Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

Mengumumkan Ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagian Pn. Hjh Masnah bt Md Nor.


Pengetua SMK Dang Anum.
Para hadirin diminta berdiri.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan Pengetua. (Diketuai oleh Ketua


AJK)

1. Pembuka Bicara

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan


salam sejahtera.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad serta para sahabat.

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita membacakan ummul kitab Al-
Fatihah

2. Protokol

Yang Berusaha Pn. Hjh Masnah binti Md Nor, Pengetua SMK Dang Anum.
Yang dihormati En. Hanafi bin Mansor, Guru Penasihat Persatuan Matematik
Menengah Rendah.
Barisan Urusetia Program Perkhemahan Matematik 2009
seterusnya para peserta kursus yang dikasihi sekalian.
3. Kata alu-aluan

Salam syukur kami hulurkan,


Dengan izinnya kita ditemukan,
Rasa bangga kami lafazkan,
Kesudian hadirin menerima jemputan.

Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya, dapat
kita bersama-sama dalam majlis yang berbahagia ini untuk satu acara perasmian
penutup dan penyampaian hadiah serta sijil kepada para peserta kursus
perkhemahan Matematik 2009.

Hadirin yang dihormati ,

Program ini merupakan satu usaha untuk mendidik para pelajar tentang peri
pentingnya ilmu matematik terhadap aktiviti seharian kita. Diharapkan juga
aktiviti ini akan menjadi satu suntikan semangat kepada pelajar-pelajar untuk
lebih berusaha ke arah kecemerlangan dalam subjek ini. Benarlah kata pepatah,
‘Tak kenal maka tak cinta’ dan ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya’.

Seterusnya majlis mempersilakan Guru Penasihat Persatuan Matematik


Menengah Rendah En.Hanafi bin Mansor untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.

Tamat Ucapan

Demikianlah tadi ucapan, yang telah disampaikan oleh Guru Penasihat


Persatuan Matematik Menengah Rendah SMK Dang Anum. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih.
4. Ucapan Perasmian Penutup Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dang
Anum

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Yang awal kita dahulukan,


Yang dahulu kita alu-alukan,
Ucapan perasmian kita nantikan,
Pelengkap majlis yang kita adakan.

Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan, Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Masnah binti Md Nor, Pengetua SMK
Dang Anum untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmi dan menutup
Program Perkhemahan Matematik SMK Dang Anum 2009. Dengan segala
hormatnya majlis mempersillakan.

Tamat Ucapan

Demikianlah tadi ucapan perasmian penutup Program Perkhemahan Matematik


SMK Dang Anum 2009 oleh Yang Berusaha Pn. Hjh Masnah binti Md Nor,
Pengetua SMK Dang Anum. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

5. Penyampaian Hadiah

Hadirin yang dihormati,

Yang berjaya kita raikan,


Hadiah diberi sebagai penghargaan.
Yang berjaya kita raikan,
Semoga kejayaan terus berkekalan.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada para
peserta program perkhemahan matematik 2009. Oleh itu, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan Guru Penasihat Matematik Menengah Rendah
menjemput dan seterusnya mengiringi Yang Berusaha Pn. Hjh. Masnah binti Md
Nor bagi menyempurnakan majlis penyampaian Hadiah dan Sijil Program
Perkhemahan Matematik 2009

Tamat Penyampaian Anugerah.

Demikianlah tadi majlis penyampaian Hadiah dan Sijil Program Perkhemahan


Matematik 2009. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tuan Pengetua atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil
kepada para peserta.

Demikianlah adat kehidupan,


Orang berbudi kita berbahasa,
Namun cukup disedari
Tidak mungkin terbalas budi
Walau emas sebungkal diberi
Cuma harapan dalam dada
Tanda mata sudi diterima
Daripada kami yang bukanlah sesiapa
Tanda ingatan moga kekal selama.

Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, majlis mempersilakan Guru


Penasihat Matematik Menengah Rendah untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berusaha Pn. Hjh. Masnah binti Md Nor. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Yang kurik itu kundi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih ___________
Sempurna sudah majlis kita.

6. Jamuan

Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis Perasmian Penutup
Program Perkhemahan Matematik 2009. Dengan ini majlis mempersilakan Guru
Penasihat Matematik Menengah Rendah menjemput dan seterusnya mengiringi
Yang Berusaha Pn. Hjh. Masnah binti Md Nor ke majlis jamuan dengan diiringi
oleh Ketua Urusetia Program. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai