Anda di halaman 1dari 9

Penulisan Karangan

TEKNIK JERI
AGUS YANUL
SISC+ BM
PPD KENINGAU
Pendahuluan

Faedah Membaca
(Dijana melalui teknik
penyoalan).

- Amalan baik
- Menambah ilmu pengetahuan
- Memantapkan penguasaan bahasa
- Majalah,novel dan surat khabar.
Pendahuluan
Membaca adalah satu amalan yang baik dan
mulia kerana dengan membaca mampu
menambah ilmu pengetahuan seseorang,
memperluaskan kosa kata yang secara langsung
memantapkan penguasaan bahasa. Antara
bahan bacaan yang boleh dibaca ialah majalah,
surat khabar, novel dan lain-lain lagi.
Sambungan

Rehatkan diri

Isi 1
Jasmani

menggunakan masa dengan


berfaedah

Antara faedah membaca ialah dari segi jasmani dapat


membantu diri berehat di samping menggunakan masa
terluang dengan berfaedah sambil membaca bahan
bacaan seperti majalah,surat khabar,novel dan lain-lain.
Sambungan
Seronok dan
gembira

Menghilangkan
rasa
stress/tekanan

Memantapkan
kestabilan emosi

Selain itu, membaca buku dapat memberi keseronokan


dan kegembiraan. Situasi/keadaan ini boleh
mengurangkan rasa tekanan yang akhirnya melatih diri
kita memantapkan kestabilan emosi.
Sambungan

Kukuhkan amalan dan


nilai

Isi 3
Rohani

Dapat pengajaran yang


memberi keinsafan

Seterusnya, membaca buku boleh membantu


diri kita/seseorang memperkukuhkan amalan
dan nilai yang baik melalui pengajaran yang
terkandung dalam buku bacaan.
Tambah ilmu
pengetahuan

Menambah
pengalaman
Isi 4
Intelek
Memperkukuhkan
penguasaan
bahasa

Akhir sekali, membaca buku dapat memperkukuhkan


penguasaan bahasa seseorang contoh denganmembaca buku
dapat menambah kosa kata, memperluaskan ilmu
pengetahuan di samping memperbanyakkan pengalaman.
Penutup
Berdasarkan hujah/pendapat yang diberikan
ternyata membaca pelbagai bahan bacaan
dapat memberi faedah kepada seseorang dari
segi pemantapan jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Oleh yang demikian, amalkanlah
membaca kerana “membaca jambatan ilmu”.
FAEDAH MEMBACA
Membaca adalah satu amalan yang baik dan mulia kerana dengan membaca
mampu menambah ilmu pengetahuan, memperluaskan kosa kata yang secara
langsung memantapkan penguasaan bahasa seseorang. Antara bahan bacaan yang
boleh dibaca ialah majalah, surat khabar, novel dan lain-lain lagi.
Antara faedah membaca ialah dari segi jasmani dapat membantu diri
berehat di samping menggunakan masa terluang dengan berfaedah sambil membaca
bahan bacaan seperti majalah,surat khabar,novel dan lain-lain.
Selain itu, membaca dapat memberi keseronokan dan kegembiraan.
Situasi/keadaan ini boleh mengurangkan rasa stress atau tekanan yang akhirnya
melatih diri kita memantapkan kestabilan emosi.
Seterusnya, membaca boleh membantu diri kita/seseorang
memperkukuhkan amalan dan nilai yang baik melalui pengajaran yang terkandung
dalam buku bacaan.
Akhir sekali, membaca dapat memperkukuhkan penguasaan bahasa
seseorang contoh dengan membaca buku dapat menambah kosa kata, memperluaskan
ilmu pengetahuan di samping memperbanyakkan pengalaman.
Berdasarkan hujah/pendapat yang diberikan ternyata membaca pelbagai
bahan bacaan dapat memberi faedah kepada seseorang dari segi pemantapan
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh yang demikian, amalkanlah membaca kerana
“membaca jambatan ilmu, guru sepanjang zaman”.

Anda mungkin juga menyukai