Anda di halaman 1dari 63

TANDA BACA

1. Tanda Noktah ( . )
- Digunakan di akhir ayat
lengkap.

Contoh: Beliau baru sahaja selesai
menyampaikan ucap
utama.

- Di akhir ayat perintah atau suruhan
yang kadang-kadang terdiri
daripada satu kata sahaja.

- Contoh: Berhenti.
Jangan merokok.

- Penamat ayat tanya yang
berbentuk retorik, yang tidak
memerlukan jawapan.

Contoh: Mengapa kita tidak meneruskan
perbincangan ini lebih lanjut lagi.

- Penamat ayat tanya dalam ragam
cakap pindah.

Contoh: Dia bertanya siapakah
nama saudara.

- Kependekan nama.

Contoh: T.S. Lanang
M. Nasir
M.N. Azam

- Memisahkan angka ringgit dan
sen.

Contoh: RM88.98


- Sebagai tanda perpuluhan atau
pecahan.

Contoh: 2.5 peratus

2. Tanda Koma ( , )
- Sebagai unsur pemisah kata
atau frasa yang berurutan.

Contoh: Pak Kitul menjual tarap,
bambangan, durian, pulasan dan kuini.

- Nombor yang berurutan.

Contoh: 10, 20, 30



- Pembilang dan pengulangan.
Contoh: satu, dua, tiga

- kata/ungkapan yang diulang.
Contoh: Wang, wang, wang, semuanya
asyik memikirkan wang.
- Ayat setara.

Contoh:
Dia merebahkan dirinya yang letih
lesu itu di atas katil, lalu tidur dengan
nyenyaknya.
- Kata hubung tak setara.

Contoh:
Tidak dibenarkan masuk, kecuali
dengan urusan.


- Baris-baris pantun.

Contoh:
Kalau tuan ke Tamu Tuaran,
Jangan lupa membeli ragi;
Kalau tuan hendak berteman,
Jangan terpilih yang tak berbudi.

- baris-baris syair.

Contoh:
Dengarlah olehmu tuan,
Inilah kisah hamba khabarkan,
Tatkala Nabi hendak dilahirkan,
Tahulah habis laut dan daratan.
- Bahagian awal ayat dengan
petikan langsung.

Contoh:
Katanya, Saya akan datang pada hari
Isnin.

- Klausa komplemen yang
mendahului ayat induk.

Contoh:
Untuk menyiapkan projek itu, mereka
memerlukan masa yang panjang.
- Klausa keterangan musabab.

Contoh:
Oleh sebab keretanya rosak dalam
perjalanan, dia lambat tiba di pejabat.
- Kata seru di hadapan ayat induk.

Contoh:
Aduhai, seksanya badan yang
menanggung rindu!
- Kata pangkal ayat daripada
bahasa asing.

Contoh:
Insya-Allah, akan saya sampaikan
pesanan tuan itu apabila saya tiba di
sana.
- Nama khas di hadapan ayat induk.

Contoh:
Yang Berhormat, apakah keputusan
mesyuarat yang lalu?
- Kata pembenar di pangkal ayat.

Contoh:
Benar, dia tidak bercakap bohong.
- Kata pangkal ayat sebagai kata
praklausa.

Contoh:
Hatta, baginda pun belayarlah dengan
senang hati.


- Sebelum klausa yang berfungsi
sebagai pelengkap.

Contoh:
Pegawai itu berkata, kajian akan dibuat
segera.
- Selepas kata hubung tertentu di
akhir ayat.

Contoh:
Ada empat orang lagi yang terlibat
dalam peristiwa itu, sebenarnya.

- Selepas kata hubung pangkal ayat.

Contoh:
Oleh itu, pihak berkuasa

- Selepas kata hubung di pangkal
ayat yang disatukan dengan tanda
koma bertitik.

Contoh:
Dia sudah berlepas dulu: padahal kita
sudah berjanji akan berangkat
bersama-sama.

- Sebelum keterangan tambahan di
akhir ayat.

Contoh:
Ada dua warna yang menjadi
kegemarannya, iaitu biru dan ungu.

- Sebelum keterangan tambahan
yang membawa erti penidakan.

Contoh:
Dia dilahirkan di Telipok, bukan di
Tuaran.

- Sebelum keterangan tambahan
yang membawa erti
pengkhususan.
Contoh:
Harga barangan keperluan yang tidak
dikawal didapati melambung tinggi,
terutamanya pada musim perayaan.

- Sebagai unsur pengapit.

Contoh:
Perpaduan rakyat di Malaysia,
Negara yang tercinta ini, mendapat
sanjungan antarabangsa.

- Menunjukkan ada perkataan yang
telah dihilangkan.

Contoh:
Ayahnya berasal dari Labuan;
emaknya, Tawau.

- Memisahkan baris-baris dalam
alamat.

Contoh:
Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Cawangan Sabah,
Beg Berkunci 149,
88999 KOTA KINABALU.

3. Tanda Elipsis ()
- Menunjukkan pengguguran bahagian
teks (sama ada di awal atau akhir
ayat).
Contoh:
bahawa kita menemui perbezaan
asas antara semangat kapitalis dengan
prakapitalis.


- Menunjukkan satu siri atau senarai
yang bermaksud seterusnya.

Contohnya:
1, 2, 3,

- Menandakan hentian sebentar
dalam pengucapan.

Contoh:
Siapkan laporan inihari ini juga.
Kemudian beri satu salinan
kepadasaya.

4. Tanda Petik ( )
- Mengapit cakap ajuk.

Contoh:
Bila sampai? tanya Husin.

- Mengapit judul rencana, karangan,
puisi.

Contoh:
Sajak Dewi Malam, ditulis oleh
seorang penyair bukan Melayu.

- Mengapit istilah ilmiah atau kata
khusus.

Contoh:
Dalam majlis itu, dia memperkenalkan
isterinya walaupun dia tahu bahawa
aku tahu dia masih bujang.

5. Tanda Petik Tunggal ( )
- Digunakan dalam ungkapan atau
ayat yang sudah diapit tanda petik.
Contoh:
Amboi! Sejak menjadi orang kaya baru,
batang hidungnya pun tak nampak, sindir
Bungar.

6. Tanda Penyingkat ( )
- Digunakan untuk menunjukkan
ada bahagian kata atau nombor
yang hilang.

Contoh:
i. Cabaran itukan kusahut.
ii. Peristiwa itu berlaku pada tahun94.

7. Huruf Besar
- Huruf pertama cakap ajuk.

Contoh:
Tolong ke tepi sikit, bisik ibunya.


- Huruf pertama permulaan baris
puisi tradisional.

Contoh:
Kalau berbiduk ke Teluk Paitan,
Berbekal sirih juga pinang;
Kalau hidup tidak berteman,
Tidak ubah si kera sumbang.


8. Huruf Condong
- Judul karya seni dan penerbitan.

Contoh:
i. Judul buku: Salina, Merentas Laluan
ii. Judul Drama: Sembilu, Simbiosis


iii. Nama akhbar dan majalah: Berita Harian,
Utusan Malaysia, Jelita, Rapi, Nur

iv. Nama lukisan: Mona Lisa, Gadis
Melayu,

v. Nama lagu: Bahtera Merdeka,
Asmaradana, Getaran Jiwa,

- Arahan pentas.

Contoh:
Puan Azizah (berhenti sebentar di
muka pintu, lalu berkata perlahan):
Aku rasa mereka belum bangun!

9. Tanda Sempang ( - )

- Menunjukkan dan menegaskan ejaan
sesuatu perkataan.

Contoh:
k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g

- Menunjukkan pertuturan yang tidak
lancar.

Contoh:
m-m-maksud s-s-saya begitulah,
katanya dengan gagap.

- Memisahkan angka yang berbeza
fungsinya.

Contohnya: 088-439260
019-8808888

- Menggabungkan kata dasar yang
dipendekkan untuk menyatakan sifat.

Contohnya: Indo-Belanda
Sino-Kadazan

- Menunjukkan kata ganda.

Contoh: beribu-ribu
anak-anak kecil

10. Tanda Titik Bertindih
- Memperkenalkan atau
menambah keterangan.
Contoh:
Prinsip hidup saya senang sahaja:
Tekun dan ikhlas.

- Memisahkan:
- Subjudul dengan judul utama.
Contoh: Ekonomi Kini: Prinsip dan
Persoalan
- Nombor surah daripada nombor ayat
dalam al-Quran.
Contoh: Al-Baqarah 2:29

- Nombor jilid dan nombor halaman
rujukan bagi buku berjilid.
Contoh: Ensiklopedia Pelajar 2:5

- Nombor jilid, bilangan, dan halaman
rujukan bagi majalah.
Contoh: Dewan Budaya 8:6:7

- Tahun dan halaman rujukan bagi
penerbitan.
Contoh: Muhammad Haji Salleh,
1990:2

- Tempat terbit dan nama penerbit dalam
penulisan bibliografi.

Contoh:
Zaharah Nawawi, 2004. Merentas
Laluan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

- Menunjukkan nisbah.
Contoh:
Bagi pokok buah-buahan yang dewasa,
nisbah baja NPK yang sesuai ialah
12:12:17.



11. Tanda Koma Bertitik ( ; )
Memisahkan dua atau beberapa klausa
utama yang biasanya disambung
dengan kata hubung dan, tetapi, atau,
namun dan lalu. Contohnya:
i. Malam makin larut; kerja masih
banyak.



- Memisahkan klausa yang dimulai
dengan kata hubung juga, walau
bagaimanapun, malah, di samping
itu, oleh yang demikian, dsb.
Contohnya:
Harga barangan di pasaran tidak
turun; malah bertambah naik.
- Memisahkan klausa yang bersiri, yang
berlainan kategori, terutama jika
bahagian-bahagian keterangannya
dipisahkan oleh koma. Contoh:
Kepada tamu kehormat, diucapkan
terima kasih, kepada para peserta,
diucapkan tahniah; dan kepada para
AJK diucapkan, syabas.
12. Tanda Soal ( ? )
- Pada akhir ayat untuk
menyatakan soalan, sama ada ayat
itu dimulai dengan kata soal
ataupun tidak. Contoh:
Berapa harikah dia akan tinggal di
sini?
Siti itu anak Pak Malau?

- Tanda soal dalam kurungan menyatakan
ada fakta dalam ayat itu yang diragui
atau kurang dapat dibuktikan
kebenarannya. Contoh:
i. Kerugian yang dialami berjumlah satu
juta ringgit (?).
ii. Beliau meninggal dunia pada tahun
1990 (?).

13. Tanda Seru ( ! )
- Digunakan dalam ayat seru,
sama ada dengan kata seru
ataupun tidak. Contoh:
Wah, besarnya kereta awak!
Amboi, cantiknya awak hari ini!
Berjaya!


Pergi Tuaran membeli angsa,
Beli juga seikat ragi;
Asal bangsa daripada bahasa,
Rosak bahasa negara rugi.

Anda mungkin juga menyukai