Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN BAGI PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT

BERUNIFORM SK SAMARAHAN ESTATE 2016.

1.0 PENGENALAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu daripada aktiviti pendidikan luar yang kali dianjurkan
oleh pihak sekolah dalam usaha menangani segala bentuk masalah sosial yang semakin menjadi di
negara kita dewasa ini. Dengan adanya, aktiviti sebegini dapatlah kita mendidik murid-murid kita supaya
menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri dalam setiap perkara.
Pada tahun ini, pihak Sekolah Kebangsaan Samarahan Estate, Serian telah merangka sebuah kertas kerja
bagi melaksana Aktiviti Perkhemahan Bersepadu unit berunifrm tahun 2016.. Dengan adanya kerjasama
dari setiap unit beruniform di sekolah ini, diharapkan program ini dapat dijayakan dengan cemerlang dan
tercapai objektifnya.

2.0 NAMA PROGRAM


Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 2016, SK Samarahan Estate, Serian.

3.0 MATLAMAT
Antara matlamat program ini adalah
i. Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan
dan jurulatih.
ii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
iii. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
iv. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0 Objektif
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:
i. Melahirkan rasa syukur dengan alam kurniaan tuhan yang Maha Esa.
ii. Merasai suasana bermalam di dalam khemah.
iii. Berdikari semasa melakukan kerja individu seperti mengemas khemah, mencuci kasut dan mengurus
diri sendiri.
iv. Menyatakan rasa seronok semasa melakukan aktiviti seperti mengembara di dalam hutan di sekitar
mereka dsbnya.

5.0 JAWATANKUASA INDUK


PENGERUSI:
En. Mustapha Hj Reli
(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI:
En. Yackub Bin Abdullah
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

KETUA PROJEK & PENYELARAS KOKURIKULUM:


En. Yackub Bin Abdullah

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM :


En. Damaq Anai
SETIAUSAHA : KETUA UNIT PENGAKAP:
En. Shazzuwan Zakaria Pn. Suzana Hj Saury

BENDAHARI : KETUA UNIT PBSM:


Pn. Johani Ameran Pn. Hamkidah Binti Osman

KETUA PERKHEMAHAN: PENOLONG KETUA PERKHEMAHAN :


En. Ibrahim Idi En. Dolyahidi Mat Omar

PERALATAN:
En. Dolyahidi

IBADAH:
En. Shazuwan Zakaria
Cik Nurul Hashikin
Cik Nuridah Binti Battari

DISIPLIN PESERTA:
Pn. Kamisiyah Adom
Semua guru

6.0 AHLI JAWATANKUASA KECIL


AKTIVITI:
En. Yackub bin Abdullah
Cik Nuridah Binti Battari
En. Jeremaiah Lingi

KESELAMATAN:
En. Ibrahim Idi (ketua)
Jaga sekolah

MAKANAN DAN MINUMAN: HADIAH DAN CENDERAMATA:


Pn. Suzanna Hj Saury
Pn. Hamkidah Osman Pn. Johani Ameran
Pn. Julia Mat Cik Nor Suhadah Binti Mohd Jamali
Pn. Fatimah Mat Omar Cik Nurhafifi Binti Jamari
Cik Deborah Lanying
Cik Siti Normila Binti Solhi PENDAFTARAN PESERTA:
Cik Veronica Semambu Cik Siti Normila Binti Solhi
Cik Veronica Semambu
DOKUMENTASI: Cik Deborah Lanying
Pn. Norlaili Dina Abdullah
En. Jeremaiah Linggi

7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN


Perkhemahan tersebut akan diadakan pada
i. Hari : Jumaat hingga Sabtu
ii. Tarikh : 22- 23 April 2016
iii. Tempat : Padang SK. Samarahan Estate, Serian.
iv. Jurulatih : Guru dan kakitangan sekolah.

8.0 SASARAN PENYERTAAN


Program ini adalah disasarkan kepada ahli-ahli unit berunifom Pengakap dan PBSM seramai 30 orang
dengan penyertaan 15 orang dari setiap unit.

9.0 BAYARAN PENYERTAAN


Peruntukkan PIBG bagi membiayai segala perbelanjaan:
i. Aktiviti
ii. Makan dan minum
iii. Pengurusan dan lain-lain keperluan

10.0 SENARAI TUGAS


1. KETUA PROJEK
a. Membentuk jawatankuasa
b. Mempengerusikan mesyuarat
c. Merujuk kepada penasihat

2. PENOLONG KETUA PROJEK


a. Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua

3. SETIAUSAHA
a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b. Urusan surat-menyurat dan borang
4. BENDAHARI
a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

5. PENOLONG DAN KETUA PERKHEMAHAN


a. Merancang segala pengisian aktiviti.
b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

6. PERALATAN
a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.
b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dalam
keadaan baik seperti asal.

7. KESELAMATAN
a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

8. MAKANAN DAN MINUMAN


a. Merancang dan menentukan menu makanan
b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih.
c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.

9. DOKUMENTASI
a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan
b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti
c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan
d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.

10. IBADAH
a. Memimpin para peserta solat berjemaah
b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.
c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan dan kerohanian.

11. HADIAH DAN CENDERAMATA


a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program.

12. DISIPLIN PESERTA


a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

13. PENDAFTARAN
a. Memastikan para peserta telah mendaftar di bahagian pendaftaran.
b. Menyemak kehadiran berdasarkan nama.

11.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN


PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN
PENERIMAAN
Bayaran peserta RM 2 500.00
PEMBAYARAN

Bayaran Aktiviti RM 500.00


Makanan dan minuman 1500.00
Sewa khemah dan alatan 300.00
Pengurusan perkhemahan dan lain-lain 200.00 RM 2 500.00
keperluan

12.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN


(untuk dua hari satu malam sepanjang perkhemahan)
Jumaat, (22 April 2016) MENU CATATAN
Makan tengahari Nasi putih, ayam masak kari, sayur
goreng, air oren.
Minum petang Air milo, roti bun
Makan malam Nasi putih, daging masak kicap,
sayur, air sirap.
Minum malam Air milo, kuih
Sabtu,(23 April 2016)
Sarapan pagi Air milo, nasi goreng, telur dada
Minum pagi Air milo, kuih
Makan tengahari Nasi putih, ayam masak merah, ikan
goreng, sayur , air oren
Minum petang Air teh, mi goreng, kuih

13.0 TENTATIF PROGRAM


Jumaat,(22 April 2016)
MASA PERKARA TINDAKAN
1000-1030 pagi Pendaftaran AJK Pendaftaran
(murid berkumpul di ruang legar sekolah)
1100-1230 petang Taklimat daripada Ketua penyelaras Ketua penyelaras
1230-1330 Makan tengahari AJK Makanan
1330-1630 1. Taklimat cara-cara mendirikan khemah. Ketua dan penolong
2. Mendirikan khemah mengikut perkhemahan.
kumpulan. Jurulatih.
1630-1700 Minum petang. AJK Makanan
Solat AJK Ibadah
1700-1800 Aktiviti Riadah Jurulatih
(mencari harta karun)
1800-2000 Mandi AJK Ibadah
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
2000-2100 Makan Malam AJK Makanan
2100-2200 Aktiviti unggun api Jurulatih
2200-2230 Minum malam AJK Makanan
Tidur AJK Perkhemahan

Sabtu , ( 23 April 2016 )

MASA PERKARA TINDAKAN


0500-0700pagi Bangun, kemas diri AJK Perkhemahan
Solat, Kuliah Subuh. AJK Ibadah
0700-0730 Senaman pagi Jurulatih
0730-0800 Sarapan AJK Makanan
0800-1030 Jungle Tracking Jurulatih
1030-1100 Minum Pagi AJK Makanan
1100-1230 Mengemas Khemah AJK Perkhemahan
Membersih kawasan khemah
1230-1300 Makan tengahari AJK Makanan
Solat
1300-1430 Persiapan untuk balik. Jurulatih
Semua guru
1430 -1530 Majlis Penutupan dan penyampaian sijil AJK hadiah dan
penghargaan cenderamata
Semua guru

13.1 JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI


13.1.1 Mendirikan khemah
Bagi aktiviti ini , taklimat cara-cara mendirikan khemah akan dilakukan bagi memudahkan pelajar
menjalankan aktiviti mendirikan khemah mengikut kumpulan. Aktiviti ini menjadi aktiviti yang pertama
dalam tentatif program ini bagi mendedahkan pelajar cara-cara mendirikan khemah dengan betul di
samping menerapkan nilai bekerjasama antara kumpulan pelajar dalam program ini.
13.1.4 Aktiviti riadah (mencari harta karun)
Merupakan aktiviti pendedahan untuk semua pelajar. Aktiviti ini merupakan aktiviti riadah bagi
menajamkan daya pemikiran pelajar serta bagi meguji semangat bekerjasama diantara setiap peserta
pelajar.

13.1.5 Aktiviti malam kebudayaan dan unggun api


Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam di padang. Dalam aktiviti ini, pelajar didedahkan oleh jurulatih
lagu kanak-kanak serta upacara unggun api yang biasa dilakukan dalam setiap aktiviti perkhemahan
kanak-kanak.
13.1.6 Jungle tracking
Aktivti dilakukan bagi mendedahkan rahsia alam yang tersembunyi di persekitaran pelajar. Di samping
menguji tahap kecerdasan mental dan fizikal pelajar.

14.0 PENUTUP
Diharapkan dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat membentuk dan melahirkan insan
yang mempunyai jiwa yang kental , bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin
berdikari.
Pihak jawatankuasa telah sedaya upaya merancang dan berusaha untuk merealisasikan program
ini. Diharap agar para peserta bersungguh-sungguh untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah disusunatur
oleh pihak penganjur.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


_______________ _______________
HAMKIDAH BINTI OSMAN YACKUB BIN ABDULLAH
Ketua Unit PBSM PK Kokurikulum,
Perkhemahan Unit Beruniform, Merangkap Naib Pengerusi Perkhemahan

SK Samarahan Estate, Serian SK Samarahan Estate, Serian

Anda mungkin juga menyukai