Pertumbuhan yang tinggi dan berterusan di kalangan penduduk dalam lingkungan umur bekerja menyebabkan tenaga buruh meningkat 2.9 peratus pada 1996 dan 2.8 peratus setahun pada 1997. Gunatenaga telah berkembang dengan kadar yang menggalakkan hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang kukuh terutamanya di sektor pembuatan dan pembinaan. Kadar pertumbuhan tenaga buruh sebanyak 2.9 peratus, gunatenaga telah berkembang dengan kadar yang lebih cepat jaitu 3.1 peratus pada 1996 tetapi keadaan ini tidak berlaku dalam tahun 1997 kerana berlaku spekulasi matawang lalu membawa kepada krisis matawang pada Julai 1997 dan berlarutan sehingga kini, Kadar pengangguran telah turun dari 2.9 pada 1994 kepada 2.8 peratus pada tahun 67 1995 dan terus turun kepada 2.5 peratus pada 1996. Pada tahun 1997, kadar pertumbuhan tenaga buruh lebih tinggi daripada pertumbuhan jumlah gunatenaga iaitu masing-masing 2.8 peratus dan 2.6 peratus. Ini telah menyebabkan kadar pengangguran telah naik kepada 2.7 peratus pada 1997 berbanding pada tahun 1996. Gunatenaga dalam sektor pertanian telah berkurangan pada kadar 4.9 peratus setahun daripada 1.34 juta dalam tahun 1996 kepada 1.27 juta dalam tahun 1997 berikutan pertumbuhan output yang lebih perlahan dan peningkatan penggunaan mekanisasi dalam sektor ini. Menurut G. Sivalingam, pengurangan gunatenaga dalam sektor pertanian dipengaruhi oleh faktor kecekapan mekanisasi mengganti tenaga manusia, peningkatan migrasi keluar akibat mempunyai pendidikan yang baik dan daya tarikan pekerjaan di bandar-bandar”. Secara mutlak, pengurangan gunatenaga di sektor pertanian adalah sebanyak 203,500 pekerja dalam tempoh 1994-97 seperti dalam jadual 3.3. Kekurangan tenaga pekerja yang berlaku sekarang boleh menjadi lebih genting jika proses penggunaan mekanisasi yang perlahan, pengaliran buruh tempatan ke sektor ekonomi lain yang menawarkan upah dan prospek yang lebih baik dan keadaan ini akan bertambah buruk dengan keengganan generasi belia bekerja dalam sektor pertanian serta masalah umur petani yang semakin meningkat dan majoriti daripada mereka adalah berumur melebihi 45 tahun. Masalah ini mempengaruhi tingkat produktiviti pertanian dan tingkat daya usaha menyelenggara, mengawal dan mengurus seluruh aktiviti pertanian yang diusahakan. Bagi menangani masalah kekurangan tenaga pekerja, khususnya dalam estet getah dan kelapa sawit, majikan diminta meningkatkan kemudahan perumahan dan sosial supaya dapat mengekal serta menarik buruh ke sektor pertanian. G, Sivalingam, Malaysia’s Agricultural Transformation, Pelanduk Publication, Petaling Jaya, 1993, p.14. 68 Jadual 3.3 Gunatenaga Mengikut Sektor, Malaysia 1994-97 Sektor | [1995 | 1996 Pertanian, perhutanan, penternakan & perikanan 1,428.7] 1,339.4 Perlombongan dan kuari 40.7 42.6 Pembuatan 2,051.6] 2,177.8 Pembinaan 659.4 726.2 Elektrik, gas dan air 69.1 24 Pengangkutan, penyimpangan & perhubungan Perdagangan borong & runcit, Restoran dan hotel Perkhidmatan kewangan, insurans, 395.2 414.2 1,327.8 1,358.8 Hartanah dan perniagaan 378.5 403.3 Perkhidmatan kerajaan 872.2 876.6 692.2 750.2 Perkhidmatan lain 7,915.4 8,161.4 Jumlah Gunatenaga 210.5 8,372.0 224.6 8,140.0 Penganggur Tenaga buruh Kadar pengangguran (% daripada ‘Tenaga buruh) Sumber. Siaran Perangkaan Bulanan Malaysia, Ogos 1998. 28 2.5 Pertumbuhan positif dalam sektor perkilangan terutama selepas kejayaan negara mengatasi kemelesetan pada tahun 1985-86 merupakan detik perubahan yang lebih ketara bagi sektor pertanian dari segi gunatenaga. Perkembangan yang pesat dalam sektor perkilangan telah menyebabkan perpindahan buruh secara besar-besaran daripada sektor pertanian kepada sektor perkilangan, Selain itu, sektor perkilangan berperanan menyerap tenaga buruh yang berlebihan agar _masalah pengangguran dan gunatenaga yang berlebihan tidak berlaku dalam sektor pertanian, Pada tahun 1960, hampir 63 peratus daripada gunatenaga negara terbabit dengan aktiviti-aktiviti sektor pertanian tetapi perangkaan ini merosot kepada 15.2 peratus, 37 tahun kemudiannya. Sektor perkilangan atau pembuatan telah menguasai 27.7 peratus gunatenaga dari 6 jumlah gunatenaga negara pada tahun 1997 dengan peningkatan sebanyak 6.4 peratus daripada tahun 1996 seperti di jadual 3.3. Fenomena kekurangan tenaga pekerja, pertumbuhan peluang pekerjaan yang tidak disertai oleh pertumbuhan tenaga kerja tempatan terutama dari lapisan generasi belia dan kemampuan sektor perkilangan menawarkan pulangan lebih tinggi dan berkeupayaan meningkatkan taraf hidup tenaga pekerjanya memburukkan lagi krisis tenaga kerja di sektor pertanian. Kecenderungan bekerja di sektor perkilangan telah membentuk satu pola baru dalam pemikiran dan gaya hidup tenaga pekerja tempatan di kalangan generasi belia masa kini. Sektor perkilangan menawarkan suasana kerja yang lebih tersusun, selesa, banyak pilihan, gaji tetap serta pelbagai faedah sampingan berbanding di sektor pertanian, Perubahan-perubahan ini membentuk satu anjakan paradigma barn dalam suasana bekerja. Pertanian dianggap serba buruk, manakala sektor perkilangan dipandang lebih berprestij dan global. Bayangan bekerja di sektor pertanian begitu memeritkan dengan suasana kerja yang kotor, cuaca panas serta kekuatan fizikal mungkin menghantui generasi belia kini yang sudah biasa dengan kehidupan serba selesa di sektor perkilangan. Persepsi sebegini terus menghakis minat untuk bertani terutama di kalangan generasi belia. 3.4 USAHA KERAJAAN MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN Sebahagian besar dari penduduk luar bandar masih bekerja di sektor pertanian dengan menerima pendapatan yang kurang setimpal dengan kerja yang dilakukan, Tidak kurang juga _ramai yang menerima pendapatan rendah. Pendapatan yang rendah berpunca dari produktiviti yang rendah di kalangan pekerja sektor pertanian. Produktiviti yang rendah pula berpunca dari teknologi yang 70 mundur, Teknologi ialah cara atau kaedah mengeluarkan hasil pertanian atau output. Produktiviti yang tinggi boleh diperolehi dengan menggunakan teknologi moden dan mempraktik penemuan penyelidikan dan pembangunan pertanian. Penubuhan pelbagai institusi penyelidikan pertanian adalah bertujuan untuk mencipta teknologi baru dalam bidang pertanian. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah Malaysia telah menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeluar getah asli yang terulung di dunia pada era 1970-an dan 1980-an Langkah-langkah kerajaan dalam usaha meningkatkan hasil pertanian negara adalah melalui penyelidikan yang dijalankan secara intensif oleh pusat-pusat pertanian. Abli-ahli ekonomi bersetuju bahawa pentingnya penemuan penyelidikan dalam bidang pertanian mesti dianggap sebagai barang awam dan kerajaan diminta menyediakan dana atau tabung bagi tujuan tersebut”® Hujah ini adalah disokong oleh fakta yang mana hampir semua jenis inovasi pertanian adalah menjadi hak awam dan tidak boleh dilindungi oleh undang-undang paten (patent) atau hak cipta (copyright)"'. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mencari penemuan-penemuan terbaru dari segi benih-benih bermutu tinggi, tempoh matang yang cepat dan tahan dari serangan penyakit. Penyelidikan oleh MARDI telah banyak menghasilkan benih dan baka baru tanaman terutama padi, buah-buahan dan sayur-sayuran, Manakala penyelidikan oleh Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) khusus kepada pembangunan tanaman kelapa sawit dari segi meningkatkan kualiti minyak kelapa sawit, benih bermutu tinggi, mempelbagaikan penggunaan minyak sawit dan menggalakkan penggunaan minyak kelapa sawit untuk tujuan bukan makanan. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) pula khusus membuat penyelidikan terhadap pengeluaran getah asli, penggunaan baru bagi getah ” Frank Ellis, Agricultural Policies in Developing Countries, Cambridge University Press, Cambridge, 1992.p.219. Did n dan memperkenalkan sistem torchan berintensiti rendah. Klon getah baru yang berhasil tinggi daripada siri RRIM 900 dan RRIM 2000 mempunyai tempoh matang yang lebih pendek serta kualiti susu dan kayu getah yang lebih tinggi telah dihasilkan. Lembaga Koko Malaysia (LKM) memberi tumpuan ke atas pemprosesan koko, teknologi selepas tuai dan pembangunan keluaran akhir. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menumpukan aktiviti penyelidikan dan pembangunannya ke atas perladangan hutan, teknologi pemprosesan kayu, pembiakan berbagai spesis pokok untuk tujuan pemuliharaan. FRIM telah berjaya memperolehi beberapa penemuan spesis tempatan yang cepat membesar dan menghasilkan kayu yang berkualiti iaitu jelutong, meranti, merawan dan sesenduk. Melalui perkhidmatan pengembangan, Jabatan Pertanian Malaysia memainkan peranan yang utama dalam menyebar teknik-teknik baru pertanian kepada petani. Pihak Jabatan Pertanian juga ada menjalankan latihan-latihan dan kursus kepada belia- belia dari segi teknik menggunakan jentera moden, teknik berladang yang mengeluarkan hasil yang tinggi, program pertanian berkelompok dan membuka tanah rancangan. Idea baru kerajaan ialah menggalakkan aktiviti pertanian komersil. Pertanian komersil merujuk kepada kegiatan mengusahakan sesuatu aktiviti pertanian secara intensif, sepenuh masa dan menjadi sumber pendapatan utama kepada pengusaha. Pertanian komersil_mementingkan penggunaan kaedah moden di setiap peringkat aktiviti pertanian, Penggunaan mekanisasi dan automasi yang meluas di setiap peringkat aktiviti pertanian boleh menjimatkan kos pengeluaran dan menjimatkan masa. Pengusaha pertanian perlu mengikuti perkembangan semasa penemuan baru dalam penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian. Penemuan penyelidikan dan pembangunan yang terbaru pastinya mempunyai kelebihan dari segi kualiti, hasil, daya tahan serangan penyakit dan tempoh matang yang pendek. Oleh yang demikian, pertanian komersil yang berjaya adalah bergantung kepada pengusahanya yang sentiasa mengikuti perkembangan n hasil penyelidikan baru serta mengamalkannya, Pengunaan benih, baka, baja dan racun serangga yang berkualiti adalah satu lagi ciri penting aktiviti pertanian komersil yang menyokong program penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan tingkat pengeluaran yang tinggi Kebanyakan aktiviti pertanian komersil sangat menekankan rancangan mengurangkan kos pengeluaran dan rancangan meningkatkan hasil untuk memaksimumkan untung. Objektif untuk memaksimumkan untung tidak mungkin tercapai jika hanya salah satu dari dua rancangan ini dijalankan. Untung maksimum akan tercapai apabila kedua-dua rancangan mengurangkan kos dan meningkatkan hasil dijalankan secara serentak. Kos pengeluaran adalah merangkumi kos input atau bahan