Anda di halaman 1dari 11

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTITUT PERGURUAN KAMPUS RAJA MELEWAR KARUNG BERKUNCI NO.

43, 70990 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PSV 3103
IMAGINASI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK
KAJIAN LUKISAN KANAK-KANAK VIKTOR LOWENFELD

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER 2

NAMA PELAJAR NO.KAD PENGENALAN UNIT AMBILAN NAMA PENSYARAH

: : : : :

NASURAH BINTI MAZLAN 840611-01-5968 PENDIDIKAN SENI VISUAL FEBRUARI 2012 PUAN NORAINI BINTI MOHD

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Viktor Lowenfeld

Viktor Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak- kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi enam peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent0art. PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK VIKTOR LOWENFELD Peringkat Scribbling Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak (2-4 Tahun)- Contengan dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh,
2

Peringkat Schematic (7-9 Tahun)

kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi. Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) Kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)

Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)

KAJIAN DAN ANALISA LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT PERKEMBANGAN TEORI LOWENFELD

Muhamad Fakrul Amin b Mohd Daud (2 tahun 9 bulan) 1)Peringkat Scribbling Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. Adik Fakrul ini merupakan kanak-kanak yang mampu berdikari sendiri apabila beliau bermain. Beliau tidak banyak bercakap tetapi mampu membawa diri di sekeliling persekitarannya. Apabila diminta melukis beliau mengambil warna pensil dan terus membuat lukisan. Hasil lukisan di atas memberi maksud kepadanya adalah seekor ikan, ini kerana sewaktu lukisan ini dijalankan dia melihat kakak-kakaknya sedang melukis gambar ikan di dalam laut. Di sini dapat dilihat bahawa kanak-kanakmempunyai
4

imaginasi untuk menghasilkan lukisan dan pembentukan imej bergantungkepada peringkat perkembangan usia kanak-kanak. 2)Peringkat Pre-Schematic

Fatin Syahfinas Binti Safarizan ( 6 Tahun) Melukisbentuk-bentuk yang terdapat di persekitarannya. Persekitaran

memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya seperti objek awan, matahari, pokok dan sebagainya. Imej yang digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan representasi tampak. Objek yang dilukis di mana-mana sahaja pada ruang lukis. Di peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yangdihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objekpertama (imej pokok). Ruang ini dinamakan ruang badan. Kanak-kanak yang tinggal dikampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikapmereka pada seni dan persekitaran.
5

Adik Fatin merupakan kanak-kanak yang sangatpetah bercakap. Beliau menghasilkan lukisan ini dan menjadikan pengalamannya untukmenghasilkan lukisan di atas, ini kerana beliau cuba untuk melukis persekitaran rumahnya.

Melalui

lukisannya

di

atas

beliau

sedang

mencuba

dan

menghasilkanpemandangan mengikut imaginasi yang terlintas olehnya walaupun imej yang terhasiladalah tidak logik bagi orang dewasa. Menurut teori Victor Lowenfeld tanda-tanda contengan mula hilang dan bentukbentuk yang dihasilkan adalah rumah, pokok,matahari, kereta. Imej yang pertama dihasilkan adalah adalah rumah kerana ianya adalah objek yang menjadi tempat tinggal ianya sekeluarga. Perhatikan objek-objekyang dilukis beliau memang terdapat dalam pelbagai saiz. 3)Peringkat Schematic

Puteri Nurul Umayrah (8 tahun lebih) Melukis gambar manusia dan objek-objek yangmenarik perhatian mereka. Lukisan adik Umayrah ini banyak menggunakan bentukgeometri seperti bujur, empat segi, dan tiga segi.
6

Lukisannya banyak bersifat hiasan(dekoratif).Adik Umayrah merupakan kanakkanak yang aktif dan petah bercakap. Lukisan adik inimenggambarkan keadaan pemandangan rumahnya ini kerana rumahnya baru siap diubahsuai secara tidak langsung beliau menjadi teruja untuk menggambarkanrumahnya di dalam bentuk lukisan. Beliau banyak menggunakan alat pembaris bagi menghasilkan bentuk geometri empat segi seperti bentuk rumah dan juga pasu bunga. Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan ini amat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hampir memenuhi ruang kertas lukisan. Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 79 tahun ini jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Umayrah terus mengambil pensel dan melakar lukisan serta mewarnakannya. Caranya memegang pensel dan mewarnakan lukisan ini begitu jelas bagaikan minda beliau telah menetapkan apa yang perlu dilukistanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir.

4)Peringkat Dawning Realism / The Gang Age

Nur Ain Fatihah Binti Mohd Daud (11 tahun) Kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka.Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sama jantina. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepadakesedaran
7

tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Menggunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek seperti hijau untuk pokok, biru untuk awan dansebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek dalamlukisan mereka. Garisan yang digunakan oleh adik Fatihah bagi menghasilkan lukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis di dalam garisan tersebut. Penggunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Adik Fatihah ini menggunakan pemandangan pantai kerana kampungnya berdekatan dengan pantai lalu melalui imaginasinya beliau melukis pemandangan sebuah keluargayang sedang berkelah di tepi pantai sambil memberi ikan-ikan makan.

5)Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning

Nur Farizirah bt Mohd Saleh (12 tahun) Kanak-kanak lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan.
8

Peringkat ini peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal. Lukisannya diolah lebih natural dan mula memahami konsep ruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat. Adik ini merupkan seorang yang sangat aktif di sekolah mempunyai stamina yang cergas. Adik Farizirah turut menghasilkan lukisan yang bertema persekitaran alam semula jadi. Dalam lukisan adik ini beliau membahagikan ruang-ruang tertentu seperti sawah padi, dan gunung yang menampakkan harmoni bagi pemandangan di kampung. gemar kepada pemandangan alam semulajadi kerana beliau juga telah membesar di persekitaran yang sedemikian.

Ruang objek dibuat mengikut saiz dan jarak. Di sini dapat dilihat adik ini begitu

6)Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School

Siew Wong (14 tahun) Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedariperanannya dalam masyarakat. Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambanganmenjadi lebih matang. Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya.
9

Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni. Adik Wong ini merupakan pelajar pintar dan gemar kepada subek pendidikan seni disekolah. Beliau telah menghasilkan sebuah catan yang menarik bertemakanpemandangan alam dengan pengalaman dan kemahiran yang beliau ada. Warna yangdigunakan memberi keharmonian kepada catan ini. Selain itu, imej yang dihasilkancukup realistik dan mempunyai kematangan di dalam membuat keputusan danpemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Bahan yang dipilih untuk mewarna adalah warna air. Pemilihan warna yang cuba diterapkan adalah warna-warnayang harmoni dengan alam semulajadi.Konsep perspektif yang begitu jelas diperlihatkan melalui susunan air dan angsa putihyang sedang bermain dengan anak-anaknya berada di ruang hadapan diikuti olehrumah dan dibelakang sekali kelihatan hutan gunung. Begitu juga konsep ruang,kerharmonian juga kesatuan, penegasan, jalinan dan diadaptasikan melalui catan ini. Adik Wong ini menghasilkan karya ini kerana beliau amat gemar dengan keindahanpemandangan alam semula jadi.

KESIMPULAN Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan dari pelbagai peringkat umur, jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Di mana

persekitaranyang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif.Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembangmengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahapperkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya tanpa disedari.Dari faktor inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan
10

pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak sertakemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.

11

Anda mungkin juga menyukai