Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN Alhamdulillahi Rabbil Alamin, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami

menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini. Berkat usaha dan pertolongan beberapa pihak termasuklah pensyarah pembimbing dan rakanrakan, tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing untuk subjek EDU3107 iaitu En. Mhd Shokkeri Bin Ismail di atas jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang semester ini terutama ketika menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang baik daripada beliau, kami tidak akan mampu untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaiknya. Selain itu, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan

seperjuangan yang sama-sama berbincang dan membantu kami bagi menyiapkan kerja kursus ini. Semestinya, galakan yang rakan-rakan berikan sedikit-sebanyak menyuntik semangat kami untuk terus berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Akhir kalam, sekali lagi kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang pelaksanaan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ribuan kemaafan juga dipohon sekiranya kami ada melakukan kesalahan baik secara sedar ataupun tidak sepanjang proses interaksi yang berlangsung dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai