Anda di halaman 1dari 5

PRASEKOLAH MUTIARA IPGKTAR 1

Mac 2020

KERTAS KERJA

PROGRAM ANAK ANGKAT 2020

TARIKH

MAC 2020

TEMPAT

BETONG, SARAWAK

ANJURAN

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK


PRASEKOLAH MUTIARA IPGKTAR 2
Mac 2020

1.0 TAJUK

Program Anak Angkat 2020

2.0 PENDAHULUAN

Program Anak Angkat 2020 ini dirancang bagi melatih dan memberi pendedahan
kepada siswa guru PAKK1618 untuk mengaplikasikan ilmu kepimpinan, kemasyarakatan,
nilai kasih sayang dan dedikasi yang dipelajari dengan menabur bakti kepada masyarakat
setempat. Selain itu, program ini memberi peluang kepada siswa guru untuk mengenali
budaya dan adat resam masyarakat setempat, berkolaboratif bersama mereka dan
menyumbang pengetahuan serta kemahiran kepada masyarakat sekitar.

3.0 RASIONAL

Siswa guru merupakan aset penting pembentukan modal insan dan bakal menjadi pemimpin
generasi akan datang serta berperanan sebagai pembina bangsa dalam persekitaran
kepelbagaian sosiobudaya. Oleh itu mereka perlu didedahkan dengan pelbagai program luar
yang melibatkan masyarakat bagi melatih mereka memahami dan peka kepada kepelbagaian
sosiobudaya di Sarawak. Pengetahuan dan pengalaman berharga yang diperoleh melalui
program anak angkat ini diharap dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar apabila menjadi
guru kelak. Melalui program ini juga siswa guru akan dilibatkan dengan pelbagai kegiatan
yang menjurus kepada kecemerlangan akademik, sahsiah terpuji dan kualiti kepimpinan untuk
dimanfaatkan kepada diri dan masyarakat. Selain itu, terdapat kursus yang diambil oleh siswa
guru yang berkaitan dengan program ini iaitu EDUP3073 Budaya dan Pembelajaran dan
PAKK3362 Pengajian Sosial Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memahami konsep budaya, sosiobudaya dan teori sosial secara kontekstual.
4.2 Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu
serta berganding bahu bersama masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti yang
dijalankan.
4.3 Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan
secara aktif dalam kumpulan.
4.4 Mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh siswa guru untuk
dikongsi bersama keluarga angkat dan masyarakat sekitarnya.
PRASEKOLAH MUTIARA IPGKTAR 3
Mac 2020

5.0 CADANGAN TEMPAT DAN TARIKH

5.1 Tempat : Betong


5.2 Tarikh : Mac 2020
5.3 Tempoh : 3 hari 2 malam

6.0 KUMPULAN SASARAN

6.1 Siswa Guru PISMP PAKK Ambilan Jun 2018 (PAKK1618)

7.0 SENARAI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA AHLI
Pengerusi Pn Roha bt Tamit (KJIP)
Penyelaras Pn Zuraidah bt Maseri
Setiausaha Pn Zulelawati bt Bujang
JK Kerja Siswa Guru PISMP PAKK1618

8.0 TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA
BIL MASA AKTIVITI
- Siswa guru berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran
1. 8.00 pagi IPGKTAR
- Pendaftaran Peserta
2. - Siswa guru dan Pensyarah Pengiring menaiki bas dan
8.30 pagi
bergerak ke lokasi program
3. 1.30 petang - Siswa guru dan pensyarah dijangka tiba di lokasi program
4. 2.00 petang -Makan tengah hari / solat / rehat
Majlis Penyerahan Anak Angkat
- Siswa guru berkumpul di Balairaya / Dewan Masyarakat
- Bacaan Doa
4. 3.00 petang
- Ucapan aluan & perasmian oleh tetamu VVIP
- Ucapan daripada wakil IPGKTAR
- Penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat
5. 4.30 petang Minum petang
Aktiviti bersama keluarga angkat
6. 5.00 petang
-sesi suaikenal
Program Pengimarahan Masjid (Siswa guru Islam)
7. 6.30 malam - Solat berjemaah / tazkirah
Program Kerohanian ( Siswa guru bukan Islam)
SLOT 1
- Program bersama siswa guru dan keluarga angkat
8. 8.30 malam
- Sesi suai kenal bersama masyarakat setempat
- Program Pautan Ukhwah
9. 10.00 malam - siswa guru bersurai
PRASEKOLAH MUTIARA IPGKTAR 4
Mac 2020

HARI KEDUA
BIL MASA AKTIVITI
1. 5.30 pagi Solat Subuh Berjemaah
2. 7.00 pagi Senamrobik
3. 7.30 pagi Gotong-royong bersama penduduk kampung
Aktiviti Bersama Keluarga Angkat
4. 10.00 pagi -sesi perkongsian ilmu
-mengenali sosiobudaya
Program Riadah Bersama Keluarga Angkat (Aktiviti
outdoor)
5. 4.00 petang - Lumba Lari Berkain Pelikat
- Bowling Padang
- Cari Gula-gula dalam tepung (kanak-kanak)
- Solat Maghrib secara berjemaah / kuliah maghrib / solat
6. 6.30 malam Isyak secara berjemaah
- Aktiviti kerohanian (untuk siswa guru bukan Islam)
7. 8.30 malam - Malam Kebudayaan (Malam Penyatuan Ukhwah)
8. 10.30 malam - Majlis bersurai

HARI KETIGA
BIL MASA AKTIVITI
1. 5.30 pagi - Solat Subuh bersama penduduk kampung
2. 7.30 pagi - Aktiviti bersama keluarga angkat
Majlis Perasmian Penutup
- Ketibaan Tetamu Kehormat VVIP
- Nyanyian lagu Negaraku
- Nyanyian lagu Ibu Pertiwiku
- Bacaan doa
3. 10.00 pagi
- Persembahan Multimedia
- Ucapan oleh Yang Berusaha Pengarah IPGKTAR
- Ucapan Perasmian Penutup oleh Tetamu VVIP
- Penyampaian Cenderahati daripada pihak IPGKTAR kepada
pihak yang terlibat
- Jamuan makan tengah hari
12.00
4. - Majlis bersurai
tengah hari
- Siswa guru berangkat pulang ke IPGKTAR

10.0 ANGGARAN KOS

Bi Perkara Kuantiti Harga Jumlah


l
1 Sijil peserta program 30 RM0.50 RM15
2 Cenderamata RM400
(Malam kebudayaan, 4
Sukaneka, Cenderahati
VVIP dan keluarga angkat)
3 Banner 1 RM150 RM150
4 Alat tulis (kertas, tag nama RM100
dan alat tulis)
PRASEKOLAH MUTIARA IPGKTAR 5
Mac 2020

5 Air mineral 10 kotak RM12 RM120


6 Jamuan 1 RM100
(Majlis Penyerahan Anak 0
Angkat, Gotong Royong
dan Majlis Penutupan)
RM178
5

11.0 PENUTUP

Program Anak Angkat ini merupakan satu lagi program yang diharapkan dapat memberi
banyak manfaat kepada siswa guru yang mengikuti program ini. Malah diharapkan juga
manfaat yang akan diperoleh nanti dapat dikongsi bersama dengan penduduk kampung yang
terlibat. Program seumpama ini adalah sangat baik dan berguna kepada siswa guru untuk
memantapkan kamahiran insaniah (soft skills) dalam diri mereka. Melalui pengalaman dan
pengetahuan yang akan diperoleh nanti pastinya akan dapat membantu mereka membina
keyakinan diri dan meningkatkan lagi motivasi mereka untuk bergiat secara aktif di dalam
program kemasyarakatan.

Adalah diharapkan program ini akan mendapat perhatian dan kerjasama semua pihak dan
seterusnya dapat dijalankan selancar mungkin bagi memastikan objektif program ini dapat
dicapai.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

...................................... ....................................
(ZAIDAH BT MUHAINI) (ROHA BT TAMIT)
Pensyarah Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKTAR, Kota Samarahan IPGKTAR, Kota Samarahan

Anda mungkin juga menyukai