Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK TEDURI ,09100 BALING KEDAH.

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEEMPAT 2020.


TARIKH : 4 OKTOBER 2020
HARI : ISNIN
MASA : 2.00 – 5.00 petang
TEMPAT : MAKMAL ICT SKTT

KEHADIRAN :
1. AZLINDA BT AZZUDDIN (GURU BESAR)
2. RAFIDAH BT. SHAARI (PK. PENTADBIRAN)
3. SANISAH BT YAAKOB (PK. HAL EHWAL MURID)
4. HASBDULLAH B. YAHYA (PK KO-KURIKULUM)
5. MOHD.SHUKRI B. ABD. MANAF
6. HAZIFAH BT. ZAKARIA
7. NORALIZA BT. MURAD
8. AISHAH BT ASHAARI
9. AMIRUL AMINI B. JABASUTAMI
10.ASMAH BT HAMZAH
11.NOR JOHAN AKMAL B. IBRAHIM
12.DALILA BT MOHD NOOR
13.RINA BT ABD RAHMAN
14.SUBKI B. ABDUL RAHMAN @ YAHYA
15.MASITOH BT ZAKARIA
16.NURUL HUSNA BT HASSAN
17.MOHAMAD KHAIRUL IZWAN B. MOHD NORDIN

AGENDA MESYUARAT:
I. Aluan Pengerusi.
1. Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua guru dan
mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke
msyuarat guru pada hari ini. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-
Fatihah.

II. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu


2. Pn. Hazifah membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
Cadangan : Pn. Aishah
Sokongan : En. Subki
III. Perkara berbangkit
3. Puan Sanisah membangkitkan tentang dokumentasi pentauliahan
pengawas yang belum dihantar. Tindakan : guru
pengawas
4. Guru Besar memaklumkan kembali mengenai kehadiran guru yang
semuanya bekerja di sekolah dan tiada yang Bekerja Dari Rumah
(BDR). Tindakan : semua guru
5. Guru Besar memberitahu mengenai perubahan Bilik Jqaf kepada Bilik
Alat Bantu Mengajar dan ruang sudut Jqaf akan ditubuhkan di surau
sekolah. Tindakan :
Pn.Nurulhusna
6. Pn. Sanisah mengingatkan guru-guru yang masa sebelum dan selepas
rehat untuk berada di dalam kelas sewaktu rehat dan mengawasi murid
supaya mereka dapat menjaga jarak dan tidak terlalu bebas bergerak.
Tindakan : semua guru

IV. Job Discription (JD)


7. Guru Besar memaklumkan semua guru sudah menyiapkan tugasan JD
dengan sempurna. Guru besar mengingatkan guru-guru supaya tahu
dan fahami tugas sebenar seorang guru spertimana yang termaktub
dalam JD tersebut. Guru Besar meminta guru-guru cetak JD, baca dan
semak semula agar semua faham dan tahu akan tugas masing-masing.
Tindakan : makluman

V. SKPMg2
8. Guru Besar meminta guru-guru mengingat kembali standard 4 iaitu
guru sebagai perancang. Guru Besar mengingatkan supaya guru-guru
merancang PdP sebaiknya. Begitu juga dengan RPH dan ABM.
Sediakan selengkapnya. Refleksi mestilah ditulis dengan tangan dan
menggunakan pen merah.
9. Puan Sanisah mengingatkan kembali susunan fail yang betul untuk
RPH iaitu mengikut hari dan waktu yang terawal dan terkemudian.
RPH untuk waktu terakhir akan berada paling atas. Begitu juga dengan
susunan mengikut hari. RPH hari Khamis akan berada paling atas.
10.Bagi standard guru sebagai pengawal pula, Guru Besar mengingatkan
guru-guru akan bijak mengawal dan memaksimumkan masa bersama
murid-murid ketika PdP
11.Bagi standard guru sebagai pembimbing pula, Guru Besar
mengingatkan guru-guru supaya membimbing murid ketika PdP.
Jangan sesekali duduk ketika mengajar dan jika boleh, pegang tangan
atau tunjuk cara kepada murid yang kurang mahir supaya dapat
mendorong mereka di samping memberi galakan yang positif.
12.Guru Besar juga mengingatkan guru-guru tentang pengukuhan dan
pemulihan serta lembaran kerja atau latihan yang diberikan kepada
murid sebolehnya yang mampu disiapkan di rumah.
Tindakan : semua
guru

VI. PBPPP
13.Bagi penilaian e-prestasi untuk pemantauan PdP, Pn.Rafidah
mengingatkan guru-guru bahawa pemantau akan masuk mengikut
tempoh waktu di jadual guru tersebut. Guru boleh berbincang dengan
pegawai penilai untuk menyempurnakan proses pemantauan.
Tindakan : semua guru

