Anda di halaman 1dari 9

Sumber primer

Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier dan contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding. Sumber primer adalah bahan yang menjadi dasar bagi penelitian lain. Sumber ini biasanya merupakan penyajian formal pertama dari hasil penelitian dalam literatur tercetak atau elektronik (misalnya: publikasi pertama dari hasil penelitian ilmiah adalah suatu sumber primer) Sumber ini menyajikan informasi dalam bentuk asli, tidak di-interpretasi mahupun diringkas atau dievaluasi oleh penulis lain. Sumber ini merupakan sumber dari waktu bersangkutan (misalnya: sesuatu yang ditulis pada waktu yang dekat dengan waktu kejadian mungkin sekali menrupakan sumber primer). Sumber primer menyajikan pemikiran bernas, melaporkan penemuan, atau pelbagai informasi baru

Ciri-ciri sumber primer Penemuan baru


Pengetahuan baru Interpretasi baru Maklumat sukar dikesan Kedudukan maklumat berselerak Maklumat jarang diterbitkan

Beberapa contoh sumber primer:


Perjanjian Surat menyurat Fail syarikat Diari Lukisan asal Manuskrip Temuramah Tesis Paten Kertas kerja

Penyelidikan Buku catatan harian Otobiografi Wawancara, survai dan penelitian lapangan Surat dan korespondensi Pidato Artikel surat kabar (bisa juga sumber sekunder) Terbitan penerintah Foto dan karya seni

Sumber sekunder
Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari. Sumber sekunder tidak begitu mudah didefinisikan dibandingkan sumber primer. Sesetengah orang mendefinisikan sumber sekunder sebagai sumber tersier. Begitu pula tidak selalu mudah untuk menbedahkan sumber primer dari sumber sekunder. Suatu artikel surat kabar adalah sumber primer jika artikel itu melaporkan peristiwa-peristiwa tetapi sumber sekunder ialah artikel itu menganalisis dan mengomentari peristiwa tersebut. Di bidang sains, sumber sekunder adalah sumber yang mempermudahkan proses penemuan dan penilaian literatur primer. Sumber sekunder biasanya ialah karya yang mengemas ulang, menata kembali, menginterpretasi ulang, merangkum, mengindeks atau dengan cara lain "menambah nilai" pada inforrnasi baru yang dilaporkan dalam literatur primer. Beberapa definisi sumber sekunder yang lain ialah: Mendeskripsikan, menginterpretasi, menganalisis dan mengevaluasi sumber primer Memberi komentar (mengulas) dan membahas bukti-bukti dari sumber primer Merupakan karya yang berjarak satu atau lebih langkah dari peristiwa atau informasi yang menjadi acuannya, sebab ditulis selepas kejadian, dan selepas banyak hal terangkap dan biasa dipelajari.

Ciri-ciri sumber primer


Bukan penemuan baru. Menyusun sumber primer supaya lebih bersistem. Merupakan komen dan penilaian terhadap penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara. Dokumen ini wujud dalam pelbagai format.

Contoh sumber primer



Jurnal Prosiding Buku panduan Indeks Ulasan Bibliografi Karya biografi Kamus dan ensiklopedi Disertasi dan tesis Buku pegangan dan kompilasi data Sejarah Monograf Artikel surat kabar dan majalah populer Artikel berisi tinjauan dan tinjauan literature Buku teks Treatise, karya kritik dan interpretasi

Sumber tertier
Dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.Sumber Tertiar dihasilkan bagi membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder dalam proses mengakses kembali maklumat. Sumber tertiari dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder.

Contoh sumber tertiar


Abstrak Atlas Bibliografi Direktori Kamus Katalog Glosari Gazetir Almanak dan buku kumpulan fakta Daftar kronologi Buku panduan, manual, dsb. Buku pegangan dan kompilasi data (bisa juga sekunder)

Contoh sumber primer, sekunder & tertier Disiplin Ilmu Kesenian I Sumber primer Karya seni orisinil Sumber sekunder Artikel yang memberi penilaian terhadap karya seni Derwent Patents Index Sumber tertier Art Index

Engineering

Paten

Pedoman menggunakan literatur tentang paten APAIS

Sejarah

Buku catatan harian Buku tentang seorang penjelajah eksplorasi (penjelajahan) Sajak Catatan yang dibuat oleh seorang psikolog klinis Artikel dalam jurnal berisi laporan tentang penelitian terhadap koral

Kesusasteraan Psikologi

Ulasan tentang jenis MLA puisi tertentu Monograf tentang Kamus psikologi kondisi atau gejala psikologis 1.Biological Abstracts 2.Review tentang penelitian koral mutakhir Biological Abstracts

Sains

Teater

Pita rakaman dari Biografi seorang suatu pementasan penulis drama

Tinjauan kronologi sandiwara

KAMUS Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan seperti definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata, tatabahasa, penggunaan, dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad. Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama ataaau dalam bahasa yang lain. Bahan yang menerangkan tentang perkataan-perkataan, sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan tersebut dalam ayat, imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan. Contoh-contoh Kamus ialah Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus InggerisMelayu Dewan, Kamus Arab dan sebagainya. Kamus terdiri daripada beberapa jenis, antaranya adalah : a. Kamus umum ialah kamus biasa yang mengandungi maklumat seperti : - Makna sesuatu perkataan - Cara menggunakan perkataan - Ejaan yang betul b. Kamus Terjemahan Kamus jenis ini hanya memberi makna sesuatu perkataan dalam satu bahasa ke bahasa yang lain. c. Kamus Perkara Khas ( Kamus khusus ) Kamus ini memberi maklumat yang terperinci mengenai sesuatu perkataan dalam sesuatu bidang tertentu. Tujuan menggunakan kamus adalah : a. Untuk mencari makna atau definisi perkataan . b. Untuk mengetahui asal-usul perkataan. c. Untuk mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut. d. Untuk mengetahui jenis perkataan. e. Untuk menunjukkan cara menggunakan perkataan. f. Untuk mengetahui ejaan yang betul.

GLOSARI
Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan. Merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahan.Halaman glosari diakhiran buku mengandungi penerangan maksud perkataan yang penulis anggapkan baru kepada pembaca atau perkataan yang mempnyai makna yang tertentu di dalam bku yang ditulis oleh pengarang. Terdapat dua jenis glosari iaitu: o Glosari yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagi buku bukan fiksyen. o Buku Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataan-perkataan tertentu dalam bidang-bidang tertentu. Tujuan menggunakan glosari o Glosari memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatu perkataan atau istilah yang kurang jelas. o Ia juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembaca dapat memahami isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepada kamus.

ENSIKLOPEDIA
Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luas tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusun mengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa atau fakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir. Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan. Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definisi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi. Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikel penyelidikan, bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir, tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa. Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat rujukan lanjut. Contoh-contoh Ensiklopedia ialah Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology. Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu : Ensiklopedia umum Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am tentang perkara atau bidang tertentu. Ensiklopedia Khusus Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan. Tujuan menggunakan ensiklopedia adalah : Untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu perkara atau topik dengan merujuk ensiklopedia umum. Untuk mendapatan maklumat mendalam tentang sesuatu perkara atau topik dengan merujuk ensiklopedia khusus.

BIBLIOGRAFI
Atma Singh. (1987). Katalog mengkatalog untuk perpustakaan sekolah. (2nd.. Ed. ). Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti. Azman Larut et al (2005) Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional. Faridah Abdul Manaf, & T. Subahan. (1994). Strategi pusat sumber dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti. Irma Indayu Omar (2005). Panduan mengurus perpustakaan. Kuala Lumpur : PTS Profesional. Jamaiah bt Hj Osman, & Yusop Khan b Loth Khan. (1995). Panduan Pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah. Kuala Lumpur: Danalis Distributors Sdn Bhd . Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor. (1997) Pengajaran dan Pembelajaran Pusat Sumber Sekolah. Selangor: PSPN. Shaifol Bahary Sulaiman (2002). Sains Perpustakaan Untuk Institusi Perguruan. Shah Alam: Federal Publication Sdn., Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz Dan Kamarudin Husin (1995) Pusat Sumber Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Swee Hiang, Poh, Mohkhtar Afandi Amran dan Tajuddin Hassan (1995) Pengurusan Sumber pengajaran pembelajaran 1 : Sumber Perpustakaan.. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Anda mungkin juga menyukai