Anda di halaman 1dari 2

REXYDELEND RUMIY (G1.

4)

TUGASAN MINGGU 7

Jelaskan perbezaan dan persamaan ciri-ciri kesenian antara tokoh seni islam dan seni barat.

Umum yang diketahui ramai jelas bahawa terdapat banyak perbezaan dan persamaan ciri yang
boleh dikenalpasti berdasarkan pandangan dan kefahaman seni masing-masing seperti tokoh
kesenian islam dan seni barat. Menurut pandangan tokoh barat iaitu June Mcfee, seni merupakan
keperluan dalam diri seseornag individu khususnya kanak-kanak dalam permbangunan budaya dan
perubahan sikap. Berdasarkan pandangan tokoh islam pula iaitu Imam Al-Ghazali, seni merupakan
sesuatu perkara yang layak dinikmati keindahannya dan nilai seni estetiknya serta sebagai penawar
hati dan penghibur seseorang yang mengembara di dunia dan akhirat. Berdasarkan pandangan
kedua-dua tokoh tersebut, dapatlah dilihat bahawa seni mampu diklasifikasikan perbezaan dan
persamaannya berdasarkan aspek akhlak dan moral.

Antara perbezaan ciri kesenian yang boleh dikenalpasti berdasarkan kesenian islam dan
barat ialah dalam aspek motif atau subjek yang dijadikan sebagai pencetus terhasilnya sesebuah seni
tersebut. Hal ini demikian kerana motif atau subjek dalam penghasilan karya islam lebih tertumpu
kepada keindahan yang wujud dalam agama islam itu sendiri iaitu pengaplikasian motif flora dan
tidak menggunakan figura manusia atau haiwan sebagai subjek dalam menghasilakn karya seni
kecualilah seni yang dihasilkan tersebut dihasilkan untuk tujuan pendidikan yang tertentu seperti
kedoktoran dan sebagaianya. Berbanding dengan ciri kesenian berdasarkan seni barat yang secara
umumnya sememangnya bebas dalam menghasilkan karya. Hal ini demikian kerana dalam dalam
kesenian barat, penghasilan barat boleh menghasilakn apa juga jenis karya tanpa terikat dengan
pemilihan motif atau subjek penghasilan karya sama ada dalam seni catan atau arca.

Dalam aspek persamaan pula, kedua-dua pandangan seni tersebut mempunyai kefahaman
yang mendalam tentang kepentingan seni dalam kehidupan seseorang individu. Hal ini dapat
dibuktikan dengan pandangan-pandangan seni daripada barat dan islam. Contohnya, Kenneth
M.Langsing, seorang penulis yang menulis tentang seni mengatakan bahawa seni merupakan
medium yang mampu mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan psikomotor seseornag individu
dalam kehidupan seharian. Hal ini menampakkan betapa pentingnya seni dalam perkembangan
sosial dalam kehidupan seharian. Berdasarkan pandangan islam pula iaitu Sidi Ghazalba, seni
haruslah tidak melampaui batas kesusilaan dan mestilah bertunjangkan Allah kepada Allah dan
“mardatillah”. Daripada pandangan tersebut, dapatlah dilihat bahawa seni dalam islam merupakan
medium untuk membentuk peribadi seseornang individu kea rah yang lebih positif khususnya
masyarakat yang beragama islam atau muslim agar mampu menjadi muslim yang baik di mata Allah
S.W.T.

Persamaan lain yang boleh dikenalpasti ialah pengaplikasian seni dalam aspek keagamaan.
Hal ini demikian kerana kedua-dua ciri seni samaada seni islam dan barat mempunyai
kecenderungan untuk melibatkan aspek keagamaan dan seni dalam masa yang sama. Dalam seni
islam ciri keagamaannya dapat dilihat pada seni tulisan khat dan motif floranya. Kesemua perkara
tersebut dapat dilihat pada masjid-masjid malahan hampir semua rumah masyarakat yang beragama
islam. Berdasarkan kepada seni barat pula, sememangnya pengaplikasian seni dalam hal keagamaan
sememangnya sangat ketara.Hal ini dapat dilihat semenjak zaman renaissance di mana terdapat
pihak gereja mengupah beberapa artis untuk menghasilkan potret keagamaan khususnya agama
Kristian contohnya karya terkenal Leonardo Da Vinci iaitu ‘The Last Supper’ serta arca-arca lainnya.

Berdasarkan kepada aspek moral dan akhlak, sememangnya kedua-duanya menyumbang


kepada pembentukan moral dan akhlak berdasarkan kepada pandangan daripada tokoh-tokoh islam
dan barat masing-masing. Hal ini dapat dibuktikan dengan pandangan tersendiri. Namun yang pasti
ianya dapat dilihat pada bagaimana kedua-duanya menghargai seni dalam kehidupan mereka yang
ada segelintirnya berkaitan dengan pembentukan akhlak dan moral dalam diri.

Kesimpulannya, sememangnya terdapat perbezaan dan persamaan dalam aspek ciri-ciri seni
berdasarkan pandangan kesenian barat dan islam masing-masing dengan sokongan daripada
pandangan-pandangan tokoh tertentu. Namun demikian, walau apapun pandangan, perbezaan dan
persamaan seni barat dan islam, kedua-duanya harus dikekalkan sedemikian kerana pendangan
tersebut masih relevan dan membantu dalam mengembangkan dan mengekalkan seni dan budaya
di seluruh dunia tanpa bersifat berat sebelah dalam pahaman seni sama ada dari kesenian islam,
barat dan pemahanam seni yang lain.

Anda mungkin juga menyukai