Anda di halaman 1dari 7

Deskripsi

Karya ini merupakan sebuah karya cetakan edisi ketiga


yang bertajuk United yang telah dihasilkan oleh saya
sendiri iaitu Muhammad Khairunnas pada tahun 2023
dengan menggunakan teknik cetakan lino (timbulan). Gaya
bagi karya ini adalah abstrak. Karya ini berkonsepkan flora,
fauna dan imaginasi. Terdapat tiga hal benda dalam karya
ini iaitu, ikan, bunga teratai dan daun teratai.
Analisis

Unsur Seni

1. Garisan

Terdapat banyak garisan pada karya cetakan ini contohnya


pada daun teratai yang mempunyai garisan menegak,
berpancar dan berulang. Seterusnya, pada badan dan ekor
ikan pula terdapat garisan melengkung,, menegak, beralun
dan berulang.

2. Warna

Warna yang digunakan adalah warna primer iaitu merah


dan sekunder iaitu hijau serta jingga. Warna merah dan
jingga digunakan pada bahagian badan dan ekor ikan
manakala warna hijau digunakan pada bahagian daun
teratai. Karya ini menggabungkan penggunaan warna sejuk
dan panas.

3. Rupa

Rupa yang terlibat adalah rupa organik dimana hanya


unsur-unsur semula jadi sahaja yang digunakan sebagai
hal benda iaitu ikan, bunga teratai dan daun teratai.

4. Bentuk
Bentuk yang terlibat adalah bentuk ilusi kerana karya
cetakan bersifat 2 dimensi yang hanya dapat dilihat sahaja.

5. Jalinan

Jalinan yang terlibat adalah jalinan tampak kerana ini


merupakan karya 2 dimensi dimana teksturnya hanya dapat
dilihat dan tidak boleh disentuh. Terdapat jalinan pada daun
teratai, badan dan ekor ikan.

6. Ruang

Ruang yang terlibat adalah ruang cetek kerana hal benda


utama difokuskan pada satu sudut.

Prinsip Rekaan

1. Harmoni

Harmoni wujud disebabkan oleh pengulangan unsur


garisan pada bahagian daun teratai, badan dan ekor ikan
serta penggunaan warna yang kontra dan tepat sekaligus
menimbulkan kesan aman dan damai.

2. Imbangan

Imbangan yang terlibat adalah imbangan tidak simetri


kerana apabila satu garisan lurus dibuat ditengah-tengah
karya, dapat dilihat bahawa komposisi hal benda adalah
berbeza pada bahagian kanan dan kiri karya.
3. Irama dan pergerakan

Irama dan pergerakan wujud pada kesan jalinan garisan


berpancar dan berulang pada daun teratai. Ia juga terlihat
pada kesan jalinan garisan beralun dan berulang pada
badan ikan serta akhir sekali pada kesan jalinan garisan
melengkung dan berulang pada ekor ikan.

4. Kepelbagaian

Penggunaan garisan dan warna yang pelbagai


mewujudkan kesan kepelbagaian.

5. Kesatuan

Penggabungan semua unsur seni berjaya menjadikan


karya ini harmoni, teratur dan selesa sekaligus mewujudkan
kesan kesatuan.

6. Kontra

Penggunaan warna panas seperti merah dan jingga pada


hal benda utama dan warna sejuk seperti hijau pada latar
belakang mewujudkan kesan kontra yang ketara.
7. Penegasan

Penegasan dapat dilihat pada hal benda utama iaitu ikan


dimana penggunaan warna panas seperti merah dan jingga
dapat menjadikan fokus audiens tertumpu pada hal benda
tersebut.

Interpretasi

1. Makna Tersurat

Dapat dilihat bahawa ikan sedang berenang diatas daun


teratai dimana ia merupakan sesuatu yang tidak logik.
2. Makna Tersirat

Tujuan karya ini dinamakan sebagai United adalah kerana


perkataan itu sendiri yang membawa maksud kesatuan.
Unsur flora dan fauna disatukan dalam satu hal benda iaitu
ikan dan bunga teratai dimana, bunga teratai dijadikan
sebagai ekor ikan. Ikan dan bunga yang digabungkan itu
melambangkan realiti kehidupan manusia yang sebenar
dimana wujud kebergantungan antara manusia dengan
manusia lain yang berpijak dibumi yang sama bagi
meneruskan kelangsungan hidup, sama juga seperti ikan
dan bunga teratai yang hidup di tasik atau kolam yang
sama dimana mereka saling memerlukan antara satu sama
lain. Contohnya, tinja ikan dapat diserap oleh akar bunga
teratai sebagai baja manakala lumut di bunga teratai dapat
dijadikan makanan kepada ikan. Seterusnya, daun-daun
teratai itu pula diibaratkan sebagai sifat-sifat negatif
manusia yang ego dan berasa bahawa dirinya adalah hebat
dan tidak mahu menerima serta memberi pertolongan
kepada orang lain. Disebabkan hal itulah ikan dihasilkan
berada di atas daun teratai kerana manusia perlu
mengatasi sifat-sifat negatif itu untuk mewujudkan hidup
yang sejahtera dalam masyarakat.

Penilaian

Pada pendapat saya, karya ini berjaya dalam


menyampaikan maksudnya yang tersendiri melalui
penggunaan warna yang sesuai. Bilangan hal benda yang
tidak terlalu banyak mengelakkan karya ini daripada
kelihatan sesak, serabut dan tidak kemas. Walaupun karya
ini kelihatan ringkas tetapi pengajaran yang hendak
disampaikan adalah sangat bermakna.

Anda mungkin juga menyukai