Anda di halaman 1dari 8

1 DVM (DMC)

ETIKA PROFESINONALISME (MPU 2232)

SEMESTER 1/TAHUN 2020

KAJIAN KES (CLO 2)

Disediakan oleh:

NAMA: MUHAMMAD KHIDHIR BIN KHIR AFFANDI

IC: 020218-10-0417

ANGKA GILIRAN: K271GMPP014

Disediakan untuk:
PN NORSUHAIDA BT MOHD NOR
1. PENGENALAN
Perkataan Arkitek berasal dari perkataan Greek – ‘Arkhitekton’, yang bermaksud ‘ketua
tukang bina’ [Head builder]. Definisi tradisional pula mentakrifkan Arkitek sebagai
seorang yang merekabentuk, mentadbir dan menguruskan pembinaan sesuatu
bangunan. Maka tugas utama Arkitek bolehlah disenaraikan seperti berikut:
1. Menyediakan Lakaran dan Lukisan Rekabentuk.

2. Menyediakan Lukisan Binaan.

3. Membuat pemeriksaan Tapak Binaan sebelum kerja-kerja binaan dimulakan.

4. Mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak


pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat undang-undang dan akta
perancangan setempat.

5. Menyediakan Dokumen Tawaran sebelum pemilihan kontraktor dibuat dan


menyediakan Dokumen Kontrak apabila kontraktor telah dipilih.
2. CIRI-CIRI ETIKA KERJA

1. Arkitek Profesional tidak boleh mengamalkan tata kelakuan berurusan secara


melulu atau secara ’hentam keromo’ tanpa berpegang kepada kehendak-
kehendak perundangan dan etika praktis yang telah ditetapkan.

2. Perkhidmatan Arkitek Profesional mengutamakan kepentingan awam bukan


kepentingan individu.

3. Arkitek Profesional adalah seorang adil dan saksama tanpa ’pilih kasih’ dalam
setiap urusan menyediakan perkhidmatannya dan tidak berpihak kepada mana-
mana pihak.

4. Perkhidmatan Arkitek Profesional mengutamakan kepentingan awam bukan


kepentingan individu.

5. Arkitek Profesional tidak memperagakan hasil kerjanya dengan nilai kewangan


tetapi kualiti kerja dan perkhidmatan yang berwibawa serta cemerlang.

6. Arkitek Profesional tidak memperagakan hasil kerjanya dengan nilai kewangan


tetapi kualiti kerja dan perkhidmatan yang berwibawa serta cemerlang.

7. Arkitek Profesional mesti lulus peperiksaan profesional yang dikelola oleh badan
pengawal khas profesion Arkitek di Malaysia [Lembaga Arkitek Malaysia – LAM]
sebelum diikhtiraf layak memberikan perkhidmatan profesionalnya .

8. Seorang arkitek juga perlu pandai dalam membina perhubungan yang baik. Arkitek
yang berjaya perlu mempunyai skil sosial yang baik seperti berkemahiran dalam
komunikasi, toleransi dan kesabaran. Dengan kemahiran ini, barulah seorang
arkitek akan berjaya untuk menjalankan kerjanya kerana idea dan komunikasi
berjalan seiring tanpa ada salahfaham.

9. Menepati masa juga sangat penting untuk memastikan klien terus mempercayai
kita kerana masa tidak menunggu kita.

10. Arkitek professional menunjukkan sikap positif, keyakinan diri dan mempunyai
tanggapan diri yang realistik.
3. KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA

1. Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan
nilai-nilai keperibadian seorang arkitek yang baik.

2. Cekap perlakuannya. Dia perlu cekap melaksanakan tugas profesional yang


telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

3. Arkitek mestilah seorang yang berdidikasi melaksanakan tugas profesionalnya


seperti mana kepiawaian [standard] yang diharapkan darinya sebagai seorang
Arkitek.

4. Seorang arkitek perlulah mempunyai sifat jujur atau benar dapat membentuk
hubungan yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan
sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut.

5. Dalam pada itu, setiap kejayaan dan keuntungan yang diperolehi hasil sesuatu
pekerjaan haruslah bersyukur kepada Allah SWT kerana ia adalah nikmat
kurniaanNya.
4. REFLEKSI

Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional atau ahli
teknokrat (ahli teknologi) supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan,
kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan
ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat
penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.

Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui


etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi dan
menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu,
faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-
undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya
mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu
melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.

Etika kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang


kompleks, tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk
mengawal tingkahlaku para professional. Etika kerja professional telah menentukan
asas-asas hubungan di antara para professional dengan masyarakat, majikan,
pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja professional telah wujud sejak dahulu lagi
sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan berfaedah. Sesiapapun tidak terkecuali
daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika termasuklah para teknokrat.
5. LAMPIRAN
6. RUJUKAN

Internet :

1. https://arkrab.wordpress.com/category/peranan-arkitek-dalam-masyarakat/

2. http://juruteknik-komputer.blogspot.com/2011/09/sikap-dan-etika-kerja-
profesional.html

3. http://etikakerjamengikutislam.blogspot.com/2016/01/kesimpulan.html

Buku :

1. Nota ETIKA PROFESIONALISME, SEMESTER 1 (MPU 2232)


ISI KANDUNGAN

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA M/S

1. Pengenalan  Kenalpasti profesion yang anda 1


pilih.
 Menjelaskan 5 tugas profesion
tersebut
2. Kenalpasti 10 ciri etika kerja Menerangkan 10 ciri etika profesion yang 2
anda pilih
3. Kenalpasti 5 kebaikan Menerangkan 5 kebaikan mematuhi etika 3
profesion yang anda pilih
4. Refleksi Membuat kesimpulan 3

5. Lampiran Menyediakan lampiran bergambar 4


mengenai profesion yang anda pilih

6. Rujukan Nyatakan rujukan 5

Anda mungkin juga menyukai