KATA KERJA
1. MAKSUD:
Semua jenis perbuatan atau aktiviti yang dijalankan.
a. KTT ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri. Kata kerja ini memerlukan ‘objek’ di
hadapannya sebagai pelengkap.
Contoh : Ayah saya menjalankan tugas. (‘tugas’ ialah pelengkap)
i. Kata kerja transitif tidak boleh hadir di hujung ayat. (mesti ada objek pelengkap)
Salah:
-Bapa saya sedang menjalankan.
-Dia tidur dengan berbantalkan.
Betul:
-Bapa saya sedang menjalankan tugas.
-Dia tidur dengan berbantalkan lengan.
ii. Selepas kata kerja transitif, jangan letak ‘kata sendi’ atau ‘kata hubung’. (contohnya – akan,
tentang, mengenai, dengan, di, ke, dan lain-lain)
Salah:
-Dia menceritakan tentang pengalamannya di luar negara.
-Ibu sedang merindui akan anaknya.
-Dia bersuamikan dengan seorang doktor.
Betul:
-Dia menceritakan pengalamannya di luar negara.
-Ibu sedang merindui anaknya.
-Dia bersuamikan seorang doktor.
iii. Kata kerja transitif mesti diikuti dengan ‘objek’ dan bukan perkataan lain.
Salah:
-Dia menghadapi banyak masalah.
-Kakak menarik dengan kuat tangan adik.
-Kami menendang dengan deras bola itu.
Betul:
-Dia banyak menghadapi masalah.
-Kakak menarik tangan adik dengan kuat.
-Kami menendang bola itu dengan deras.
a. KKTT ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain di hadapannya,
perkataan atau frasa itu dipanggil penerang.
b. Contoh :
i. Ayah berjalan di tepi pantai. (boleh berhenti selepas ‘berjalan’)
ii. Adik berlari ke hujung jalan. (boleh berhenti selepas ‘berlari’)
i. Selepas kata kerja tak transitif, mesti letak ‘kata sendi’ atau ‘kata hubung’ jika ayat hendak
dipanjangkan. (contohnya – akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, oleh dan lain-lain)
Salah:
-Dia bertemu rakannya di bandar.
-Dia bercerita pengalamannya di luar negara.
-Perompak itu berlari tepi jalan raya.
-Saya tidak terangkat kotak itu.
-Buku itu dibaca kakaknya.
Betul:
-Dia bertemu dengan rakannya di bandar.
-Dia bercerita tentang pengalamannya di luar negara.
-Perompak itu berlari di tepi jalan raya.
-Saya tidak terangkat akan kotak itu.
-Buku itu dibaca oleh kakaknya.