Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA
Mata Pelajaran

Bahasa Malaysia

Kelas

2 Al-Zahrawi

Tema/Tajuk

Cerita Rakyat / Si Tanggang

Masa

8:30pg 9:30pg

Fokus

Standard pembelajaran
2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi
perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf
dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul
.
2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:


1. Membaca dan memahami frasa dalam cerita Si Tanggang
yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong,
vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan
sebutan yang betul
2. Membaca kuat cerita Si Tanggang dengan lancar, sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca
1. Murid membaca cerita yang dipaparkan

Aktiviti

2. Murid bersoal jawab dengan guru


Pengisian Kurikulum
Bahan Bantu Belajar
Refleksi

3. Murid membuat aktiviti kumpulan


Nilai Murni
: Kasih Sayang

TMK
: ICT
Komputer, LCD, slaid powerpoint

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI

Pengisian

Set Induksi (5 minit)

Kurikulum
Nilai :

CATATAN
BBM : LCD Projektor, Laptop, Sedutan video
cerita Si Tanggang
1

Bersoal jawab dengan guru


1. Murid ditayangkan satu
babak dalam video
2. Murid ditanya cerita yang
mereka lihat tadi

EMK :
KB : Menjana
Idea,
menghubung
kait

3. Guru menghubungkait
dengan tajuk pelajaran hari
ini.
Langkah 1 (20 minit)
1. Murid membaca secara
mentalis dan memahami
frasa cerita Si Tanggang .

Nilai :
kerjasama
EMK : kreatif
KB : menjana
idea

Langkah 2 (20 minit)


1. Murid dipecahkan kepada
beberapa kumpulan.
Setiap ahli kumpulan
diminta membaca mekanis
cerita Si Tanggang
dengan lancar, sebutan
yang jelas dan intonasi

Slaid Cerita Si Tanggang

hand-out cerita Si Tanggang


Nilai :
menghargai
tinggalan
sejarah
EMK : kreatif
KB : Menjana
idea

yang betul mengikut tanda


baca
2. Setiap kumpulan perlu
memilih ahli kumpulannya
membacanya di hadapan
kelas.
3. Guru memberi maklum
balas terhadap cara bacaan
2

murid

Langkah 3 (10 minit)

*lembaran aktiviti

1. Murid membuat latihan


pengukuhan
( Peta alir)

..........

...........
...

...........
...

...........
...

...........
...

Urutan cerita Si Tanggang


2. Murid membaca urutan
cerita tersebut di hadapan
kelas

Penutup (5 minit)
1. Guru bertanyakan soalan
K 1. Perlukah kita
menghormati ibu dan bapa
kita? YA
K 2. Mengapa kita perlu
menghormati ibu dan ayah
kita? Supaya tidak menjadi
anak derhaka
K 3. Apakah pengajaran
daripada cerita ini ?Jangan
menderhaka kepada ibu dan
bapa kita
2. Guru membantu murid
merumuskan hasil pelajaran

Bina peta alir berdasarkan cerita Katak dibawah Tempurung

Aras rendah

.....

.....

.....

.....

.....

.....

.....

.....

.....

.....

REFLEKSI
Kelas 2 Al-Zahrawi merupakan kelas ketiga daripada empat kelas tahun 2. Kelas ini
mempunyai pelbagai latar belakang murid yang berbeza dan juga pelbagai aras pengetahuan
mereka.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan, murid diminta
membaca cerita secara mentalis pada peringkat awal, kemudian beberapa orang murid
dipanggil ke hadapan kelas untuk membaca secara mekanis. Saya telah merekod kesalahan
kesalahan yang dilakukan oleh murid seperti yang berikut:

membuang/meninggalkan (omission) bunyi huruf/perkataan /imbuhan yang

ditinggalkan
Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku kata
Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikan
Tambahan (insertion) bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambah
Pembalikan
(reversals)
huruf/perkataan/frasa
dibaca

secara

terbalik/songsang.
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca
dan perlu diberi perhatian oleh saya untuk mengatasinya. Selain itu, saya juga perlu
5

merekodkan masalah-masalah atau tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca,
iaitu:

membatang suku kata terlebih dahulu


bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan
membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan
membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak
tidak boleh membaca langsung

Maklumat lain yang perlu direkodkan adalah sekiranya murid mempunyai kecacatan
yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap, sengau, pelat, telor, masalah penglihatan, dan
masalah pendengaran.
Segala maklumat yang telah saya perolehi membolehkan saya merancang rancangan
pengajaran pemulihan bacaan untuk murid yang bermasalah. Margaret et.al., 1989) telah
menyarankan beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan yang boleh dijadikan pegangan
oleh guru dalam membantu muridnya membaca.
Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan ujian
diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan dan tahap bacaan
murid.
Murid perlu diberi tangungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid akan dapat
belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian. Gunakan setiap
jenis bacaan ini mengikut keperluan murid. Bacaan senyap sangat berkesan untuk mengajar
murid mengawal proses bacaan mereka sendiri. Manakala bacaan nyaring pula sangat
berkesan untuk meningkatkan kemahiran sebutan dan kelancaran bacaan.
Sepanjang sesi pengajaran bacaan disarankan mengikut langkah-langkah pengajaran
yang meliputi komponen-komponen bacaan berikut:
Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan bacaan mengikut
tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan menjumpai perkataan-perkataan baru dan
juga konsep-konsep baru di bawah bimbingan guru yang akan membantu menyelesaikan
masalah dan juga membantu mereka menguasai bahan bacaan dengan baik.
6

Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru


mungkin akan memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid tertentu membaca
dengan memberi fokus kepada aspek tertentu dalam bacaan. Cara ini akan membantu murid
memfokus kepada aspek bacaan yang mereka hadapi kesukaran.
Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid untuk mengingat
semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan digunakan untuk
mengingat semula seperti makna perkataan dan bahan bacaan yang telah dipelajari sebelum
itu.
Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid
mendapati membaca dapat memberi maklumat, dan menyeronokkan. Pada peringkat ini
murid digalakkan memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka iaitu
dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.
Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui
pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan
pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain
lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca.
Oleh itu guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya
kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu
dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam
bacaan

Anda mungkin juga menyukai