Anda di halaman 1dari 18

ST R AT EG I DA KWA H

DW I 3 1 1 0 3
TA J U K : K E R TA S K E R JA P R O G R A M DA KWA H DA N TAU TA N K A S I H B E R SA M A A N A K
A N A K YAT I M R U M A H N U R K A S I H

NAMA PELAJAR NO MATRIK


NUR AQILAH BINTI YUSRI 049975
ALIA AISYAH BINTI JOHARI 049774
NURUL AINA AFIQAH BINTI ABD KARIM 051049
KERTAS KERJA:

PROGRAM DAKWAH DAN TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK ANAK

YATIM RUMAH NUR KASIH

TARIKH :

7 - 9 JANUARI 2021

HARI:

KHAMIS - SABTU

TEMPAT:

RUMAH NUR KASIH ULU SEPETANG,PERAK

ANJURAN:

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAKWAH (SEMESTER 6) 

DENGAN KERJASAMA:

PERSATUAN MAHASISWA DAKWAH DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(PERSADA)
TUJUAN

 Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan pandangan, sokongan dan kelulusan daripada Pejabat
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) untuk menjalankan program.
 Di samping itu, hal ini untuk memastikan kelancaran Program Dakwah dan Tautan Kasih Bersama Anak-Anak
Yatim Rumah Nur Kasih bertepatan dengan objektif Persatuan Mahasiswa Dakwah dan Teknologi Maklumat
(PERSADA) UniSZA.
LATAR BELAKANG

 Program yang dikendalikan oleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah Semester 6
 Berkonsepkan dakwah, ilmu pengetahuan dan ukhuwah yang bertujuan untuk menghidupkan amal
jama’I dalam jiwa Mahasiswi selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama anak-anak yatim.
 Program ini dijadikan sebagai medium untuk mengaplikasikan hasil pembelajaran mahasiswi di dalam
kelas dan juga dapat membina keyakinan diri untuk berhadapan madu’.
 Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk melatih mahasiswa/i mendekati masyarakat dan
menyeru para madu’ kepada kebaikan.
 Membolehkan mahasiswa/i mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari.
 Amat berharap program ini berhasil dan memberi kesan kepada mereka.
OBJEKTIF PROGRAM
 Mewujudkan amal jama’i antara mahasiswa/i Program Dakwah.
 Membangunkan semula iman yang lesu dalam diri para pelajar.
 Menghidupkan semula sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W seperti aktiviti solat berjemaah, qiamulail
dan tadabbur Al-Quran.
 Melahirkan generasi pelajar yang mempunyai keyakinan diri dan minda kelas pertama.
 Memupuk keyakinan diri dalam diri mahasiswa/i ketika berhadapan dengan para madu’ untuk
menyampaikan dakwah dalam bentuk perkongsian ilmu.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Hasil daripada program ini, pelajar akan mendapatkan :
 Mewujudkan ikatan silaturrahim sesama umat Islam terutamanya antara mahasiswa/i Program Dakwah.
 Mempratikkan ilmu-ilmu yang diperolehi secara teori.
 Memperoleh ilmu pengetahuan yang mendalam melalui aktiviti bedah buku serta dapat dipratikkan dalam kehidupan
seharian.
 Melahirkan rasa seronok dalam diri mahasiswa/i untuk mengerjakan amalan ibadah secara berjemaah.
 Mahasiswa/i dapat mengasah bakat dalam pengucapan dan penyampaian ilmu dakwah secara efektif.
 Melalui program ini, mahasiswa/i mampu untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan keadaan.
 Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu sesama masyarakat serta
berganding bahu dengan badan bukan kerajaan dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim.
 Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada  komuniti serta mendekatkan diri dengan
masyarakat.
KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM
 Program ini berjalan selama 3 hari 2 malam iaitu pada hari Khamis sehingga Sabtu. bersamaan 7 Januari 2021
sehingga 9 Januari 2021
 Program ini bertempat di Rumah Nur Kasih Ulu Sepetang,Perak
 Antara aktiviti yang dilakukan ialah solat berjemaah, tazkirah, diskusi ilmu, qiamulail, tadabbur Al-Quran dan aktivti
secara berkumpulan.
 Program ini akan berakhir pada pukul 6.00 petang dan diakhiri dengan slot Penyampaian Hadiah dan Refleksi Diri.
IMPAK KEPADA UNIVERSITI DAN MASYARAKAT
 Menaikkan nama UniSZA di mata masyarakat.
 Dapat memperkenalkan UniSZA ke seluruh Malaysia.
 Dapat mencapai objektif UniSZA untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, sahsiah dan kepimpinan.
 Melahirkan generasi pelajar yang mempunyai keyakinan diri dan minda kelas pertama.
 Mahasiswa/i yang cakna dan mampu mengemukakan pandangan serta idea dan isu semasa serta dapat menjadi
pemimpin kepada masyarakat luar dengan nilai serta kemahiran yang dipelajari.
TENTATIF /ATURCARA PROGRAM DAKWAH DAN TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK ANAK YATIM RUMAH NUR

