Anda di halaman 1dari 18

KERTAS 1

(40 MARKAH)

1. Rajah 1 menunjukkan dua jenis haiwan P dan Q?

Haiwan P Haiwan Q

Rajah 1

Haiwan yang manakah dapat dikelaskan seperti haiwan tersebut ?

P Q
A. Kerang Udang
B. Arnab Tapak sulaiman
C. Belalang Sotong
D. Cacing Beluncas

2. Rajah 2 menunjukkan tentang keadaan seekor haiwan.

Rajah 2

Bagaimanakah haiwan tersebut memastikan kemandirian spesisnya?

A. Haiwan ini menyembunyikan telurnya di tempat yang tersorok.


B. Haiwan ini mengeramkan telurnya sehingga menetas
C. Haiwan ini mengeram telur dengan melingkari telurnya
D. Haiwan ini menghasilkan telur yang banyak dan berlendir

3. Rajah 3 menunjukkan tumbuh-tumbuhan yang dikelaskan kepada tiga kumpulan J, K dan


L.

J K L

Rajah 3
J K L
A. Angin Haiwan Air
B. Haiwan Mekanisme letupan Air
C. Angin Air Haiwan
D. Air Haiwan Angin

4. Rajah 4 menunjukkan sejenis haiwan.

Cangkerang

Rajah 4
Haiwan itu didapati mati apabila dipisahkan daripada cangkerangnya.
Mengapa situasi tersebut berlaku?

A. Haiwan itu tidak dapat bergerak tanpa cangkerangnya


B. Haiwan itu memerlukan cangkerangnya untuk bernafas
C. Haiwan itu tidak dapat tumbesar tanpa cangkerangnya
D. Haiwan itu memerlukan cangkerangnya untuk perlindungan

5. Rajah 5 menunjukkan jari seorang lelaki menyentuh sejenis pokok.


Rajah 5
Didapati lelaki tersebut menarik tangan dengan pantas setelah terkena duri pokok tersebut.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan gerak balas lelaki itu?

A. Duri kaktus mempunyai bisa


B. Pokok kaktus bergerak balas terhadap air
C. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan sentuhan
D. Manusia bergerak balas terhadap tumbuhan hijau

6. Rajah 6 menunjukkan satu proses yang terlibat dalam pernafasan.

Rajah 6

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang proses di atas?

A. Peparu mengembang dan menyebabkan dada turun semula


B. Peparu mengecut dan menyebabkan dada ternaik ke atas
C. Proses ini disebut sebagai proses menarik nafas
D. Udara yang dihembus mengandungi banyak karbon dioksida

7. Rajah 7 menunjukkan sejenis aktiviti pertanian di Malaysia?


Rajah 7
Nyatakan jenis tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian tersebut?

A. Tanah kebun
B. Tanah pasir
C. Tanah liat
D. Tanah gambut

8. Rajah 8 menunjukkan sistem perkumuhan manusia.

Rajah 8

Apakah fungsi organ yang ditunjukkan?

A. Membebaskan karbon dioksida dan wap air


B. Menyingkirkan peluh
C. Menyingkirkan hasil buangan dalam bentuk air kencing
D. Menyingkirkan hasil buangan dalam bentuk tinja

9. Antara berikut manakah yang membantu menguatkan gigi?

A. B.
C. D.

SUSU

10. Rajah 9 menunjukkan satu jenis gigi manusia.

Rajah 9
Apakah fungsi gigi tersebut?
A. Memotong makanan
B. Menyiat makanan
C. Memecahkan dan melumatkan makanan
D. Mengoyakkan cebisan daging yang dimakan

11. Azlan ingin menjalankan satu penyiasatan untuk membuktikan biji benih kacang hijau
memerlukan air untuk bercambah. Antara langkah-langkah berikut, manakah yang tidak
wajar dilakukannya dalam penyiasatan tersebut?
A. Sediakan dua bikar berisi kapas
B. Lembapkan kapas dalam salah satu bikar
C. Renjiskan air pada kedua-dua bikar setiap hari
D. Letakkan biji benih di atas kapas dalam kedua-dua bikar

12. Rajah 10 menunjukkan satu persamaan kimia bagi proses hidup tumbuhan.

Karbon dioksida klorofil Kanji


+ +
Air cahaya matahari X
Rajah 10
Apakah kepentingan X pada manusia ?

A. Z membolehkan manusia bernafas


B. Z membekalkan sumber air pada manusia
C. Z membekalkan karbon dioksida kepada manusia
D. Z membolehkan manusia mendapat sumber makanan

13. Rajah 11 menunjukkan satu situasi di jalan raya.

Rajah 11

Antara berikut yang manakah menggunakan prinsip yang sama seperti rajah 11?

A. Persembahan wayang kulit


B. Pensel yang dimasukkan ke dalam gelas lutsinar berisi air
C. Alur cahaya daripada rumah api
D. Periskop di dalam kapal selam

14. Rajah 12 menunjukkan satu alat di dapur.


Rajah 12

Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku dalam alat pada rajah 12?
A. Tenaga elektrik  tenaga haba
B. Tenaga kimia  tenaga kinetik
C. Tenaga elektrik  tenaga kinetik + tenaga bunyi
D. Tenaga kimia  tenaga kinetik  tenaga bunyi

15. Rajah 13 menunjukkan penyiasatan tentang sifat gas.

Picagari

Rajah 13
Apakah yang dapat dibuktikan dalam penyiasatan ini?
A. Gas boleh dimampatkan
B. Gas memenuhi ruang
C. Gas mempunyai jisim yang tetap
D. Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap

16. Jadual 1 menunjukkan alat K, L dan M yang digunakan untuk mengukur.


Alat Kegunaan
K Panjang sebuah meja
L Jisim sebiji buah mangga
M Isipadu sebuah kuboid
Jadual 1
Apakah yang diwakili oleh K,L dan M?
K L M
A. Bikar Pembaris Neraca
B. Neraca Bikar Pembaris
C. Neraca Pembaris Bikar
D. Pembaris Neraca Pembaris

17. Rajah 14 menunjukkan suatu acara larian yang diadakan pada hari sukan sekolah.

Rajah 14

Antara berikut, yang manakah boleh digunakan untuk mengukur masa yang paling tepat
bagi aktiviti pada rajah 14?

A. Jam dinding
B. Jam tangan
C. Jam randik
D. Jam loceng

18. Azmah sedang menyediakan jus buah yang sejuk untuk dibawa berkelah. Bahan manakah
paling sesuai digunakan untuk menyimpan jus buah tersebut supaya kekal sejuk?

A. Bekas papan
B. Bekas polisterina
C. Bekas logam
D. Bekas plastik

19. Rajah 15 menunjukkan sebuah kubus rubik.


Rajah 15
Antara berikut, manakah menghuraikan prinsip cahaya dengan tepat tentang kubus itu?

A. Kubus rubik tidak membenarkan cahaya menembusinya.


B. Kubus rubik membenarkan hanya sebahagian cahaya menembusinya.
C. Kubus rubik membenarkan cahaya yang sangat terang menembusinya.
D. Kubus rubik membenarkan semua cahaya menembusinya.

20. Dalam satu eksperimen, magnet X didekatkan dengan magnet Y sedikit demi sedikit
seperti rajah 16.

spring dinding

Magnet X Magnet Y
Rajah 16
Ramalkan pemerhatian terhadap spring ?
A. Magnet X dan Y melekat pada spring
B. Magnet X dan Y menjauhi spring
C. Spring memanjang sedikit demi sedikit
D. Spring memendek sedikit demi sedikit

21. Rajah 17 menunjukkan sebuah jambatan keluli.


Pengguling
Pengguling

Rajah 17
Antara berikut yang manakah benar mengenai kegunaan pengguling pada jambatan
keluli dalam rajah di atas?
A. Membenarkan jambatan mengembang pada hari panas.
B. Menjimatkan kos pembinaan jambatan keluli
C. Mengurangkan berat jambatan keluli tersebut
D. Menjadikan jambatan keluli kelihatan cantik.

22. Seorang murid menguji beberapa bahan seperti berikut dengan menggunakan kertas
litmus.
P- Air mangga
Q- Larutan serbuk penaik
R- Larutan cuka
S- Ubat gigi
Bahan manakah yang akan menukarkan kertas litmus biru menjadi merah dan merah
menjadi biru?
Biru menjadi merah Merah menjadi biru
P Q
A
R S
B S P
C
R p
D

23. Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan tentang kecerahan mentol dalam litar
elektrik. Antara berikut, yang manakah bukan keutamaan untuk dipertimbangkan dalam
penyiasatan itu?
A. Kedudukan suis
B. Jenis mentol yang digunakan
C. Susunan mentol
D. Bilangan mentol

24. Antara yang berikut, manakah yang tidak membantu pokok kelapa hidup di kawasan
yang berangin kencang di kawasan pinggir pantai?

A. Batang berbentuk silinder


B. Batang yang mudah melentur
C. Daun licin dan berbentuk tirus
D. Pokoknya yang berakar serabut

25. Manusia pada zaman dahulu tidak mempunyai alat pengukur masa yang piawai.
Rajah 18 menunjukkan satu alat terawal dicipta untuk tujuan tersebut.

Rajah 18
Antara berikut, manakah peristiwa yang sepadan fungsinya seperti alat pada rajah 18?
A. Kejadian ribut petir
B. Kemunculan tahi bintang
C. Pembentukan pelangi
D. Perubahan bentuk bulan di langit

26. Puan Janet mendapati sebahagian besar pagar besinya telah berkarat. Antara langkah
yang berikut, manakah yang paling baik dilakukannya untuk mencegah pengaratan pada
pagar besi itu?
A. Cat semula pagar besi itu tanpa membuang karatnya
B. Kikis semua karat dan kemudian cat semula pagar besi
C. Panaskan bahagian yang berkarat dan kemudian sapu cat
D. Basuh pagar dengan air dan kemudian sapu cat pada pagar besi

27. Rajah 19 menunjukkan susunan satu litar elektrik.

P Q

R S

Rajah 19

Apakah yang akan berlaku jika mentol Q terbakar?

P – Mentol P tidak menyala

Q – Mentol R dan S masih menyala

R – Mentol P, Q dan R tetap menyala

A. P dan Q sahaja

B. P dan R sahaja

C. Q dan R sahaja

D. P, Q dan R

28. Empat bekas air yang berbeza saiz diisi dengan isipadu air yang sama dan diletakkan di
bawah sinaran cahaya matahari selama tiga jam. Isipadu di dalam setiap bikar selepas
tempoh itu dicatatkan seperti jadual 2.
Bekas R S T
Isipadu air pada awal penyiasatan (ml) 20 20 20
Isipadu air pada akhir penyiasatan (ml) 10 15 5
Jadual 2
Antara pernyataan berikut, manakah yang benar?
A. Penyejatan air di dalam bekas R adalah yang paling cepat
B. Penyejatan air di dalam bekas T lebih cepat daripada bekas R dan S
C. Penyejatan air dalam ketiga-tiga bekas berlaku pada kadar yang sama
D. Penyejatan air dalam bekas S lebih cepat berbanding bekas R tetapi lebih lambat
daripada bekas T

28. Fadlan telah cuba membuka penutup botol air mineral beberapa kali tetapi tidak berjaya.
Antara berikut cadangan yang manakah paling mudah untuk membuka botol itu?
A. Memanaskan botol itu
B. Menyapu minyak pada botol
C. Merendam penutup botol dalam air sejuk
D. Merendam penutup botol dalam air panas

30. Rajah 20 menunjukkan satu objek keperluan kegiatan aktiviti luar persatuan unit seragam
sekolah.

Rajah 20
Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membeli objek tersebut?
A. Warna
B. Kalis air
C. Keanjalan
D. Konduksi elektrik
31. Rahayu memegang sebiji belon seperti yang ditunjukkan seperti rajah 21 di bawah.
Rajah 21

Bentuk belon boleh berubah dengan mudah. Apakah sebabnya?

A. Udara memenuhi ruang

B. Udara mempunyai berat

C. Udara tidak mempunyai bentuk tetap

D. Udara tidak boleh dilihat

32. Rajah 22 menunjukkan sejenis magnet yang menarik beberapa batang paku besi.

Rajah 22

Apakah bentuk magnet tersebut?


A. Magnet U
B. Magnet ladam
C. Magnet bar
D. Magnet bulat

33. Rajah 23 menunjukkan dua gelas yang terlekat

X
Rajah 23

Apabila gelas direndam di dalam air panas , kedua-dua gelas tersebut senang diasingkan.

Berikan alasan yang paling sesuai.

A. gelas W mengecut

B. suhu gelas W menurun

C. gelas X mengembang

D. suhu gelas X meningkat

34. Rajah 24 menunjukkan satu fenomena.

Rajah 24
Antara penyataan berikut, yang manakah betul tentang fenomena itu?
A. Bumi berputar pada paksinya dari Barat ke Timur
B. Bulan berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi Bumi
C. Bulan, Bumi dan Matahari berputar pada paksinya dari Barat ke Timur
D. Bulan beredar mengelilingi Bumi dan pada masa yang sama Bulan dan Bumi beredar
mengelilingi Matahari
35. Rajah 25 menunjukkan manusia mencipta beberapa alatan untuk mengatasi had
keupayaan.
Stetoskop Teleskop Binokular Mikrofon

Rajah 25
Antara berikut, yang manakah menerangkan dengan betul tentang fungsi alat itu dicipta?
A. Stetoskop untuk melihat objek yang kecil
B. Teleskop untuk menguatkan bunyi yang perlahan
C. Binokular untuk melihat objek yang jauh
D. Mikrofon untuk melihat objek yag kecil

36. Rajah 26 menunjukkan seorang angkasawan di Bulan.

Rajah 26
Mengapa Angkasawan ini boleh terapung dipermukaan Bulan?
A. Jisimnya berkurang
B. Tiada udara di Bulan
C. Daya tarikan graviti yang lemah di Bulan
D. Tiada daya tarikan graviti di Bulan

37. Rajah 27 di bawah menunjukkan sebuah rumah api.


Rajah 27

Rumah api dibina menggunakan bentuk selinder supaya lebih stabil dan

A. mudah dilihat oleh kapal.

B. mengurangkan kesan tiupan angin

C. boleh melindungi rumah api dari dibanjiri air.

D. mengurangkan getaran air pasang surut.

38 Maklumat 1 merujuk kepada langkah-langkah keselamatan yang diambil di bandar K yang


kerap dilanda gempa bumi.

Di bandar K, pihak berkuasa tempatan melarang pembinaan bangunan yang melebihi


ketinggian lima tingkat. Setiap bangunan yang dibina pula diperkukuhkan dengan
lebih banyak besi dan keluli.

Maklumat 1

Apakah faktor yang diambil kira oleh pihak berkuasa tempatan tentang pembinaan
bangunan di bandar tersebut ?
A. Kestabilan bangunan
B. Kekuatan bangunan
C. Kestabilan dan kekuatan bangunan
D. Luas tapak bangunan yang dibina

39.Rajah 28 di bawah menunjukkan empat bentuk asas.


R S T U

Rajah 28

Apakah bentuk R, S, T dan U?

R S T U

A Kon Kiub Silinder Sfera

B Silinder Sfera Kon Kiub

C Sfera Kon Kiub Silinder

D Kiub Silinder Sfera Kon

40. Rajah 29 menunjukkan satu alat ciptaan teknologi.

Rajah 29

Antara alat berikut, yang manakah mempunyai fungsi yang sama seperti alat tersebut?

A Megafon

B. Mikroskop

C. Komputer

D. Mesin Fax

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai