Anda di halaman 1dari 13

FALKUTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

PROGRAM SARJANA MUDA

ABPG1103
PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI

NAMA

MASPARDI BT MD DIAH

NO MATRIKULASI

122811001

NO. KAD PENGENALAN

RF 122811

NO. TELEFON

0138397208

E-MEL

adimah35@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT OUM TAWAU

PENSYARAH /TUTOR

GUSRIYANTI MARSUKI

1.Pengenalan
Psikologi ni sebenarnya berasal daripada perkataan psyche yang bermaksud jiwa manusia. Bila
ditambah dengan -logy maka jadilah dia satu bidang yang mengkaji tentang jiwa manusia. Sebab
tu lah bila bercakap tentang psikologi, kita asyik terbayang tentang gangguan mental dan sakit
jiwa walhal itu bukanlah 100% intipati tentang bidang ni. Kalau nak cerita sejarah dia emmang
agak panjang bermula dari tamadun Yunani lagi, zaman Plato dan Aristotle tu. Bila zaman
berubah, psikologi dah mula mengambil pendekatan perubahan badan manusia di peringkat
molekular digabungkan dengan ilmu pemikiran.
2.Pengertian Psikologi Menurut Beberapa Ahli
Ada banyak ahli yang mengemukakan pendapat tentang pengertian psikologi ,
diantaranya:

Pengertian Psikologi menurut Ensiklopedi Nasional Indonesia Jilid 13 (1990), Psikologi


adalah ilmu yang mempelajari perilaku manusia dan binatang baik yang boleh dilihat
secara langsung maupun yang tidak dapat dilihat secara langsung.

Pengertian Psikologi menurut Dakir (1993), psikologi membincangkan tingkah laku


manusia dalam hubungannya dengan persekitaran.

Pengertian Psikologi menurut Muhibbin Syah (2001), psikologi adalah ilmu pengetahuan
yang mempelajari tingkah laku terbuka dan tertutup pada manusia baik selaku individu
mahupun kumpulan, dalam hubungannya dengan persekitaran. Tingkah laku terbuka
adalah tingkah laku yang bersifat psikomotor yang meliputi perbuatan bercakap, duduk,
berjalan dan lain sebgainya, sedangkan tingkah laku tertutup meliputi berfikir,
berkeyakinan, berperasaan dan lain sebagainya.

Mengikut William (1960), psikologi ialah satu cabang kajian saintifik tentang
tingkahlaku dan aktiviti manusia. Whittaber (1970) dalam bukunya Introduction to
psychology menghuraikan psikologi sebagai sains tingkah laku.Fantino (1974) pula
menjelaskan psikologi sebagai penyelidikan saintifik terhadap mimpi, fantasi, ingatan,
pemikiran kebimbangan dan sensasi manusia.

Murphy (1975) mengatakan Psikologi sebagai ilmu yang mengkaji tindak yang diberi
oleh manusia terhadap rangsangan persekitaran. Kalish (1977) menyatakan psikologi
2

ialah sains yang digunakan untuk memaham, meramal dan mempengaruhi tingkah laku
manusia. Baron (1989) mengertikan psikologi ialah sains yang mengkaji tingkahlaku dan
proses-proses mental manusia.

Berdasarkan konsep psikologi yang dihuraikan di atas, adalah boleh dikatakan bahawa
psikologi pada mulanya diertikan sebagai pengajian roh atau minda manusia. Oleh kerana
pengertian psikologi adalah diberikan oleh ahli falsafah Yunani, misalnya Socrates ( 469-399
SM ), Plato ( 428-328 SM ) dan Aristotle ( 384-322 SM ), maka psikologi ketika itu adalah salah
satu ilmu di bawah ilmu falsafah.
Sebenarnya psikologi yang asal bukan sahaja berasaskan daripada falsafah tetapi juga
daripada keperluan fisiologi. Falsafah adalah berkaitan dengan pengajian kewujudan reality asasi
melalui pemikiran, manakala fisiologi, boleh dikesan daripada dialog dan tulisan ahli falsafah
dari Yunani Purbakala mengenai pemikiran fitrah manusia dan tingkah lakunya terhadap diri
sendiri dan persekitaran.
Persepsi dalam dunia psikologi kebanyakannya dimonopoli oleh teori-teori barat.
Menurut M.G Hussain dalam bukunya yang bertajuk Psychology and society in Islamic
Perspective, teori-teori moden ciptaan sarjana-sarjana barat ini lebih menitikberatkan kajian
social dan budaya manusia tanpa member perhatian pengaruh spiritual manusia.
Hassan Langgulung (1986) dalam tulisannya, Perspektif Baru Dalam Perkembangan
Psikologi Moden: Sumbangan Islam, menyatakan bahawa dalam Islam, jiwa itu sendiri merujuk
kepada empat istilah iaitu aql, nafs, roh dan qalb. Inilah perbezaan paling ketara antara psikologi
Barat dan Timur khususnya Islam iaitu kajian terhadap jiwa diutamakan sedangkan di barat,
kajian terhadap tingkah laku lebih diutamakan.
Dalam buku Sains Sosial dari Perspektif Islam, Wan Hashim (1986) menyatakan bahawa
teori-teori psikologi dari barat tidak sesuai digunakan untuk mengkai masyarakat Timut
khususnya Islam kerana berbeza dari beberapa sudut pandangan. Sebagai alternatifnya prinsip
Harmoni yang diasaskan oleh konfusionisme dan prinsip Tauhid dari sudut pandangan Islam
dijadikan sebagai pengimbang kepada psikologi yang diperkenalkan oleh barat.
3

Timbul persoalan tentang adakah benar Timur dan Barat lebih berbentuk persaingan,
konflik dan dan perang daripada saling mengerti, bersahabat dan kerjasama?
Memetik daripada tulisan hasil Northrop, The Meeting og East and West, Untuk
pertama kali dalam sejarah, bukan sahaja dalam soal peperangan tetapi juga dalam persoalan
menyangkut perdamaian, Timur dan Barat berada dalam satu pergerakan dunia. Ini sama dalam
watak orang Timur dan watak orang barat. Waktunya sudah tiba untuk kita harus saling mengerti
terhadap diri sendiri. Kita harus mula belajar bagaimana untuk menggabungkan nilai Timur dan
Barat bila kita ingin menghentikan tragedy yang kian hebat, kegetiran dan pertumpahan darah
Dapat diketahui bahawa pengertian psikologi merupakan ilmu tentang tingkah laku. Pada
hakikatnya tingkah laku manusia itu sangat luas, semua yang dialami dan dilakukan manusia
merupakan tingkah laku. Semenjak bangun tidur sampai tidur kembali manusia dipenuhi oleh
pelbagai tingkah laku. Dengan demikian objek ilmu psikologi sangat luas. Kerana luasnya objek
yang dipelajari psikologi, maka dalam perkembangannya ilmu psikologi dikumpulkan dalam
beberapa bidang, iaitu:

Psikologi Perkembangan , yaitu ilmu yang mempelajari tingkah laku yang terdapat pada
tiap-tiap tahap perkembangan manusia sepanjang rentang kehidupannya.

Psikologi Pendidikan , iaitu ilmu yang mempelajari tingkah laku manusia dalam situasi
pendidikan.

Psikologi Sosial , ilmu yang mempelajari tingkah laku manusia dalam berhubungan
dengan masyarakat sekitar.

Psikologi Industri , ilmu yang mempelajari tingkah laku yang muncul dalam dunia
industri dan organisasi.

Psikologi klinikal , ilmu yang mempelajari tingkah laku manusia yang sihat dan tidak
sihat, normal dan tidak normal, dilihat dari aspek psikisnya.

3.Kaedah-kaedah Penyelidikan
Dalam bidang psikologi, berbagai-bagai kaedah penyelidikan boleh digunakan bagi menyelidik
dan memahami jiwa serta tingkah laku manusia. Pada dasarnya, penyelidikan tersebut boleh
dijalankan sama ada dalam bentuk kaedah klinikal, pendekatan kuantitatif ataupun pendekatan
kualitatif.
Pendekatan kualitatif boleh dibahagikan kepada kaedah deskriptif, kaedah ethnografi,
kaedah kajian kes dan kaedah pemerhatian atau tinjauan.Sementara pendekatan kuantitatif pula
boleh dibahagikan kepada kaedah penilaian,kaedah eksperimen, kaedah ex post facto dan kaedah
perangkaan atau korelasi.Di antara kaedah-kaedah penyelidikan psikologi di atas, pendekatan
kualitatif dan kaedah klinikal adalah kaedah atau teknik yang lebih ditekankan dalam
penyelidikan psikologi.
3.1. Pendekatan Kualitatif
Menurut John McLeod ( 1999 : m/s 74 ), penyelidikan kualitatif kerapdidefinisikan
sebagai kajian yang tidak melibatkan pengukuran atau teknik statistic. Dr. Othman bin Lebar (
1999 ) pula mengatakan penyelidikan kualitatif merujuk kepada suatu pendekatan penyelidikan
yang memberi penekanan kepada deskriptif,induktif, grounded theory dan kajian ke atas
bagaimana manusia memberi maknakepada kehidupan mereka. Oleh itu, di antara beberapa
teknik dan kaedah untuk menjalankan pendekatankualitatif dalam penyelidikan psikologi ialah
seperti kaedah deskriptif, kaedah ethnografi,kaedah kajian kes dan kaedah pemerhatian atau
tinjauan.
3.1.1. Kaedah Deskriptif
Menurut