VII. Pengoperasian Pentaksiran Kompetensi Literasi (PKL) 2020


14.Pentaksiran Kompetensi Literasi mempunyai empat domaian iaitu
bacaan, matematik, sains dan kewangan. Murid yang terlibat dengan
PKL ini ialah murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6. Program ini adalah
untuk menilai tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid-
murid.
15.Pn.Rafidah berterima kasih kepada En.Nor Johan Akmal kerana
berjaya melaksanakan Program PKL ini kepada murid Tahun 5 dan
Tahun 6 dan mengingatkan agar semuanya disiapkan sebelum 19
Oktober 2020.
Tindakan : En.Nor Johan Akmal

VIII. NILAM
16.Pn.Masitoh memaklumkan NILAM sudah dimulakan pada minggu
lepas. Setiap kelas dibekalkan satu raga buku yang mempunyai jumlah
buku mengikut jumlah bilangan murid kelas tersebut. Fail Rekod
Bacaan yang mempunyai borang NILAM juga disediakan untuk setiap
kelas kerana mulai tahun ini Buku Rekod NILAM sudh tidak diguna
lagi. Murid diminta membaca buku ketika waktu pagi, rehat atau masa
lapang.
17.Pn.Masitoh juga mengingatkan guru-guru subjek yang ingin
menggunakan buku atau bahan bacaan agar mengambil mengikut
jumlah murid mengikut kelas. Tindakan : semua guru
18.Pn.Masitoh memaklumkan guru-guru tentang calon wakil NILAM
Daerah iaitu Iqramiey Amzar B. Mohd Noor Azlan yang akan dihantar
penyertaannya sebelum 17 Oktober 2020. Tindakan :
makluman

PENGURUSAN KURIKULUM
IX. KSSR
19.Pn.Rafidah memaklumkan surat penyertaan kursus KSSR akan
diedarkan secepat mungkin. Tindakan : makluman guru Tahun 5

X. SEGAK
20.Pn Rafidah memaklumkan Ujian SEGAK bermula dari 5 Oktober
sehingga 15 November 2020 dan mengingatkan agar guru-guru yang
terlibat melaksanakan ujian dengan baik dan sempurna seperti yang
dirancang. Tindakan : En. Nor Johan
Akmal

XI. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


21.Pn.Rafidah mengingatkan guru kelas agar memasukkan rekod
pentaksiran pertengahan tahun ke dalam fail murid untuk memuahkan
rujukan di masa hadapan. Tindakan : Guru
Kelas
22.Bagi setiap subjek, rekod transit perlu disediakan.
Tindakan : semua
guru
23.Bagi RPH, objektif perlu diletakkan sekurang-kurangnya dua kerana
perlu wujudkan pembelajaran terbeza. Tindakan : semua
guru
24.Pn.Rafidah juga memberitahu guru-guru agar bersedia kerana PLC
akan dimulakan semula. Tindakan :
semua guru
XII. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN (DSKP)
25.Pn.Rafidah memaklumkan DSKP bagi semua mata pelajaran sekarang
adalah mengikut DSKP penjajaran yang disediakan.
Tindakan : semua
guru

PENGURUSAN HEM
XIII. PSIKOMETRIK
26.Pn.Dalila memaklumkan ujian Psikometrik untuk Tahun 6 bagi sesi
2020 telah dilaksanakan dan direkodkan serta dicetak.
Tindakan : makluman
27.Pn.Dalila membentangkan dapatan daripada ujian Pikometrik tahun 6
bagi sesi 2020. Tindakan : makluman
28.Pn.Sanisah meminta agar keputusan ujian dicetak menggunakan kertas
sijil untuk dimasukkan ke dalam fail murid-murid tahun 6.
Tindakan : Guru kelas Tahun
6

XIV. APDM
29.Pn.Sanisah meminta semua guru kelas menyemak kembali data dalam
APDM murid masing-masing kerana pemilihan murid RMT dan
KWAMP akan berdasrkan data terbaru yang dicatatkan dalam APDM.
Tindakan : semua guru kelas
30.Pn.Sanisah juga mengingatkan semua guru kelas agar memastikan
data murid dalam fail murid adalah lengkap dan terkini. Begitu juga
dengan rekod kesihatan murid. Tindakan : semua
guru kelas

XV. RMT/PSS
31.Pn.Asmah memaklumkan Projek Susu Sekolah (PSS) akan bermula
pada 12 Oktober 2020 dan melibatkan sramai 59 orang murid. Murid-
murid yang terlibat adalah sama dengan murd-murid yang terpilih utk
Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Tindakan : guru
bertugas
32.PSS bagi tahun 2020 adalah kontrak dari Farm Fresh sehingga April
2021.
33.Waktu edaran susu adalah pada waktu pagi sebelum bermulanya sesi
persekolahan. Guru bertugas (kelas) diingatkan untuk mengambil susu
yang telah diletakkan dalam raga di meja kaunter pejabat mengikut
kelas dan edarkan kepada murid-murid yang terlibat.
34.Guru diminta menunjuk cara minum susu kepada murid-murid yang
terlibat. Guru juga perlu mengajar murid melihat kotak bungkusan
susu samada kemek atau tidak. Jika kemek, murid tidak digalakkan
minum kerana dikhuatiri ada bakteria. Murid juga harus diingatkan
agar tidak membawa keluar susu keluar dari kawasan sekolah.
Habiskan minum selepas membukanya.
Tindakan : guru bertugas
35.Bilik simpanan susu adalah di bilik SPBT.
36.Bagi murid yang tidak hadir, susu perlu disimpan dan tidak boleh
diberi ganti kepada murid yang lain. Susu yang disimpan itu perlu
diberi kepada murid tersebut keesokan harinya apabila dia hadir ke
sekolah. Pn.Sanisah memberitahu bahawa borang akan disediakan
bagi mudah menyemak nama murid yang tidak hadir dan sebagainya.
37.Guru tidak digalakkan memberi susu kepada murid yang tidak sihat.
38.Setiap kotak susu sudah dilabel mengikut bulan. Ianya memudahkan
guru untuk proses pengagihan susu.
39.Pn.Sanisah mengigatkan hanya murid yang layak sahaja diberikan
susu. Murid yang layak ini adalah murid yang telah menyerahkan
borang akuan terima PSS.
40.Susu tidak boleh diberi kepada murid lain kerana tidak mahu
menanggung risiko yang akan terjadi. Tindakan : makluman
41.Guru-guru tidak boleh sesekali minum susu tersebut
42.Pn. Sanisah mengingatkan guru-guru kelas agar melengkapkan buku
RMT bagi kelas masing-masing mengikut kehadiran murid.
43.Pn.Sanisah juga mengingatkan guru bertugas agar melengkapkan
Laporan RMT. Tindakan : guru
bertugas
PENGURUSAN KOKURIKULUM
XVI. PAJSK
44.En.Hasbdullah memaklumkan pengisian PAJSK dibuka pada 1
Oktober 2020 dan ditutup pada 31 Disember 2020.
45.Sijil PAJSK ini sah selama tiga tahun iaitu dari tahun 4, 5 dan 6.
Tindakan : makluman
46.En.Hasbdullah memaklumkan sekolah menyertai pertandingan
deklamasi sajak. Seramai dua peserta telah didaftarkan iaitu Lufyataul
Huda (Tahun 6) dan Huda Munawwarah (Tahun 3). Pn.Dalila dan
Pn.hazifah diminta untuk melatih peserta-peserta ini.
Tindakan : Pn.Hazifah dan
Pn.Dalila
47.En.Hasbdullah memaklumkan bahawa hari sukantara dibatalkan
namun aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa pada setiap Hari
Rabu selepas waktu persekolahan iaitu pada jam 12.45 tengah hari
sehingga 2 petang. Tindakan :
semua guru
48.Bagi Pertandingan Busana Tradisional, Pn.Asmah, Cik Rina dan
Pn.Azwani diminta menguruskan peserta yang terlibat dan
pertandingan ini dilanjutkan ke 29 Oktober 2020.
Tindakan : Pn.Asmah, Cik Rina dan
Pn.Azwani
49.En.Hasbdullah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat
dalam penyediaan video Covid19. Tindakan : makluman

XII. HAL-HAL LAIN


50.Pn.Rafidah mengingatkan semua setiausaha panitia untuk menyiapkan
dan menghantar minit msyuarat panitia dan diminta fokus kepada
perancangan strategik bagi setiap panitia. Tindakan : setiausaha panitia
51.Pn.Rafidah juga mengingatkan agar guru-guru mempamerkan hasil
kerja murid di dalam kelas dan menukar mengikut tajuk-tajuk yang
diajar. Tindakan : semua guru
52.Pn.Rafidah memaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun akan
diadakan pada 8 November 2020 sehingga 12 November 2020.
Pelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains,
matematik, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Sejarah, TMK/RBT dan
Pendidikan Seni. Tindakan : makluman
53.Pn.Rafidah memaklumkan bahawa Hari Anugerah Cemerlang akan
diadakan pada 7 Disember 2020. Tindakan : makluman
54.Pn.Sanisah meminta guru-guru mengisi borang senarai buku keperluan
murid bagi sesi 2021 dan beliau mengingatkan bahawa yuran atau
sumbangan PIBG tidak boleh sama sekali dimasukkan dalam senarai
barang keperluan murid selagi mesyuarat PIBG tidak dilaksanakan
pada tahun tersebut. Tindakan :
semua guru
55.Pn.Asmah memaklumkan pengisian permohonan bagi SBP dan
MRSM untuk murid Tahun 6 telah selesai. Hanya Sekolah kawalan
sahaja lagi yang belum disiapkan kerana masih menunggu surat.
Tindakan : makluman

XIII. UCAPAN PENGANGGUHAN


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


.................................. .....................................
(DALILA MOHD NOOR) (RAFIDAH BT SHAARI)
Pencatat Minit Mesyuarat Guru Bilangan 4 Penolong Kanan Pentadbiran
SK. Telok Teduri SK. Telok Teduri

Anda mungkin juga menyukai