1. Personafikasi:
Personafikasi bermaksud “member unsur manusia atau benda hidup kepada bukan benda hidup”.
Contoh:
i. Angin sepoi bahasa di pinggiran pantai itu menampar pipiku. (menampar ialah perbuatan manusia)
ii. Dedaun kelapa di pantai melambaiku riang. (melambai/ riang ialah perbuatan/sifat manusia)
iii. Dingin malam menggigit tulangku. (menggigit ialah perbuatan manusia)
2. Metafora:
Metafora bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara langsung tanpa
menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak, umpama dan sebagainya”.
Contoh:
i. Rambut puteri itu mayang mengurai dan cantik sekali.
ii. Suaranya lantang guruh sambut menyambut.
iii. Merah darah mengalir di tubuhku.
3. Simile:
Simile bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata
bandingan iaitu seperti, umpama, bak, bagai, se dan sebagainya”.
Contoh:
i. Hatinya hampa bagai kaca jatuh ke batu.
ii. Suaranya merdu seperti buluh perindu.
iii. Dia diam bak tahu apa yang tersirat di fikiranku.
iv. Wajahnya sehebat peribadinya.
4. inversi:
Inversi ialah “pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik”.
Contoh:
i. Semalam petang dia datang menjengukku. (sepatutnya “petang semalam”)
ii. Panas cuaca petang itu melelahkan tubuhnya. (sepatutnya “cuaca panas”)
iii. Kopi secawan diteguknya puas-puas. (sepatutnya “secawan kopi”)
5. Singkop:
Singkop bermaksud “singkatan perkataan”.
Contoh:
i. “Dia dah datang semalam, Pak Abu” kata Ariff perlahan.
ii. “Biarlah kubawa diri yang terluka ini”, balas Wan Kamariah.
iii. “Cerita tu mungkin benar”, jelas Inspektor Zamri ringkas.
6. hybrid:
Hibrid bermaksud “penggabungan beberapa perkataan menjadi satu perkataan sahaja”.
Contoh:
i. Hatinya bisupilu mendengar penjelasan itu.
ii. Dia tidak akan ikut rentaktari pengikutnya yang marah itu.
iii. Begitulah adattari kehidupan sebagai seorang nelayan.
7. Anafora:
Anafora bermaksud “pengulangan perkataan pada awal baris atau ayat”.
Contoh:
i. Dia masih berdiri di situ. Dia mengingati saat manisnya di kota Paris.
ii. Masihkah lagi kau mengingatiku. Masihkah lagi detik itu kau ingati.
iii. Belum tiba masanya dia bersuara. Belum tiba masanya dia mengakui hakikat itu.
8. Epifora:
Epifora bermaksud “pengulangan perkataan pada akhir baris atau ayat”.
Contoh:
i. Hatinya mengimbas luka lama. Perasaannya masih terpilu oleh luka lama.
ii. Biarlah Dila menangis. Atau Shafik juga akan menangis.
iii. Abang membesar dengan lampu minyak tanah. Aku Berjaya juga dengan lampu minyak tanah.
9. Diksi:
Diksi bermaksud “pemilihan perkataan yang sesuai dengan sesuatu cerita yang ditulis”.
10. Asonansi:
Asonansi selalunya digunakan bagi mengulas sesuatu hasil puisi (sajak/ pantun/syair dan
sebagainya). Asonansi bermaksud “pengulangan vokal dalam sesuatu baris ayat”.
Contoh:
i. Adakah ayah amat marah akan kakak lagi.
Pengulangan vokal ‘a” sebanyak 13 kali.
11. Aliterasi:
Aliterasi bermaksud "pengulangan konsonan dalam sesuatu ayat".
Contoh:
i. Gadis gigih itu menggigil gementar.
Pengulangan konsonan "g" sebanyak 7 kali.
ii. kakak masih kaku ketika kita kembali.
Pengulangan konsonan "k" sebanyak 8 kali
12. Bombastik/ hiperbola:
Bombastik atau hiperbola ialah "perbandingan atau pemilihan kata yang berlebih-lebihan"
Contoh:
i. Suaranya bom atom meledak bumi.
ii. Badannya ringan seringan atom yang beterbangan di udara.
13. Alusi:
Alusi bermaksud "penggunaan watak atau watak sejarah dalam puisi".
Contoh: (sajak)
Pemudaku hari ini
gigihlah berjuang demi tanah air
bawalah pesan Hang Tuah Melayu tak kan hilang di dunia
sambutlah hasrat sang Maharajalela
i. Contoh: (pantun)
Contoh:
i. Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah. (muda)
ii. Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)
iii. Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/
kemerdekaan)
i. Watak utama : watak penting yang menghidupkan sesuatu cerita. ( watak penting 1 sahaja)
ii. Watak sampingan : watak pembantu kepada watak utama. (banyak watak sampingan)
iii. Watak bulat/ bundar : Watak yang dinamis dan boleh berubah sifat/ sikapnya.
iv. Watak pipih : watak yang statik dan tidak berlaku perubahan. Contoh: Jika jahat terus jahat hingga
akhir)
v. Watak antagonis : watak penyambut yang biasanya negatif. (Datin Salmah dalam Konserto
Terakhir)
vi. Watak protagonis : watak pemula yang biasanya bersifat positif. (Hilmi dalam Konserto Terakhir)
vii. Watak kodi : watak nenek kebayan (Contoh: cerpen Peminangan Puteri Gunung Ledang)
14. Plot:
Plot ialah “jalinan peristiwa atau rentetan cerita yang berasaskan sebab dan akibat”.
Terbahagi dua:
ii. Dialog : Penceritaan melalui perbualan 2 orang watak atau lebih dengan secara jelas.
Contoh:
“Bila kau datang, Hilmi?” Datuk Johari bertanya. “Petang tadi. Ibu kirim salam”, balas Hilmi.
iv. Monolog dalaman : Watak berkata di dalam hati atau dalam fikirannya serta tidak terkeluar kata-
kata.
Contoh:
“Cis, sial sungguh budak Hilmi ini!” getus hati Datin Salmah.
15. latar:
Latar terbahagi kepada 3:
i. Latar tempat
Latar tempat bermaksud “tempat sesuatu cerita itu berlaku”. Contohnya, di Kuala Lumpur, di sekolah
Henry Gurney, di rumah pak Mat, di kebun sayur Ah Ming dan sebagainya.