Dr. Othman bin Lebar ( 1999 ), matlamat penyelidikan deskriptif ialahuntuk

menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Slavin, R.E. ( 1997 : m/s 14-15 )
seterusnya memberi contoh penyelidikan dalam psikologi pendidikan seperti berikut. Katakan
kamu berminat dalam mengkaji sikap pelajar terhadap membekalkan perkhidmatan kesihatan
kepada pendatang-pendatang baru ataupun sikap guru-guru sekolah terhadap pelbagai jenis
kecacatan ataupun kaedah pengredan yang digunakan di sekolah . Tujuan kajian kamu
adalahuntuk menerangkan apa yang manusia buat atau bagaimana pelajar-pelajar berfikir
5

mengenai isu-isu tertentu di dalam kelas atau sekolah. Kaedah kajian sebegini dipanggil kaedah
kajian deskriptif.
3.1.2. Kaedah Ethnografi
Menurut

Dr. Othman bin Lebar ( 1999 ), penyelidikan berbentuk kaedah ethnografi

dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data termasuk pemerhatianpenyertaan, pengumpulan dokumen, soal selidik, temubual dan teknik lain. Pada asasnya, kajian
ethnografi berdasarkan andaian yang manusia membuat inferens melampaui apa yang boleh
dilihat secara eksplisit atau pengucapan mereka.Kajian tertumpu kepada apa yang didengar dan
dilihat kepada membuat interpretasi tentang apa sebenarnya dimaksudkan oleh individu atau
kumpulan yang dikaji.
3.1.3. Kaedah Kajian Kes
Menurut Dr. Othman bin Lebar ( 1999 ), kaedah kajian kes merupakan satu pendekatan yang
menggunakan pelbagai alat atau teknik untuk mengumpul data seperti temubual, pemerhatian
dan analisis dokumen. Pendekatan ini juga memberi tumpuan kepada mengkaji fenomena semasa
dalam konteks kehidupan yang sebenar.
3.1.4. Kaedah Pemerhatian
Menurut Tang Chee Yee ( 1993 ), terdapat dua jenis kaedah pemerhatian dalam penyelidikan
psikologi iaitu kaedah pemerhatian naturalistik dan kaedah pemerhatian sistematik.

3.2. Kaedah Klinikal


Kaedah klinikal merupakan kaedah atau teknik penyelidikan yang biasanyadigunakan untuk
mengkaji dan membuat hipotesis. Kajian banyak dilakukan di dalammakmal. Dalam kajian ini,
pesakit atau sampel kajian diminta pergi ke bilik khas. Kaedahini sangat popular di kalangan
doktor perubatan, ahli-ahli psikiatris dan ahli-ahlikaunselor. Adakala kajian ini juga melibatkan
kaedah eksperimen.Menurut

Mohd. Salleh Lebar ( 1994 : m/s 9 ), kaedah klinikal lazimnya digunakan untuk mengkaji
dan membuat hipotesis tingkah laku orang yang dikaji. Tingkah laku tersebut akan dikaji pula
dengan menggunakan kaedah eksperimen.Tingkah laku yang dimaksudkan ialah seperti pesakit
di wad, pelajar yang bermasalah, kanak-kanak hiperaktif dan sebagainya. Dalam kajian ini,
subjek akan diminta pergi kebilik yang dikhaskan untuk dikaji oleh pakar psikiatri atau
kaunselor. Dalam pertemuantersebut, pengkaji akan mengenal pasti masalah dan cuba
mengatasinya. Setakat ini,pengetahuan kajian tentang motivasi atau teori-teori yang berkaitan
dengan emosi dan personaliti dalam bidang psikologi adalah sumbangan daripada kaedah
klinikal. Kelebihan kaedah ini ialah ia dapat mengumpul maklumat lengkap tentang tingkah
lakudan boleh memberi idea-idea yang terbaru serta kajian ini juga dijalankan secara intensif.
Siti Hawa Munji dan Marof Redzuan ( 1990 : m/s 25 ) pula mengatakan, kaedah klinikal
membolehkan penyelidik mengkaji asal usul pesakit yang biasanya terdiri daripada pesakit otak,
penagih dadah, kanak-kanak yang terlalu agresif dan pesakitdi wad psikiatri. Pesakit dipisahkan
daripada alam sekitar sehariannya yang natural dan dibawa ke suatu keadaan buatan seperti wad
khas untuk didiagnos oleh seorang ahlipsikiatri atau kaunselor.
Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1987 : m/s 8-9 ) pula menyatakan bahawa kaedah klinikal
yang digunakan oleh ahli psikologi dalam penyelidikan sering digunakan juga untuk membuat
hipotesis tentang tingkah laku yang kemudiannya akan dikaji dengan menggunakan kaedah
eksperimen. Maka dengan itu, terdapat dua keistimewaan kaedah klinikal iaitu yang pertama
ialah kaedah ini dapat mengumpulkan pengetahuan tentang tingkah laku dengan banyak; dan
yang kedua ialah kaedah ini dapat memberikan idea-idea baru agar dapat diuji seterusnya dengan
kaedah eksperimen yang lebih tepat dan tajam.

4. Temubual.
4.1. Subjek 1 :
Bidang psikologi perlu untuk dikuasai perkara yang asas kerana ia bergantung dengan keperluan
pekerjaan seharian. Mengambil contoh pendidikan, seorang guru harus mahir bidang psikologi
kanak-kanak. Ini kerana mahir dalam bidang psikologi kanak-kanak amat membantu dalam
merencana pengajaran dan pemilihan teknik mengajar yang sesuai. Sekiranya guru tidak mahir
dalam bidang psikologi kanak-kanak, bagaimana dia akan menyusun atur teknik pengajaran yang
bersesuaian dengan keperluan pelajar tersebut.
4.2. Subjek 2 :
Bidang psikologi merupakan satu bidang yang perlu diketahui oleh semua individu kerana
psikologi merupakan satu ilmu mengkaji tingkah laku manusia sama ada baik atau buruk. Kita
berdepan dengan manusia yang pelbagai ragam dalam pelbagai situasi. Mendepani keadaan
sebegini memerlukan kita mengetahui perkara asas dalam tingkah laku dan psikologi. Ini kerana
pelbagai situasi itu akan menjurus kita memilih tindakan yang sesuai dan lojik bersesuaian
dengan kehendak persekitaran.
4.3. Subjek 3:
Keperluan untuk mentafsir personality seseorang sama ada dari segi emosi, buah fikiran, tingkah
laku dan kecenderungan. Jika dari segi sudut keperluan pendidikan, psikologi asas amat
diperlukan berhubung dengan keperluan pendidikan pelajar. Guru berperanan selaku pendorong
kepada pelajar untuk mahir di dalam satu-satu bidang yang diminatinya. Ini kerana guru
merupakan individu yang hampir kepada pelajar selepas ibu bapa. Justeru pelajar pastinya akan
merujuk terus kepada guru berhubung sesuatu perkara bersifat akademiik dan professional.
4.4. Subjek 4:
Sekolah diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu
pengetahuan dan berakhlak mulia. Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid
dengan penuh dedikasi akan menjadi role model murid untuk membentuk personality mereka
yang positif
8

Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan
membentuk cirri-ciri personality yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang kondusif serta ada
peluang penglibatan secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum pula mempengaruhi perkembangan
personality yang positif.
4.5. Subjek 5:
Sesungguhnya pembentukan tingkah laku dan perkembangan personality seseorang bermula
dalam keluarga. Keadaan rumah yang harmonis dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang
erat dan mesra akan menggalakkan perkembangan personality yang positif. Sebaliknya suasana
rumah yang tegang atau kucar kacir akan menggalakkan perkembangan personality yang
negative. Justeru sebagai ibu bapa harus menyemai dan menanam Susana kasih sayang agar
dapat membentuk anak-anak yang mempunyai asas psikologi yang sihat.

Kesimpulan
Di samping itu juga, pendekatan-pendekatan psikologi-psikologi Asia didasarkan pada
perspektif ke atas diri sendiri dan keperluan-keperluan lain yang dituntut oleh sejagat. Ini amat
berbeza sekali dengan psikologi-psikologi Barat yang lebih bersandar pada ketaksuban
tingkahlaku individu yang akhirnya akan membentuk satu budaya.
Setiap pemerolehan dapatan-dapatan kajian oleh Gardner dan Louis Murphy (1968) dari
kitab-kitab suci Asia, memberikan

satu konsep psikologi yang berwawasan baik dan

berpadangan jauuh tentang bagaimana jiwa bekerja, suatu teori keperibadian mutlak dan
motivasi. Walau bagaimanapun kedua-dua ahli psikologi ini berpendapat teori-teori psikologi
Timur itu terhasil dari reaksi terhadap kehidupan yang dilihat sengaia penuh penderitaan dan
kekecewaan. Dengan cara itu setiap individu yang membentuk masyarakat dapat mengawal dan
mewujudkan satu disiplin kepada kemampuan menangani masalah sejagat dengan keperibadian
yang kukuh. Mereka menyimpulkan bahawa kecenderungan psikologis Timur dan Barat yang
berbeza boleh dipadukan dengan sangat harmonis dan hebat.
Selain itu Alan Watts dalam Psychoteraphy East and West (1961) mengakui bahawa
apa yang disebutnya cara-cara pembebasan Timur adalah mirip kepada psikoterapi Barat,
iaitu kedua-dua teori tersebut bertujuan untuk mengubah pandangan-pandangan individu ke atas
dirinya sendiri serta hubungan dengan masyarakat dan dunia. Mengikut pandangan beliau
sebahagian besar terapi-terapi Barat menangani orang-orang yang mengalami gangguan
dalaman, manakala disiplin-disiplin Timur pula menangani bagaimana individu yang waras
boleh memilih penyesuaian social yang baik.
Psikologis yang berada dalam mazhab klasik psikologi berpendapat bahawa setiap
manusia dilahir secara semula jadi. Terdapat suatu tenaga bagi menggerakkanya. Pergerakan itu
adalah dengan tujuan memenuhi kekurangan yang ada pada diri individu itu sendiri sama ada
dalam bentuk fisiologikal dan psikologikal yang saling berkait. Salah seorang ahli psikologi yang
juga boleh dikategorikan sebagai klasik psikologis iaitu Alfred Adler telah memperkenalkan
teori Psikologi individu yang merupakan satu teori secara subjektifnya menerangkan tingkah
laku manusia. Psikologi Individu memandang individu sebagai satu entiti yang subjektif dilihat

10

secara holistik Ini hermakna segala tingkah laku manusia dapat difahami dengan memerihalkan
fenomena yang subjektif dalam diri seseorang.
Dengan itu, individu yang menjurus ke suatu aktiviti atau tingkah laku disebabkan oleh
tarikan di mana tanpa kesedarannya Keadaan ini wujud secara semula jadi dan ia berlaku
mengikut kehidupan semula jadi (law o.lnature). Psikologi lndividu amat memberi penekanan
terhadap kesedaran yang berperanan penting dalam 'pusat kendiri' individu iaitu individu
dikatakan sedar terhadap matlamatnya yang telah dicipta dalam aktiviti mentalnya.
Perubahan dunia yang sangat pesat membuat persaingan hidup semakin meningkat.
Kunci keberhasilan hidup adalah konsep kendiri yang positif. Konsep diri memainkan peranan
yang sangat besar dalam menentukan keberhasilan hidup seseorang, kerana konsep diri dapat
dianalogikan sebagai suatu operating system.ibarat sebuah computer tidak akan berfungsi dengan
baik seandaianya system operasinya juga baik, demikian juga halnya dengan manusia.

Rujukan
Crow and crow (1980), Psikologi Untuk Perguruan. Dewan bahasa dan Pustaka, KL.
Dakir. 1993. Dasar-Dasar Psikologi . Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
11

Hasan Langgulung, (1986). Manusia dan Pendidikan, Jakarta : Penerbit Pustaka AlHusna
John McLeod, (1999).

Melaksanakan Penyelidikan Kaunseling, diterjemahkan olehIssham

Ismail dan Wan Mahzom Ahmad Shah, Skudai : Universiti TeknologiMalaysia.


Mohd. Salleh Lebar, (1994).

Asas Psikologi Perkembangan , Kuala Lumpur :

UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohmood Nazar Mohamed, (1992). Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
dan Tingkah Laku Manusia , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka
Mook Soon sang (2004), Psychology and Pedagogy,Penerbitan MultiMedia SDN BHD, Puchong
Selangor.
Muhibbinsyah. 2001. Psikologi Pendidikan dengan Pendekatan Baru . Bandung: PT. Remaja
Rosdakarya.
Sharifah Alwiah Alsagoff, ( 1987). Psikologi Pendidikan 1, Petaling Jaya : PenerbitLongman
Malaysia Sdn. Bhd.,
Siti Hawa Munji dan Marof Redzuan, (1990). Pengantar Psikologi , Petaling Jaya :Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Slavin, R.E. , (1997). Educational Psychology , Boston : Allyn & Bacon
www.lookpdf.net
www.wikipedia.org
www.scribd.com
www.eprints.utm.com
www.prostar.com
www.personaliti.wordpress.com

12

www.zainatulfirdaus.blogspot

13

Anda mungkin juga menyukai