mentah, upah pekerja, sewa tanah dan susut nilai alat-alat kelengkapan pertanian seperti jentera, Penubuhan beberapa Lembaga Kemajuan Wilayah oleh kerajaan merupakan badan pelaksana pembangunan pertanian sebagai unsur sokongan kepada peningkatan hasil pertanian. Matlamat asas Lembaga Kemajuan Wilayah adalah untuk mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan dan wilayah menerusi peningkatan taraf sosio-ekonomi penduduk luar bandar dan pembangunan kawasan mundur dan terpencil. Fungsi Lembaga Kemajuan Wilayah adalah sebagai mengenalpasti, merancang, melaksanakan strategi pembangunan seperti usaha penempatan semula, penyatuan dan pemulihan tanah pertanian dan tanah terbiar. Lembaga Kemajuan Wilayah juga berusaha memperluas dan menyediakan kemudahan infrastruktur serta menganjurkan latihan melalui beberapa program pembangunan tanah dan wilayah. Ini diharapkan dapat membina masyarakat berdaya maju, progresif dan mengembangkan penglibatan penduduk dalam pelbagai jenis pertanian secara komersil. Beberapa contoh Lembaga Kemajuan Wilayah ialah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga B Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Pemasaran juga adalah suatu perkhidmatan yang perlu dititikberatkan dalam usaha membangunkan sektor pertanian. Dengan adanya sistem pemasaran yang cekap, petani-petani lebih berkemungkinan mendapat harga yang tinggi bagi keluaran pertanian mereka. Penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) oleh kerajaan adalah untuk memperbaiki sistem pemasaran yang sedia ada dengan menghapuskan unsur-unsur eksploitasi dalam pasaran keluaran pertanian di mana kuasa tawar-menawar berada di tangan pembeli (orang tengah) sahaja. Konsep pasar tani perlu diperluaskan lagi, malah boleh menjadi satu bentuk perniagaan tetap bukan sahaja di pekan kecil tetapi juga di bandar besar. Peruntukan belanjawan bagi pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Keenam adalah sebanyak RM1,482 juta dan merupakan peruntukan yang kedua tertinggi dari lain-lain sektor ekonomi seperti di jadual 3.4. Walau bagaimanapun, peruntukan perbelanjaan pembangunan pertanian dalam Rancangan Malaysia Ketujuh telah menurun kepada RMS,460 juta iaita mewakili 8.1 peratus daripada jumlah peruntukan bagi sektor ekonomi. Peruntukan kepada pembangunan pertanian dalam Rancangan Malaysia Ketujuh telah merosot sebanyak 13.9 peratus berbanding dengan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Keenam dan sekaligus jatuh ke tangga ketiga dari segi penerima jumlah peruntukan yang terbesar dalam sektor ekonomi, Subsektor pengangkutan menerima jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan yang paling banyak sejak Rancangan Malaysia Keenam. Manakala subsektor perdagangan dan perindustrian menjadi semakin penting dan diutamakan oleh kerajaan, Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, subsektor perdagangan dan perindustrian telah menerima peruntukan yang 4 lebih besar dari subsektor pembangunan pertanian iaitu 8.7 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan, Jadual 3.4 Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan Mengikut Sektor, 1991-2000 (RM Juta) Rancangan Malaysia Ketujuh Perbelanjaan (%) Peruntukan %) Ekonomi 27712 50.6 33706 50.0 Pembangunan Pertanian 6344 11.6 5460 81 Pembangunan Sumber Mineral 50 01 47 O1 Perdagangan & Perindustrian 4047 TA 5864 87 Pengangkutan 12270 22.4 15762 23.3 Komunikasi 70 01 58 01 Tenaga T 829 15 1058 16 ‘Sumber Air 3433 63 4030 6.0 Kajian Kemungkinan 99 02 223 03 Penyelidikan & Pembangunan | 370 1.0 1204 18 Sosial 13555 24.8 19803 29.3 Keselamatan 10987 20.1 9188 13.6 Pentadbiran Am 2451 45 4803 JUMLAH 54705 100.0 67500 'SUMBER: Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Sektor Sektor pertanian merupakan sektor yang paling banyak menerima subsidi, Pemberian subsidi, bantuan dan kemudahan adalah seperti benih, baja, racun, enjin bot, pukat, sistem pengairan dan pengangkutan, Dalam pemberian subsidi dan bantuan, satu sistem kawalan hendaklah diadakan bagi menentukan golongan berpendapatan rendah mendapat manfaat daripadanya dan bukan golongan lain, Pemberian subsidi ini bukan hanya dalam bentuk wang tetapi juga dalam bentuk barangan dan kemudahan bagi mengelakkan penyelewengan. Bagi mengatasi masalah kekurangan modal oleh golongan berpendapatan rendah yang sukar memperolehi pinjaman dari bank-bank, mereka telah dibantu melalui pemberian kredit tanpa riba atau pinjaman dalam bentuk barangan hendaklah disalurkan melalui badan tertentu seperti koperasi, persatuan 15 nelayan, persatuan peladang dan lain-lain badan berkaitan. Golongan ini hendaklah diberikan kredit murah kepada projek berdaya maju tanpa jaminan cagaran. Mereka juga harus diberi khidmat nasihat, latihan dan bantuan teknikal bagi menjayakan projek pertanian mereka. Usaha seperti Projek Amanah Ikhtiar hendaklah digalakkan di seluruh negara. Galakan, dorongan dan semangat generasi sekarang bergiat dalam sektor pertanian adalah menerusi kemudahan yang disediakan pelbagai pihak sama ada kerajaan, institusi bank dan agensi-agensi yang berkaitan. Ramai yang merungut kerana kesukaran mendapat bantuan atau pinjaman. Tambahan pula, syarat perjanjian yang terlalu ketat untuk memohon pinjaman serta tempoh pulangan keuntungan yang lewat dikatakan menjadi faktor mengapa sektor pertanian enggan dipilih oleh usahawan masa kini. Bank memerlukan cagaran dan penjamin sebagai salah satu syarat memohon pinjaman. Tanpa suatu sistem kredit yang berkesan, segala cadangan mengenai teknologi baru, penjenteraan dan pertanian komersil akan tinggal cadangan sahaja, Dengan adanya sistem kredit yang baik, petani-petani lebih berkemungkinan menggunakan input-input moden. Kerajaan menyedari betapa pentingnya kredit kepada petani dan telah menubuhkan Bank Pertanian Malaysia dengan tujuan menyediakan kredit kepada golongan ini, Sebelum tertubuhnya Bank Pertanian, ramai di antara petani yang berhutang daripada peminjam wang, termasuk ceti dan orang tengah. Bank dan institusi kewangan mungkin kurang melayani permohonan untuk mengusahakan pertanian kerana menganggap ia kurang menguntungkan berbanding projek industri perkilangan Ini juga berpunca daripada kes kadar pinjaman tidak berbayar (non-repayment of loans) oleh 16 petani pada umumnya sangat tinggi”. Bank dan institusi kewangan juga mengenakan pelbagai syarat ketat kepada petani untuk mengusahakan tanah mereka. Semua ini menyebabkan sektor pertanian dilihat sebagai kurang menyumbang dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan negara. Bank Pertanian Malaysia adalah sebuah institusi kewangan pembangunan khusus untuk membiayai projek-projek pertanian. Ini dapat membantu belia tani berkomitmen tinggi tetapi menghadapi masalah kekurangan modal untuk mempergiat atau mengkomersilkan aktiviti pertaniannya, Aktiviti Bank Pertanian Malaysia adalah untuk menyediakan peruntukan pinjaman kepada pengusaha pertanian, perikanan dan ternakan. Aktiviti pertanian yang dibiayainya meliputi aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran. Penglibatan Bank Pertanian Malaysia dapat membantu menukar petani dan nelayan kecil kepada pengusaha yang bersifat komersil, Salah satu tanggungjawab utama Bank Pertanian Malaysia membantu, menyokong dan menyediakan kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit bagi pembangunan sektor pertanian. Jenis-jenis pinjaman yang disediakan oleh Bank Pertanian Malaysia adalah seperti berikut: a Skim Kredit Jangka Pendek Pengeluaran Padi a Skim Kredit Pengeluaran dan Pemasaran Tembakau Program Pinjaman Tanaman Lain (selain padi dan tembakau) © Pinjaman Untuk Kemajuan Ladang Skim Pinjaman Jentera a Pinjaman Perikanan a Pinjaman Ternakan Pinjaman Perhutanan J. Lecaillon, Economic Policies and Agricultural Performance, Development Centre of the Organisation for Economic Co-Operation and Development, Paris, 1987, p.130. 7 © Pinjaman Untuk Membeli dan Memajukan Tanah @ Pinjaman Untuk Perusahaan Pertanian a Pinjaman Kontrak a Tabung Untuk Makanan. Program pinjaman disediakan untuk memberi kemudahan kepada golongan petani, nelayan, penternak dan usahawan kecil melalui pemberian kredit serta khidmat nasihat dalam pengurusan projek dan kewangan mereka. Pinjaman diberi secara seliaan dengan keutamaan diberikan mengikut kemajuan projek. Ini bertujuan meningkatkan pendapatan golongan yang berkenaan Kumpulan yang diutamakan adalah dari golongan sasaran kerajaan dalam usahanya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Bank pertanian memperolehi peruntukan pinjaman dari kerajaan adalah untuk mengendalikan pinjaman kepada kumpulan sasaran utama, Kumpulan kedua yang tidak kurang penting juga diutamakan ialah kumpulan biasa yang mementingkan projek perdagangan serta pembangunan dalam industri pertanian. Bank pertanian menggunakan sumbernya sendiri bagi membiayai pinjaman dari kumpulan ini. Bank pertanian juga mendapat peruntukan kerajaan melalui dana Tabung Untuk Makanan yang mengenakan faedah hanya empat peratus berbanding faedah pasaran 11 hingga 12 peratus Tabung Untuk Makanan bertujuan menggalakkan pengeluaran makanan tempatan dan mengurangkan import. Selain itu, program simpanan yang ditawarkan oleh Bank Pertanian adalah untuk menggalakkan kaum petani, nelayan, penternak dan usahawan kecil menyimpan wang untuk keperiuan masa depan atau untuk dilaburkan semula ke dalam projek pertanian mereka. cs Selain bantuan atau pinjaman modal dan subsidi, kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur khususnya bagi sektor padi. Untuk mengekalkan pengeluaran beras 65 peratus dari keperluan negara menjelang tahun 2010. Kerajaan telah meningkatkan kemudahan- kemudahan infrastruktur di kawasan jelapang padi negara seperti jalan, empangan, longkang, jambatan dan taliair. Ringkasnya, sektor tanaman padi paling besar menerima peruntukan subsidi dan peruntukan pembinaan kemudahan infrastruktur. Kerajaan perlu menyediakan kemudahan infrastruktur kepada sektor padi kerana tiada keupayaan bagi orang perseorangan (petani) menyediakan kemudahan tersebut untuk dirinya. Malah penyediaan kemudahan infrastruktur ini adalah bersifat kegunaan umum di kalangan petani-petani, Manakala pemberian subsidi padi seperti baja dan subsidi jualan padi adalah sebagai insentif kepada petani supaya mengusaha sawah padi secara bersungguh-sungguh dengan produktiviti yang tinggi Selain daripada pelbagai usaha memajukan sektor pertanian, usaha mencegah kebinasaan tanaman pertanian oleh banjir dan kemarau juga mesti diberi perhatian. Ini adalah kerana sektor pertanian terlalu sensitif kepada bencana alam seperti banjir dan kemarau yang boleh merugikan ratusan ribu ringgit. Satu sistem ramalan dan amaran banjir yang komprehensif ditubuhkan di seluruh negara bagi mempertingkatkan sistem yang sedia ada untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan. Ramalan dan amaran banjir yang tepat dan cepat akan dapat mengurangkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyaw. Sistem pengairan yang baik bukan sahaja untuk memenuhi keperluan kerja bertani tetapi boleh mencegah bencana banjir yang buruk dan menjadi harapan menyalur bekalan air bagi mengatasi tekanan musim kemarau. Keperluan sistem pengairan yang baik dirujuk khusus kepada tanaman padi yang mudah musnah dan menerima kesan paling buruk akibat daripada bencana banjir dan kemarau. 9 Ringkasnya, usaha membangunkan sektor pertanian oleh kerajaan memang dilakukan secara bersungguh-sungguh, Sektor pertanian merupakan sektor yang paling banyak menerima bantuan, subsidi dan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur dan produktiviti, Usaha-usaha kerajaan ini adalah untuk pembangunan pertanian secara menyeluruh untuk semua lapisan petani, nelayan dan penternak. 3.5 KESIMPULAN Dasar Pertanian Negara secara jelas menjadi panduan dan rujukan dalam membangunkan sektor pertanian negara. Program pertanian yang melibatkan generasi belia memang sangat kurang. Fenomena ini berlaku kerana generasi belia pada masa kini mempunyai alternatif di sektor iti-aktiviti pertanian. Kementerian Pertanian telah perkilangan dan kurang berminat dengan akti mengesan fenomena ini. Jika diadakan program pertanian khusus untuk penyertaan generasi belia, terdapat pelbagai masalah yang akan timbul iaitu tidak mendapat sambutan di kalangan generasi belia, projek tidak dapat bertahan lama dan kurang mendapat bantuan serta kerjasama daripada badan swasta. Oleh itu, program pembangunan pertanian lebih bersifat terbuka kepada penyertaan umum supaya program mendapat sambutan dan berjaya. Sukar untuk berjumpa dengan program pembangunan pertanian yang khusus melibatkan penyertaan oleh generasi belia sahaja. Sektor pertanian tidak boleh dinafikan dari segi kepentingannya kepada negara walaupun pada masa kini sektor perkilangan lebih besar sumbangannya kepada pertumbuhan keseluruhan ekonomi negara. Sektor pertanian tidak boleh diabaikan kerana ia mempunyai fungsi khas dan tidak boleh digantikan oleh mana-mana sektor lain secara mutlak. Fungsi utama dan khas sektor pertanian ialah membekalkan bahan makanan. Bekalan makanan negara tidak boleh dikeluarkan 80 oleh sektor perkilangan secara langsung. Sektor perkilangan macam mana pun perlu bergantung, kepada sektor pertanian yang membekalkan bahan mentah yang diperlukan untuk diproses menjadi bahan makanan, Oleh itu, sektor perkilangan berasaskan pertanian yang mengeluarkan bahan makanan siap adalah pengeluar bahan makanan secara tidak langsung. Ini menunjukkan betapa pentingnya sektor pertanian kepada sektor perkilangan dan sebaliknya. Integrasi kedua- dua sektor ini memberi faedah dan pembangunan yang kukuh kepada ekonomi negara. Oleh yang demikian, kedua-dua sektor perlu dibangunkan secara seiring dan jangan mengabaikan pembangunan salah satu daripadanya. Peratus sumbangan sektor pertanian kepada KDNK, gunatenaga dan eksport semakin menurun. Walau bagaimanapun, dari segi angka mutlak sumbangan sektor pertanian masih meningkat dari tahun ke tahun kecuali bilangan gunatenaga. Ini menunjukkan sektor pertanian masih belum mencapai tahap kecekapan optima. Oleh itu, sektor pertanian masih ada potensi untuk ditingkatkan prestasi pengeluaran, eksport dan rancangan pembangunan. 81

Anda mungkin juga menyukai