Anda di halaman 1dari 3

Rasional Lukisan

Rasional Lukisan
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
subjek PSV 3107, Encik Adnan kerana beliau telah memberi peluang kepada saya untuk
melukis satu catan yang besaiz 2 kaki darat 3 kaki. Ini merupakan kali pertama saya
melukis catan yang begitu besar. Bagi saya, peluang ini memang satu cabaran yang agak
besar dan susah. Namun begitu, dengan bantuan beliau dan nasihat rakan-rakan, saya
telah berjaya menyempurnakan catan ini dengan penggunaan acrylic dalam tempoh masa
yang ditetapkan.
Dalam proses memilih contoh lukisan dari sumber internet, saya telah menghadapi
masalah. Masalah yang saya hadapi ialah saya tidak tahu hendak memilih lukisan bertema
pemandangan atau tema lain. Saya telah melayari banyak lukisan pemandangan tetapi
saya rasa saya tidak dapat melukis lukisan ini secantik dengan contoh gambar yang saya
cari. Jadi, saya telah memilih lukisan yang saya lukis ini yang bertema Love / Cinta.
Contoh lukisan ini merupakan dua orang yang menikmati pemandangan (sunset) yang
begitu cantik di atas kapal. Saya telah memberi lukisan / catan saya bertajuk Memory /
Kenangan. Sebab saya memberi lukisan saya bertajuk seperti yang dikatakan ini kerana
saya rasa keadaan ini akan menjadi satu kenangan yang amat manis dan bahagia jika
berlaku atas kehidupan saya. Jadi, saya rasa tajuk ini sangat sesuai dengan lukisan / catan
ini.
Alatan yang saya gunakan untuk melukis Memory ini adalah canvas, bingkai,
pensel dan berus yang pelbagai saiznya. Manakala bahan yang saya gunakan adalah
contoh lukisan yang saya cari dan juga acrylic yang berbagai-bagai warna. Warna acrylic
yang saya gunakan ialah warna putih, warna hitam, warna biru, warna merah, warna ungu,

Rasional Lukisan

warna kuning, warna coklat, warna orange dan juga warna merah jambu. Walaupun
kebanyakan warna ini merupaka warna panas, tetapi penggunaan warna sejuk lebih
banyak jika berbanding dengan warna panas. Penggunaan warna ini menjadikan lukisan ini
lebih harmoni.
Sebab yang memilih lukisan ini bukan sahaja saya rasa lukisan ini lebih mudah
untuk melukis dan lebih mudah bagi saya untuk menyempurnakan projek yang begitu
susah ini. Selain itu, sebab yang memilih lukisan ini ialah kerana saya suka akan warna
yang digunakan. Walaupun kedua-dua orang ini dalam lukisan ini adalah warna hitam,
tetapi sunset yang terdapat dalam lukisan ini memberi satu perasaan yang harmoni dan
amat tenang kerana ia tidak banyak menggunakan warna panas. Warna sunset yang
digunakan lebih kepada warna sejuk seperti warna ungu, warna biru, warna biru tua dan
sebagainya. Bagi luatan dalam lukisan ini juga banyak menggunkan warna sejuk. Ini telah
memberi saya perasaan yang amat tenang. Ini telah membantu saya apabila melukis di
atas canvas. Ini kerana perasaan yang diberi amat tenang, pada masa yang saya melukis,
saya tidak berasa tertekan dan juga berasa tenang dalam proses menyiapkan lukisan ini.
Kali pertama saya melihat gambar ini, saya telah dapat saya perasaan yang amat berbeza
berbandingan dengan lukisan yang lain. Perasaan yang diberi amat selesa. Jadi, saya
telah memilih lukisan ini.
Dalam masa satu bulan, saya telah berjaya menyempurnakan lukisan ini. Saya amat
bersyukur kerana dengan bantuan dan nasihat pensyarah, saya telah dapat menyiapkan ini
dengan amat lancar. Saya amat gembira kerana ini merupakan saya cabaran yang besar
kepada saya tetapi saya dapat menjaya menyelesaikan masalah ini dengan begitu lancar.
Banyak pengalaman yang saya timba sewaktu menyempurnakan tugasan ini. Saya amat

Rasional Lukisan

berbesar hati kerana banyak pengalaman yang agak berharga dan tidak mungkin dapat
diperleh daripada buku telah saya dapat melalui tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai