Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan pembacaan artikel yang telah dibuat di antara kedua-dua artikel yang telah

dibekalkan, secara keseluruhannya ianya merujuk kepada perbincangan berkaitan dengan


perbezaan individu dan gaya pembelajaran yang digunakan dan diselaraskan dengan teori,
fahaman dan konsep-konsep tertentu. Walaubagaimanapun, kedua-dua artikel tersebut
memberikan implikasi yang sama iaitu Isi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru haruslah
diselaraskan secara berperingkat mengikut kesesuaian gaya pembelajaran pelajar. Hal ini
demikian kerana proses dan gaya pembelajaran sepatutnya dirujuk oleh para pendidik
melalui pengamatan atau pemerhatian terhadap para pelajarnya yang rata-rata mempunyai
kaedah atau gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, para pendidik juga haruslah kreatif
dan inovatif dalam memilih gaya pembelajaran pelajar serta menyelaraskannya secara
berperingkat bagi memastikan guru tidak mengongkong atau membataskan pembelajaran
mereka sepertimana yang dikatakan oleh Ignacio Estrada (n.d) yang mengatakan “If
children cannot learn the way we teach them, then we must teach them the way they learn”

Namun demikian, penyelarasan yang dilakukan oleh guru juga haruslah berpandukan
kepada perubahan para pelajar atau maklum balas yang diberikan oleh pelajar berdasarkan
pembelajaran yang telah disampaikan (Robert, 1962). Hal ini kerana kemungkinan ada
dalam kalangan pelajar yang mungkin telah berevolusi daripada gaya pembelajaran yang
digunakan sebelumnya kepada gaya pembelajaran yang baru yang diperoleh daripada
pengalaman pembelajaran tertentu.

Anda mungkin juga menyukai