Anda di halaman 1dari 17

MSL 3113 PENGAJARAN SENI TAHAP 2

SESI PENGAJIAN : SEMESTER 5 (AMBILAN 2012 ) MAJOR/MINOR : BI/PEND.SENI


PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KOD : MSL 3113
KURSUS : IJAZAH SARJANA MUDA
NAMA PELAJAR :
NO KAD
PENGENALAN :
NO MATRIK : NO. TEL

MOHD FUAD BIN ABU HASAN

831201-02-5675

PPG 23422/12

014-2931186
TUGASAN :
TUGASAN INDIVIDU/TAJUK TUGASAN
SOALAN 1 : HASILKAN ENAM BUAH KARYA SENI
SOALAN 3 : KARYA AGUNG ZAMAN SEJARAH
SOALAN 4 : KEHEBATAN KARYA SENI
NAMA PENSYARAH : En Mohammad Chat mciptb07@gmail.com
Soalan 1

Media kering merupakan bahan/media yang digunakan untuk melukis atau
menambahkan seri dan kecantikan sesebuah lukisan itu. Antara bahan dalam media kering
ialah pensel, arang, pensel warna, pen atau dakwat, soft pastel, oil pastel, krayon, marker pen,
kapur tulis, grafik pen dan pensel grafit. Dalam tugasan ini, saya menggunakan kertas lukisan
bersaiz A3 sebagai bahan. Saya menggunakan teknik sketching atau lakaran dengan
mengaplikasikan pelbagai jenis pensel yang mempunyai ketebalan saiz yang berbeza iaitu jenis
2B, 4B, 6B dan 8B. kepelbagaian pensel menghasilkan ketebalan garisan yang berbeza dan
ianya juga memudahkan saya untuk menunjukkan tona warna yang berbeza. Sebuah lukisan
lagi, saya gunakan pensel untuk membuat lakaran dan kemudian mewarnakannya dengan
pensel warna.
Sebelum memulakan lukisan, saya mengumpul idea dengan membuat carian imej alam
semula jadi. Setiap lukisan yang dilukis saya mulakan dengan membuat garisan asas secara
melintang dan menegak. Tujuannya supaya lukisan tersebut lebih seimbang. Setelah siap
melukis saya menggunakan pensel staedtler Mars Lumograph 100 yang mempunyai ketebalan
mata yang berbeza bagi menunjukkan tona warna. Saya juga menggunakan tema yang
memaparkan tentang haiwan dan alam sekitar kerana iannya memaparkan mood yang harmoni
dan tenang. Saya tidak menggunakan sebarang jenis bahan warna untuk lukisan rumah dalam
pokok dan lukisan pokok kerana mahu iannya dalam bentuk sketching. Ini lebih mudah
kerana saya hanya bermain dengan pensel untuk menunjukkan tona warna supaya lukisan
tersebut tampak lebih hidup. Tempoh melukis kesemua lukisan yang menggunakan medium
kering mengambil masa selama empat hari.



Hasil seni saya yang seterusnya menggunakan media basah. Media basah merupakan
media atau warna yang bersifat basah atau berminyak. Apa yg dimaksudkan di sini ialah media
basah biasanya media atau warna yang memerlukan pelukis mencampurkan warna tersebut
dengan bahan lain seperti air atau minyak untuk mencairkan warna tersebut. Teknik ini juga
disebut sebagai catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan
bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis
berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan
kepada kandungan dan penyampaian gambar.
Antara alat yang saya gunakan ialah berus pelbagai saiz dan pallete. Sementara bahan
pula, saya gunakan cat poster (buncho), cat acrylic dan kertas lukisan bersaiz A3. Saya sekali
lagi menggunakan tema alam sekitar sebagai idea asas saya dalam menghasilkan lukisan ini.
Saya menggunakan teknik basah atas kering dan kering atas kering. Teknik basah atas kering
lebih kepada memberikan warna latar pada lukisan tersebut manakala kering atas kering
digunakan untuk menampakkan ton warna dan menjadikan lukisan itu tampak hidup.

Langkah pertama ialah dengan melakar garisan lurus menegak dan melintang sebagai
paksi kepada lukisan tersebut. Seterusnya proses melukis lukisan asas dilakukan. Saya
memilih untuk menggambarkan sebuah rumah yang berada ditepi laut sebagai idea utama
saya. Setelah siap melakar, proses seterusnya ialah mewarna. Saya menggunakan cat poster
sebagai warna latar. Saya memilih warna yang sama dengan situasi sebenar dan hanya
menambah cat putih bagi menampakkan kesan ton warna. setelah siap, saya gunakan cat
acrylic kerana cat jenis ini lebih cepat kering dan berkilat. Ianya digunakan bagi menampakkan
kesan ton warna pada lukisan. Saya gunakan cat ini bagi menunjukkan kesan pada permukaan
batu, rumput dan juga awan.


Karya seni menggunakan aplikasi paint sememangnya mencabar kerana saya tidak
biasa menggunakan aplikasi ini untuk menghasilkan lukisan. Ia lebih senang sekiranya
digunakan bersama grafik pen. Saya cuba untuk menghasilkan lukisan ini walaupun tanpa
menggunakan grafik pen. Kelebihan yang terdapat dalam aplikasi paint ialah kemudahan tools
yang pelbagai yang memudahkan penghasilan lukisan.

Langkah pertama yang dilakukan ialah melakar gambar latar iaitu gambar bukit dan
garisan yang menggambarkan petak-petak sawah. Seterusnya saya masukkan warna yang
sesuai dengannya.


Seterusnya saya menggunakan tool (shape) bagi menghasilkan awan. Gambaran biasa seperti
burung dan matahari terbit ditambah bagi memenuhkan ruangan kosong. Warna biru muda
mengambarkan suasana langit. Lukisan ini mengambil masa hanya 1 jam.

Untuk tugasan elektronik yang terakhir saya menggunakan Photoshop CS5. Aplikasi ini
membolehkan kita mengubahsuai gambar dengan teknik tampalan. Adobe Photoshop adalah
satu aplikasi pengeditan grafik yang popular kerana memiliki banyak ciri-ciri canggih.
Photoshop juga merupakan perisian imej yang digunakan untuk menyunting. Photoshop boleh
membuat apa-apa kesan atau gaya yang diperlukan dalam lukisan atau lukisan atau susun atur.
Tools yang terdapat dalam aplikasi ini sangat memudahkan proses mengubah gambar.

Langkah pertama yang saya lakukan ialah menetapkan latarbelakang. Saya
menggunakan lakaran pokok yang saya hasilkan sendiri sebagai latarbelakang tugasan.
Seterusnya saya membuat carian imej menggunakan google untuk mencari gambar-gambar
burung. Setelah itu gambar tersebut dimuatturun dan diedit dengan menggunakan crop tool .
Gambar yang telah dipotong akan disusun pada gambar latar. Kemudian saya menggunakan
blending option bagi mengubah dan menambahbaik gambar yang telah di potong. Proses ini
mengambil masa selama lebih kurang dua jam.







Soalan 3









Maklumat Asas Lukisan
1. Nama lukisan : Rakit Medusa ( The Raft of The Medusa )
2. Nama Pelukis : Jean Louis Andr Thodore Gricault
3. Tahun dihasilkan :1818 1819
4. Tempat dihasilkan :The Louvre , Paris ,Perancis
5. Dimensi karya : 491 cm x 716 cm
6. Media utama karya : Cat minyak di atas latar kanvas
7. Genre karya : Lukisan sejarah / Seni Marin
8. Aliran : Romantisme


Jean Louis Andr Thodore Gricault
Biodata
Jean Louis Andr Thodore Gricault dilahirkan di Rouen, Perancis pada 26 September 1791
merupakan seorang tokoh seni yang berpengaruh dan seorang pendukung romantisisme.
Beliau mendapat pelajaran di Lyce Louis-le-Grand, Paris dan belajar sekelas bersama
Delacroix, salah seorang lagi tokoh seni Perancis. Gricault pada awalnya menghasilkan karya
seni pahat atau arca. Pada tahun 1819, beliau menunjukkan karya yang terakhir daripada
ketiga-tiga karya beliau iaitu "The Raft of the Medusa".

"The Raft of the Medusa".
Karyanya yang bertajuk Raft Of The Medusa yang dihasilkan pada tahun 1818-1819
dihasilkan berdasarkan kejadian sebenar. Dalam kegairahannya menghasilkan lukisan ini,
beliau meluangkan masa berminggu-minggu untuk mengkaji tentang kematian dan mayat.
Karya ini menjadi sebuah karya yang kontroversi kerana The Raft Of The Medusa merupakan
karya seni yang berbaur politik dan ianya membangkitkan kemarahan kerajaan Perancis di
bawah pemimpin autokratik, Napoleon. Beliau kemudiannya membawa lukisan itu ke England
yang mana menjadikan lukisan itu sebuah karya yang agung.
Raft Of The Medusa berukuran 491 cm x 716 cm menggambarkan teantang sebuah
kapal yang pecah dan anak kapalnya cuba menyelamatkan diri menggunakan cebisan badan
kapal yang diikat dengan layar menggambarkan betapa hebatnya beliau sebagai seorang
pengkarya. Iannya bukan sebuah lukisan abstrak kerana ianya mempunyai mesej yang jelas
sehingga lukisan ini menimbulkan kontreversi. Tambahan pula ianya dilukis berdasarkan
pengalaman benar tentang 15 anak kapal Medusa yang hanyut di tengah lautan, selepas kapal
itu tenggelam di kawasan perairan Mauritania. Dengan hanya 15 orang 150 anak kapal yang
berjaya diselamatkan. Mereka membuat rakit dari saki-baki kayu kapal itu dan terapung-apung
di laut selama13 hari.

kritikan/appresiasi Seni Visual.

Menggambarkan(deskripsi)
Raft Of The Medusa adalah karya imaginasi Gricault yang mana beliau
menggambarkannya daripada kisah benar. Adalah mustahil beliau mampu melukis suasana
sebenar kerana beliau tentunya tidak berada ditempat kejadian. Secara padangan kasar,
lukisan ini mempamerkan peristiwa trajik dan sengsara yang berlatarkan lautan dengan ombak
ganas yang sedia untuk membaham rakit dan penghuninya. Di dalam lukisan ini terdapat figura-
figura manusia yang bercampur aduk diantara lelaki dan perempuan di atas ruangan rakit yang
sangat sempit dan padat. Terdapat juga kelompok manusia yang berbeza kaum. Ini
digambarkan melalui warna kulit figura manusia yang terdapat dalam lukisan tersebut. Mungkin
juga lelaki berkulit hitam dalam lukisan Gricault merupakan golongan hamba. Ada diantara
mereka yang kelihatan tidak bernyawa. Sebahagian daripada mereka mengangkat tangan atau
melambai seolah olah ingin diselamatkan. Gambaran salah seorang daripada mereka yang
kelihatan seperti putus asa sambil meriba figura manusia yang mungkin seorang kawan atau
ahli keluarga yang sudah mati. Sugul, sedih, ketakutan, menyayat hati, cemas dan berharap
adalah antara perkataan yang menggambarkan suasana dalam lukisan tersebut.
Rakit ini pula bersaiz sederhana besar danberbentuk segi empat tepat serta kelihatan
kurang kukuh. Di samping itu juga , lukisan ini turut memaparkan keadaan kain layar yang
kelihatan agak lusuh tetapi masih berfungsi dan berkembang ditiup angin lautan .Terdapat
sebidang kain layar lagi tetapi sudah tidak berfungsi dan dijadikan tempat berlindung figura di
dalamnya . Dalam lukisan tersebut kelihatan dua utas tali bersaiz sederhana besar yang diikat
tegang pada tiang layar merentasi bahagian depan dan belakang rakit kayu ini . Dalam lukisan
ini objek rakit dan figura-figura membentuk komposisi diagonal atau berpenjuru untuk
menekankan kesan gerak. Unsur gelap-terang dibuat sangat berbeza untuk menggambarkan
perasaan. Bagi mencapai kesan yang realism yang begitu kuat, Gricault melakukan rujukan
terhadap mayat-mayat di bilik mayat. Dalam menggambarkan manusia telanjang, Gricault
mendapat pengaruh dari karya Michelangelo. Aliran Romantisan yang diketengahkan
mempengaruhi gambaran lukisan tersebut di mana secara keseluruhannya mengambarkan
peristiwa yang berlaku ketika itu. Dalam menterjemahkan maksud lukisan itu, Gricault
membawa mesej yang tertumpu kepada perasaan sedih. Aliran Romantisan merupakan aliran
seni yang berusaha membangkitkan perasaan romantik dan kecintaan. Gricault menggunakan
unsur sedih untuk mempamerkan emosi dan perasaan kecintaan melalui gambaran kematian
dan kenangan.
Figura manusia yang di lukis jelas menunjukkan mereka dari golongan bawahan. Ini
dinilai daripada pakaian yang dilukis. Figura hanya berpakaian biasa dan ada diantara mereka
yang berbogel. Terdapat figura seorang lelaki berkulit gelap yang berdiri di atas tong yang
diperbuat daripada kayu sambil melambai kain berwarna merah dan anggapan yang boleh
dibuat ialah mungkin dia sedang meminta pertolongan. Kelihatan seorang lagi lelaki berkulit
cerah yang separa berdiri sambil melabai kain berwarna putih mungkin menyokong anggapan
bahawa mereka sedang melambai kearah sesuatu dengan harapan mendapat pertolongan.
Selain daripada itu, terdapat sekelompok lagi figura manusia yang berada dibawah layar dan
salah seorangnya menunjukkan tangan dan sedang memperkatakan sesuatu. Jelas sebahagian
daripada mereka seolah-olah berharap untuk diselamatkan. Seorang lagi lelaki yang berkulit
gelap yang figuranya agak kurang jelas, sedang duduk dibawah tiang layar dan berdasarkan
ekspresinya, dia sedang dalam ketakutan. Gambaran figura yang telah mati dan ada diantara
merekan yang berbogel, tertiarap, terlentang dan salah satu figura menunjukkan tubuhnya
berada separuh di dalam air, menggambarkan suasana yang penuh menyayat hati. Jelas,
Gricault cuba memberi gambaran betapa kejamnya pemerintah yang hanya membiarkan
rakyat bawahan mati tanpa diselamatkan. Mungkin ini yang menimbulkan kemarahan
pemerintah Perancis ketika itu.

Menganalisa (analisis)
Unsur seni merupakan elemen asas dan penting dalam menghasilkan sesebuah lukisan.
Antara unsur seni yang ditekankan oleh Gricault dalam Raft Of The Medusa ialah :

1. Warna
Unsur warna adalah asas terpenting dalam lukisan ini. Sebagaimana yang telah dinyatakan,
aliran Romantisme banyak menggunakan warna-warna yang kusam, gelap, kelam bagi
menambahkan nilai-nilai tragis sesuatu karya.Dalam karya ini Gheodore banyak menggunakan
warna-warna hitam, kelabu,coklat, merah, putih, hijau, jingga keperangan dan sedikit kebiru-
biruan.Warna hitam jelas digunakan di dua sudut fokus lukisan iaitu di bahagian tengah lukisan
atau tengah rakit dan bahagian langit. Warna hitam juga disiplikasi sedikit untuk objek rakit dan
kulit manusia. Lukisan ombak pula diwarnakan dengan dua ton warna iaitu kehijauan (sebelah
kiri), dan kekelabuan pada ombak sebelah kanan lukisan. Bahagian langit pula mempunyai
kombinasi warna kelabu, kejinggaan dan putih. Warna coklat samada coklat tua atau coklat
muda banyak digunakan pada bahagian rakit ,tong kayu, badan figura, layar dan pakaian.
Objek-objek berkenaan telah diwarna dengan teknik campuran warna tertentu untuk
mendapatkan impak warna yang dikehendaki. Kelihatan jelas bahagian hadapan lukisan
terutamanya pada tubuh-tubuh badan figura kelihatan agak keputihan atau sedikit cerah. Ini
menunjukkan arah cahaya adalah daripada bahagian hadapan lukisan. Bahagian belakang
lukisan pula di warna dengan warna gelap atau bebayang gelap yang menunjukkan
kedudukannya yang jauh. Jalinan yang terdapat dalam lukisan ini ialah jalinan tampak kerana
ianya tidak dapat disentuh dan hanya dapat dilihat.

2. Ruang
Ruang merupakan kawasan yang kosong dikelilingi oleh sesuatu objek. Susunan objek-
objek menimbulkan perbezaan jarak dan kedudukan. Ruang merupakan kawasan yang kosong
dikelilingi oleh sesuatu objek. Susunan objek-objek menimbulkan perbezaan jarak dan
kedudukan. Ruang mampu dibentuk melalui warna, garisan dan juga bentuk. Contoh paling
ketara dalam lukisan The Raft of the Medusa ini adalah ruang hadapan rakit dan belakang
rakit. Ia menampakkan semakin kebelakang objek antara ruang tersebut maka akan semakin
kurang jelas dan kecil bentuk figura. Ini jelas dipaparkan melalui wajah figura apabila figura
yang berada di hadapan,wajahnya jelas kelihatan tetapi figura di belakang wajahnya semakin
kurang jelas dan kelam. Begitu juga dengan pergerakan ombak. Ombak di bahagian depan rakit
lebih jelas geloranya berbanding ombak dibahagian belakang.

3. Garisan
Garisan juga memainkan peranan penting dalam lukisan ini. Terdapat beberapa unsur
garisan yang boleh dianalisa dalam lukisan ini. Antaranya ialah garisan tebal seperti yang
terlihat pada celahan kayu, tong kayu dan pada tali layar. Selan itu terdapat garisan halus pada
figura manusia dan juga pada pakaian. Garisan beralun juga memainkan peranan penting yang
menjadikan rambut, awan dan ombak tampak menarik.

4. Unsur bentuk
Bentuk terhasil daripada gabungan unsur garisan yang dilukis dalam The Raft of the
Medusa. Dalam lukisan ini, unsur bentuk terhasil daripada gabungan garisan dan seterusnya
menghasilkan keluasan, ketinggian dan permukaan. Bentuk yang terdapat dalam lukisan ini
adalah bentuk konkrit dan abstrak. Bentuk konkrit disini bermaksud lukisan ini mempunyai sifat
tiga dimensi. Terdapat pelbagai bentuk yang boleh dilihat didalam gambar ini. Bentuk yang
boleh dilihat ialah bentuk rakit kayu, figura-figura manusia, layar yang berkembang, tong
kayu,buih-buih ombak. Bentuk abstrak yang kelihatan didalam lukisan ialah keadaan awan atau
langit. Bentuk rakit terhasil daripada garisan tegak,melintang, dan tebal. Bentuk figura manusia
terhasil daripada garisan tebal,nipis, beralun dan bertitik-titik. Tong kayu pula terhasil daripada
garis tebal,garis lengkung, garisan nipis dan garisan bertitik-titik. Manakala kain layar pula
terhasil daripada garisan menegak, garisan tebal, garisan halus, garisanlintang dan putus-
putus.

Prinsip rekaan.
Prinsip rekaan yang terdapat dalam karya Gricault ini ialah imbangan, irama dan
penegasan.

Imbagan
Imbangan yang terdapat dalam The Raft of the Medusa ialah imbangan tidak simetri.
Imbangan simetri ialah unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri
yang menimbulkan kesan seimbang. Ini dapat dilihat pada figura manusia yang terdapat dalam
karya tersebut yang lebih berat kearah kanan. Ilutrasi disebelah kiri lukisan dipenuhi oleh imej
layar yang menampakkan perbezaan imbangan.

Irama dan pergerakkan
Fungsi irama dan pergerakkan dalam lukisan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan
relistik terhadap sesuatu gabungan. Pergerakkan dapat dilihat dalam kesan ombak, angina,
layar, awan dan kain yang dilukis dalam karya tersebut. Selain itu, irama yang dapat dilihat
dalam lukisan ini juga menjadikannya lebih menarik. Keadaaan rakit yang separa melintang dan
figura yang berada pada aras yang tinggi dan rendah jelas menunjukkan fungsi irama dalam
karya ini.

Penegasan
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil
dalam sesuatu gubahan. Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan
mengelakkan kebosanan. Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang
kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan. Elemen penegasan apabila mata
memandang pada karya The Raft of The Medusa ini adalah kepada dua fokus utama figura
yang terdapat dalam lukisan ini . Pertama adalah tumpuan kepada bentuk figura yang sedang
menongkat dagu dengan wajah yang sedih dan sugul di hadapan figura tanpa pakaian yang
sudah menjadi mayat. Penekanan warna yang digunakan oleh pelukis pula ialah pada warna
langit dan ombak yang dicat dengan warna hitam , coklat , perang muda ,kelabu dan rona putih
untuk menaikkan mood kesensaraan karya ini . dan batang pokok kelapa yang berwarna coklat.
Selain itu, penekanan warna juga dapat dilihat pada pakaian yang mendapat sedikit sentuhan
warna merah yang agak terang yang munkin sengaja digunakan untuk mewujudkan warna
kontra daripada warna-warna utama karya . Manakala, penekanan saiz dapat di lihat apabila
pelukis melukiskan saiz besar pada rakit dan layar rakit, saiz kecil pada objek lain seperti
pakaian , tong kayu dan buibh-buih ombak .







Penilaian (evaluasi)
Secara keseluruhannya, karya seni Jean Louis Andr Thodore Gricault, (The Raft of
The Medusa) ini merupakan sebuah karya seni bersejarah yang hebat. Tidak dapat dinafikan
bahawa setiap lukisan yang dihasilkan pada akhirnya mempunyai pesanan yang hendak
disampaikan. Pesanan atau mesej itulah pada pandangan saya menjadikannya satu karya
agung yang hebat. Lukisan yang pada awalnya penuh dengan kontroversi dan kali pertamanya
di pamerkan pada tahun 1819 ini menyatakan tentang kezaliman pemerintah kepada rakyat.
Karya ini dilukis berdasarkan kejadian sebenar yang pernah berlaku pada zaman pemerintahan
autokratik Napoleon . Ia berkisarkan tentang pengalaman 15 orang anak kapal Medusa yang
hanyut di tengah laut , selepas kapal itu tenggelam di kawasanperairan Mauritania. Dalam
kejadian tragik itu , hanya 15 orang daripada 150 anak kapal yang berjaya diselamatkan . Ianya
menjadi satu tragedi negara . Selain itu ,berdasarkan sejarah , didapati semasa kapal Medusa
karam , pegawai-pegawai yang mengemudi kapal telah mengambil bot-bot kecemasan dan
menyelamatkan orang-orang kenamaan dan berpangkat manakala golongan bawahan hanya
diberi cebisan-cebisan kayu kapal Medusa untuk menyelamatkan diri sendiri . Masa silam
tentang kezaliman pemerintah dapat dilihat melalui karya seni ini. Sejarahnya terlukis dalam
sebuah lukisan yang kemudiannya menjadi cerita kepada masyarakat pada masa kini.
Penyokong kerajaan menghentam hasil karya Gericault dengan kritikan-kritikan yang dasyat
kerana ia berbeza dengan karya-karya lukisan daripada pengkarya lain yang rata-ratanya
berunsurkan mengampu pemerintah dengan hasil karya yang bertemakan kemewahan ,
kekuasaan ,kebijaksanaan , kehebatan dan kegagahan pemerintahan Napoleon . Selain
daripada itu, karya ini menterjemahkan tentang bagaimana kesengsaraan yang dihadapi oleh
rakyat bawahan. Figura manusia yang tidak berpakaian dan lemah mewakili seluruh rakyat
bawahan yang sentiasa ditindas. Lukisan ini juga merupakan sebuah karya seni yang indah
melalui sentuhan unsur-unsur seni yang menjadikannya sebuah karya agung.









Soalan 4
Seni adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Ia
memenuhi keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor
keagamaan, kebudayaan, ruang dan masa. Berdasarkan kamus dewan, seni bermaksud halus,
iaitu kecil, elok, tipis dan halus. Visual atau tampak secara terminologinya bermaksud boleh
dilihat dan disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah
catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Jesteru itu, tidak dapat dinafikan
bahawa seni visua banyak membantu kita dalam mengenali budaya, falsafah dan tamadun
manusia. Karya-karya seni terdahulu melalui pengkarya agung banyak memberikan kita nilai
budaya yang tinggi. Penterjemahan nilai budaya melalui karya seni ini memberi sumbagan
besar kepada kita dalam mengenali budaya itu sendiri. Seni itu indah, tanpa seni tiadalah
budaya dan tanpa budaya hilanglah warisan. Kata-kata tersebut mengambarkan bertapa
pentingnya seni kepada kita dalam mengenali budaya kita sendiri. Nilai budaya sesebuah
masyarakat itu juga memperlihatkan keseniannya yang tersendiri.

Kehebatan seni visual timur dari aspek budaya.
Seni visual timur banyak memberi pengaruh dan kesan dalam budaya serta kehidupan
masyarakat khasnya di Malaysia. Tokoh seni seperti Sulaiman Esa (1941), contohnya melalui
karya Manusia dan Alamnya merupakan karya komentar sosial yang pertama seumpamanya
dihasilkan di Malaysia yang pada 1972.

Sulaiman Esa
Manusia dan Alamnya
Media Campuran
(1972 1973)
Ia merupakan tindak balas artis terhadap dunianya. Ia merupakan sebuah pengkajian
antropologi manusia yang pelbagai dimensi, yang mempunyai pelbagai sifat, juga merupakan
manusia yang terdiri daripada fizikal dan spiritual. Disamping itu ia boleh menjadi sebuah kajian
akademik, sosial, seksual dan intelektual. Sedar atau tidak Kongres Kebudayaan Kebangsaan
yang diadakan pada tahun 1971 yang merupakan kongres seni budaya yang terpenting dimana
kerajaan, masyarakat dan ahli fikir dipersoalkan mengapakah seni yang berlaku pada waktu itu
tidak memberi apa-apa kesan kepada identiti, budaya dan jati diri tetapi cenderung berkiblat
kepada barat yang bersifat tiruan. Beliau baru menyedari bahawa beliau sebenarnya
menceritakan tentang dirinya sendiri yang mempunyai dua karekter, iaitu yang mempunyai ciri-
ciri fizikal barat dan spiritual Melayu Islam. Jesteru itu, fakta bahawa kehebatan seni visual
membawa pengaruh dalam budaya tidak dapat dinafikan lagi seperti mana iannya terkandung
dalam Manusia dan Alamnya karya Sulaiman Esa.
( sumber dari : faizalsidik.blogspot.com/.../sulaiman-esa-1941 )

Kehebatan seni Visual timur dari aspek sosiologi.
Seni turut memainkan peranan penting kepada pembangunan sosial sesebuah
masyrakat. Sosiologi adalah kajian manusia dan masyrakat serta interaksi antara manusia
dalam konteks masyarakat. Dalam erti kata lain, ia merupakan kajian individu atau sekumpulan
manusia terhadap sesuatu perubahan atau tindakan. Antara peranan seni visual dalam
kehidupan individu atau masyarakat dari perspektif sosiologi adalah sebagai panduan hidup.
Sejak dahulu hingga zaman moden, gambar berfungsi sebagai petunjuk untuk melakukan
sesuatu aktiviti. Orang dahulu melukis pengalaman daripada pengembaraan dan pemburuan
pada dinding gua sebagai iktibar untuk hidup. Zaman sekarang pula, banyak yang
menggunakan gambar untuk menjelaskan sesuatu situasi dan subjek secara ringkas. Selain itu
seni visual juga berperanan sebagai sumber rekreasi. Seni visual atau tampak merupakan
suatu aktiviti seperti hobi untuk melepaskan tekanan. Banyak yang menggunakannya untuk
mencipta sesuatu semata-mata untuk kepuasan diri. Dari sudut komersil atau ekonomi, seni
visual telah dijadikan sebagai suatu produk yang berharga seperti majalah, catan, arca dan
sebagainya. Ia boleh menjadi suatu sumber pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam
bidang ini. Kehebatan seni visual timur juga membangkitkan semangat nasionalisme. seni
visual menjadi alat untuk menggambarkan semangat patriotik terhadap negara sendiri. Ia juga
membangkitkan semangant untuk mencintai persekitaran negara dengan meletakkan poster di
merata-rata tempat. Pada zaman penjajahan, seni visual menjadi alat propaganda. Ianya
menjadi alat sebaran sesuatu idea. Maklumat dan mesej dapat dijalankan dengan mudah jika
poster, risalah dan papan tanda sebelum adanya laman web dan teknologi yang lebih canggih.
Di Indonesia contohnya, terdapat banyak seni tampak yang menggambarkan kesusahan dan
kesedihan yang dilalui semasa zaman penjajahan. Seni visual aliran romantisme, melalui
pengkaryanya Raden Saleh, banyak menghasilkan lukisan dizaman kolonial iaitu semasa
pemerintahan belanda.

Karya seni Raden Saleh
Gambaran kesedihan dizaman kolonial. (husnisri.wordpress.com)

Kehebatan seni Visual timur dari aspek psikologi.
Psikologi boleh didefinisikan sebagai ilmu kejiwaan dan berasal dari dua gabungan
perkataan Greek iaitu Psiko dan Logi. Menurut kamus oxford, psikologi merupakan sains atau
kajian terhadap minda dan bagaimana ia berfungsi dan menjalankan tugas. Ianya juga
bermaksud kajian terhadap tabiat minda manusia dan haiwan. Seni sangat memainkan peranan
penting dalam perkembangan psikologi manusia. Unsur-unsur seni yang terdapat di dalam
sesebuah karya seni visual mampu memberi kesan terhadap perkembangan psikologi. Warna
contohnya, dapat menimbulkan rasa tenang, damai dan tenteram. Karya hebat dari Aris Aziz
melalui lukisan-lukisan pemandangan sawah padi, kampung, air sungai mengalir tenang,
gunung dan bukit menghijau sungguh mendamaikan. Ini adalah antara kehebatan seni visual
pengkarya timur yang memberi sumbangan kepada pembangunan psikologi masyarakat.

Karya Aris Aziz
( pemandangan desa )
Jika kita lihat dari sudut pendidikan, kesan sevi visual ke atas psikologi dan
perkembangan minda kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti seharian mereka yang berkaitan
perkembangan tahap kreativiti mereka. Kanak-kanak biasanya sangat suka meconteng dinding,
lantai atau di mana-mana sahaja. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah proses kreativiti dan
penyuburan diri serta emosi kanak-kanak. Kecenderungan melakukan perbuatan tersebut
samalah seperti kecenderungan untuk menangis atau ketawa bagi menggambarkan perasaan
hati mereka. Proses perkembangan psikologi manusia terus berlaku dan seni visual juga antara
penyumbang kepada proses ini.

Kehebatan seni Visual timur dari aspek rohani.
Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat
intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan
dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik.
Seni kaligrafi adalah satu contoh yang menerangkan tentang kehebatan seni visual timur dan
kesannya kepada rohani. Seni khat yang mempunyai mesej keagamaan, memberi santapan
rohani kepada masyarakat. Terdapat ramai tokoh-tokoh seni kaligrafi dari timur tengah. Ibnu
Muqlah contohnya, seorang wazir (menteri) pada zaman khalifah Abbasiyah merupakan
seorang kaligrafi yang hebat. Beliau dikenali dengan kemahiran menulis kaligrafi yang hebat
sehinggakan digelar Imam Al-khaththathin ( bapa para kaligrafer ). Kepandaian dan
pengetahuannya tentang geometri (ilmu ukur) membawa kemajuan penting satu satunya
dibidang kaligrafi arab. Keberhasilan Ibnu Muqlah adalah mengangkat khat gaya Naskhi yang
menjadi gaya yang paling terkenal.

khat gaya Naskhi
Seni khat ini banyak memberi sumbangan kepada pembangunan rohani dan jiwa islam. Mesej
ketuhanan yang mengajak manusia mengingati Allah dan Islam jelas ditampilkan dalam seni
khat. Konsep kesenian menurut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep
tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang
benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu,
seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari
daripada batas-batas syariat. Terdapat juga karya seni dari medium lain yang menjurus kearah
kerohanian. Lukisan keindahan alam yang mempamerkan kehebatan Allah yang maha esa
dalam kejadian alam menjadi salah satu penyumbang buat golongan pemikir dan secara tidak
lansungnya menjadi santapan rohani kepada mereka. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa
seni visual dalam konteks islam mempunyai kehebatan dalam pengisian kerohanian.

Penutup
Jelaslah bahawa seni visual khasnya dari timur memberi banyak sumbangan yang hebat
dalam setiap aspek pembangunan manusia. Pengkarya-pengkarya seni timur berperanan
dalam membentuk dan menyampaikan mesej dalam konteks dan sudut pandang tersendiri.
Tidak dapat dinafikan bahawa seni visual memainankan peranan penting dari aspek budaya,
sosialogi, psikologi, rohani bahkan banyak lagi dari sudut pandang yang lain. Dalam erti kata
yang mudah, seni banyak membantu pembangunan manusia seperti mana kata-kata Pointon,
1994; Tansey dan Kleiner, 1996 Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak
mengetahui peristiwa masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika
sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual
pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya
seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang
menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang
Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada
memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga
melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas
sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu
perubahan

Anda mungkin juga menyukai