Anda di halaman 1dari 7

Penilaian Penguatkuasaan Prinsip Etika Di Tempat Kerja

1.0 Isu Perbincangan

a) Etika dalam perniagaan

Penyelidik telah mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan pekerja yang berkaitan

dengan etika da moral. Etika perniagaan adalah prinsip yang menetapkan tingkah laku yang

menerangkan apa yang baik, betul atau salah dalam pelaksanaan sesuatu tugas. Etika

perniagaan memberi garis panduan atau piawaian untuk sebarang tindakan dan membuat

keputusan sama ada pekerja atau pengurus. Sebagai contoh dalam penyelidikan ini,

melanggar kontrak kerja iaitu menyalahi undang-undang dengan melibatkan perbuatan yang

tidak beretika seperti memberi rasuah. Perbuatan sedemikian sememangnya akan

menyebabkan ramai individu akan terlibat dan terpengaruh dengan taktik sedemikian untuk

menutup kesalahan yang di buat. Sekiranya pihak organisasi tersebut tidak mengambil

tindakan atas perbuatan ini, ini akan menggalakkan peniruan oleh individu yang tidak

beretika. Antara sifat-sifat etika yang baik dalam perniagaan seperti berikut ;

i. Menunjukkan tingkah laku yang baik terhadap pelanggan, pembekal, pengedar dan

pesaing dalam pemasaran dan penjualan

ii. Menyediakan latihan kerja dan memberi ganjaran kepada pekerja beretika tinggi

iii. Mewujudkan suasana kerja yang positif dalam kalangan pekerja (Mullins, 2005)

b) Kriteria etika dalam membuat keputusan

Setiap daripada pekerja terikat dengan nilai etika kerja bagi menonjolkan keperibadian yang

baik dalam sesebuah organisasi. Integriti dan nilai adalah elemen penting dalam membuat

keputusan di tempat kerja. Seseorang pengurus akan mempertimbangkan sebarang

keputusan yang akan dibuat dengan meneliti kesan yang wujud atas sesuatu tindakan yang

1
akan dibuat. Ini bertujuan untuk melancarkan segala kerja dengan lebih cekap dan teratur.

Sebagai contoh, pengurus akan mempertimbangkan keputusan dalam pemecatan pekerja yang

tidak beretika kerana mereka akan kehilangan pekerjaan tetap. Malahan sepatutnya diberikan

amaran awal dan pendedahan untuk membaiki kesalahan agar tidak berulang lagi di masa

hadapan. Kriteria untuk membuat keputusan etika adalah utilitarianisme, individualisme,

pendekatan hak, dan pendekatan keadilan yang dikenal pasti oleh penyelidik yang di amalkan

di Nigeria.

c) Pelaksanaan Kod Etika

Tindakan sepatutnya untuk meningkatkan etika kerja adalah melalui pelaksanaan kod etika

kerja. Sesebuah organisasi akan mempengaruhi pekerja dan pengurus untuk menggunakan

kod etika kerja. Kod etika merupakan satu panduan yang perlu dipatuhi oleh setiap orang

untuk membimbing kelakuan pekerja dalam pelbagai situasi perniagaan. Kod etika adalah

dokumen bertulis yang menggariskan prinsip etika yang harus dipatuhi dalam sesebuah

organisasi. Kod etika adalah piawaian formal dan peraturan mengenai kepercayaan terhadap

individu dalam pelaksanaan tugas. Pengurus akan menggunakannya dalam membuat

sebarang keputusan yang akan memberikan kepentingan kepada semua. Rue dan Byars

(2000), menyenaraikan kod etika yang perlu diamalkan seperti berikut;

 Kejujuran dan mematuhi undang-undang

 Keselamatan di tempat kerja

 Keadilan dalam pemasaran

 Menjalinkan hubungan baik antara pembekal

 Berniaga dalam kawalan yang betul

 Perlindungan terhadap alam sekitar

2
2.0 Objektif Kajian

Kajian ini merangkumi objektif seperti yang berikut ;

i. Untuk mengenal pasti amalan-amalan yang tidak beretika di tempat kerja

ii. Untuk menentukan sama ada pekerja di organisasi sektor awam mengamalkan

prinsip etika

iii. Untuk menentukan bagaimana menguatkuasakan prinsip etika di tempat kerja

iv. Untuk menentukan kesan etika terhadap lelaki dan perempuan di tempat kerja

3.0 Metodologi Kajian

Kajian penyelidikan ini telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat

adalah seperti berikut ;

i. Data Primer

Melalui kaedah tinjauan dan temu ramah pekerja-pekerja di tiga organisasi sektor awam di

Nigeria. Maklumat yang diperoleh dicatat dan dikumpul untuk membuat analisis data. Setiap

keputusan yang diterima akan di rekod oleh setiap penyelidik dan akan dibentangkan dalam

hasil kajian.

ii. Data Sekunder

Melalui kaedah pembacaan buku, jurnal dan melayari internet. Selain itu, kaedah empirikal

turut digunakan untuk menjadi bahan rujukan. Saiz sampel diperoleh sebanyak 334 daripada

populasi 2000 dengan menggunakan borang statistik Yamane. Borang soal selidik direka

dalam bentuk format skala likert. Penyelidik menjalankan Pra-ujian pada borang soal selidik

3
untuk memastikan kesahihan instrumen. Data yang dikumpul telah dibentangkan dalam

jadual kekerapan. Selain itu, alat statistik Chi-Square digunakan untuk menguji hipotesis.

4.0 Hasil Kajian

Keputusan yang diperoleh berdasarkan kajian yang dibuat ke atas pekerja di tempat kerja

yang melibatkan etika kerja :

Berdasarkan jurnal ini penulis membincangkan tentang etika seseorang di tempat kerja

melibatkan ke atas pekerja lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa penemuan yang

didapati di dalam jurnal ini adalah berkaitan dengan pengamalan prinsip etika dalam

kalangan pekerja di dalam sektor awam. Perbincangan yang dapat diperoleh melalui jurnal

ini adalah etika menjadi panduan kepada pengurus dalam membuat keputusan apa yang perlu

dilakukan dalam pelbagai situasi.

Prinsip beretika akan membantu pengurus membuat keputusan terbaik untuk bertindak balas

terhadap kepentingan pelbagai pihak yang berkepentingan dalam organisasi. Oleh itu,

sekiranya sesebuah organisasi tidak mempertimbangkan isu etika kerja ini akan

menimbulkan masalah-masalah seperti berikut ;

i. Penekanan berlebihan terhadap pendapatan jangka pendek berbanding pertimbangan

jangka panjang

ii. Kegagalan untuk menubuhkan kod etika bertulis

iii. Keengganan untuk mengambil pendirian etika yang boleh dikenakan kos kewangan

iv. Kekurangan prosedur yang jelas untuk menangani masalah etika

4
5.0 Cadangan Untuk Masa Hadapan

Langkah yang terbaik dan menyeluruh boleh dilaksanakan dalam mempromosikan etika

dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam adalah termasuklah membina dan

mempromosikan etika dan akauntabiliti yang membolehkan standard profesional dan etika

dapat dicapai oleh setiap pekerja. Surat pekeliling Am 5/79 mengandungi beberapa cadangan

yang boleh meningkatkan mutu perkhidmatan awam dalam kalangan pekerja adalah

pemberian penghargaan dalam bentuk sijil penghargaan, pingat-pingat, cenderamata, dan

pertimbangan untuk kursus-kursus.

Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh mengadakan dialog-dialog dan

perbincangan untuk menerangkan cara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam. Langkah ini

bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih terperinci kepada setiap pekerja.

Manakala, menyediakan manual kerja dan senarai tugas bagi semua pegawai dan kakitangan

supaya tidak timbul ketidaksefahaman atau keraguan tentang tanggungjawab masing-masing.

Proses ini akan lebih melancarkan segala urusan dalam menyediakan perkhidmatan awam

yang berkualiti.

Dalam masa yang sama, pihak atasan juga mestilah menganjurkan kursus-kursus atau

latihan yang sesuai diberikan kepada pegawai yang sedang berkhidmat atau yang baru

dilantik bagi mempertingkatkan kecekapan kerja. Pendedahan sebegini secara tidak langsung

akan meningkatkan mutu dan prestasi kerja yang lebih komprehensif dan cemerlang. Akhir

sekali, pihak dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bolehlah membuat lawatan mengecut

oleh Ketua Jabatan, pegawai kanan untuk memantau setiap perjalanan kerja oleh pegawai

atau pekerja-pekerja bagi mengelakkan berlakunya masalah sosial seperti rasuah, kerenah

birokrasi, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.

5
6.0 Kesimpulan

Penemuan daripada kajian tersebut menunjukkan nilai etika yang kurang

memberangsangkan dalam kalangan pekerja di Nigeria. Perkhidmatan yang terbaik diberikan

oleh setiap pekerja sememangnya akan memberikan impak positif dalam perjalanan kerja

yang dipertanggungjawabkan. Kecekapan seseorang pekerja tidak dinafikan malah akan

membantu meningkatkan keberkesanan dalam setiap tindakan yang dibuat. Etika kerja dan

moral yang tinggi amat diperlukan dan perlu diterapkan dalam setiap individu kerana prinsip

ini yang akan menentukan sama ada kerja yang dibuat akan menghasilkan mutu kerja yang

berkualiti atau tidak.

Weber (2007) etika kerja merupakan tingkah laku yang akan dinilai oleh setiap pihak

serta melambangkan kepercayaan seseorang terhadap kita. Setiap pekerja mestilah produktif

dalam melaksanakan kerja sama ada mengeluarkan barangan atau memberi perkhidmatan

kepada orang awam. Sikap tanggungjawab dan akauntabiliti yang tinggi dalam kalangan

pekerja mampu meningkatkan sesebuah syarikat atau agensi tertentu sekiranya amalan

sedemikian di amalkan oleh setiap pekerja. Pendekatan yang sangat prihatin terhadap

persoalan nilai, etika dan budaya kerja cemerlang dalam pengurusan sektor awam bagi

memberi kefahaman yang jelas dan kepentingannya kepada semua penjawat awam.

Oleh itu, sebagaimana yang dibincangkan di atas, pelbagai pendekatan etika, moral

dan integriti oleh pengurus organisasi penting untuk mempengaruhi minda dan pemikiran

serta tingkah laku seseorang pekerja. Integriti merupakan kaedah untuk memantapkan

profesionalisme, kecekapan semasa bekerja, akauntabiliti serta keberkesanan kualiti atau

mutu pekerjaan. Jelaslah, langkah ini bertujuan untuk meningkatkan imej dan reputasi

sesebuah organisasi perkhidmatan awam.

6
Rujukan

Menzel, D. (2005). Research on Ethics and Intergrity in Governance . A Review and


Assessment Public Intergrity .
Mullins, L. (2005). Management and Organizational Behaviour . New York: McGraw- Hill
Companies.
Rue, L. B. (2000). Management : Skills and Application. USA: McGraw- Hill Companies .
Schwartz, M. C. (2004). Effective Corporate Code of Ethics Perception of Codes User.
Journal of Bussiness Etihcs .
Weber, J. (2007). Bussuness Ethics Tranning; Insight From Learning Theory . Journal of
Bussiness Ethics .

Anda mungkin juga menyukai