Anda di halaman 1dari 4

KATA KERJA

MAKSUD:
Semua jenis perbuatan atau aktiviti yang dijalankan.

BAGAIMANA MENENTUKAN KATA KERJA:


i. tidak berimbuhan : tidur, makan, baca, kira
ii. imbuhan meN : menari, mendapat, menggaru, menyapu
iii. imbuhan meN..kan : menjalankan, meratakan, menggalakkan,
iv. imbuhan meN..i :menjuarai, merasai, menggagahi, menyertai
v. imbuhan memper.kan : mempertahankan, memperjuangkan
vi. imbuhan memper..i : mempercayai, memperhayati, memperingati
vii. imbuhan memper.. : memperbesar, mempercantik, memperluas
viii. imbuhan di : dibaca, diletak, dimakan
ix. imbuhan dikan : dijalankan, dibacakan, ditamatkan
x. imbuhan diper.kan : diperkhabarkan, dipermainkan
xi. imbuhan diperi : dipercayai, diperhayati
xii. imbuhan diper : diperbesar, diperluas, diperpanjang
xiii. imbuhan ber.kan : bertemankan, berdasarkan, berpandukan
xv. imbuhan ber. : berjalan, berkata, bermain
ixv. imbuhan ter. : terbawa, termakan, terangkat

JENIS KATA KERJA:

1. KATA KERJA TRANSITIF (KTT)

a. KTT ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri. Kata kerja ini memerlukan objek di
hadapannya sebagai pelengkap.
Contoh : Ayah saya menjalankan tugas. (tugas ialah pelengkap)

b. Apakah imbuhan kata kerja tak transifit?


-perkataan yang berimbuhan meN.kan : menjalankan, menceritakan
-perkataan yang berimbuhan meN.i : menjalani, mengubati
-perkataan yang berimbuhan memper.kan : memperjuangkan, memperkayakan
-perkataan yang berimbuhan memper.i : memperingati, memperbaiki
-perkataan yang berimbuhan ber.kan : bertemankan, bersuamikan
-imbuhan meN yang diikuti kata nama : menyanyi lagu, menyapu sampah

c. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif.

i. Kata kerja transitif tidak boleh hadir di hujung ayat. (mesti ada objek pelengkap)
Salah:
-Bapa saya sedang menjalankan.
-Dia tidur dengan berbantalkan.
Betul:
-Bapa saya sedang menjalankan tugas.
-Dia tidur dengan berbantalkan lengan.

ii. Selepas kata kerja transitif, jangan letak kata sendi atau kata hubung. (contohnya akan,
tentang, mengenai, dengan, di, ke, dan lain-lain)
Salah:
-Dia menceritakan tentang pengalamannya di luar negara.
-Ibu sedang merindui akan anaknya.
-Dia bersuamikan dengan seorang doktor.
Betul:
-Dia menceritakan pengalamannya di luar negara.
-Ibu sedang merindui anaknya.
-Dia bersuamikan seorang doktor.

iii. Kata kerja transitif mesti diikuti dengan objek dan bukan perkataan lain.
Salah:
-Dia menghadapi banyak masalah.
-Kakak menarik dengan kuat tangan adik.
-Kami menendang dengan deras bola itu.
Betul:
-Dia banyak menghadapi masalah.
-Kakak menarik tangan adik dengan kuat.
-Kami menendang bola itu dengan deras.
(Anda menghadapi masalah kesihatan? Sila klik untuk panduan)

2. KATA KERJA TAK TRANSITIF. (KKTT)

a. KKTT ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain di
hadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang.

b. Contoh :
i. Ayah berjalan di tepi pantai. (boleh berhenti selepas berjalan)
ii. Adik berlari ke hujung jalan. (boleh berhenti selepas berlari)

c. Apakah imbuhan bagi kata kerja tak transitif?


-perkataan yang berimbuhan ber.. : berjalan, bercerita, bekerja
-perkataan yang berimbuhan ter. : terangkat, terbawa, tercapai
-perkataan yang berimbuhan di : diangkat, ditembak, diambil
-perkataan yang berimbuhan di .kan/i : dijalankan, dihadiahi, dihadiahi
-perkataan yang berimbuhan diperkan/i : diperdayakan, dipersalahi
-imbuhan meN. yang diikuti tempat : menyanyi di pentas (tempat)

d. Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif. (KKTT)


i. Selepas kata kerja tak transitif, mesti letak kata sendi atau kata hubung jika ayat hendak
dipanjangkan. (contohnya akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, oleh dan lain-lain)
Salah:
-Dia bertemu rakannya di bandar.
-Dia bercerita pengalamannya di luar negara.
-Perompak itu berlari tepi jalan raya.
-Saya tidak terangkat kotak itu.
-Buku itu dibaca kakaknya.
Betul:
-Dia bertemu dengan rakannya di bandar.
-Dia bercerita tentang pengalamannya di luar negara.
-Perompak itu berlari di tepi jalan raya.
-Saya tidak terangkat akan kotak itu.
-Buku itu dibaca oleh kakaknya.

Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama
ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.(kata kerja transitif)

2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.(kata kerja tak transitif)

3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.(kata kerja
transitif)

4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.(kata kerja transitif)

5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.
(kata kerja transitif)

6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.(kata kerja tak transitif)

7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.(kata kerja tak
transitif)

8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal (kata kerja transitif).

9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.(kata kerja


tak transitif)
10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.(kata kerja
transitif

Anda mungkin juga menyukai