Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN PERASMIAN

TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN


Terima kasih Pengacara Majlis,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera kepada

Terima kasih Pengacara Majlis, Asalamulaikum warahmatuallahi taala wabarkatuh


selamat pagi dan salam sejahtera kepada ketua ketua bahagian serta para peserta
kursus yang hadir dalam majlis ini. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama
merafakkan kesyukuran ke hadrah Illahi kerana dengan izin dan inayahNYA kita
dapat bersama dan melaksanakan majlis/kursus pada hari ini. Mula2 sekali saya
ingin menyampaikan salam maaf dari PB kerana tidak dapat hadir kerana beliau
terlibat dengan komitmen lain, sehubungan saya telah diamanatkan oleh beliau
untuk menyampaikan teks ucapan beliau seterusnya merasmikan Kursus Induksi
Khusus Jabatan ini.Teks ucapan beliau adalah seperti berikut. Asalamulaikum
warahmatuallahi taalahi wabarkatuh dan salam sejahtera. Mula2 sekali, saya ingin
mohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis ini atas sebab komitmen tugas yang
lain yang tidak dapat dielakkan. Saya di fahamkan bahawa Kursus Induksi Jabatan
pada kali akan diadakan selama dua hari, di mana terdapat seramai 17 orang
kakitangan Jabatan ini telahpun ditawarkan untuk mengikuti ini. Kursus ini adalah
merupakan kursus yang wajib di hadir oleh setiap kakitangan Jabatan ini kerana
ianya melibatkan syarat wajib untuk proses pengesahan jawatan. Sehubungan saya
mengharapkan agar semua peserta kursus dapat memberi perhatian yang serius
dan mengikuti kursus selama 2 hari ini dengan bersungguhsungguh, penuh
komitmen dan berjaya dengan cemerlang. Peserta kursus yang saya hormati, Saya
amat bersyukur pada pagi ini kerana kursus induksi ini berjaya dilaksanakan pada
tahun ini. Bagi peserta yang mengikuti kursus ini dengan jayanya adalah peserta
yang beruntung kerana tuan/puan telahpun berjaya memenuhi satu syarat wajib
bagi proses pengesahan jawatan. Saya juga telah difaham kan bahawa seramai 4
orang kakitangan(Lantikan pegawai sedang berkhidmat) telah ditawarkan untuk
mengikuti kursus ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Sepertimana yang tuan/
puan ketahui objektif utama kursus Induksi Khusus ini adalah untuk memberi
pendedahan serta pengetahuan asas mengenai fungsi dan komponen yang ada di
semua bahagian dalam Jabatan keretapi Negeri Sabah. Selain daripada itu, ianya
adalah bertujuan untuk menerapkan nilainilai murni dan etika kerja yang perlu ada
dalam diri kakitangan Jabatan ini. Saya juga dimaklumkan bahawa, pada pagi ini
akan diadakan majlis menandatangani Surat Aku Janji dan seterusnya pembacaan
Ikrar Aku janji. Untuk pengetahuan kepada semua kakitangan baru, sebagai seorang
anggota kakitangan kerajaan adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan
prinsip:Aku Janji ini yang mana ianya merupakan janji pejawat awam untuk
mematuhi Perintah Am Negeri sabah 1982 dan pekelilingpekeliling yang berkaitan.
Jika seseorang pejawat awam telah didapati melanggar prinsip Aku Janji ini, maka
pejawat awam tersebut boleh dikenakan tindakan dan dijatuhkan hukuman
tatatertib. Kecemerlangan dalam sesebuah organisasi Jabatan bergantung kepada
nilai-nilai murni kakitangan pekerja itu sendiri. Ini adalah kerana kakitangan pekerja
sesebuah Jabatan adalah satu aset yang paling penting dan utama bagi tujuan
melaksanakan apa saja perancangan yang telah dicadangkan oleh Jabatan untuk
proses pelaksanaan selanjutnya. Jabatan yang dianggotai oleh individu individu

yang cemerlang dan berdedikasi pasti dapat melaksanakan tugasan dengan baik
dan memuaskan. Saya juga mengharapkan agar setiap warga JKNS ini dapat
menjadi satu modal insan yang berintregiti dan mempunyai wawasan. Ini kerana
kita selaku warga JKNS adalah terlibat langsung dalam semua program yang telah
dirancang oleh Kerajaan Negeri dan perlu dilaksanakan oleh Jabatan ini bagi
kepentingan orang awam. Dalam hubungan ini, saya menyeru kepada semua warga
JKNS supaya terus berusaha dengan gigih bagi membantu Jabatan ini dalam
melaksanakan apa jua bentuk program yang perlu dilaksanakan. Saya yakin dengan
adanya semangat bekerja dalam satu pasukan dan didokong oleh ketua ketua
Bahagian masing-masing, sudah pasti usaha ini dapat mewujudkan sebuah Jabatan
yang pragmatik dan berwibawa agar dapat memberi perkhidmatan yang lebih
efektif, sistematik, berkualiti dan memuaskan. Dalam era globalisasi sekarang,
ramai orang awam pasti nya mempunyai info yang terkini, maka itu sebagai warga
JKNS perlu bersedia dalam apa jua situasi dalam memberi makluman mahupun Info
yang jelas apabila diperlukan oleh orang awam. Maka itu sebagai warga JKNS perlu
berilmu agar setiap makluman dan info yang diperlukan oleh orang awam dapat
diberi penjelasan dengan jelas dan tepat. Saya menyeru kepada semua warga JKNS
supaya menanamkan sifat berdisiplin dan komitted dalam tugasan masing-masing
bagi memberikan mutu perkhidmatan yang berkualiti tinggi, sistem penyampaian
yang berkesan serta memenuhi rasa aspirasi dan ekspektasi pelanggan.
Sesungguhnya kita harus peka bahawa Jabatan ini adalah satu satunya Jabatan
yang menyumbangkan perkhidmatan pengangkutan kepada orang awam. Maka itu
Jabatan ini harus sentiasa bersedia dan berusaha untuk menambahbaik layanan
dan perkhidmatan yang sedia ada bagi tujuan keselesaan dan kepuasan pelanggan.
Sempena dengan pelaksanaan Kursus Induksi Khusus selama 2 hari ini, saya
mengharapkan agar tuan/puan dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan
Jabatan ini, dan sekurang-kurangnya warga JKNS yang baru berkhidmat di Jabatan
ini dapat mempertingkatkan imej dan kecemerlangan Jabatan ini. Dalam
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK urusetia
Pelaksana Kursus Induksi Khusus Jabatan ini kerana berjaya melaksanakan kursus
tersebut. Dengan lafaz Bismillahniramannirahim dengan ini saya rasmikan Kursus
Induksi Khusus Jabatan Keretapi Negeri Sabah bagi Bilangan 1/Tahun 2012 . Sekian
dan terima kas

Anda mungkin juga menyukai