Anda di halaman 1dari 1

Pada suatu petang, saya, Iman dan Azman bermain bola sepak di padang

awam. Kami selalu bermain selepas pulang dari sekolah. Cuaca pada hari tersebut
agak mendung. Kami bermain dengan gembira. Tanpa kami sedari terdapat sarang
lebah di atas pokok rambutan yang berhampiran dengan padang.
Tiba-tiba, bola yang disepak oleh Azman terkena sarang lebah yang
terdapat di atas pokok rambutan itu. Sarang lebah tersebut jatuh ke tanah lalu
pecah. Lebah-lebah yang terdapat dalam sarang tersebut terkejut lalu mengejar
kami.
Kami juga terkejut apabila terlihat sekumpulan lebah datang menyerbu ke
arah kami. Kami lari lintang-pukang ke arah sungai yang berhampiran untuk
menyelamatkan diri dari disengat lebah.
Sampai di sungai kami segera terjun ke dalam sungai. Kami terpaksa
menyelam dan menahan nafas buat seketika. Setelah memastikan lebah-lebah
tersebut tiada lagi, kami pun berenang ke tebing. Kami menarik nafas lega kerana
tiada sesiapa yang tercedera. Setelah mengemas peralatan bermain bola, kami
pun pulang ke rumah.

Anda mungkin juga menyukai