Anda di halaman 1dari 9

Kanak-kanak mengikut teori Victor Lowenfeld dan Herbert Read.

Teori Perkembangan Artistik oleh Victor Lowenfeld a) Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

b) Victor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas),fleksibel (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi), keaslian (mencari idea baru dan asli), kepekaan (penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu, dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod). Victor Lowenfeld dalam bukunya Teori Perkembangan Kanak-kanak menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa.Victor Lowenfeld mengkaji beribu-ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak Mengikut Teori Victor Lowenfeld Victor Lowenfeld telah membuat kajian beribu-ribu lukisan kanak-kanak dan telah menentukan tahap-tahap perkembangan artistik mereka. Enam tahap-tahap ini adalah seperti berikut:

PERINGKAT SCRIBBLING (2-4 TAHUN)

PERINGKAT PRE-SCHEMATIC (4-7 TAHUN)

PERINGKAT SCHEMATIC (7-9 TAHUN)

PERINGKAT DAWNING REALISM/ THE GANG AGE (9-12 TAHUN)

PERINGKAT PSEUDO-NATURALISTIC/ REASONING (12-14 TAHUN)

PERINGKAT PERIOD IF DECISION/ ADOLESCENT ART IN HIGH SCHOOL (14-17 TAHUN)

Rajah 1 : Tahap-tahap perkembangan artistik kanak-kanak Mengikut Victor Lowenfeld

Pengenalan Teori Victor Lowenfeld Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanakkanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun. Peringkat perkembangan artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.

Peringkat Scribbling (2-4 tahun) Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot moto tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

Peringkat Pre-schematic ( 4-7 Tahun ) Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.Contoh :Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun ) Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan

karya mereka sendiri dan tidak kisah denganlukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.

Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun ) Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning ( 12-14 tahun ) Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School ( 14-17 tahun )

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya senidan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak Menurut Herbert Read Minat Read terhadap seni kanak-kanak merupakan tugasan sampingan pertamanya semasa membuat penafsiran mengenai kepentingan avant-garde.

Avant-garde: (a) Kamus oxford hasil kerja yang berkualiti tinggi, idea yang progresif.

(b) Wikipedia - orang dan hasil kerja yang bersifat inovatif dan eksperimental, biasanya tertumpu kepada seni, kebudayaan dan politik.

Subjek seni kanak-kanak pada asalnya merupakan perkara yang kurang penting; hujah mengenai intisari pra-logikal dalam kreativiti avant-garde boleh disokong dengan rujukan kepada hak milik nyata dalam seni purba dan gambaran kanak-kanak.

Pengalaman sedia ada memberi perhatian istimewa yang tepat pada masanya kepada nilai kebudayaan, dan lebih serius dalam menguruskan teori kreativiti kanakkanak sangat berpadanan dengan semangat perjuangannya terhadap avant-garde. Seni kanak-kanak adalah kuasa tarikan kepada sesuatu falsafah. Tugasan yang sangat mencabar dalam pendidikan adalah untuk mencegah kanakkanak daripada kehilangan jalan masuk kepada zaman purba, alam yang asing dan pengalaman terhadap sesuatu budaya yang mana mereka mampu untuk memperlihatkannya dalam perlambangan. Read berpendapat bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (biasa ) dengan yang sebenar. Beliau kemudiannya menyedari suatu kualiti tetap yang memberangsangkan dalam seni kanak-kanak mempunyai perkaitan dengan kestabilan komuniti, dan beliau juga menemuinya dengan lengkap pada catan dan arca avant-garde dewasa. Seni kanak-kanak telah dipandang sebagai sesuatu keburukan persepsi asas kanakkanak terhadap realiti dunia sekelilingnya, di mana Read mengambilkira tujuan avantgarde yang sangat penting.

Mengumpul contoh-contoh gambar warna dan menjelaskan bagaimana warna mempengaruhi murid. Konsep Warna Warna adalah tindak balas cahaya ke atas permukaan atau objek di dalam sekeliling. Tuhan telah menjadikan alam ini dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sesuai mengikut situasi tertentu. 3 roda adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara satu sama lain. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier. Istilah-istilah ini merujuk kumpulan atau jenis warna.

Gambar 1 : Roda Warna

Jenis-jenis Warna

Gambar 2 : Warna Asas (merah, biru dan kuning) Warna asas atau primer merupakan dasar sesebuah warna. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga. Mempunyai kuasa yang hebat. Digunakan dalam penghailan seni seperti poster, logo, bendera, lencana dan sebagainya.

Gambar 3 : Warna Sekunder

Juga dipanggil warna kedua. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau.

Gambar 4 : Warna Tertier Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna. Warna tertier terdiri daripada biru ungu, biru hijau, kuning jingga, kuning hijau, merah jingga dan merah ungu.

Warna Kroma Mencampurkan warna dengan penggenapnya. Menggambarkan kesan yang agak pudar yang sesuai untuk perasaan sunyi, sedih dan nostalgia dalam catan. Ada 3 peringkat iaitu cerah, sederhana dan pudar.

Suhu Warna

Gambar 5 : Suhu Warna (Panas) Warna yang mempunyai kesan yang tinggi. Warna yang berupaya memberi kesan terang dan garang. Contoh warna : Kuning, merah dan oren.

Gambar 6 : Suhu Warna (Sejuk) Warna yang mempunyai kesan cahaya yang rendah. Warna yang berupaya memberi kesan yang redup, tenang dan damai serta sejuk mata memandang. Contoh : biru, hijau dan ungu.

Peranan warna dalam kehidupan seharian Warna boleh mempengaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau garang atau terang. Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang. Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita. Warna memberi ketenangan dalam kehidupan kita. Warna boleh menceriakan suasana sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai