Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PENGAJIAN SOSIAL

TUGASAN KERJA KURSUS 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6


(INDIVIDU / KUMPULAN)
SEMESTER : PPISMP SEMESTER 2 TAHUN : JUN 2019

KOD KURSUS GSA1072

KURSUS STATISTIK ASAS

Nama Pelajar REXYDELEND RUMIY

Angka Giliran 2019172310308

No. Kad Pengenalan 010402120347

Kumpulan/Unit J 2.5

Nama Pensyarah DR. WAN MAZNAH BINTI WAN HARUN

Tarikh Hantar 19 MARCH 2020

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh


pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda Tangan Pelajar: Tarikh:19 MARCH 2020

Markah

1.0 Pengenalan
Refleksi adalah proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan
tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999). Amalan
refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman individu selepas melakukan
sesuatu aktiviti. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Refleksi
dalam Internship membolehkan individu dibimbing untuk menaakul, memilih strategi
pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini
membolehkan individu khususnya para siswa guru dalam menghayati dan meningkatkan
profesionalisme keguruan secara efektif. Oleh itu, di dalam penulisan ini, saya akan hasilkan
satu refleksi berkaitan dengan pengalaman sewaktu mengumpulkan data, analisis serta
pengaplikasian data menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

2.0 Penulisan Refleksi


Berdasarkan pengalaman yang telah dilalui, sememangnya terdapat banyak perkara yang
telah dihadapi dalam melengkapkan tugasan laporan tersebut. Perkara tersebut termasuklah
dalam aspek komitmen atau kerjasama yang diberikan oleh para responden, kekeliruan
daripada pemilihan data dan pengaplikasian TMK untuk mendapatkan hasil laporan yang
terbaik.
Dalam aspek komitmen atau kerjasama para responden, segelintir responden
menjawab soalan dengan mengikuti arahan yang telah dinyatakan. Namun, segelintir lagi
kemungkinan kurang memahami soalan yang telah dinyatakan atau kemungkinan sengaja
memberikan jawapan yang kurang logik. Contohnya, penggunaan kewangan seharian yang
tidak masuk akal. Hal ini mengundang kepada penyusunan semula soalan bersama dengan
rakan seperjuangan yang lain dengan menyatakan arahan yang jelas. Langkah tersebut
sememangnya sangat membantu dalam kelancaran tugasan tersebut. Data yang diterima
untuk penyusunan semula soalan-soalan tersebut lebih baik berbanding dengan data
sebelumnya. Dengan data baru tersebut, laporan kajian dapat diteruskan dengan lancar.
Berdasarkan pemilihan data mentah pula, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat
sedikit kekeliruan dan permasalahan telah berlaku. Hal ini kerana saya dan rakan
seperjuangan yang lain berkongsi data yang sama dan terpaksa memilih data yang lebih
khusus untuk dijadikan sebagai sumber utama yang dikaji. Namun, dalam memastikan
keadaan tersebut tidak berlanjutan, setiap orang perlu menanam nilai persefahaman dalam
diri dan akur dengan keadaan sedemikian. Tuntasnya, setiap orang akhirnya berjaya
menyiapkan tugasan tersebut.
Berdasarkan pengalaman saya dalam pengaplikasian TMK, saya akui bahawa
pengaplikasian tersebut sangat membebankan saya. Hal ini demikian kerana saya kurang
tahu tentang aplikasi TMK tersebut. Oleh itu, saya mengambil masa yang lama untuk
memastikan data yang saya kaji untuk menghasilkan hasil laporan yang baik kerana dalam
proses menyiapkan data tersebut saya harus membuat sedikit revisi tentang aplikasi TMK
dalam proses penulisan laporan. Namun, pengalaman tersebut secara tidak langsung telah
memberikan manfaat kepada diri saya kerana kini saya semakin mahir dalam
pengaplikasian TMK. Kerana kemahiran sedemikian sememangnya akan berguna lagi pada
tugasan-tugasan lain kelak.

3.0 Kesimpulan
Natijahnya, penulisan refleksi tersebut banyak memberikan pencerahan kepada diri sendiri
bagi memastikan kelemahan atau kekurangan yang sama tidak diulangi lagi pada masa
akan datang.
Khususnya, penulisan refleksi ini dapat dijadikan sebagai platform untuk saya
menulis pencapaian yang telah diperolehi daripada tugasan yang diberikan. Contohnya
aplikasi TMK yang amat membantu saya dalam mendapatkan data daripda responden
dengan mudah. Hal ini demikan kerana pengaplikasian TMK dalam mengumpulkan data
secara atas talian an bukannya secara manual yang sememangnya akan melecehkan.
Selain daripada itu, pengaplikasian TMK dalam aspek pencarian maklumat tambahan juga
sangat mudah. Akhir sekali, penggunaan TMK seperti penggunaan komputer iaitu perisian
Microsoft Words dan Excel juga sangat membantu dalam memastikan data yang diperolehi
dapat disusun dengan kemas agar dapat diinterpretasikan kepada hasil dapatan yang
baik,tersusun dan tepat. Demikian juga dengan pencapaian yang lainnya seperti penerapan
nilai kegigihan dan persefahaman dalam diri.

4.0 Rujukan
Internet

Academia.Edu. Zainudin (2013). Panduan Menulis Refleksi. Diakses pada 24 September,


2019, dari URL: https://www.academia.edu/8014463/Panduan_menulis_refleksi

Cikgushare. (2016). Panduan Penulisan Refleksi. Diakses pada 22 September, 2019, dari
URL: http://www.cikgushare.com/2016/04/panduan-contoh-penulisan-impak-
refleksi.html

Nur Ilmiah. (2010). Scribd, Tujuan Refleksi : Definisi Internship . Diakses pada 24
September, 2019, dari URL: https://www.scribd.com/doc/40480349/Definisi-Refleksi

Sistemguruonline. (2016). Cara Penulisan Refleksi Yang Mudah, Tepat Dan Ringkas.
Diakses pada 26 September, 2019, dari URL:
https://www.sistemguruonline.my/2016/03/cara-penulisan-refleksi-yang-muda.html

Anda mungkin juga menyukai