Anda di halaman 1dari 29

ETIKA

KEUSAHAWANAN
BAB 3

1
3.2 Pengertian Etika

• Secara umumnya etika menyediakan peraturan asas


atau had perlakuan untuk menjalankan sebarang aktiviti
dalam bentuk yang boleh diterima (Kuratko & Hodgetts,
2004).
• satu set prinsip-prinsip yang memperihalkan tatacara
perlakuan yang menerangkan apa yang baik dan betul
atau tidak baik dan salah di samping menggariskan
tanggungjawab dan obligasi moral.
• banyak dipengaruhi oleh aspek norma masyarakat,
peraturan undang-undang dan kehendak agama.

2
• Adakalanya sesuatu perbuatan itu salah dan segi
undang-undang, ia boleh “diterima untuk
pertimbangan” oleh piawaian moral.
• Contohnya seorang yang mencuri untuk
kelangsungan hidup dan dan keluarganya dalam
menghadapi keadaan kegawatan ekonomi, mungkin
boleh diterima dan segi moral, tetapi dan segi
perundangan ia dianggap bersalah.

3
• Etika ialah satu sistem prinsip moral dalam
menentukan sesuatu perbuatan itu betul atau salah.
Etika mempengaruhi cara individu itu berfikir dalam
membuat keputusan dan bertindak hasil dan
keputusan yang dibuat.

4
• Di dalam perniagaan, etika juga dibincangkan kerana ia
boleh mempengaruhi proses pembuatan keputusan,
pelaksanaan dan pengawalan tingkah laku dalam
menjalankan perniagaan berkenaan.
• Menurut Hisrich dan Peters (2002), etika perniagaan
adalah merupakan kajian ke atas perlakuan atau
tingkah laku dan moral dalam situasi perniagaan.

5
• Ia melibatkan apa yang:
• patut atau tidak,
• boleh atau tidak,
• perlu atau tidak

yang dipraktikkan dalam pengendalian perniagaan baik


dan pembangunan produk mahupun pelaksanaan
perkhidmatan.

6
• Terdapat berbagai pihak yang mempunyai kepentingan
dalam perjalanan sesebuah perniagaan itu iaitu:
pelanggan,
pekerja,
 pembekal,
pembiaya,
persekitaran,
kerajaan dan sebagainya
yang akan menerima kesan dan pelaksanaan keputusan
yang tidak beretika.

7
• Dalam memastikan pelaksanaan etika, diwujudkan kod
etika.
• Kod etika adalah garis panduan yang dibentuk dalam
menerangkan bentuk perbuatan yang boleh dan tidak
boleh dilakukan dalam satu profesyen tertentu.
• Umpamanya para peguam, doktor, jurutera dan
sebagainya mempunyai kod etika tersendiri yang perlu
mereka laksanakan untuk diterima di dalam kelompok
berkenaan untuk menjamin kewibawaan pengamal di
dalam perniagaan tersebut.

8
3.3 Isu-Isu dalam Mengamalkan
Perbuatan Beretika
• Konflik sering kali timbul semasa melaksanakan
perlakuan beretika dalam dunia perniagaan kerana
perkara-perkara berikut:

• 1. Terdapat berbagai pihak yang kepentingan baik di


dalam mahupun di luar perniagaan dan kalangan
pekerja, pembiaya, pelanggan, pembekal, kerajaan
tempatan, masyarakat sekitar dan mereka yang
berinteraksi dan saling mempengaruhi.

9
2. Masyarakat kini berdepan dengan perubahan yang
pesat dan segi nilai-nilai yang pernah dipegang tetapi
berubah selaras dengan perubahan masyarakat yang
mengamalkannya.
 Etika lebih berdasarkan kepada proses dan tidak lagi
mengikut definisi lama.
 Apa yang dianggap tidak beretika dahulu telah diterima
kerana telah diamalkan secara berleluasa pada masa
kini.
 Contohnya amalan rasuah iaitu menerima suapan untuk
kepentingan diri, berleluasa apabila ia diterima sebagai
satu amalan biasa dalam pengendalian urusan di
sesetengah negara. 10
3.4 Etika dalam Membuat Keputusan

• Terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat dalam


membangunkan perniagaan.
• Keputusan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi
mereka yang mempunyai kepentingan dengan
perniagaan berkenaan.
• Bagi pelabur atau pembiaya perniagaan, mereka
mengharapkan keuntungan dan pelaburan mereka.
• Namun demikian dalam memastikan keuntungan ini,
terdapat perkara yang perlu dipertimbangkan oleh
seorang usahawan itu apabila membuat keputusan,
iaitu:

11
• Bagaimana anda melihat masalah tersebut jika anda
berada sebelah pihak yang menerima akibat dan
keputusan berkenaan - sakit? teraniaya? rugi?
• Kepada siapa dan kepada apa anda memberikan
ketaatan anda secara individu atau secara ahli
perniagaan dalam membuat keputusan berkenaan
pelabur? diri anda sendiri?
• Apakah matlamat anda semasa membuat keputusan
tersebut — keuntungan? kebajikan?
• DLL

12
3.5 Contoh dan Implikasi Perbuatan
Tidak Beretika
1) Ada pihak yang sanggup menipu pelanggan
menggunakan bahan yang kurang selamat untuk
meraih untung yang lebih besar.
2) Rasuah adalah perbuatan memberikan suapan dalam
bentuk wang atau keistimewaan tertentu dengan
syarat mereka yang menerima rasuah tersebut
memenuhi permintaan pemberi rasuah berkenaan.
3) Ada usahawan sanggup menikam rakan dan
belakang, mencuri maklumat dan berbohong demi
menjatuhkan pesaing.

13
4) Terdapat juga syarikat yang membuang sisa
pengeluaran yang berbahaya ke alam sekitar seperti
menanamnya di mana saja yang difikirkan sesuai atau
membuangnya ke dalam sungai yang mencemari
hidupan dan kebersihan sungai tersebut.

14
5) Penggunaan tenaga buruh dari kalangan kanak-
kanak dalam suasana tempat kerja yang sesak dan
tidak bersih juga dianggap tidak beretika di samping
ianya juga menyalahi undang-undang buruh dan segi
penggunaan buruh kanak-kanak.

15
3.6 Garis Panduan dalam Menentukan
Perlakuan Beretika
• Garis panduan etika perlu dibangunkan untuk
mengelakkan perbuatan tidak beretika seperti
mendapatkan bahan dan sumber haram, melanggar
peraturan kerajaan, penipuan, rasuah dan sebagainya.
• Garis panduan berhubung dengan perlakuan yang boleh
diterima haruslah dinyatakan oleh usahawan melalui
cara beliau memberikan arahan atau perlakuannya
yang boleh dicontohi oleh kakitangan.
• Namun demikian, adalah lebih baik sesuatu perlakuan
beretika itu didokumentasikan supaya lebih jelas untuk
amalan di dalam organisasi melalui apa yang dinamakan
sebagai Kod Etika.
16
• Kod etika ialah kenyataan amalan etika atau garis
panduan yang dipegang oleh sesebuah perniagaan. Kod
Etika elok dibangunkan kerana:

I. ia mendefinisikan apakah perbuatan yang diterima


atau tidak diterima di dalam organisasi berkenaan,
II. ia menggalakkan amalan tingkah laku piawaian yang
tinggi yang memudahkan setiap ahli mengukur
sama ada tingkah laku mereka beretika atau tidak,

17
III. ia mewujudkan kayu ukur untuk ahli gunakan bagi
penilaian din mereka semasa bertingkah laku baik
dalam organisasi mahu pun dengan pihak luar, dan
IV. ia mewujudkan garis panduan untuk perlakuan dan
tanggungjawab profesional bagi pekerjaan tertentu
dalam apa saja keadaan.

18
• Kod ini dibangunkan supaya semua memahami cara
kerja atau budaya yang diamalkan oleh organisasi
• Kod etika selalunya dibangunkan selaras dengan misi
dan visi organisasi.
• Kebanyakan kod etika ini terdiri dan dua komponen
iaitu menonjolkan bahagian harapan yang menggariskan
apa harapan organisasi berkenaan atau perkara yang
ingin ditekankan oleh organisasi berkenaan.
• Seterusnya ia akan menyenaraikan semua peraturan
atau prinsip yang perlu dipatuhi oleh anggota organisasi
berkenaan.

19
• Kod etika ini seeloknya merangkumi kesemua mereka
yang mempunyai kepentingan dengan perniagaan
tersebut iaitu kakitangan, pelanggan, pembekal,
pemegang saham atau pembiaya kewangan,
masyarakat setempat atau masyarakat keseluruhan.

20
• Untuk mempastikan perbuatan tidak beretika tidak
berlaku di kalangan kakitangan, perkara berikut boleh
dilakukan:
1. Garispanduan didokumentasikan untuk panduan,
2. Memasukkan garis panduan ini dalam manual kerja
atau dalam mana-mana bahan bertulis yang diberikan
kepada pekerja baru,
3. Meletakkan garis panduan ini di lokasi yang
bersesuaian untuk mudah dibaca oleh pekerja, dan
4. Meletakkan garis panduan ini di dalam deskripsi tugas.

21
3.7 Etika dan tanggungjawab Sosial

• Tanggungjawab sosial terdiri dan obligasi-obligasi


sebuah perniagaan terhadap masyarakat (Kuratko &
Hodgetts, 2004).
• Pelaksanaan tanggungjawab sosial ini dijalankan kerana
menghargai sokongan dan pihak yang
berkepentingan di sekeliling mereka.
• Tanggungjawab sosial mengambil kira bagaimana
syarikat menguruskan proses—proses dalaman untuk
menghasilkan impak keseluruhan yang positif kepada
persekitaran mereka.

22
• Di antara langkah yang boleh di untuk memastikan
tanggungjawab sosial dapat dilaksanakan oleh syarikat
ialah:

1) Penetapan matlamat –
• Apakah yang anda dan syarikat anda ingin capai?
• Adakah anda akan memasuki pasaran baru?
Memperkenaikan produk baru?
• Meningkatkan imej syarikat anda?

23
2)Tentukan apakah usaha murni yang ingin anda sertai.
Mungkin anda ingin kaitkan ini dengan produk yang
anda keluarkan.
• Contohnya penglibatan Syarikat Faiza Sdn. Bhd.
dengan program BersamaMu di TV3 atau Sendayu
Tinggi Industries Sdn. Bhd. dengan program
kecantikan Anggun Ayu di TV3.
• Melalui program ini ditonjolkan komitmen syarikat
berkenaan membantu golongan yang memerlukan selain
membangunkan produk keluaran mereka.

24
3) Pilih sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk anda
bekerjasama.
• Pastikan NGO berkenaan sebuah yang aktif, lokasinya
tidak jauh dan perniagaan anda dan bersedia untuk
bekerjasama dengan anda.
• Contohnya MK Land di bawah Yayasan EMKAY
bekerjasama dengan Yayasan Sultanah Bahiyah dalam
menyediakan bangunan bagi rawatan pesakit buah
pinggang iaitu Pusat Rawatan Hemodialisis di Mor Setar,
Kedah Darul Aman.
• Pusat ini mampu menampung 48 pesakit yang
menerima rawatan dalam satu masa.

25
4) Bentuk satu program dan usulkan kepada NGO
berkenaan atau mempertimbang kan usul NGO yang
ingin bekerjasama dengan perniagaan anda.
• Pastikan program tersebut mempunyai kaedah
pengukuran kejayaannya bagi memastikan usaha
anda boleb mencapai matlamat dan bersifat
berterusan.
5) Berbincang dengan NGO berkenaan supaya matlamat
kedua-dua pihak seiringan.
6) Libatkan kakitangan dengan menggalakkan dan
menyediakan ruang untuk kakitangan terlibat dalam
aktiviti yang dibangunkan.
26
7) Libatkan pelanggan dalam usaha murni anda.
• Contohnya jika anda menjual alatan sukan, galakkan
pelanggan menghantar barang sukan mereka yang lama
untuk diberikan kepada rumah anak yatim dan kerana
usaha mereka, anda memberikan diskaun terhadap
pembelian alatan sukan baru mereka.
• Atau nyatakan kepada mereka bahawa setiap ringgit
yang mereka belanjakan di kedai anda, beberapa
peratus didermakan untuk pembangunan golongan tidak
bernasib baik.

27
END

28
29

Anda mungkin juga menyukai