  HARI KEDUA (JUMAAT) 9.00 Malam : LDK 4(Modul Aktiviti 4)


HARI PERTAMA (KHAMIS) 4.30 Pagi : Qiamulail 10.15 Malam : Bacaan Al-Mulk & Al-
10.00 Pagi : Berkumpul 6.00 Pagi : Solat Subuh berjemaah Kahfi
10.30 Pagi : Bergerak ke Rumah Nur 7.00 Pagi : Kendiri 10.30 Malam : Makan
Kasih 8.00 Pagi : Sarapan Pagi 11.00 Malam :Tidur
6.00 Petang : Tiba di Rumah Nur Kasih 8.30 Pagi : Senaman Pagi
6.30 Petang : Makan Malam & Kendiri 10.30 Pagi : LDK 2 (Modul Aktiviti 2) MASA :HARI KETIGA (SABTU)
7.30 Malam : Solat Maghrib berjemaah 12.00 T.Hari : Makan Tengahari dan 4.30 Pagi : Qiamulail
8.00 Malam : Taklimat Ringkas Solat Zohor 6.00 Pagi: Solat Subuh berjemaah
8.30 Malam : Solat Isya’ berjemaah 2.00 Petang : Diskusi 1- Pengajaran 7.00 Pagi : Kendiri
: Slot Dikir Zikir Sirah Nabi 8.00 Pagi : Sarapan Pagi
9.00 Malam :Sesi Taaruf 4.30 Petang : Solat Asar berjemaah 9.00 Pagi : LDK 5 (Modul Aktiviti 5)
: LDK 1(Modul Aktiviti 1) 5.00 Petang : LDK 3 (Modul Aktiviti 3) 10.30 Pagi: Rehat
Tajuk: Tak kenal maka Taaruf 6.00 Petang : Kendiri dan Makan 11.00 Pagi: Penutup dan Sesi
10.15 Malam : Bacaan Al-Mulk Malam Penyampaian Hadiah
10.30 Malam : Makan 7.30 Malam : Solat Maghrib : Refleksi Diri
11.00 Malam :Tidur berjemaah 12.00 T.Hari: Makan Tengahari dan
8.00 Malam : Tazkirah Ringkas (Allah Solat Zohor
Sayang Kita) 2.00 Petang: Bergerak pulang ke Unisza
8.30 Malam : Solat Isya’ berjemaah
Penaung
Prof. Madya Dr. Mohd Afandi bin Salleh
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar &
Alumni

Penasihat
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM Dr. Abdul Qahhar bin Ibrahim
(017-2244108)

Pengarah
Amirul Hakim bin Muaz
(013-9978023)

Timbalan Pengarah
Nur Aqilah bt Yusri
(014-5270176)

Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari


Nurul Aina Afiqah bt Abd Karim Nurul Nadia bt Amri Alia Aisyah bt Johari
(017-9860179) (014-6687651) (019-4078623)
JAWATANKUASA PROGRAM DAKWAH DAN TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK ANAK YATIM RUMAH NUR KASIH
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Penaung : Prof. Madya Dr. Mohd Afandi bin Salleh


Penasihat : Dr. Abdul Qahhar bin Ibrahim
Pengarah : Amirul Hakim b. Muaz
Timb. Pengarah : Nur Aqilah bt Yusri
Setiausaha 1 : Nurul Aina Afiqah bt. Abd Karim
Setiausaha 2 : Nurul Nadia bt Amri
Bendahari : Alia Aisyah bt Johari
Eksekutif Teknikal dan Tempat : Hazim b. Amran
Eksekutif Moderator Forum : Ahmad Faiz b. Yahaya
: Ain Nafisah bt. Fauzi
Eksekutif Aktiviti : Khairul Amri b. Nawawi
: Fakhira bt. Roslan
Eksekutif Publisiti dan Multimedia : Afif Fatihin b. Hisyam
Eksekutif Logistik dan Pengangkutan : Muammar b. Ikram
Eksekutif Cenderahati : Maisara Azrin bt. Aziz
Eksekutif Jamuan dan Makanan : Adibah bt Mohd Nor
 
 
ANGGARAN BELANJAWAN
SYOR
Kami mengesyorkan agar kertas kerja ini mendapat perhatian dan
seterusnya mendapat kelulusan daripada Pejabat Timbalan Naib
Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Universiti Sultan Zainal
Abidin (UniSZA).
Di sini, kami mengesyorkan agar diberikan kemudahan seperti
berikut:

Bil. Perkara Unit

1 Air mineral 15

2. LCD, PA System 1

3. Microphone 3
KAEDAH PELAKSANAAN MANHAJ
1) PENDEKATAN MANHAJ AL-‘ATIFI
 Mengunakan pendekatan al-`Atifi adalah pendekatan yang sangat terkait dengan emosi dan perasaan pada diri. Tidak dapat
dinafikan di usia kanak-kanak dan remaja, mereka lebih cendorong bertindak dengan mengunakan emosi contohnya seperti
marah, kecewa dan gembira. Kanak-kanak dan remaja sangat bertindak balas dengan emosi berbanding kata-kata apatah
lagi anak-anak yatim yang tiada ibubapa mereka akan lebih terkesan dan beremosi kerana ketiadaan ibubapa di samping

mereka.

 Pendakwah yang berdakwah menggunakan pendekatan al-`atifi selalunya menggunakan uslub al-maw`izah al-hasanah,
iaitu memberikan nasihat atau pengajaran yang baik kepada mad`u Antara aktiviti yang akan dijalankan untuk mencapai
pelaksanaan pendekatan manhaj ini termasuklah tazkirah setiap selepas Maghrib, muhasabah diri, tahsin Al-Quran dan
Qiamullail. Semua aktviti ini adalah untuk memberi nasihat dan semangat kepada anak-anak yatim supaya mendekatkan diri
dengan Allah SWT. Selain itu, aktviti-aktiviti ini juga melahirkan anak-anak yang menjaga dan memelihara hubungannya
dengan Allah SWT dalam kehidupan seharian.
 Sebagai seorang pendakwah hendaklah menggunakan pendekatan ini supaya
dakwah itu memberikan impak yang positif dalam diri anak-anak yatim
tersebut. Di samping mampu menumbuhkan bibit-bibit kasih sayang antara
mereka hasil penggunaan kata-kata yang menyentuh al-qalb dan emosi mad`u
serta yang penting adalah pendekatan ini tidak mengundang maklum balas
yang negatif dari mad`u.
KAEDAH PELAKSANAAN MANHAJ

2) PENDEKATAN MANHAJ ‘AQLI

 Selain itu, pendekatan atau manhaj ‘aqli turut digunakan dalam program ini. Manhaj ‘aqli yang berfokus
kepada akal pemikiran mampu menyeru mad’u untuk berfikir, merenung, dan mengambil pelajaran .
Manakala antara uslub daripada manhaj ‘aqli ini adalah seperti analogi(qiyas), debat atau diskusi, dan
melalui kisah-kisah yang memberikan pengajaran. Aktiviti yang menggunakan manhaj ‘aqli dalam
program ini adalah dengan mengadakan kuiz berkaitan sirah-sirah Nabi. Sebelum kuiz diadakan, anak-
anak yatim didedahkan dengan kisah-kisah para anbiya agar mereka diberikan kefahaman yang
mendalam sekaligus dapat berfikir dan mengambil iktibar daripada kisah tersebut. Manhaj ‘aqli
mempunyai peranannya yang tersendiri yang mampu memberi impak yang positif dalam kalangan
mad’u. Mesej dakwah boleh disampaikan dengan berkesan sekiranya manhaj ‘aqli digunakan sebaik
mungkin kepada para mad’u.
KAEDAH PELAKSANAAN MANHAJ

3) PENDEKATAN MANHAJ AL-HISSI

 Di samping itu, kami juga menggunakan pendekatan al-hissi atau al-tajribi yang mana pendekatan ini
merupakan pendekatan yang berbentuk tunjuk cara yang memaksimumkan fungsi pancaindera yang
digarap secara bersama dengan elemen dalaman insan.Pendekatan ini merupakan suatu proses
pengajaran dan pembelajaran secara teori dan praktikal. Pendekatan ini kebiasaanya menggunakan uslub
qudwah hasanah yakni para pendakawah perlulah mempamerkan tingkah laku dan contoh teladan yang
baik kepasa mad'u. Ini kerana sesuatu yang ditunjukkan melalui tingkah laku lebih berfungsi menjelaskan
sesuatu situasi berbanding dari bahasa lisan atau ucapan.Antara aktiviti yg ditonjolkan menggunakan uslub
tersebut adalah aktiviti kem bestari solat dan green nature (bertanam-tanaman).
Penggunnaan manhaj ini juga mampu mendidik mad'u, memberi tunjuk ajar serta pemahaman yang jelas
terhadap sesuatu perkara dengan lebih baik.
PENUTUP
 Kami barisan ahli jawatankuasa pelaksana Program Dakwah
dan Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Nur
Kasih meletakkan setinggi-tinggi pengharapan kepada Allah
s.w.t agar segala yang dirancang akan mendapat petunjuk
dan rahmat dariNya. Semoga segala objektif yang telah
diletakkan dapat dicapai semaksimum mungkin. Sokongan,
kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amat kami
hargai dan didahulukan dengan jutaan terima kasih

Anda mungkin juga menyukai