Anda di halaman 1dari 21

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

DAN TIMUR

Falsafah Pendidikan Islam


-Ibnu Rushd
-Al-Ghazali
-Ibn Khaldun
-Al-Farabi
FALSAFAH
 Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai
pemikiran atau pandangan yang benar,
rasional dan bernas. Pemikiran atau
pandangan ini dihasilkan daripada usaha
kajian ahli falsafah dengan cara saintifik,
sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah
mencari dan membukti kebenaran dan
memberi arah tujuan atau pedoman untuk
perkara-perkara yang penting dalam
kehidupan.
CABANG-CABANG FALSAFAH
KONSEP FALSAFAH
 Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir
daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), yang telah diumumkan secara rasmi
pada tahun 1988.

 Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang


dinyatakan berikut akan menentukan arah
haluan, asas dan sumber aspirasi kepada
semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan.
 “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.“
 Matlamat
 Matlamat Pendidikan Negara bertujuan
melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan
memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
 Percaya dan patuh kepada Tuhan
 Berilmu pengetahuan
 Berakhlak mulia
 Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama
dan negara
 Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
 Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang
kaum
 Selain daripada perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan
 seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses
pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat
pendidikannya, iaitu :
 Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh
memenuhi kewajibannya sebagai seorang
warganegara
 Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta
cekap supaya membolehkannya berupaya
melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap
kemajuan dan pembangunan
 Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan
menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan
cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
 Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan
cinta kepada Negara
 Melahirkan rakyat yang memahami serta
mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan
bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat
berbilang kaum
 Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum
dengan membekalkan kemudahan-kemudahan
asas pendidikan kepada golongan yang kurang
berada.
TUTORIAL
 Huraikan kepentingan kefahaman tentang
konsep falsafah dan falsafah pendidikan
dalam latihan perguruan.

Anda mungkin juga menyukai